DAHI yang berdenyut-denyut dia picit. Tubuhnya sedari tadi hanya mengeras di atas kerusi. Memejam mata dan adakalanya dia mengeluh. Setitik demi setitik airmata yang mulai bergenang, disekanya perlahan.Dari pagi tadi sehinggalah ke tengah hari, dia hanya mengunci diri di dalam pejabat. Sempat dia berpesan kepada Anita untuk tidak membenarkan sesiapa pun mengganggunya. Segala agenda mesyuarat dipertanggungjawabkannya ke atas Nizam. Lelaki itu hanya mengangguk tanpa banyak bicara.
Dia tertekan. Bahkan perasaan takut dan bingung mulai mengambil tempat di hati. Masakan tidak, sejak mendengar cerita dari Rossa pagi tadi, hatinya sudah mulai tidak aman. Wajar sajalah Rossa sering menangis sejak akhir-akhir ini. Rupa-rupanya isterinya tertekan gara-gara permintaan Umi Za.
"Umi nak kita berpisah!"
Peritnya rasa tatkala bicara itu hinggap di ruang pendengarannya. Bagaimana bisa dia menuruti permintaan itu sedangkan gelojak hatinya begitu mencintai Rossa.
Hanya kerana salah faham, Umi Za bertindak di luar kawalan. Dia mengerti sikap dan fikiran Umi Za tetapi bukankah seharusnya dia diberi kesempatan untuk menjelaskan duduk perkara sebenar? Dia dihakimi tanpa sebarang penjelasan!
Firdaus bingung! Benar-benar perasaannya terganggu saat ini. Hari Ahad nanti, Rossa harus ke rumah Umi Za. Dan mampukah dia terus menghalang jika Umi Za tetap berkeras?
Firdaus tekad! Dia tidak akan membenarkan Rossa meninggalkan dirinya. Dia harus menemui Tuan Ihsan dan meminta pertolongan dari lelaki itu. Hanya dia yang mempunyai rekod pembersihan nama dan dia juga yang memegang kebenaran sebenar.
"TUAN IHSAN ke Maldives!"
Firdaus kecewa saat dikhabarkan berita itu. Dia mengeluh lagi. Punggungnya dihenyakkan di atas batu-bata itu, menghadap keretanya. Dia menongkat wajah sambil berfikir langkah seterusnya.
"Tuan Ihsan ke Maldives membawa keluarganya. Dah sebulan dia pergi. Rasanya akan kembali dalam masa dua ke tiga minggu lagi"
"Lama betul dia bercuti?"
"Sebelum ni, Tuan Ihsan susah dapat cuti. Lepas je kes penculikan yang membabitkan 14 orang gadis tempoh hari, dia terus mintak cuti. Dan pihak atasan meluluskan cuti dia. Sebab tu dia bercuti dalam jangka masa yang panjang"
Firdaus meraup wajah saat mengingati kata-kata Lina. Dugaan apakah ini? Sungguh saat dia hampir mengecapi bahagia, dugaan ini pula menerpa.
"Azhan!"
Firdaus menoleh saat Zaid dan Erika mendekatinya.
"Apa yang kau buat kat sini? Duduk tercanguk dari tadi" Zaid berdiri di hadapan Firdaus. Dari tadi dia perasankan tingkah laku Firdaus yang gelisah semacam itu.
"Aku nak jumpa Tuan Ihsan. Tapi dia takde"
"Tuan Ihsan ke Maldives. Bawak keluarga dia bercuti" sahut Erika.
"Ada apa-apa yang penting ke kau nak jumpa dia?"
Firdaus jungkit kening.Dia betul-betul bingung saat ini. Hendak diluahkan kepada Zaid, risau aib rumah tangganya terbuka. Namun jika terus berdiam diri, dia akan kehilangan Rossa.
"Something urgent!" tukasnya dalam riak yang mendatar. "Kau nak ke mana ni?"
"Kami nak pergi soal siasat pasal kes kematian Hamid. Ada beberapa perkara yang kami perlukan"
Firdaus tersentak mendengar omongan Zaid. Hamid?
Kes kematian? "Did he die?"
"Yes. Kami jumpa mayat dia semalam. Laporan bedah siasat dia keluar pagi tadi.Ni laporan dia"
Firdaus mengamati laporan yang sudah berpindah ke tangannya itu. Fokus saja dia membaca satu persatu maklumatnya.
"Pihak forensik tak jumpa apa-apa yang mencurigakan hasil bedah siasat dia. Tapi peliknya, dia meninggal dunia dalam 2 ke 3 minggu lepas"
"Sakit? Atau dia ada apa-apa penyakit tertentu?"
Zaid menjawab pertanyaan Firdaus dengan gelengan kepala.
"Ada jumpa apa-apa kat lokasi dia dibunuh? Badan dia ada sebarang kesan pergelutan?"
"Takde. Kami cuma jumpa sebotol air mineral yang dah kosong berhampiran dia. Tubuh badan dia pun takde apa-apa. Cuma wajahnya saja membiru"
Firdaus diam. Kalau bukan sakit atau dibunuh, takkanlah punca dia dadah? Nak kata dibunuh, tubuh badan dia takde sebarang kesan pergelutan. Hmm.. atau memang sebab dadah?
Firdaus belek lagi laporan tadi. Dia mengetap bibir lantas mengangguk berkali-kali. Puncanya sudah dikenal pasti.
Zaid dan Erika berpandangan. Gelagat Firdaus menujukkan seolah-olah lelaki itu menemui sesuatu. Kalau iya, maka mudahlah hasil siasatan mereka selepas ini.
"Ini kes dadah!" Firdaus membuat rumusan.
"Tapi kami tak jumpa dadah dalam tubuh badan dia. Perut dia kosong masa pihak forensik buat bedah siasat" Erika menafikan maklumat Firdaus.
Senyuman tersungging di bibir Firdaus. "Itulah malumat dia! Perut dia kosong. Maksudnya dia tak makan apa-apa sejak 5 ke 6 jam sebelum dia dibunuh. Yes, memang betul dia tak makan atau ambik dadah before that. Tapi kenapa perut dia kosong? And one more thing. Apa fungsi botol mineral yang korang jumpa tu?"
Zaid semakin tidak faham. Wajah Firdaus ditatapnya serius. Inilah salah satunya sikap Firdaus yang tidak dia gemari. Merungkai fakta terlalu banyak mukadimah!
"Straight to the point please!" pinta Zaid.
"Okey, macam ni. Perut Hamid kosong selama 5 ke 6 jam sebelum dia dibunuh. Dia memang tak ambik dadah tetapi dia sembunyikan dadah dalam tubuh badan dia. So pembunuh nak mudahkan kerja dia dan tak tinggalkan apa-apa petunjuk yang membolehkan dia diberkas. Botol mineral yang kosong tu!
Kat laporan ni tulis, dah sah-sah air liur Hamid saja yang dijumpai pada botol mineral ni. Kau tahu tak, kalau seseorang sembunyikan dadah dalam tubuh badan dia, dia tak boleh makan atau minum? Kalau dia makan atau minum jugak dengan dadah dalam perut, ia boleh membawa kepada kematian. Dan itulah yang terjadi pada Hamid. So, aku boleh agak yang dia sembunyikan dadah dalam badan dia. Sebab tu perut dia kosong.
"Dia dipaksa minum atau secara rela?"
"Secara rela. Dua sebab. Satu, takde langsung kesan pergelutan. Kalau dia kena paksa minum, kita akan jumpa kesan pada tangan atau kesan cengkaman pada rahang dia. Yang kedua, aku agak mungkin dia kehausan. 5 ke 6 jam dia tak makan, tak minum kot!"
Penerangan daripada Firdaus membuka jalan kepada petunjuk seterusnya. Jika ianya berkaitan dadah, itu bermaksud Hamid memulakan semula kegiatan haramnya itu.
"Tapi mana dadah yang disembunyikan dalam badan dia?" Itu yang Erika kurang faham. Dadah tak jumpa, tapi ada dadah dalam badan!
"Simple Erika. Dadah tu dikeluarkan oleh suspek!" sampuk Zaid pula. "Takkan dia nak rugi pulak? Mestilah dia ambik dadah tu untuk kaut untung"
"Hmm" Gumam Firdaus sambil mengangguk. "Maknanya, kau kena luaskan pencarian ke nama-nama besar yang pernah terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah. Hamid ni orang besar, pengaruh dia kuat. Tak mustahil dia bekerjasama dengan orang-orang besar" tambah Firdaus lagi.
"So kita kena mula cari dari bawah"
"Tak perlu. Luaskan pencarian kau pada penyeludupan dadah.Kemudian, kecilkan skala kau pada orang-orang besar. Kalau fikir logik, Hamid takkan semudahnya bekerjasama dengan golongan yang kecil. Dia tamakkan duit. So keuntungan pun mestilah besar" Klu seterusnya diberikan oleh Firdaus.
"Aku dah faham. Thanks Az! Kalau macam tu, kami kena balik ke balai semula untuk siasat dan kaji balik kes dadah"
Firdaus hanya mengangguk. "Kalau ada apa-apa yang kau tak faham, kau boleh tanya aku lagi"
"Sure. Tapi macam mana dengan kes Bakri? Kalau Hamid dah meninggal, kita tak dapat sabitkan dia dengan apa-apa kesalahan sabotaj" Itu yang bermain di fikiran Zaid.
"Kau selesaikan dulu kes bunuh Hamid. Kadang, dalam kau selesaikan kes, kau akan jumpa petunjuk lain. Some cases are linked to each other"
Kepala Zaid terangguk-angguk. Mula memahami dan menggunapakai kaedah penyelesaian Firdaus.
"Anyway, aku nak kena balik office. Kalau Tuan Ihsan dah balik dari Maldives, please tell me ASAP!"
Zaid dan Erika serentak mengangguk.
SETELAH menjelaskan perkara sebenar kepada Firdaus, Rossa mampu menarik nafas lega.Memang betul telahannya. Bukan Firdaus yang melanggar kereta arwah abah 12 tahun yang lalu. Sebaliknya Bakri yang memandu dan melakukan kecuaian tersebut.
"Abang cuma jadi penumpang. Dan Bakri yang memandu masa tu. Disebabkan terlalu mengikut perasaan, Bakri tak sempat memberhentikan kereta pada lampu isyarat merah. Dan kat situlah pelanggaran tu berlaku"
"Kenapa Bakri terlalu ikut perasaan?"
"Ozil. Dia tu suspek utama dalam beberapa kes yang tergantung. Dan menjadi buruan polis selama bertahun. Susah nak menjejaki dia. Kebetulan malam tu kami dapat tahu lokasi dia. Masa nak tangkap dia, dia terlepas. Dan disebabkan Bakri tertekan gara-gara Ozil, dia dah tekad takkan lepas Ozil walau apa pun yang terjadi. Dan masa tulah Bakri hilang kawalan"
"Tapi kenapa abang yang tanggung kesalahan dia?" Itu yang Rossa tertanya-tanya.
"Sebab masa tu Bakri baru je kehilangan arwah Marlia. Dia tertekan sangat-sangat. Abang tak boleh tengok dia sedih. Lagipun Bakri je satu-satunya harapan keluarga masa tu. Sedangkan abang? Memang tak rapat dengan Farah dan Nabila masa tu"
Rossa menghela nafas mengingat kembali perbualannya dengan Firdaus pagi tadi. Firdaus tidak bersalah! Mereka hanya perlu menjelaskan perkara sebenar kepada Umi Za. Tetapi sebelum itu, mereka harus menggali bukti terlebih dahulu. Kerana Umi Za takkan semudahnya percaya jika tanpa bukti!
FIRDAUS menapak masuk ke dalam kondo. Sunyi pula rumahnya ketika itu. Jam tangan dikerling. Sudah pukul 10 malam. Dia memang sengaja balik lewat kerana harus mencari apa-apa bukti peninggalan Bakri mengenai kes langgar abah Rossa. Selagi tidak menemui buktinya, selagi itu dia tidak akan tenang. Bahkan menunggu kepulangan Tuan Ihsan juga merupakan satu penyeksaan baginya. Dia boleh saja meminta bantuan sesiapa dari jabatan polis mengenai kes tersebut tetapi bukti terbesarnya ada pada Tuan Ihsan. Oleh itu, mahu tidak mahu bantuan Tuan Ihsan itu sangat diperlukan.
"Abang dah balik? Lewatnya abang balik" Rossa menegur lantas mendekati Firdaus. Briefcase Firdaus digapai dan dia tunduk menyalami tangan itu.
"Ada kerja sikit" Firdaus memaniskan wajah. Dahi Rossa dia kucup. "Kenapa tak tidur lagi?"
Mereka beriringan sehingga ke sofa. Kemudian, punggung dihenyakkan ke situ.
"Rossa tunggu abang. Tak nak tidur sorang-sorang" rengek Rossa manja. Kesempatan yang berbaki lagi tiga hari harus digunakan sebaik mungkin. Mengenangkan itu, mahu saja hatinya menangis. Tetapi dia kawal hati agar tidak diserbu emosi. Dia harus kuat, dan untuk kuat, Firdaus harus melihat kekuatan hatinya. Jika tidak, mereka akan sama-sama rapuh dalam menegakkan hubungan mereka.
"Che Mon kan ada? Kenapa tak tidur dengan Che Mon?" Tubuh Rossa dia rapatkan ke dadanya.
"Tak nak" omel Rossa. "Nak tidur dengan abang jugak. Lagi tiga hari..." Rossa tidak jadi meneruskan kata-kata. Sebak ditahan jua.
Keluhan dimuntahkan. Firdaus faham maksud Rossa. Dan dia mampu mengerti perubahan sikap Rossa itu. Kerana mereka justeru berkongsi rasa yang sama. Oleh itu, Rossa ingin menghabiskan baki tiga hari untuk bersamanya.
"Nanti kita tidur sama-sama ye? Tiap-tiap malam. Tapi untuk seketika ni, Rossa duduklah dengan umi dulu. Sementara abang cari bukti. Lagipun, abang nak ke Indonesia jugak. Ada projek baru kat sana"
"Rossa nak ikut abang" Rossa separuh mengongoi. Suaranya tenggelam timbul dengan sebak di dada. Mengenangkan Firdaus akan ke Indonesia, semakin membuatkan hatinya terkesan.
Firdaus memuntahkan keluhan berat. Bukan dia tidak mahu membawa Rossa bersama, bahkan idea itu pernah diutarakan kepada Nizam. Tetapi masalah yang melanda mereka saat ini menyukarkan mereka untuk berdua. Dia tidak mahu Rossa menjadi anak yang derhaka walaupun sebenarnya dia yang lebih berhak ke atas diri Rossa. Hati Umi Za masih dihimpit luka lama. Untuk mengubati luka lama itu, merekalah yang seharusnya mengalah dan mengikut saja telunjuk umi. Jika tidak, keadaan akan menjadi semakin sulit.
"Abang bukan tak nak bawa Rossa, tapi sayang faham kan? Keadaan kita sekarang ni tak memudahkan kita untuk macam ni. Hmm" Rambut Rossa dia main dengan jarinya.
Hati Rossa sebak. Kenapa semakin hari dia merasakan Firdaus semakin jauh darinya? Padahal jarak mereka dekat. "Indonesia tu banyak perempuan cantik" Tiba-tiba hati Rossa dipalit cemburu. Membayangkan Firdaus digoda atau dirapati perempuan-perempuan cantik di Indonesia. "Kulit diorang tu putih, licin, gebu. Diorang tu banyak kawen campur"
Bibir Firdaus dihiasi dengan tawa juga. Tahulah dia keadaan Rossa yang diserbu cemburu itu. "Yelah, diorang memang cantik. Tak dinafikan kecantikan diorang. Tengok je sinetron kat tv tu. Semua cantik-cantik"
Firdaus merasakan pelukan di pinggangnya mulai longgar. Dia tahu, Rossa sedang cemburu dan merajuk. Namun niatnya hanya hendak bergurau.
"Tapi sayang abang ni lagi cantik! Lagi menggoda. Lagi buat hati cair. Dan yang penting, dia halal untuk abang peluk" Tubuh Rossa didakap erat. "Halal untuk abang cium" Wajah Rossa dikucupnya mesra. "Dan abang sorang je yang boleh buat semua tu pada dia"
Senyuman memekar juga di bibir Rossa. "Sweet talker!" Bibir Firdaus dicubit manja.
"Sweet talker untuk sayang sorang je. Kalau orang lain, sour talker!"
Mereka ketawa sesudahnya.
"Abang pergi Indonesia berapa hari?"
"Seminggu kot. Sayang teringin ke nak pergi sana?"
Rossa mengangguk. "Rossa nak tengok candu-candu kat situ. Tu peninggalan sejarah dan merupakan kebanggaan mereka"
Firdaus gelak. "Takkan pergi Indonesia nak tengok candu je?"
"Yelah. Ada je tarikan yang lain. Tapi Rossa nak tengok candu. Selalu tengok dalam buku Sejarah je. Nak jugak tengok real"
Bicara Rossa mengundang tawa di bibir Firdaus. Rossa as always...
"Okey, Indonesia is the second choice. Kalau first choice, sayang teringin nak pergi mana?"
"Korea!" Wajah Rossa bersinar-sinar. "Abang nak bawak Rossa pergi sana ke?" Terujanya hati!
Firdaus tergelak. Wajah comel Rossa membuatkan dia geram. Laju saja bibirnya singgah di pipi kiri Rossa. "Aah, abang nak bawak Rossa pergi Korea.But with two conditions"
"Apa syarat dia?" Tidak sabar pulak rasa hatinya hendak terbang ke Korea. Apatah lagi setelah Firdaus yang mengusul cadangan.
"First, kena kiss sini dulu" Firdaus tunjuk pipi kanannya. Rossa akur. "Second, kiss sini" Firdaus tayang pipi kirinya pula. Dan Rossa tetap akur. "Amboii laju ye? Okey, yang ketiga, kiss sini" Firdaus muncungkan bibir. Rossa tersipu. Erkkk! Segan bercampur malu pula apabila Firdaus buat permintaan itu. "Cepatt! Kata nak pergi Korea!" Gesa Firdaus. Rossa dekatkan wajah mereka. Kemudian, laju saja bibirnya menindih bibir Firdaus.
"Dah" ujar Rossa setelah memberikan kucupan percuma kepada Firdaus. Dan bibir Firdaus mengukir senyum nakal.
"Okey, syarat yang pertama dah tertunai. Now, syarat yang kedua pulak"
"Apa syarat yang kedua?"
"Sayang kena belajar bahasa Korea. Kalau pass, kita terbang pergi Korea. Kalau tak pass, sayang tak boleh pergi Korea. Kalau nak pergi jugak, kena ulang syarat yang pertama dan syarat kedua. Amacam?"
Rossa buat muka. Sajalah tu nak kenakan orang!
"Tak baik buat muka depan suami! Tak cium bau syurga nanti haa"
"Yelah-yelah" Rossa pamer wajah keanak-anakan.
Firdaus gelak. "Amacam syarat abang tu? Boleh buat tak?"
"Boleh. Nanti Rossa belajar bahasa Korea. Abang kena tepati janji tau?"
"Ye sayangku"
Tubuh mereka bersatu dalam keindahannya malam bersinar dek bintang-bintang di langit.
Share this novel