75

Romance Completed 28168

PAGI itu, setelah bersiap ke tempat kerja, Firdaus sempat menjenguk Rossa yang sedang sibuk di dapur. Aina juga berada di situ. Fikirnya, dia ingin pamit sebelum beredar ke tempat kerja.
"Abang tak jalan lagi?" tegur Aina setelah perasankan kelibat Firdaus di situ. Wajah Firdaus tersenyum namun mata kecilnya tetap berpusat ke arah Rossa. Aina memberontak dalam hati. Rossa lagi!
Rossa hanya menyibukkan diri di hujung sana. Dia benci melihat adegan itu. Dia tahu, pasti Firdaus kembali untuk Aina. Arghh!
"Laaa, tak jalan lagi ke Fir? Che Mon ingatkan dah jalan dari tadi" tegur Che Mon yang baru keluar dari tandas.
"Kejap lagilah Che Mon" sahut Firdaus.
"Abang nak bekal tak? Aina bungkuskan" Aina tawar diri sambil memaut mesra lengan Firdaus.
Rossa menjeling dengan ekor mata. Hatinya cemburu saat itu. "Che Mon, Rossa nak masuk bilik dulu"
"Tak nak hantar suami awak sampai ke pintu ke?"
Langkah kaki Rossa terhenti. Dia berpaling menghadap Firdaus. Hatinya berdebar. Apa lagilah dia ni? Anak matanya mengerling ke arah pautan manja Aina.
"Aina boleh hantarkan awak. Dia isteri awak kan?" jawab Rossa mendatar.
Aina mengemaskan pautannya. Sengaja dia berbuat begitu agar Rossa sakit hati, seperti sakitnya hatinya semalam.
"Awak bukan isteri saya ke?" Firdaus mengeraskan suara. Dia tidak suka kata-kata Rossa itu. Baginya, Aina hanyalah isteri atas kertas. Sedangkan Rossa adalah isteri yang dia inginkan. Pautan Aina segera ditepisnya. Kemudian, langkah kaki diatur mendekati Rossa.
"Temankan saya ke pejabat"
"Saya banyak kerja"
"Aina ada.Che Mon pun ada"
"Bawaklah Aina. Saya ada kerja"
"Kenapa degil sangat ni?!" Firdaus sudah diamuk amarah. "Susah sangat ke ikut cakap saya?" Bebola matanya mencerlung tajam.
Rossa mengeluh hampa. Firdaus semakin degil sejak kebelakangan ini. Kadangkala menjadikan dia rimas dan walang. Dia sempat mengerling ke arah Aina. Dilihatnya wajah gadis itu masam mencuka. Barangkali tidak puas hati dengan permintaan Firdaus.
"Saya tunggu dalam kereta. Kalau tak turun jugak, saya angkat awak masuk Audi!"
Amaran keras Firdaus disambut helaan nafas berat oleh Rossa. Apa boleh buat, suaminya itu sudah berubah watak. Daripada seorang psiko kepada seorang diktator!

SETELAH keberangkatan Rossa dan Firdaus, Aina mengunci diri di dalam bilik. Sakit betul hatinya dengan sikap selamba Firdaus yang mengabaikannya. Sepanjang perkahwinan mereka, dia hanya menelan yang pahit saja. Layanan Firdaus terhadapnya bukanlah tidak baik, tetapi lelaki itu seakan terpaksa saja meladeninya. Kalau tidur berdua sekalipun, Firdaus tidak akan pernah menyentuh dirinya. Kadang-kadang, berjam-jam mahunya dia menunggu Firdaus di kamar. Namun lelaki itu tidak pernah munculkan diri. Rupa-rupanya, dia sudah tertidur di atas meja kerja. Sakit hati Aina melihat keengganan Firdaus melayannya.
Dia seorang isteri. Seperti Rossa, dia juga punya hak ke atas diri Firdaus. Dia ingin Firdaus mengasihinya seperti mana Rossa dikasihi. Dia ingin dibelai manja oleh Firdaus. Namun Firdaus tidak pernah memenuhi tuntutan yang satu itu. Dia hanya memberi nafkah zahir dan keperluan dari segi ubat-ubatan saja kepada dirinya. Sebarang kos rawatan yang dijalaninya di bawah pengawasan Hafizi, Firdaus tidak pernah pandang enteng. Bahkan dia sentiasa memastikan dirinya makan ubat pada waktu yang tepat. Segala kekurangan material berkaitan dirinya akan Firdaus penuhi. Tetapi dia tidak puas hati. Kerana yang dia ingini hanyalah perhatian dan kasih sayang Firdaus. Dia mengahwini Firdaus bukan kerana wang, tetapi kerana cinta. Pun begitu, Firdaus tetap tidak mampu menghargainya.
Aina mengeluh. Dia bergerak mendekati meja di sisi katil. Bingkai foto perkahwinannya digapai. Lama dia merenung senyuman terpaksa Firdaus di situ. Dari sinar mata itu, dia tahu Firdaus tidak pernah menginginkannya. Namun kenapa dia bersetuju juga dengan perkahwinan mereka? Atas alasan apa? Aina buntu seketika.
Dia teringat lagi beberapa bulan yang lepas. Sebelum Firdaus menyatakan persetujuan untuk mengahwininya, dia terlebih dahulu merangka rancangan untuk mencederakan Rossa. Tidak pernah dia ketahui Rossa sedang hamil saat itu.
Dengan hati yang berani, dia keluar senyap-senyap dari hospital itu dan memanggil teksi untuk membawanya ke vila Fahmi. Di situ, dia menggunakan kereta Myvi tinggalan Fahmi untuk melaksanakan rancangannya. Untung saja dia masih punya kunci pendua vila dan kereta Fahmi itu.
Diintipnya Rossa keluar dari kondo. Setelah yakin Rossa keseorangan memandu keluar, dia mengekori jejak Rossa dari arah belakang. Pada mulanya, pergerakan kereta agak perlahan di lebuh raya. Namun apabila kereta Rossa mula memasuki kawasan sunyi dan gelap, di situlah permainannya bermula. Dimaksimakan kelajuan kereta dengan mengacak-acak kereta Rossa dari arah belakang. Rossa tidak kurang hebatnya. Dia berjaya meloloskan diri dari dirinya. Namun hanya seketika saja. Mereka mula bertemu di laluan kiri dan apabila lampu merah mula hendak menyala, Aina memaksimakan kelajuan kereta dan mengasak Rossa. Rossa panik! Di situlah dia tidak sempat menekan brek lalu melanggar pembahagi jalan.
Keadaan jalan raya mula riuh dan dipenuhi orang ramai yang mengelilingi Rossa.Aina sempat berhenti di hujung jalan sambil tersenyum puas. Kemudian, dia cepat-cepat meninggalkan kawasan itu sebelum ada sesiapa yang menghidu perlakuannya.
Setelah rancangannya berjaya dilaksanakan, dia meninggalkan kereta Myvi di bahu jalan lalu mendapatkan teksi untuk kembali semula ke hospital.
Aina mendengus. Bingkai foto yang digapai dicampak di atas katil. Dia bosan hidup seperti ini. Dia tak ubah seperti perempuan simpanan saja. Dia mahukan lebih dari itu.
"Sia-sialah aku plan semua ni kalau aku tak dapat hati dia! Selagi kau masih hidup, selagi itulah Firdaus takkan pedulikan aku. Tapi kalau kau mampus, bayang-bayang kau pun takkan berani sentuh kehidupan kami lagi!" Bibirnya mengorak senyuman sinis.
"Kau rasa bertuah kan Rossa? Sebab masa accident tu berlaku, yang mati tu anak dalam perut kau! Bukannya kau! Tapi takpe. Yang penting, aku dah berjaya buat kau benci dengan Firdaus. Korang gaduh, sampaikan kau jatuh dari katil dan keguguran!" Teringat dia ketika Rossa dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan tersebut berlaku. Fikirnya, nyawa Rossa dan anaknya akan melayang saat itu juga. Namun mereka masih selamat. Kesal pula hatinya tidak menghentam Rossa sepuas hati ketika itu. Namun pergaduhan antara mereka mula berlaku. Dan Rossa yang sedang meroyan ketika itu, mula diamuk kemarahan. Dia terjatuh dari katil sehingga kandungannya tidak dapat diselamatkan lagi. Aina tersenyum puas. Dia mendapat maklumat itu melalui Hafizi yang selalu memeriksa keadaan dirinya.
"Tengoklah nanti. Apa akan aku buat pada kau Rossa!"

"KENAPA nak bawak saya ke pejabat? Takde benda pun yang saya boleh buat kat situ. Bosan tau tak?!"
Sejak Rossa berhenti kerja, fokusnya hanya pada rumahtangganya. Apabila sudah lama tidak bekerja, dia jadi nyaman duduk di rumah saja. Kini, dia bingung dengan permintaan Firdaus yang meminta ditemani ke pejabat. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa di situ, bahkan Nani sekalipun. Dia tahu, pasti Nani akan mengasaknya dengan pelbagai persoalan terutama sekali berkenaan dengan perkahwinan kedua Firdaus itu. Bagaimana dia harus menjawab? Dia sendiri tidak punya jawapannya.
Tiada sahutan daripada Firdaus. Soalan Rossa dibiarkan tergantung. Sebenarnya, hati Firdaus tidak tenteram sejak Subuh tadi lagi. Dia didatangi Che Mon dengan berita yang kurang senang sewaktu dia hendak mengerjakan Subuh.
"Kamu kena hati-hati dengan Aina"
Pelik! Kening Firdaus bersambung. Dia tidak mengerti maksud di sebalik kata-kata tersebut.
"Maksud Che Mon?" tanya Firdaus sambil menggapai sejadah di besi penyidai. Kemudian, dihamparkan sejadah itu di atas karpet berwarna maroon itu.
"Che Mon serba salah nak cakap" Kepalanya digaru-garu sambil matanya tak lepas memandang wajah Firdaus. Nak cakap ke tak nak? Kalau tak cakap, nyawa Rossa jadi taruhan. Nanti kalau cakap, buatnya dia sembur aku! Aina tu pun isteri dia jugak.
Firdaus tersengih. "Cakap jelah Che Mon! Fir ni kurang cerdik sikit sejak akhir-akhir ni" akui Firdaus. Entahlah, sejak selalu tak sebulu dengan Rossa, dia selalu alpa dan mudah emosi. Tak tahulah! Dia sendiri pening dengan sikap terbarunya itu. Atau mungkin kerana faktor usia? Yelah, dia pun dah nak menjengah ke usia 37 tahun. Umur saja yang tua, namun penampilannya masih seperti orang muda. He.. he.. he..
"Aina kenapa?" Firdaus ulang pertanyaan setelah dilihatnya Che Mon ragu-ragu hendak bersuara. Didekatinya wanita tua itu lalu ditarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Che Mon yang sedang berdiri menghadapnya. "Kenapa kena hati-hati dengan Aina?"
"Hmmm... Che Mon cakap ni. Fir jangan nak melenting dulu. Dan kalau boleh, rahsiakan dulu benda ni dari dia. Boleh?"
Kepala Firdaus terangguk-angguk. Tekun saja dia mendengar setiap cerita yang keluar dari bibir Che Mon. Antara percaya atau tidak, dia kurang pasti. Hatinya walang. Fikirannya kusut. Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Dia sukar untuk mempercayai cerita Che Mon mengenai kejahatan Aina kerana sepanjang perkahwinan mereka, Aina tidak pernah membuat onar. Apatah lagi hendak mencederakan sesiapa. Namun begitu, dia juga tidak boleh abaikan perkara itu. Kerana sebelum ini, Aina juga pernah mengugut akan mencederakan Rossa jika dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Oleh itu, sesudah mengerjakan Subuh berjemaah tadi, dia sempat menelefon Aziz dan meminta lelaki itu untuk menyiasat mengenai kemalangan yang menimpa Rossa sebulan yang lalu.
Gara-gara itu juga, dia membawa Rossa ke pejabat agar Aina tidak melakukan sesuatu di luar jangkaan. Selagi kata-kata Che Mon belum terbukti, selagi itulah dia akan sentiasa memastikan Rossa dekat dengan dirinya.
"Esok awak masuk kerja"
"Hahh?" Bungkam Rossa dengan idea itu tiba-tiba. Dia menoleh memandang Firdaus. "Saya tak nak!" Kenapa tiba-tiba pulak ni?
"Jangan degil, boleh?" tukas Firdaus sambil menjeling ke arah Rossa. Itu salah satu cara untuk memastikan Rossa sentiasa dalam lindungannya. Bukannya dia percaya bulat-bulat akan kata-kata Che Mon, tetapi hatinya tetap tidak tenang selagi tidak terbukti apa-apa.
"Saya tak naklah! Kenapa nak suruh saya kerja tiba-tiba ni? Kenapa tak suruh Aina je? Sengajalah tu nak biarkan dia jadi mem besar kat kondo tu! Yelah, awak kan prihatin dengan dia je. Tu sebabnya awak tak nak biarkan dia penat dengan kerja pejabat kan? Lainlah saya ni..." Rossa merungut dalam nada cemburu.
Firdaus sembunyi senyum. Walaupun Rossa cuba untuk menidakkan perasaannya, namun dia tetap tidak mampu untuk menyembunyikan cemburunya.
"Biarlah dia jadi mem besar! Dah awak nak bolot semua kerja kat rumah tu, ada baiknya kalau awak tolong saya kat office. Kuranglah beban saya kan?"
"Ohh jadi selama ni, saya ni jadi bebanan awak je lah? Macam tu?" Rossa memalingkan wajah dari memandang Firdaus. Air mata yang mula merembes keluar segera diseka. Sebu rasa hatinya dengan kata-kata Firdaus itu. Dia tahu, tempoh mereka untuk bersama hanya tinggal dua minggu saja lagi. Tetapi tidak usahlah perlu menyakiti hatinya secepat ini.
Firdaus kehilangan kata-kata. Dia tidak maksudkan itu. Tetapi Rossa sudah salah sangka. "Heyy, saya tak maksudkan macam tu lah!"
Rossa membisu. Dia sudah penat untuk bertikam lidah dengan lelaki itu. Alih-alih nanti, dia yang sakit sendiri.
"Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan? Jahat sangat ke saya ni pada awak? Ada je benda yang tak kena pada mata awak kan?" Firdaus berbunyi merajuk.
Rossa masih membisu. Dia betul-betul penat untuk menghadapi semua ini. Kalau dia tidak berfikiran yang bukan-bukan, bukan perempuanlah namanya. Fitrah seorang wanita, akan sentiasa dihantui perasaan curiga pada pasangan tersayang. Takkan Firdaus tak pernah mampu untuk memahami semua itu? Arghh! Sudahlah!
"Kenapa diam?"
"Kalau saya menjawab, awak akan cakap saya melawan. Kalau saya diam, awak macam sengaja nak provoke saya! Dahlah Firdaus! Lebih baik saya jadi bisu je. Awak tu memang dah lama nak tinggalkan saya. Sebab tu awak suka cari gaduh dengan saya. Kalau dengan Aina, awak cakap lembut je kan? Pijak semut pun tak mati!" Rossa menghambur kemarahan, sebetulnya lebih ke arah meluahkan cemburu. "Tinggal dua minggu je lagi tempoh perjanjian kita. Lepas ni, saya akan pergi dari hidup awak selama-lamanya. Awak tak payah risau. Sabar sikit je lagi.Saya takkan ganggu awak dengan Aina. Jangan risau, saya seorang yang tepati janji. Lepas ni, awak takkan jumpa saya sampai bila-bila"
Sudahnya, Firdaus pula yang mematungkan diri. Bengkak juga isi hatinya dengan kata-kata Rossa. Gadis itu tidak tahu, betapa dalamnya rasa cinta yang tersemai di hati buat dirinya. Namun Rossa tetap dengan fikiran curiganya. Bagaimana bisa dia membuat Rossa memahami perasaannya? Dia masih inginkan Rossa dan terlalu mencintai gadis itu.
"Terpulanglah!"
Dan Rossa pula yang disengat perasaan kecewa dengan bicara Firdaus itu.

DEMI melihat bayang-bayang Rossa, Nani tidak menunggu lama. Terus dirapati sang sahabat lalu didakap erat tubuh itu. Betapa dia rindu pada Rossa yang menghilang sejak peristiwa tempoh hari.
Firdaus menghilang di dalam bilik pejabatnya. Dibiarkan saja kedua sahabat itu berjejak kasih. Biarlah, rasanya Rossa lebih selamat buat masa sekarang.
"Mana kau menghilang weyy?" Pelukan dileraikan. Dia memandang Rossa dari atas sampai ke bawah. "Weyy apasal kau semakin kurus ni? Tak cukup makan ke apa?"
Rossa tersenyum hambar. Bersiap-siagalah dengan soalan berdas dari minah ni! "Kau sihat ke?"
"Sihat je" Nani menarik Rossa untuk duduk di meja kerjanya. " Mana kau menghilang? Malam tu kau terus takde khabar berita. Berapa banyak dah aku miscalled kau? Kau boleh buat derk je?"
Kan! Dah agak dah! Mesti dia tanya soalan tu!
"Aku baliklah! Laki aku bawak aku balik. Tak ikut karang, jadi isteri derhaka pulak!" Jawapan yang Rossa rasakan selamat saat ini.
"Tapi apasal kau tak dapat dihubungi? Baru sekarang dapat jumpa kau" Ternyata, Nani lebih bijak memerangkap Rossa dengan soalannya.
Alamak! Macam mana aku nak bagitau dia apa yang terjadi malam tu? Takkan nak cerita hal sebenar?
"Okay, drop that subject! Ni aku nak merisik khabar sikit ni"
Haaa, tengok tu! Ni mesti pasal Aina!
"Pasal madu kau tu!"
Tepat sangkaan Rossa. Nani memang ingin mengorek rahsia mengenai Aina dan hubungannya dengan Firdaus.
"Ohh, hmm.. Kenapa dengan Aina?"
"Macam mana dia boleh kawen dengan bos?"
Rossa terdiam. Dia pun tertanya-tanya. Kenapa Firdaus boleh setuju untuk mengahwini Aina sedangkan sebelumnya Firdaus bermati-matian mengatakan dia tidak akan sesekali melukakan hatinya.
"Entah" Rossa menjongket bahu. "Mungkin dia rasa dia mampu kot" Kemudian, dia tertawa kecil. "Firdaus tu kan kaya. Ada company sendiri, ada rumah sendiri. Kalau ikutkan dalam Islam, dia cukup syarat untuk kawen lebih dari satu" Rossa tersenyum pula.
Naik seram Nani melihat perlakuan Rossa itu. Kejap ketawa, sekejap tersenyum. Mereng barangkali!
"Kau ni buat aku takutlah!"
Rossa tergelak. "Apasal pulak?"
"Perempuan lain, kalau suami dia kawen lagi satu, dia menangis, sedih, tak habis fikir kenapa suami buat dia macam tu. Tapi kau ni lain kes! Kau boleh gelak lagi?!"
Wajah Rossa keruh. Kalaulah Nani tahu perasaan dia yang sebenarnya, pasti Nani akan mengasihani nasibnya. Dia gembira hanya untuk menutup sengsara di hati. Dia tidak mahu dianggap lemah oleh Firdaus dan Aina walaupun itulah hakikat sebenarnya.
"Kau tak tahu apa yang aku alami" rintih Rossa.
"Share lah. Kau tahu kan, I'll always there for you" Jari-jemari Rossa digenggam erat.
Rossa mengukir senyuman. Tidak mungkin dia akan membuka pekung di dada dan menjaja aib suaminya sendiri. Biarlah, dia saja yang menanggung semua rasa ini.
"Kau apa cerita?" Rossa alih topik perbualan. Ketepikan urusan peribadinya. Sekarang fokus pada minah mulut bertih jagung ni! Lama juga dia tidak menggali rahsia gadis itu.
Keluhan termuntah dari bibir Nani. Kalau sudah Rossa berhasrat untuk tidak berkongsi rahsia, tidak apalah. Dia juga tidak akan memaksa. Mungkin perkara itu adalah peribadinya.
"Aku camni jelah" keluh Nani. Saat itu, matanya menangkap kelibat Umar di pantri. Dia mengeluh lagi. Cinta hati akan menjadi milik wanita lain tidak lama lagi.
Rossa mengalihkan pandangan ke arah tempat yang dipandang Nani. Kemudian, bibirnya mengulum senyum. Umar rupanya! Kalau dilihatkan, mereka berdua memang secocok. Walaupun Nani tampak kasar, namun zahirnya dia memerlukan seorang lelaki penyabar seperti Umar. Barulah balance!
"Kau suka dia kan?" Rossa menebak.
"Umar?" Nani mendengus. "Memang taklah!" Dia membuat penafian.
"Aku tak sebut pun nama Umar"
Merah padam muka Nani dengan sindiran Rossa. Nampak gayanya, dia sudah tertangkap. Sudah tidak mampu hendak menyembunyikan diri lagi.
"Betul kan?" tebak Rossa lagi.
Kali ini, Nani menjawab dengan keluhan. Kemudian, perlahan-lahan dia mengangguk kepala.
"Tapi dia nak kawen dah" Lemah saja tutur bicaranya.
Wajah Rossa nampak terperanjat. "What? Kau nak kawen dengan dia, tapi baru sekarang bagitau aku?"
Nani menggigit bibir. Eishh perempuan ni! Ada jugak makan siku aku nanti!
"Bukan aku nak kawen dengan dia. Tapi dia nak kawen dengan orang lain. Kalau aku kawen dengan dia, kau nak hadap muka tempoyak basi aku ni? Memang taklahh! Sengal betullah kau ni!" Nani sudah membebel dengan satu nafas saja.
Terhambur juga ketawa Rossa sehingga mampu menarik perhatian Firdaus yang sedang sibuk menghadap PCnya.
"Aku seriuslah! Boleh tak jangan gelak?! Dahlah orang tengah stress ni!"
"Yelah-yelah" Rossa menyudahkan tawanya. "Muka kau tu lah yang buat aku tergelak. Okey, back to topic. Kau ada luah perasaan pada dia?"
"Takde"
"Bagi hint ke?"
"Nope"
"Ataupun cuba berborak dengan dia?"
"No, no and no!"
Rossa menepuk dahi. "Memang wajarlah aku kena hadap muka tempoyak basi kau ni! Kan dah melepas sekarang"
"Kau pun tahu kan? Aku tak suka dia sangat-sangat"
"Siapa suruh tak suka sangat-sangat? Kan dah terjatuh cinta sangat-sangat sekarang"
Nani membisu. Itulah, dia akui itu memang salah dia. Tak pernah cuba nak memberi ruang padahal orang tu dah try very hard nak dapatkan dia! Sekarang, dia sendirilah yang gigit jari!
"Kau tahu kan, aku tak pernah sebulu dengan kaum berlawanan ni. Kalau aku bekerja dengan lelaki, aku akan sentiasa cari pasal dengan diorang. Tak pernah nak sefahaman langsung! Pastu si Umar tu try nak dekat-dekat pulak. Makinlah aku tak suka!" Nani berjeda sambil mengeluh. "Tapi tu lah. Bila dia stop usik aku, aku rasa kosong pulak. Rasa macam ada something lost. Kalau terserempak dengan aku pun, dia senyum je pastu jalan melurus tak toleh-toleh belakang lagi!"
"Kesian kau..."
"Kan?? Memang kesian pun. Tapi nanti kau temankan aku pergi wedding dia tau? Aku tak nak menangis meraung sorang-sorang"
"Laa apasal pulak aku nak menangis jugak? Kau yang frust, aku pulak yang kena"
"Nangis sama-samalah! Kata sahabat sehati sejiwa"
"Yelah-yelah" Rossa menepuk lembut lengan Nani. "Ehh, kejap. Tadi kau cakap, kau nak pergi wedding dia kan? Dia jemput kau ke?"
"Yelah.. Dia dah awal-awal jemput aku. Karang tak pergi, dia ingat aku frust menonggeng pulak!"
Rossa tergelak lagi. "Dah memang tu kebenaran dia!"
"Eee tak naklah cakap pasal ni lagi. Babe, jom pergi kantin. Aku laparlah" Nani sudah berdiri dan memaut lengan Rossa.
"Kemain erkk? Tadi bukan main kau menangis, sedih"
"Alaa, saja je lah! Nak tagih simpati kau! Kot-kot ada yang sponsor nasi beriani lepas ni"
"Amboiii!"
"Jomlaa.. Frankly speaking, food is bae. Dah, jom!" gesa Nani. Lengan Rossa ditarik lantas keduanya menghilang di sebalik lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience