TEKUN saja Nani mendengar cerita yang disampaikan oleh Rossa. Kedengarannya, Rossa seperti merajuk apabila Firdaus seakan memikirkan kebajikan Aina seorang. Dan dia bertambah kaget saat Rossa mengatakan bahawa Firdaus meminta dia kembali bekerja di situ.
"Serius aaa? Waaaa, seronoklah ada partner in crime lagi!" Tampang Nani kelihatan ceria ketika Rossa menyampaikan berita itu.
"Tapi aku mungkin tak satu department dengan kau" Berubah kelat wajah Nani saat Rossa berkata begitu.
"Apasal pulak?" Suara Nani kedengaran kecewa. Baru je nak syok-syok!
"Aku tak nak bekerja under Firdaus. Kalau dia tetap nak aku bekerja, aku akan ikut cakap dia. Tapi aku tak nak satu office dengan dia" tegas Rossa dengan wajah ketatnya.
"Pulak dah!" Nani menepuk dahi. "Tu kan personal affair kau dengan bos. Dan apa yang berlaku kat rumah, kau tak boleh campur-adukkan dengan hal office. Tak profesionallah nanti!"
Rossa mencebikkan bibir. "Orang lain mungkin boleh profesional, tapi bukan aku! Aku tak boleh berhadapan dengan Firdaus dengan situasi macam ni. Aku stress!"
"Kau dengan bos memang ego kan? Sebab tu hubungan korang tergantung! Tak pernahnya baik. Aku nak nasihatkan kau sebagai seorang kawan. Kalau kau betul-betul sayangkan bos dan kau nak kekalkan hubungan ni, ada baiknya kau mengalah. Jangan tunduk sangat dengan ego kau tu. Nanti makan diri tau?"
Nasihat Nani dicerna baik oleh Rossa. Dia tahu, dia memang ego. Tetapi Firdaus juga menyanjung tinggi egonya. Bukan dia tidak mahu mengalah, tetapi dia risau seandainya hatinya berdarah kembali.Apatah lagi setelah munculnya orang ketiga di dalam hubungan mereka.
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Pertanyaan Nani mengejutkan Rossa dari lamunannya. Dari kejauhan, dia melihat Firdaus, Umar dan Nizam berjalan beriringan menuju ke kafe.
"Ye, aku dengarlah. Errr, Nani. Aku dah kenyanglah. Jom blah" Rossa bingkas bangun dari duduknya. Seboleh mungkin dia tidak ingin bertembung dengan Firdaus.
Nani menggaru kepala. Makan pun tak lagi, kenyang tang mana pulak?? Namun setelah melihat Firdaus semakin mendekat, barulah dia mengerti.
"Hey girls" sapa Nizam sambil tersenyum.
Rossa terpaksa juga mematikan langkahnya. Dia tidak dapat melarikan diri lagi.
"You guys dah makan?" tanya Nizam lagi. Bebola mata Firdaus tajam memerhatikan setiap inci wajah Rossa. Dia tahu, Rossa ingin mengelak daripadanya kerana dia mampu menangkap sikap cemerkap isterinya itu sebentar tadi.
Rossa mengangguk, tetapi Nani pula menggeleng kepala. Nizam tertawa halus.
"Kenapa dua reaksi yang berbeza ni?" Nizam keliru.
"Jomlah makan sekali" Ramah Firdaus mempelawa.
"Errr takpelah. Dah kenyang" tolak Nani pula.
"Kalau kenyang, kenapa awak geleng kepala tadi bila saya tanya dah makan ke belum? Tu maksudnya awak belum makan kan?" tukas Nizam pula.
"Jomlah" pelawa Firdaus lagi. "My treat"
"Haaa, bos besar nak belanja tu. Takkan nak menolak lagi?" sambung Nizam lagi.
Nak tak nak, terpaksa juga Rossa dan Nani bersetuju. Satu petanda baik bagi Nani, tetapi sebaliknya untuk Rossa. Malapetaka!
"HOW'S work?" Soalan itu, Firdaus ajukan pada Nani.
''Errr so far, okey bos" sahut Nani sambil tersenyum. Segan pula dia apabila makan semeja dengan Firdaus.
"I dengar, you nak kawen. Is that true Umar?" Giliran Nizam pula memalingkan soalan.
Mendengarkan pertanyaan tersebut, Nani tersedak tiba-tiba. Isi ayam yang diratahnya terasa tersekat di hujung kerongkong. Umar yang duduk di sebelah Nani segera mengusap belakang gadis itu sebagai memberi kelegaan pada dirinya.
"Ke you nak kawen dengan Nani?" duga Nizam lagi. Aneh rasanya setelah melihat perlakuan keduanya. Something fishy....
Semakin kuat batuk Nani tatkala Nizam membuat telahan begitu. Baik saja tangan si Umar mengusap belakangnya, segera dia tepis. Malu dia pada Rossa yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka.
"Kalau nak kawen, kena pandai cari pasangan hidup. Cari yang boleh terima kekurangan dan kelebihan kita. Jangan terlalu mencari yang sempurna, nanti terlepas yang terbaik" Tiba-tiba saja Firdaus memberi tazkirah, membuatkan semua mata memandangnya.
Duduk Rossa seakan tidak selesa. Kenapa kata-kata Firdaus itu seakan menyindirnya?
"Bila dah kawen nanti, kena ingat satu benda. Kena saling mengalah dan jangan biarkan pasangan makan hati. Bila pasangan makan hati, hubungan semakin tak elok. Masa tu, ego akan menguasai. Dan bila ego mula menguasai, hilang semua kemanisan yang pernah dirasai suatu masa dulu" sambung Firdaus lagi. Dia memang sengaja membuatkan Rossa berada dalam keadaan serba salah. Dia ingin Rossa sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan di dalam hubungan ini.
Rossa tergigit bibir sendiri. Hatinya benar-benar terasa dengan ucapan Firdaus. Diakah yang selalu ego dan membiarkan Firdaus mengalah?
"Umar, nanti kalau awak kawen, tak kiralah dengan siapa pun, jangan pernah sakiti hati isteri. Sakitkan hati isteri umpama jauhkan diri dari rezeki Allah" Rossa juga tidak mahu mengalah. Dia turut memberikan nasihat dengan harapan yang Firdaus akan terasa hati.
Wajah Firdaus kembali ketat. Dia tahu, Rossa sengaja menyindirnya melalui kata-kata tersebut.
"Kena ingat, isteri yang banyak berkorban untuk suami. Mengandung dan melahirkan zuriat untuk suami. Tapi kalau suami tak pernah mampu nak hargai, dia memang tak layak digelar suami" tambah Rossa lagi.
Nani, Umar dan Nizam masing-masing tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Rossa. Apatah lagi setelah Firdaus mencelah, mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Tapi isteri jugak kena ingat satu benda. Sakitkan hati suami, tak layan suami dengan baik, dan mintak cerai dari suami jugak merupakan antara ciri-ciri isteri nusyuz. Dan tak cium bau syurga!" Tegas kata-kata Firdaus membuatkan Rossa terdiam sesudahnya. Bibirnya terkunci. Dia sudah tidak mampu untuk berhujah lagi.
"Rasa-rasanya, makanan kita ni dah makin sejuk. Perut pun dah lapar ni. Jom makan" Nizam menyelamatkan keadaan terlebih dahulu sebelum semakin jauh perbincangan mereka tersasar.
'Ya, Rossa salah.Rossa tak layak berada di syurga bersama abang!' Namun Rossa hanya mampu bermonolog dalam hati.
"IS there something that I should know?" Wajah Firdaus dikerling.
Mendengarkan saja soalan tersebut, Firdaus bingkas menghentikan pekerjaannya. Kertas kerja ditolak ke tepi.
"Pardon?"
"Between you and her"
Firdaus melepaskan keluhan. Dia tidak tahu dari mana hendak bermula kerana hampir setiap akan ada sahaja perkara yang dia dan Rossa gaduhkan. Dari sekecil-kecil perkara, sehingga ke sebesar-besar masalah.
"It's too complicated dude!" Kepala disandarkan ke bahu kerusi. Firdaus memejam mata. Senyuman Rossa tiba-tiba menghiasi ruang minda. "She's... I love her so much!" ungkap Firdaus seraya mencelikkan matanya.
"So? Apa yang complicated sangat? Kalau cinta, bagitau jelah!"
"Dia bukan Rossa yang aku pernah kenal dulu. She is different now. Sejak dia keguguran for the second pregnancy, she looks miserable. Dan aku tak mampu nak faham apa yang dia nak sebenarnya!" keluh Firdaus.
"Arguing over something? Pasal Aina ke?"
"Aku tak tahulah kalau dia marah sebab aku kawen dengan Aina. Bergaduh tu macam dah jadi makanan dalam kehidupan kami. Hari-hari gaduh. Macam ada je benda yang tak kena"
"Tu pasal kau sindir dia tadi?"
Firdaus mengunci bibir. Memang iye, dia sengaja menyindir Rossa kerana dia mahu isterinya sedar dan mengerti gelojak hatinya.
"Yes, maybe" jawab Firdaus sepatah.
"I can't say anything about this. Setiap pasangan mempunyai dugaan hidup mereka tersendiri. Cuma apa yang boleh aku cakap, kau dan Rossa sama-sama ego. And this problem won't get fixed until you patch it up!"
Lama Firdaus merenung skrin laptopnya. Kata-kata Nizam dihadam sebaik mungkin. Dia sayangkan Rossa. Dan jika tidak dibetulkan semuanya, dia akan kehilangan Rossa untuk selama-lamanya. Sementelah tempoh hubungan mereka hanya bersisa 14 hari saja lagi.
TERSENTAK Nani dengan berita yang disampaikan oleh Puan Normah. Dia merenung sedalam-dalamnya ke dalam anak mata mamanya itu.
"Mama dah terima pinangan diorang. Nani tak boleh mengelak lagi. Kali ni, jangan nak buat malu mama!"
Bibir Nani muncung ke depan. Puan Normah sudah berlagak ala-ala diktator. Kuasa vetonya sudah dikeluarkan berserta dengan amaran keras. Mana mahu lari lagi?
"Orang tak kenal pun dia tu! Macam mana nak kawen?"
"Dari tak kenallah, mama nak Nani kenal dia"
Nani menjuihkan bibir lagi. Apabila dikhabarkan mengenai dirinya yang sudah disunting oleh sang jejaka misteri, dia mulai jadi tidak keruan. Dan dia bertambah panik saat mama menerima baik lamaran tersebut tanpa berunding dengannya.
"Mama ni kan..." Nani menundukkan wajah sambil hujung kakinya menguis karpet lantai. Mahu menangis pula dia saat terkenangkan nasib diri. Sudahlah cinta tak kesampaian, kini mama pula menjodohkan dia dengan lelaki yang tak dia kenali.
"Mama kenapa? Mama bukannya suruh kamu kawen dengan dia terus. Mama nak kamu berkenalan dulu dengan dia. Kenal elok-elok, kalau dah rasa sepadan, kawenlah. Tapi kamu mesti suka dia. Dia baik orangnya"
"Mana mama tahu dia baik?" Nani menjungkit kening. Wajahnya mendongak memandang mama. Hairan pula dengan sikap mamanya itu. "Mama dah jumpa dia ke?"
"Ada lah jumpa sekali. Masa dia datang sini dengan keluarga dia"
"Dengan keluarga? Ma, macam mana mama kenal dia?"
"Ala, kenal-kenal macam tu. Keluarga dia berkawan dengan Mak Lang Inas kamu tu. Dah kebetulan dia ada dua anak lelaki, jadi mama pula ada sorang anak perempuan. Jadi tak salah rasanya kalau berbesan kan? Yang nak dijodohkan dengan kamu tu, abang dia" Puan Normah tersenyum apabila mengungkapkan itu. Bahagia betul hatinya tatkala perkataan 'besan' itu disebut-sebut.
Nani menelan liur. Kalau mama sudah bereaksi begitu, alamatnya jauh panggang dari apilah kalau dia nak mengelak! Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia bersetuju dengan plan-tak-seizinnya itu!
"ROSSA, saya nak cakap sikit boleh tak?"
Aina menyapa di luar bilik. Wajahnya tampak serius. Dia harus bersemuka dengan Rossa dan bercakap empat mata dengan madunya itu.
Bibir Rossa mengulum senyum manis sambil menyudahkan lipatan bajunya. Meski debaran di hati tak pernah surut sejak peristiwa disindir petang tadi, namun dia tetap mengukir senyum manis.
"Duduklah sini" Rossa mempelawa Aina untuk duduk di sebelahnya sambil menepuk-nepuk tilam.
"It's okay. Saya datang nak bercakap je" Langkah kakinya sudah menapak masuk ke dalam bilik Rossa. Bebola matanya galak memerhatikan sekeliling bilik itu. Sangat mendamaikan. Lebih kurang saja dengan hiasan bilik tidur Firdaus. Tiba-tiba hatinya disengat cemburu tatkala mengingatkan itu.
"Awak nak bercakap pasal apa?" Suara lembut Rossa mencantaskan ruang lamunannya.
"Pasal kita" Aina berdiri di hadapan Rossa sambil bercekak pinggang.
"Kenapa dengan kita?" Rossa mengangkat kening.
"Kitalah!" bentak Aina.
Rossa menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Wajah Aina dipandangnya dalam-dalam.
"Saya tak suka awak rapat sangat dengan Firdaus" Aina terus menyerang tanpa mukadimah sekaligus membuatkan Rossa terbungkam.
"Dia suami saya, tau tak?!" sambung Aina lagi sambil menerjah dengan kuat.
"Hey, apa awak ni Aina? Dia pun suami saya. Masih suami saya!" balas Rossa dengan suara yang sedikit meninggi. Geram juga hatinya apabila diserang sebegitu. Padahal dia sudah berlembut dengan Aina.
Aina menggenggam penumbuk. Dia mendengus keras. Dia tidak akan mengalah dan membiarkan Rossa menang. Baginya, Firdaus adalah miliknya seorang!
"Awak tahu ke kenapa Firdaus kawen dengan saya?" Wajah Aina sedikit bongkak. Kemudian, pandangannya berpusat ke wajah Rossa.
Rossa turut membalas pandangan Aina. Apa mahu Aina sebenarnya? Datang-datang ke biliknya, kemudian terus menyerang dia seperti ini? Masih tidak puaskah hatinya setelah dapat memiliki Firdaus secara sah? Apa lagi yang dia inginkan?
"Tahu ke tak? Orang tanya kan, jawablah!" tengking Aina kasar.
"Kenapa? Kenapa Firdaus kawen dengan awak?" Nafas Rossa turun naik, sama naiknya dengan tahap kemarahannya sekarang. Kalau Aina berfikir dia lemah, maka Aina silap! Dia juga tidak akan beralah kata dengan gadis itu.
"Sebab awak tak mampu nak bagi dia anak!" Aina ketawa sesudahnya. "Oops!! Bukan tak mampu, tapi tak boleh nak jaga kandungan sendiri. Dah dua kali mengandung, tapi masih tak mampu nak jaga anak sendiri. Ni kan pulak nak jaga suami. Tu lah sebabnya suami awak tu kawen dengan saya! Lagipun, kalau betul Firdaus cintakan awak, dia takkan kawen dengan saya. Sebab takkan ada yang kedua untuk hati yang setia"
Rossa mengetap bibir. Perit rasanya apabila ada insan lain menafikan takdirnya. Dia bukannya tidak mampu mengandung, tetapi rezeki itu belum ada. Allah hanya mengizinkan janinnya menumpang selama beberapa bulan di dalam perut.
"Keluarlah Aina! Saya tak nak cakap pasal benda ni" Rossa seboleh mungkin cuba mengawal hatinya meskipun tahap kemarahannya hampir memuncak saat ini. Dia sudah berdiri di sisi pintu, dengan tujuan untuk menghalau Aina.
Aina sinis. Dia menapak keluar dari bilik dan sempat lagi menyakitkan hati Rossa. "Dan lagi satu, sebab saya lagi cantik dari awak. Firdaus dah puas pakai awak, jadi dia..."
"Aina, I said enough!" dengus Rossa dengan suara yang lantang. "Awak ingat awak tu sempurna sangat ke? Kalau betul awak boleh mengandung, buktikanlah pada kami semua. Awak ingat kami tak tahu ke apa yang dah terjadi pada tubuh badan awak? Firdaus kawen dengan awak sebab simpati!"
Aina tidak dapat menahan amarah lalu menolak Rossa ke lantai. Matanya mencerlung memandang Rossa, seakan hendak ditelannya hidup-hidup. Namun Rossa juga tidak mahu beralah. Dia bingkas bangkit lantas menampar pipi kiri Aina.
"Rossa!!" jerit Firdaus dari tangga. Wajahnya ketat dan bengis. Terpana dia saat melihat sikap kasar Rossa terhadap Aina. Mujur dia sempat sampai, jika tidak lebam satu badan Aina dikerjakan Rossa.
"Kenapa dengan Rossa ni?" marah Firdaus kepada Rossa. "Aina okey ke?" Pandangannya beralih kepada Aina pula.
"Okey, tapi sakit sikit je" Aina merengek, pura-pura sakit. Tubuh Firdaus didakapnya erat. Padan muka kau Rossa! Tengoklah, Firdaus sayang aku lebih!!
Wajah Rossa berpaling. Air mata yang jatuh ke pipi segera diseka. Dia benci melihat adegan itu. Dia ingin melarikan diri saat itu juga namun tangan Firdaus lebih pantas menyambarnya.
"We need to talk!"
"Takde apa yang perlu dibincangkan!" Rossa menepis kasar tangan Firdaus.
"Kenapa kurang ajar sangat ni? Saya masih lagi suami awak kan?" Suara Firdaus mendadak kasar. Intonasinya juga tegas dan keras.
Mendengarkan saja kata-kata Firdaus, serta-merta air mata Rossa gugur. Terlalu mendalam rasa sakit yang Firdaus berikan kali ini. Rasa-rasanya, dia tidak mampu hendak bertahan.
"Ye, saya isteri yang tak baik pada awak. Saya selalu cari gaduh, saya tak hargai awak. Saya isteri yang nusyuz. Apa lagi?" Rossa mulai menghamburkan kemarahan. Teringat dia akan sindiran Firdaus siang tadi, membuatkan dia merasakan dirinya sangat tidak sepadan dengan lelaki sesempurna Firdaus.
"Saya selalu lawan cakap awak. Saya selalu bentak-bentak awak. Saya isteri yang ego. Saya memang tak padan dengan awak!"
Saat itu, air mata Rossa semakin laju merembes keluar. Kenapa terlalu sakit rasa ini? "Dah lengkap kan kejahatan saya pada awak. Saya kurang ajar pada awak. Sampai bila awak nak bertahan dengan saya? Awak dah ada Aina. Jadi lepaskanlah saya. Betul kata Aina. Hati yang setia, takkan semudahnya ada ruang untuk orang kedua"
Mendengarkan itu, hati Firdaus disambar keliru. Pelukan Aina dilepaskan. Dia memandang Aina dan inginkan penjelasan. Namun Aina berpura-pura tidak mengerti.
"Samalah macam awak kan? Kalau hati awak setia pada saya, awak takkan layan Taufiq!"
"Suka sangat tuduh saya ada hubungan dengan Taufiq. Atau awak memang nak tengok saya ada orang lain ke?"
Laju saja langkah kaki Firdaus menerpa ke arah Rossa. Ditarik lengan itu dengan kasar. "Don't you dare!"
"Let go of me!" Tepis Rossa kasar. "Lepaskan saya supaya saya boleh kawen dengan Taufiq! Dan awak bahagia dengan Aina!"
"Rossa!" jerit Firdaus ketika Rossa mula mengatur langkah menuju ke bilik. Dia tidak puas hati. Dibontotinya langkah Rossa dari arah belakang. Dia harus mencari tahu status sebenar hubungan Rossa dan Taufiq.
Aina ditinggalkan terpinga-pinga di situ. Menahan segala amarah dan rasa yang terbuku dalam hati. Dia tinggalkan aku lagi!
Share this novel