30

Romance Completed 28168

PINTU BILIK dibuka luas. Matanya bertembung dengan sekujur tubuh genit milik Rossa. Isterinya itu sedang nyenyak tidur di atas katil. Firdaus menutup pintu bilik lalu bergerak menghampiri Rossa. Duduk di samping Rossa lalu matanya menjamah wajah tenang itu.
Firdaus tersenyum. Hanya apabila gadis itu tidur keadaan akan kembali tenang. Jika tidak, mereka akan bertelagah sehingga salah satunya mengalah. Dan dialah pada akhirnya yang akan mengibar bendera putih.
Firdaus memberanikan diri berbaring di sebelah Rossa. Tubuhnya mengiring ke kanan, lantas wajah itu ditatap sepuas hati. Sudah dua minggu usia perkahwinan mereka. Dan selama tempoh itu, Rossa tak pernah memberikan haknya sebagai seorang suami. Mereka sangat jauh meskipun jarak terlalu dekat. Wajah keruh dan senyuman kelat Rossa selalu singgah di wajah. Dia tahu, Rossa membencinya. Gadis itu tidak senang dengan kehadirannya di situ. Tetapi dia terpaksa demi umi. Dia ingat lagi selepas kes tersebut, Rossa sering mencipta jarak antara mereka. Bahkan dia tidak diberi kesempatan sedikitpun untuk menyentuh Rossa. Dia faham dan dia tidak akan memaksa. Dia akan terus menunggu sehingga Rossa membuka pintu hati untuk dirinya.
Selama tempoh itu juga, Rossa tak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Makan minumnya disediakan oleh Mak Nab. Pakaiannya pula, dia sendiri yang menguruskan. Rossa betul-betul membencinya sehingga sanggup lepas tangan seperti itu. Kadang-kadang, dia terseksa diperlakukan seperti itu oleh Rossa. Dia punya hak, tetapi dinafikan oleh Rossa. Hati suami mana yang tidak hancur apabila isteri sendiri menjauhkan diri dan menganggapnya tidak wujud? Arghh! Dia pusing sendiri. Perkahwinan yang Bakri inginkan antara dia dan Rossa sudah tertunai. Tetapi dua jiwa tidak pernah mampu bahagia. Kerana ego, segalanya musnah.
"Apa awak buat kat sini?" Rossa menyeringa lantas bangkit dari tidurnya. Dia menjauhkan diri dari Firdaus.
Firdaus kaget. Dia turut bangkit dari posisinya. Wajah cemberut Rossa ditatap. Sudahlah dia penat seharian di pejabat, kini Rossa pula hendak melancarkan perang dingin.
"Awak sentuh saya?"
"No! Rossa, awak salah faham! Saya cuma berbaring di situ"
"Berbaring? Dalam banyak-banyak tempat, kenapa nak berbaring di sebelah saya?"
Firdaus meraup wajah. Soalan apa yang Rossa utarakan? Kenapa seakan sengaja memprovokasinya? Dia betul-betul penat. Dan Rossa tidak pernah mahu memahaminya. Tidak bisakah memberikan dia sedikit ruang untuk berteduh?
"Okay, I'm so sorry" luah Firdaus seraya menghela nafas.
Rossa diam. Wajah kepenatan Firdaus menimbulkan rasa kasihan dalam dirinya. "Dahlah. Saya nak tidur" Rossa kembali ke katil lantas menyelimuti seluruh tubuh dengan comforter. Bimbang jika Firdaus tersilap langkah lagi. Naya dia!
Firdaus mengeluh. Sungguh dia tidak mampu untuk menebak isi hati Rossa. Fikiran dan hati kadangkala tidak pernah seiringan. Namun dia faham. Dia sudah berjanji untuk memberikan ruang dan masa kepada Rossa. Sampai kapan pun dia tidak pernah tahu akan waktu itu tiba.

ZAID meneliti laporan forensik satu-persatu. Ketiga-tiga laporan tersebut baru diterimanya semalam. Kepalanya buntu memikirkan gerangan si pembunuh. Terlalu bijak dalam menyembunyikan jejak.
"Apa report tu cakap pasal ketiga-tiga mayat?" Mazlan dan Erika yang baru tiba terus menerjah Zaid dengan soalan tersebut. Mereka menghenyak punggung di atas kerusi berhadapan dengan Zaid.
"See by yourself" Ketiga-tiga laporan tersebut diserahkan kepada Mazlan. Seketika, Mazlan meneliti laporan tersebut sambil mengerutkan dahi. Kemudian, tanpa sepotong bicara, dia serahkan pula laporan itu kepada Erika.
Erika senyap saat membaca laporan itu. Keningnya terangkat. "Semua mangsa kena rogol tapi semen air mani pembunuh tak dijumpai. How could that possible?"
Zaid mengeluh. "Mungkin dia hilangkan bukti tu sebelum mangsa dibunuh"
"Takkan begitu teliti? That private part, macam mana dia boleh terlalu berjaga-jaga dan tak tinggalkan sebarang kesan? " Mazlan mulai dikepung kerisauan.
"Laporan ni cakap, ada secebis tisu yang dijumpai pada mayat pertama. Agak-agaknya, mungkin pembunuh bersihkan private part dengan tisu" Erika menilik semula laporan sambil menerangkan maklumat.
"Tapi kenapa cuma ada apa mayat pertama? Mayat kedua? Mayat ketiga? Kenapa takde apa-apa?" sampuk Mazlan.
"Simple" Zaid menegakkan tubuh yang sempat disandarkan pada tubuh kerusi. "Mayat pertama merupakan mangsa pertama sekali yang dia bunuh dalam hidup dia. Bila kau pertama kali buat benda yang kau tak pernah buat, kau akan rasa ragu-ragu dan tak biasa.Bila rasa tu ada dalam hati, kau akan cuai"
Erika mulai memahami kata-kata Zaid. "Jadi maksud tuan, selepas kesilapan pada mayat pertama, dia lebih berhati-hati pada mayat kedua dan ketiga. Am I right?"
Zaid tersenyum kemenangan serentak mengangguk kepalanya.
"Jadi betullah pembunuh baru pertama kali membunuh!" Sampuk Erika lagi.
Sekali lagi, Zaid mengangguk. "And one more thing. Untuk mayat kedua dan ketiga, dia gunakan air biasa untuk cuci bahagian tu"
"Which means, kalau dia guna objek lain selain air, dia akan tertangkap lagi! Air sifat dia natural dan boleh larut dalam apa-apa jenis solid atau gas" Mazlan pula menyampuk. Turut sama mengerti penerangan Zaid.
"Good! Korang berdua dah faham" puji Zaid.
Erika kembali menilik laporan tersebut. "Mangsa pertama, Dahlia binti Daud. Berumur 25 tahun. Seorang receiptionist di hotel lima bintang. Single and available"
Erika menyungging senyum saat memandang foto Dahlia yang diselitkan di atas kertas putih. "Orangnya cantik. Manis bertudung. Takkan masih single?"
Kertas kedua yang berisi maklumat lain digapai oleh Mazlan. "Noor Amira binti Sulaiman. Umur dia 25 tahun jugak. Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Plan nak kawen tahun ni, tapi tak tercapai. Sebab dia pergi dulu sehari sebelum majlis berlangsung. She was the second victim". Cantik orangnya. Bertudung litup! Foto Noor Amira turut dijamahnya.
Kertas seterusnya diserahkan oleh Erika kepada Mazlan. "Mangsa ketiga. Nadine binti Muiq. Takde kerja, penganggur tegar. Dan masih mencari kerja. Fresh graduate dari UiTM. Dan baru berusia 23 tahun"
Keadaan sepi seketika. Erika dan Mazlan masih sibuk menghadap laporan tersebut. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka cari.
"Motif dia dendam atau cinta?" Terpancul soalan itu dari bibir Erika.
"Boleh jadi salah satu. But, according to the reports, I can say that both are connected!"
Penjelasan Zaid menaikkan bulu roma Erika. Seriau rasanya. Lelaki yang membunuh itu sangat kejam. Kalau betul motifnya adalah cinta dan dendam, maka kebarangkalian dia membuat serangan adalah 98% terhadap kaum wanita.
"Berdasarkan laporan, ketiga-tiga mangsa dibunuh sekitar jam 2 ke 4 pagi. Yang peliknya, dia bunuh mangsa pada waktu yang sama. Tapi kalau tengok laporan ni, kenapa terlalu banyak kekejaman dia buat pada mangsa pertama? Macam dia tak bagi peluang langsung pada mangsa untuk bernafas" Mazlan mengutarakan kebimbangan.
"If we look through the reports, there were so many bruises on her body. Nampak sangat yang pembunuh bencikan mangsa. I can't imagine her situation by that time!" Erika menyuarakan pendapat. "Kenapa lelaki tu kejam sangat? Apa yang Dahlia dah buat pada dia sampai sanggup dia seksa Dahlia macam tu?"
Zaid dan Mazlan masing-masing diam. Sukar untuk diteka keadaan dan motif sebenar si pembunuh.
"Jangan-jangan, pembunuh tu mental tak?" tebak Mazlan pula.
"Not so sure! Tapi banyak persamaan dalam pembunuhan ketiga-tiga mangsa. Salah satunya, cara pembunuhan. Dan sebelum dibunuh, mangsa terlebih dahulu diperkosa dan diseksa. Sebab tu terlalu banyak kesan lebam pada badan mangsa" Zaid memberi pendapat.
Erika menyambung. "Kalau motif dia cinta, takkan jatuh cinta pada tiga wanita sekaligus? Kalau dendam, boleh jadi sebab cara pembunuhan dia sangat kejam"
"We can't assume anything. Unless we catch the culprit!" sahut Zaid. "Apapun, kita kena berwaspada. Takut-takut pembunuh cari mangsa baru lagi. Samada dia ada mental atau tak, kita kena hentikan dia. Sebelum banyak yang terkorban"
Erika dan Mazlan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience