TERDENGAR dengusan keras dari bibirnya. Rokok yang sedari tadi berkepul-kepul asapnya dicampak ke lantai. Kemudian, dipijak-pijak batang rokok tersebut dengan perasan yang menahan amarah. Masuk hari ini, sudah dua bulan aktivitinya terjejas gara-gara si Bakri itu. Pendapatannya juga koyak! Tiada siapa yang sudi menjalankan urusan jual beli dengannya selagi pihak polis masih sibuk campur tangan.
"Sabarlah bos! Kau marah-marah macam ni, kau ingat benda settle ke?" pujuk Tony sambil menepuk-nepuk bahu Hamid. Dia tahu amarah yang melanda hati bosnya itu. Dua bulan kerja tidak jalan, duit juga surut! Ditambah dengan keadaan mereka kini yang terpaksa bersembunyi dari pengetahuan ramai. Pergerakan pun terhad!
"Aku pening, kau tahu tak?! Duit satu sen pun takde sekarang! Dahlah muka kita ni kat merata tempat! Siapa punya dajallah beri info kat pihak polis?" Hamid hampir hilang sabar. Dia menghentak permukaan meja dengan penumbuk. Wajahnya menyeringa.
Tony berfikir sejenak. Hamid ada banyak konco dan anak buah. Semuanya boleh dipercayai. Tidak mungkin ada antara mereka yang menjadi kambing hitam. Kalau ada pun, pasti sekian lama rahsia itu terbongkar.
"Kau panggil dua budak tu ke mari!"arah Hamid dengan nada suara yang tegas. Tony mengangguk. Dia tinggalkan Hamid di situ.Tidak lama kemudian, dia kembali dengan dua orang lelaki yang diarahkan oleh Hamid sebentar tadi.
Satu-persatu wajah mereka dia pandang. Matanya mercerlung tajam. Mereka berdua adalah konconya yang baru. Terdetik di hatinya untuk meragui kesetiaan mereka.
"Aku dapat tahu, ada kambing hitam dalam kumpulan aku. Aku tak mampu nak fikir orang lain sebab dorang dah lama dengan aku. Tapi korang berdua, baru setahun lebih di bawah aku. Jangan-jangan..."
Khalid sudah tergetar-getar. Lantas, dia berlutut di hadapan Hamid. Wajahnya sudah berpeluh-peluh. "Bos, ka..kami tak.. tak per..pernah khianat de...dengan bos. Ka..kami tak be..berani bos"
Firdaus menggigit bibir. Hishh Khalid ni! Buat hal betul!!
Hamid tersenyum sinis. Pistol di atas meja dia angkat lalu diajukan ke arah Khalid. Matanya mengecil memandang lelaki itu.
"Kalau aku tarik picu ni tepat ke kepala kau..." Pistol diarahkan ke kepala Khalid yang sedang menggigil ketakutan. "Booommmmm!" Meletupp, berderai otak engkauuu!" Hamid mengekek.
Kemudian, dia berpaling kepada Firdaus. Raut tenang itu ditatapnya penuh curiga. Walau sering dia mencurigai mereka berdua sehingga ke tahap ingin membunuh, tetapi tidak pernah pula Firdaus dilihatnya bergetaran atau takut. Nampak sangat lelaki itu pernah berdepan dengan musuh sebelum ini.
"Kau..." Diacukan pula pistol ke arah wajah Firdaus. Riak lelaki itu tidak berubah. Tetap mempamerkan raut yang tenang dan bersahaja. Hamid jadi tertarik.
"Boleh ke aku percayakan kau dan kawan kau ni?"
Firdaus berdecit. "Kalau bos tak percayakan kitaorang, bos boleh bunuh je kitaorang sekarang. Lagipun, pistol ada dalam tangan bos. Kitaorang akan mati dalam tangan bos. Bos nak risau apa lagi?"
Hamid berdesis. Salah satu keberanian yang ada pada Firdaus yang harus dia puji. Tidak gentar berhadapan dengan musuh meskipun dalam saat-saat genting seperti sekarang.
Khalid sudah dihimpit perasaan takut. Dia bencikan situasi saat ini. Baginya, Firdaus umpama menempah bahana. Berhadapan dengan Hamid bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Lelaki itu bahkan tidak takut untuk membunuh.
"Apa jaminan yang aku boleh percayakan kau?" Hamid tidak berpuas hati. Geledak hatinya masih bersisa.
"Takde jaminan! Semua terpulang pada bos. Kalau bos nak bunuh aku dengan Khal pun, takde siapa yang akan larang bos"
Bergema satu tempat itu apabila Hamid mengekek ketawa. "Aku suka kau! Tak sia-sia aku ambik kau bekerja dengan aku. Okey! Kali ni, aku lepaskan korang berdua. Sebab aku yakin, korang tak terlibat dalam hal ni"
Firdaus tersenyum kemenangan. Sesulit apa pun itu, kepercayaan Hamid harus diraih. Jika tidak, dia akan terkorban dengan sia-sia.
Khalid sudah tegak berdiri. Menarik nafas lega kerana mereka terlepas lagi kali ini. Pun begitu, mereka harus tetap berhati-hati kerana Hamid bukanlah calang-calang orangnya.
"Korang boleh pergi sekarang!"
Seakan akur dengan arahan Hamid, Firdaus dan Khalid mengatur langkah untuk ke pintu. Meloloskan diri di sebalik pintu besar itu
"Bos, boleh percaya ke dorang?" Tony berbisik, kurang setuju dengan tindakan Hamid.
Hamid hanya menyimpul sinis. Percaya atau tidak, dia sendiri yang akan menilainya nanti. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana Firdaus sangat bijak orangnya.
"Budak perempuan yang selalu bersama dengan Bakri tu macam mana?"
Tony pamer sengihan. "Cantik bos! Geram aku tengok!"
"Aku bukan tanya pasal cantik ke tak!" Hamid meluku kepala Tony dengan pistolnya. "Aku tanya budak tu macam mana? Korang punya kerja macam mana?"
"Ohh itu. Bos tak cakap awal-awal" Tony tersengih malu."Dia masih lagi dalam pemerhatian kami bos. Cukup waktu, kita tangkap, kasi gorenggg!"
Hamid hanya tersenyum sinis. Itu satu-satunya cara untuk melemahkan Bakri. Hanya menunggu waktu dan masa yang sesuai!
MALAM sudah melabuhkan tirainya. Kedai makan Umi Za, Selera Kampung juga turut sama menutup tirai pintunya. Sesudah mengemaskan semuanya, Rossa mengunci grill pintu dengan mangga. Kemudian, dia melabuh duduk di sebelah Fahmi yang sedari tadi sibuk bermain dengan telefon bimbitnya.
"Tak balik lagi?" tegur Rossa.
Fahmi mengangkat wajah. Matanya bersabung dengan mata bundar milik Rossa. "Kejap lagi. Awak pulak?"
"Saya tunggu umi. Umi biasanya ambik shift sampai petang je. Kalau malam, memang dia arahkan orang lain yang handle. But since saya dah kat sini, so sayalah yang kena take over"
Fahmi mengangguk. Dia kurang fokus akan kata-kata Rossa. Matanya kembali tertumpu ke screen telefon bimbit. Menanti sebuah jawapan dari seseorang.
"Resah semacam je? Kenapa?" tanya Rossa apabila dia terperasankan gelagat lelaki itu.
"Rossa, Kak Siti dengan Mak Ayu balik dulu. Hati-hati" Kak Siti memberitahu sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"Ya kak. Baik-baik bawak kereta tu" sahut Rossa sambil melambai-lambai ke arah Kak Siti. Tidak lama kemudian, kereta Viva tersebut meninggalkan mereka berdua di situ.
"Awak tak jawab lagi soalan saya" Rossa mengingatkan kembali akan Fahmi.
"Saya tengah tunggu mesej dari Aina. Saya bagitau dia yang saya sukakan dia. Tapi dia bluetick je mesej saya. Saya buat salah apa ea? Saya tak mintak banyak, nak tahu jawapan dia je" terang Fahmi panjang lebar. Seperti biasa, ayatnya tak pernah ada titik noktah apabila bercakap.
Rossa kaget. "Sabar-sabar! Pelan-pelan. Jangan laju sangat bercakap"
Fahmi berdesis. Dia menghela nafas sesudahnya. Kemudian,ditarik perlahan-lahan. Wajahnya mencuka. Kali ini sahaja, sudah masuk ke 13 orang gadis menolak cintanya. Apa kurangnya dia?
"Aina tu kawan awak ke? Macam mana boleh suka dengan dia?"
"Kawan. Tapi tak rapat. Dulu sebelum saya kerja sini, saya kerja Grab Food. Selalu hantar pesanan orang. Kat situlah saya kenal Aina. Dia cantik, lembut. Dan dia layan saya baik. Saya sukakan dia sebab itulah. Tapi masalahnya bila saya bagitau dia yang saya sukakan dia, dia tak respon apa-apa pun! Rasanya dah berpuluh-puluh kali kot saya cakap yang saya sukakan dia!"
Rossa tercengang. Berpuluh-puluh kali? Mahunya si Aina tu tak rimas. Agaknya tu kot punca Aina menolak Fahmi dalam diam.
"Kenapa nak kena bagitau berpuluh-puluh kali? Cakap sekali dua je dah cukup kot?"
Fahmi terdiam. Iyakah itu? Tapi kalau tak bagitau banyak kali, dia takkan percaya. "Kalau saya bagitau sekali, nanti dia tak percaya. Susah jugak"
Rossa menepuk dahi. Ada yang kena luku karang haaa!
Bengap bin dungulah si Fahmi ni! "Perempuan tak suka tau kalau awak repeat banyak kali benda yang sama. Dia naik rimas"
"Tapi saya tengok Daniel dengan Mimi okey je? Daniel tu, hari-hari dia cakap I Love You kat Mimi. Takde pulak Mimi tu rimas. Suka adalah!"
"Daniel dan Mimi tu siapa?" Rossa mengerut dahi tanda tidak faham.
"Daniel tu sepupu saya. Mimi tu bini dia"
Rossa menepuk dahi lagi. Sahlah dia ni makan penampaq satgi!! "Dorang tu laki bini! Kalau dok cakap seribu kali ka, sejuta kali ka, takdenya si Mimi tu rimas. Tu laki dia kot? Lainlah kes awak ni. Aina tu bukan bini awak, bukan tunang awak, girlfriend pun belum tentu lagi. Wajarlah Aina tu rasa rimas"
Fahmi terdiam. Dia mula mencerna kata-kata Rossa barusan. Dalam diam, dia memahami apa yang hendak disampaikan oleh Rossa.
"Perempuan ni, kalau awak nak pikat dia, kena ada cara. Kena slow and steady. Jangan tergopoh-gapah sangat! Perempuan tak suka tau? Tu pasal Aina lari kot!"
"Habis tu, saya nak buat apa? Dahlah saya tak pernah bercinta!"
"Haaa? Biar betul?" Rossa tercengang. Seakan tidak percaya dengan apa yang dituturkan oleh Fahmi. Begini punya hensem, takkan takde yang terpikat?
"Betullah! Saya tak pernah menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Suka tu adalah, tapi tak pernah ke tahap yang serius. Dah 13 kali tau cinta saya kena tolak?"
Rossa terpinga-pinga. Biar betik??
"Awak tolonglah saya! Ajar saya macam mana nak bercinta. Saya teringin sangat nak rasa macam mana jatuh cinta! Tolong saya pikat Aina pleaseee" Fahmi separuh merayu.
Rossa pula yang terdiam. Susah ni! Sudahlah dia terjerat dalam masalah Bakri yang tak percayakan cinta, kini Fahmi pula merayu-rayu minta pertolongan. Dua-duanya dalam masalah cinta. Habis tu masalah aku macam mana??!
"Rossa..."
Rossa menepis apabila Fahmi menyentuh tangannya. Pantang dia disentuh sebegitu oleh lelaki.
"Sorry" ucap Fahmi sepatah.
Bunyi deruman kereta menyentakkan mereka berdua. Umi Za sudah sampai. Dia parking betul-betul di hadapan mereka.
"Nanti saya ajar awaklah! Nak balik dah ni! Bye.." Rossa akhirnya memutuskan untuk membantu Fahmi. Rasa berdosa pula jika tidak menghulurkan bantuan. Itulah mulut gatal sangat nak bertanya itu ini. Kan dah mengena! Hishh! Baik sangatlah kau ni Rossa!
WAJAH Firdaus dipandang sepi. Asap rokok yang berkepul-kepul ditiupnya sehingga ke awangan. Sesekali, asap itu hinggap di wajah Firdaus.
Firdaus menyeringa. "Rokok jauh-jauh sanalah Khal!"
Khalid menyedut lagi asap rokoknya lalu dicampak ke tanah. Dipijak sehingga lumat lalu pandangannya bersatu dengan wajah kusut Firdaus. Selama dia mengenali lelaki itu, tidak sedikitpun dia melihat Firdaus merokok. Bibirnya juga merah bak delima. Pun begitu, jika ada parti atau apa-apa acara tertentu, jika disogokkan dengan air mabuk, dia tidak pernah menolak. Kadangkala dia pelik dengan sikap lelaki itu. Merokok tidak mahu, tetapi meneguk air alah itu tidak pernah pula dia tolak!
"Apa yang kau fikirkan?" Persoalan tersebut terluah juga setelah agak lama mereka menyepi.
Firdaus membatukan diri. Terlalu banyak yang bermain di mindanya saat ini. Dia tahu, lama-kelamaan pasti Hamid akan menghidu perbuatannya. Jika itu terjadi, dia mungkin tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Tetapi untuk berhenti, bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik.
"Kau rasa-rasa, siapa yang Hamid maksudkan?"
Soalan Khalid mengundang tanda tanya dalam diri Firdaus. Keningnya terangkat.
"Yang Hamid cakap pasal kambing hitam tu lah!" ujar Khalid apabila terserempak dengan riak bingung lelaki itu.
Firdaus berlagak tenang. Serentak itu, bahunya dijongketkan. Tidak mahu terlalu ambil pusing akan perkara itu.
"Aku rasa, kalau Hamid jumpa orang tu, dia lenyek sampai lumat tu!" Khalid memberikan pendapat sambil mengumpal penumbuk.
"Dah-dahlah tu! Tak payah nak sibuk fikir pasal hal tu. Sekarang kita kena fikir macam mana nak bantu Hamid dapatkan semula duit dia yang terjejas tu. Pulihkan balik perniagaan dia. Kita pun dapat nama" Giliran Firdaus pula meluahkan pendapat.
Khalid mengangguk, menyetujui cadangan Firdaus. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. "Aku baru teringat. Belle ada buat parti kat rumah dia. Dia jemput kita sekali"
Firdaus mengeluh. Belle lagi! Gadis itu tidak henti-henti mengganggu hidupnya. Setahu dia, dua bulan yang lepas juga dia ada menghadiri parti di rumah gadis itu. Ketika itu, Belle sempat menggodanya. Dia tergoda di dalam dakapan gadis itu dan hampir-hampir mahu memberikan kemenangan kepada bisikan syaitan. Mujur dia cepat-cepat tersedar. Tubuh Belle segera dia tolak dan sempat menuturkan kata maaf sebelum berlalu meninggalkan gadis itu keseorangan. Walaupun dia pernah meniduri banyak gadis, tetapi tidak pernah berniat untuk meninggalkan racun berbisa di dalam kehidupan mereka. Dan semuanya berubah sejak dia mengenali Rossa. Rasa hormatnya pada seorang wanita disanjung begitu tinggi. Rossa mampu membuatkan hati lelakinya keras dengan rayuan gombal berbaur nafsu.
"Macam mana? On tak?" tanya Khalid lagi. Wajah Firdaus ditilik.
"Tengoklah nanti"
Itu sahaja kata putusnya. Tidak mampu mengatakan iya atau tidak.
Share this novel