"ROSSA nak jenguk Aina"
Terkejut Firdaus dengan permintaan Rossa itu. Dia yang sedang sibuk mengemas pakaian Rossa memandang wajah isterinya. Menurut Hafizi, Rossa tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius dan dibenarkan discaj tengah hari nanti.
"Bolehlah bang..." Ayat Rossa meleret sambil memaut manja lengan Firdaus. Serangan psiko digunakan ke atas suaminya.
Firdaus tergelak. Dahi Rossa dikucup. Isterinya itu punya seribu satu cara untuk mencairkan hati lelakinya.
"Rossa kuat ke nak tengok keadaan Aina? She's so miserable! Nanti Rossa cengeng lagi. Alamatnya banjirlah hospital ni nanti.." seloroh Firdaus. Dia tidak menghalang Rossa untuk melawat Aina tetapi menurut Hafizi, keadaan Aina sangat menyedihkan. Lebam sana sini dan wajahnya pucat lesi.
"Mana ada cengeng! Kalau cengeng, abang kan ada?" Rossa sudah buat muka.
Firdaus menahan hati. Kalau tidak mengenangkan mereka berada di hospital, sudah pasti wajah itu dikucupnya tanpa henti.
"Menggoda aje kerja dia!" bebel Firdaus. Dia sudah siap mengemaskan pakaian Rossa. Lantas, tubuh Rossa ditarik rapat ke sisi.
"Rossa kuat tak kalau tengok Aina nanti? Fizi cakap, keadaan dia sangat teruk. Menyedihkan! Fizi tu, tak sanggup nak masuk bilik Aina tu banyak kali. Sebab setiap kali dia masuk, setiap kali tu jugak airmata dia mengalir"
Rossa senyap. Takkan dia hendak meninggalkan tempat ini tanpa menjenguk Aina? Mereka sama-sama berhadapan dengan kekejaman Fahmi. Bahkan dia sendiri menyaksikan betapa kejamnya Fahmi memperlakukan Aina. Dia tahu rasa penderitaan itu bagaimana, jadi dia sudah cukup kuat untuk berdepan dengan Aina.
"Teruk sangat ke keadaan dia? Apa terjadi pada dia?"
"Fizi cakap, alat kelamin dia hancur"
Rossa menekup mulut. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"Fahmi rogol dia banyak kali. Alat kelamin dia koyak. Dan sampel air mani Fahmi masih lekat di situ. Tu tak termasuk dengan lebam pada seluruh badan dia"
Rossa meremang. Seriau mendengar cerita daripada Firdaus.Dia mula memikirkan nasib Aina selepas ini.
"Tapi Rossa nak jenguk Aina jugak. I was there with her. I saw everything" adu Rossa.
"Sure ni?"
Rossa mengangguk laju.
"Okay, tapi ada syarat"
"Syarat apa?"
"Rossa suka tak dengar cakap abang kan? So untuk semua arahan abang yang Rossa selalu bantah, Rossa kena hukuman dari abang" Firdaus tersenyum sinis.
Rossa mengangkat kening. Mulai tidak sedap hati dengan kata-kata Firdaus. "Hukuman apa?"
"Kiss sini" Firdaus tunjuk pipi kiri.
Pipi Rossa merona merah. "Tak nak!"
"Haaa, bantah lagi. Kena kiss dua kali! Cepattt.. Masa berjalan. Kalau lambat lagi, kena tambah lagi hukuman lain"
Rossa cepat-cepat mencium pipi kiri Firdaus sebanyak dua kali. Dia segan sebenarnya namun kerana risaukan hukuman seterusnya, dia buang jauh-jauh perasaan segan itu. Suaminya itu bukan boleh dipercayai sangat.
Firdaus pamer senyum kemenangan. Dia ajukan pipi kanan pula. Rossa hendak membantah namun mengenangkan hukuman lain, dia turutkan saja. Dua kali kucupan di pipi kanan dan yesss! Firdaus senyum sampai ke telinga.
"Lepas ni, tak naklah main hukuman macam ni!" rengek Rossa.Muncungnya sudah ke depan.
"Aik? Tadi kata nak jadi isteri solehah, isteri baik. Macam nilah didik isteri. Kena bagi hukuman. So lepas ni kalau Rossa tak dengar cakap abang lagi, abang bagi hukuman macam tadi"
"Alaa mana adil"
"Aikk melawan eaa?"
"Yelah-yelah. Rossa tak melawan" Rossa mencebik.
Firdaus senyum lagi. Pipi kiri Rossa dikucup. "That's my girl"
Wajah mencuka Rossa bertukar ceria. Gembira bercampur bahagia menerima ciuman dari si suami.
MELIHATKAN sahaja keadaan Aina yang terbaring lesu di atas katil, hati Rossa dipanah petir derita. Sebak hatinya berdepan dengan keadaan Aina yang seolah hidup segan mati tak mahu! Terimbau kembali saat-saat duka Aina berhadapan dengan nafsu syaitan Fahmi. Betapa terseksanya seorang gadis apabila harus hidup dalam keadaan tak bermaruah. Harga diri diinjak-injak, dan kehormatannya tergadai tanpa rela. Kuatkah Aina selepas ini?
"She's sleeping" Firdaus bisik perlahan ke cuping telinga Rossa. Kali pertama dia menjenguk Aina, itupun atas paksaan Rossa. Bukan dia tidak mahu melawat Aina, tetapi keadaan dan kisah duka gadis itu yang meluluhkan hatinya.
"Kesiannya Aina. Dia menderita" Rossa berasa simpati melihat keadaan Aina yang malang itu. Airmatanya tumpah juga.
"Abang pun tak sanggup nak tengok keadaan dia. Lebam sana sini, hancur sana sini. Fahmi buat dia macam bukan manusia! Entah macam mana dia nak berdepan dengan dunia luar selepas ni" balas Firdaus pula. Dia melepaskan keluhan berat.
"Kita kena bagi semangat pada dia. Rossa tak sanggup nak tinggalkan Aina sorang-sorang. Dia perlukan kita. Aina selalu cakap yang dia takut kalau kakak dia tinggalkan dia lepas tahu pasal keadaan dia. Hmm"
Firdaus mengangguk. Memahami sifat dan hati naluri Rossa. Meskipun bukan sedarah sedaging, tetapi Rossa dan Aina sama-sama perempuan. Sedikit sebanyak keadaan Aina turut terkesan di hati Rossa.
"Lepas ni, Rossa nak jenguk Aina selalu. Boleh tak?" Rossa pandang wajah Firdaus, meminta keizinan daripada suaminya.
"Boleh, tapi abang temankan. Rossa tak boleh pergi sorang-sorang. Bahaya" Firdaus mengingatkan. Setelah apa yang menimpa Rossa, dia tidak berani mengambil risiko lagi. Kini, keselamatan Rossa dititikberatkan.
"Okey" Rossa tersenyum manja.
Pintu bilik terkuak. Terpancul wajah Ainida di situ. Dia terkejut menerima kehadiran tetamu di situ.
"Err siapa ya?" Ainida bertanya. Dia sudah berdiri di sisi Aina, berhadapan dengan Rossa dan Firdaus.
"Saya Rossa. Ni suami saya, Firdaus. Akak ni kak Ainida kan?" Wajah Aina dan Ainida tidak jauh beza. Mudah untuk mengenali wanita itu meskipun Aina tidak pernah menunjukkan gambar Ainida kepadanya.
"Ya saya. Panggil Aini je. Rossa ni kawan Aina ke?"
Rossa mengangguk pantas. "Rossa dan Aina sama-sama kena culik hari tu"
Ainida kaget namun pantas mengangguk. Syukurlah, melihatkan keadaan Rossa, dia tahu gadis itu selamat. Sekurang-kurangnya, nasib Rossa tidak seteruk nasib yang menimpa diri Aina.
"Rossa tumpang simpati"
"Terima kasih" ucap Ainida pendek. Dia kalah apabila soal Aina menjadi topik perbualan.
"Kalau akak perlukan apa-apa pertolongan, akak boleh bagitau Rossa. Tak banyak yang Rossa boleh tolong, tapi apa yang termampu In Shaa Allah, Rossa tolong" Rossa menawarkan diri.
"Thanks. Buat masa ni, akak tak mampu nak mintak apa-apa. Keselamatan dan kesihatan Aina yang utama. Sedih hati akak bila tengok adik akak terbaring macam ni. Dia satu-satunya keluarga akak" Ainida mula tersedu-sedan. Menyesal tak sudah apabila mengenangkan nasib Aina. Seandainya masa bisa diputar kembali, pasti dia tidak akan membiarkan Aina terkontang-kanting sendirian di Kuala Lumpur.
"Aina banyak bercerita pasal akak. Katanya, dia takut kalau-kalau akak tak mampu nak terima dia lepas tengok keadaan dia. Dia takut kecewakan akak, susahkan akak" Rossa teringat saat Aina mengadu kepadanya. Saat itu, dapat dia rasakan perasaan Aina yang terluka sungguh dalam.
Ainida mengesat airmata dengan hujung baju. Cerita yang disampaikan oleh Rossa menambahkan lagi sebak di jiwa. Bagaimana bisa dia menolak Aina sedangkan itulah satu-satunya keluarga yang dia punya? Meski fizikal Aina berubah, kasih sayangnya tetap utuh.
"Akak tak pernah dan tak akan tolak dia. Takde apa yang akan berubah walaupun keadaan dia berbeza" sahut Ainida. Suaranya kedengaran kendur. Kali ini, dia dapat mengawal perasaan. Mula berasa tenang apabila meluahkan sedikit perasaan kepada Rossa.
"Aina kuat. Rossa tahu tu. Dan akak pun kena kuat. Untuk Aina. Akak dan Aina saling memerlukan. Dan Rossa percaya, semuanya akan indah satu hari nanti. Kita kena banyak berserah dan berdoa pada Dia" Rossa memberi nasihat sekaligus menitipkan semangat ke dalam diri Ainida.
Ainida mengangguk kepala. Dia mulai senang menerima kedatangan Rossa di dalam hidup mereka. Walaupun baru saling mengenali, tetapi dia tahu hati Rossa tulus.
"Rossa pun akan berdoa untuk kesembuhan dan kekuatan Aina" Titip Rossa sambil mengorak senyuman.
"Terima kasih Rossa"
Rossa mengangguk. "Rossa discaj tengah hari ni. Nanti kalau ada free, Rossa akan jenguk Aina lagi. Harap akak sudi menerima kedatangan Rossa"
"Akak dan Aina takde keluarga lain. Besarlah hati kami kalau Rossa masih sudi menjenguk Aina. Sekurang-kurangnya, Aina tahu dia tak bersendirian" Ucap Ainida tulus. Dalam hati, dia memuji keperibadian Rossa yang baik dan mengambil berat itu.
"Kalau macam tu, Rossa mintak diri dululah kak. Kami tak nak ganggu Aina lama-lama" Rossa mendekati Ainida lantas dipeluk tubuh kecil molek itu. Sempat dia bisikkan kata-kata semangat buat Ainida.
"Ni nombor Rossa. Kalau ada apa-apa, akak call je Rossa" Rossa meninggalkan nombor telefonnya di atas sehelai nota kecil lalu diserahkan kepada Ainida. Berharap agar mereka akan terus berhubungan selepas ini.
"In Shaa Allah. Terima kasih sekali lagi Rossa"
Rossa mengangguk. Sesudah itu, dia dan Firdaus berlalu meninggalkan Aina yang ditemani Ainida di situ.
"KITA nak ke mana?" Tanya Rossa apabila melihat kereta Range Rover milik Firdaus membelok ke jalan lain. Jalan yang bukan menuju ke rumahnya atau rumah Firdaus.
"Suprise" jawab Firdaus sepatah.
"Alaa bagitaulah. Abang ni suka tau?" Rossa sudah buat muka. Firdaus tergelak.
"Boleh tak jangan buat muka macam tu? Tak pasal-pasal abang berhenti tepi jalan nanti" Firdaus bernada nakal.
Rossa merona merah. Dia termalu sendiri, mula membayangkan hubungannya dengan Firdaus yang bakal berlabuh jauh selepas ini.Dup dap pula rasa hati...
"Gatallah abang ni!" omel Rossa, sengaja cover diri!
"Eleh, dia yang fikir bukan-bukan. Kata kita gatal pulak!"
Rossa kaget. Erkkk! Dia tahu ke apa yang aku fikir?
"Takpelah abang gatal. Bukan dengan orang lain pun" Firdaus pamer wajah nakal. Semakin membara rasa di hati buat Rossa.
Rossa terdiam sudahnya. Makin dilayan, makin menjadi-jadi pulak Firdaus mengusiknya. Sudahnya dia sendiri yang tersipu.
"Abang tak nak bagitau ke kita pergi mana?" Rossa mengalih topik perbualan.
"Kalau abang bagitau, bukan supriselah namanya!"
"Abang ni kannnn..." Rossa meleret.
"Kejap lagi kita sampai. Sayang sabar sikit okey?"
Rossa mengangguk lantas memaut lengan Firdaus. Bahagia berdua begitu dengan Firdaus.
"ISTERI ke bos?" tegur Imran, pengawal yang bertugas mengawali Apartment Crystal itu. Pondok pengawal yang Firdaus limpasi dikawal ketat oleh Imran.
Firdaus tersenyum seraya mengangguk.
"Cantik bos! Cun..."
"Jangan nak puji melebih! Isteri orang ni" tukas Firdaus. Sedikit cemburu apabila ada yang memuji kecantikan isterinya.
Imran tergelak. Setelah itu, dia membuka jalan untuk Firdaus memasuki kawasan parkir. Sempat Firdaus titipkan not RM50 kepada Imran. Dan seperti biasa, ucapan terima kasih akan dihadiahkan buat Firdaus.
"Tu kawan abang ke?" tanya Rossa sesudah mereka memasuki ruang parkir.
"Yupp. Abang dah biasa dengan dia. Abang selalu balik sini dulu"
"Balik sini? Selalu? Abang jumpa siapa?" Hati Rossa mula dibanjiri titisan cemburu. Bukan dia tidak percayakan suami sendiri, namun hatinya was-was.
"Takde jumpa siapa-siapa" balas Firdaus lalu memarkir kereta. Enjin kereta dimatikan. "Okay, we're here!"
"Apartment siapa kat sini?" tanya Rossa ragu-ragu.
"Laa apartment oranglah. Bukan abang sorang je yang tinggal sini" Firdaus tergelak dengan soalan Rossa.
"Suka tauu" Rossa buat muncung sedepa. Geram dengan kata-kata Firdaus yang tak jelas itu.
"Suka buat muka tu. Abang gigit karang bibir tu" Firdaus mula mengugut. Rossa suka menggodanya seperti itu. Masakan hatinya mampu menahan getaran setiap kali digoda seperti itu oleh isterinya.
"Dah tu abang main-main" bebel Rossa.
"Mana ada main-main. Sayang nak tahu apa?" Firdaus memusing badan menghadap Rossa.
"Abang tak jawab lagi soalan Rossa"
"Abang ada beli apartment kat sini. Lama dah. Sebelum kita kawen lagi. Masa tu, abang masih lagi bertugas sebagai polis. Ni kira rumah kedua abang. Dulu hubungan abang dengan keluarga abang tak berapa nak baik. Kalau gaduh dengan diaorang, abang lari sinilah. Rumah ni dijaga oleh Che Mon, pembantu rumah abang. Umur dia lebih kurang umur mama. Abang lama dah tak balik sini. Selalu bank-in duit je dengan Che Mon, untuk beli apa-apa yang patut sebagai upah dia jaga rumah ni.Dan bila abang bagitau dia yang kita nak balik, dia happy sangat. Macam-macam dia masak. Dia tengah tunggu kita sekarang" Jelas Firdaus panjang lebar.
Rossa mengangguk faham. "Jadi kita balik sini sebab nak jenguk rumah ni ke?"
"Jenguk apanya? Kita duduk sini teruslah"
Rossa tersentak. Duduk sini terus? Bermaksud dia akan tinggal berdua dengan Firdaus. Tanpa umi, tanpa mama, tanpa sesiapa. Rossa menelan liur.
"Kita pindah sini" tokok Firdaus lagi.
"Tapi kita kan dah ada rumah?"
"Tu rumah mama. Rumah umi. Abang nak kita duduk berdua, berdikari sendiri. Senang jugak dapat privasi" Firdaus mengerdipkan mata.
Rossa menggigit bibir. Dah agak dah! Ada niat lain rupanya! Haihh... Bergetar pula anggota badannya saat itu.
"Tapi nanti umi fikir lain? Mama kecik hati ke? Berdosa tau buat hati seorang ibu terluka"
"Laa terluka apanya? Abang dah bincang pun dengan mama dan umi. Diaorang okey je. Sporting"
"Yeke? Rossa nak call umi"
Firdaus tersentak dengan penerimaan Rossa. Sungguh dia berkecil hati dengan sikap Rossa seperti itu. Tidakkah Rossa tahu betapa dia menahan sabar untuk menunggu detik ini? Terseksa menanti sikap keterbukaan Rossa menerimanya di dalam hidup.
Rossa tercengang. Dia tersasul lagi. Bukan bererti dia menolak cadangan Firdaus tetapi dia sendiri takut untuk berdua dengan Firdaus. Hatinya masih tersipu malu.
"Okey, call lah" Firdaus mengalah juga dengan kehendak Rossa.
"Errr, takpelah. Kalau abang ajak Rossa duduk sini, Rossa ikut je"
Firdaus memandang wajah Rossa. "Betul ni?"
"Aah, betul" Rossa mengangguk. Dia sudah berjanji untuk menuruti setiap kata-kata Firdaus. Sebolehnya, dia akan mencuba menjadi isteri solehah yang mematuhi setiap arahan dan permintaan suami.
"Jangan ada rasa terpaksa" Firdaus pula diterpa perasaan ragu-ragu. Bimbang jika keputusannya mengecilkan hati Rossa.
"Tak! Rossa ikhlas. Rossa nak berada di samping abang. Tak nak jauh dari abang lagi" tutur Rossa sambil menahan sebak. Kisah lama dia tinggalkan jauh-jauh. Cukup sudah memori tersebut memisahkan dia dan Firdaus.
"Okay then. Thanks sayang" Dia mengucup mesra pipi Rossa. "Jom, udang Che Mon dah menunggu tu"
Mereka menapak keluar dari kereta dengan perasaan penuh berbunga. Rasa cinta semakin menebal untuk satu sama lain!
Share this novel