DUDUK memeluk lutut. Kepala pula disembamkan ke situ. Sudah berbakul airmata yang dikeluarkan, namun kesedihan di hati tetap tak mampu pergi. Rossa mendengus. Wajah Bakri bergentayangan sekejap di minda angannya. Sudah 3 hari Bakri pergi meninggalkan mereka. Bertemu Ilahi dan mungkin sedang berbahagia di samping Sang Pencipta.
Sehingga ke saat ini, Rossa masih tidak mampu mempercayai apa yang telah terjadi. Bukannya dia hendak menolak takdir Ilahi, namun acapkali hatinya kecundang dengan penderitaan sendiri. Sudah bertimbun nasihat dan kata-kata semangat yang diterimanya daripada orang sekeliling, namun hasilnya tetap sama.
'Rossa, semua ni dugaan. Kuatkan diri'.
'Bakri mesti sedih tengok Rossa begini'
'Sampai bila Rossa nak seksa diri sendiri?'
Dia mengeluh. Sejak kepermegian Bakri, dia sering mengunci diri di dalam bilik. Enggan bertemu sesiapa, bahkan Firdaus sekalipun. Dahulu, lelaki itulah tempat dia meluah segala rasa.Kini, dia menyepi pula tanpa sebarang berita. Dia tahu, Firdaus selalu datang menziarahinya dan pasti akan menghadiahkan dia sekuntum mawar. Peliknya, walaupun tidak disirami dengan air, mawar itu tetap segar dan berkembang.
Rossa mengeluh. Dia mengangkat wajah seraya menutup mata.Wajah Bakri yang sedang tersenyum manja padanya muncul di ruang fikiran. Dia terimbau sesuatu....
"WHATEVER things that might be happened to me, please do me a fovour"
Kening Rossa terangkat. Wajahnya serius menatap sebujur wajah itu. "What?" Pelik dengan permintaan Bakri, namun tetap juga bibirnya ringan untuk bertanya.
"Awak boleh pilih untuk tak percayakan sesiapa. But, not Azhan!"
"Kenapa pulak?" tanya Rossa tiba-tiba. Kenapa Bakri tiba-tiba berkata begitu dan mengaitkan Firdaus dalam hubungan mereka? Arghhh! Sungguh dia tak faham fikiran lelaki yang satu ini! Mereka bakal bernikah 2 hari lagi, tetapi Bakri pula buat pemintaan yang bukan-bukan.
"You can trust him. He's a good guy"
"Cakap apa ni?! Saya tak sukalah!" bentak Rossa tiba-tiba. Radang pula hatinya tatkala Bakri meluahkan rasa.
Bakri tergelak. Wajah hangat Rossa ditatap sekilas. Berkalih pula ke pandangan hadapan. Pemanduan harus distabilkan. "Don't get mad sayang! Saya bagitau je! Saya dah lama berkawan dengan Azhan. Around 10 years. Lost contact about 8 years. Tapi Allah pertemukan kembali kami dalam situasi yang berbeza.Tapi saya tahu, he is still the old Azhan that I ever knew!" Bakri bercerita dengan ceria. Betapa dia terlalu memuja dan memgagungkan Firdaus.
Rossa senyap. Hanya sibuk menjamu mata dengan pandangan hadapan. Dia tidak pernah menyangka bahawa Firdaus yang digelarnya Mr Philosophy itu rupa-rupanya bersahabat baik dengan bakal suaminya. Terasa kecil dunia ini. Dan dia juga tak pernah menduga lelaki itu bekas pegawai polis serta merupakan satu pasukan dengan Bakri. Rupa-rupanya terlalu banyak misteri Firdaus yang tidak diketahuinya.
"Dia terlalu banyak berkorban" Suara Bakri kedengaran mengendur, seakan cuba menyembunyikan sebak walaupun ketara pada intonasinya. Wajah yang riang bertukar mendung. Satu-persatu pengorbanan Firdaus dikenang dan dipacak dalam tiang ingatannya.
Rossa mengalihkan pandangan ke arah Bakri. Menanti dan terus menunggu ayat selanjutnya daripada lelaki itu. Namun melihatkan Bakri terus-terusan senyap, dia tahu lelaki itu sedang hanyut dibawa deras memori silamnya.
"Anyways..." Bakri menoleh ke sisi. Pandangannya bersabung dengan mata Rossa. "Walau apapun yang terjadi lepas ni, please trust him. Dia faham saya. Dia tahu luar dalam saya. And he's the only one who understands me more than others. Awak akan tahu bila awak kenal dia betul-betul"
"Tapi kenapa awak bagitau saya semua ni? What are you trying to say?"
Bakri tergelak kecil. Seperti diduga reaksi gadis itu. "Well, saja je. Kita kan nak kawen tak lama lagi. So saya nak awak tahu, Azhan adalah antara orang yang paling penting dalam hidup saya. I trust him wholeheartly, and so you are"
ROSSA mencelikkan mata. Bayang-bayang Bakri yang sedang tersenyum manja kepadanya bertukar kepada wajah manis Firdaus yang galak mengusiknya. Dia jadi ingat pada kata-kata terakhir Bakri. 'Saya percayakan dia, jadi awak pun sama'.
Rossa memuntahkan keluhan berat. Sunyi hidupnya tanpa Bakri. Jika bukan kerana kemalangan itu, pasti saat ini mereka sedang menikmati bahagia bersama. Cinta itu aneh bukan? Pada saat kita jauh dari cinta dan tak mengharapkan impian indah, ketika itu juga Allah hadirkan si dia buat peneman. Saat cinta mulai beraja di hati, saat itu juga kita harus melepaskan si dia pergi. Begitulah yang dirasainya ketika ini. Dia tidak pernah menyangka untuk jatuh cinta pada Bakri, namun setelah perasaan itu menyapa dan semakin menyala, kini dia harus belajar pula melepaskan perasaan itu pergi dari hati.
Rossa merebahkan badan ke katil. Perlahan-lahan, airmatanya bergenang kembali. Hatinya sakit dengan perpisahan yang abadi ini. Yang pasti, Bakri tidak akan kembali lagi ke sisi! Dan dia, tidak punya kuasa untuk menolak takdir yang telah tertulis!
Tangisan yang dihamburkan ke dada katil dapat didengari oleh Umi Za di sudut pintu. Betapa pilu hatinya mengenangkan nasib Rossa. Dulu, cinta pertamanya tidak berjaya gara-gara olah manusia. Kini, cinta keduanya hampir berhasil namun mereka terpisah pula oleh dua dunia berbeza.
Semoga kau kuat nak!
FIRDAUS dikejutkan dengan berita yang dibawa oleh Zaid. Menurut Zaid, dia harus melaporkan diri ke ibu pejabat dengan segera. Justeru tanpa berlengah, dia mempersiapkan diri dan mengikuti Zaid. Setelah agak lama pemanduan, mereka tiba di ibu pejabat. Firdaus turun dari kereta sambil mata tak lepas memandang sekeliling.
Di tempat inilah dia dibuang kerja. Di tempat ini jugalah dia dikelilingi oleh para wartawan yang sibuk menemubualnya ketika itu.
"Betul ke Inspektor Az dibuang kerja?"
"Inspektor ke yang bunuh dua beranak tersebut?"
"Inspektor dikenali sebagai 'Super Cop' oleh orang ramai kerana kecekapan Inspektor tetapi kenapa kali ini tersilap?"
Zaid menepuk bahu Firdaus yang sedang berkutik itu. Firdaus terkejut lalu membawa pergi jauh angan-angannya.
"Welcome back!" ucap Zaid sambil tersenyum.
"Apa kau ni?" Firdaus sorok wajah malu. Sejujurnya, dia sendiri tidak mengetahui apa yang sedang terjadi. Dia hanya dipanggil untuk ke ibu pejabat. Tetapi atas urusan apa, dia tidak diberitahu.
"Jom. The entire unit can't wait to see you!"
Firdaus mengekori langkah Zaid dari belakang. Sepanjang perjalanan dari koridor sehingga ke ruangan pejabat, dia tak habis-habis dihadiahkan dengan ucapan tahniah. Sampai satu tahap, dia bertemu semula dengan Irham, salah seorang anggota yang pernah diketuainya dulu.
"Tuan!" Irham tabik hormat.
Firdaus tergelak lalu menepis tangan Irham. "Not your boss anymore!"
Irham lantas mendakap tubuh Firdaus lalu menepuk bahunya. "The unit won't never be the same without you" Pelukan terlerai. Kemudian, matanya jatuh pada tubuh Firdaus. Matanya berkaca. "8 tahun dan berlalu Tuan! Now, you make a comeback. Nanti kita celebrate dengan team yang lain"
"Wait a sec! Apa maksud kau Ir? What comeback?"
"Az, Tuan Razali sedang tunggu kau. Talk later" Zaid mengingatkan.
Firdaus mengangguk lalu meninggalkan Irham di situ. Dia dan Zaid sudahpun terpacak di hadapan pintu pejabat Tuan Razali.
Rahang Firdaus bergerak-gerak. Walaupun pernah ke situ, tetapi debaran kali ini sangat berbeda. Bermacam-macam yang bermain dalam fikirannya saat ini.
Satu ketukan dari Zaid mengarahkan mereka untuk masuk.
"Tuan!" Zaid mengangkat tangan, memberikan tabik hormat. Begitu juga dengan Firdaus.
Tuan Razali mengukir senyum. Dia bergerak mendekati Firdaus lalu tubuh itu dipeluk. Suatu masa dahulu, Firdauslah antara pekerja cemerlang dan paling digemarinya. Lelaki itu ramah, bahkan bisa menyenangkan hati semua orang. Berada di samping Firdaus, segala urat saraf yang berterabur bisa kembali ke asal!
"Azhan.. how times fly" ujar Tuan Razali seraya melepaskan pelukan. "Come, we have some matters to talk about" Dia justeru mempelawa Firdaus duduk di sofa.
Pandangan mata jatuh pada Zaid lalu memberi isyarat bahawa dia ingin berdua dengan Firdaus tanpa sebarang gangguan. Faham dengan isyarat tersebut, Zaid tinggalkan keduanya di situ.
Firdaus senyap. Rasa asing padahal itulah tempatnya suatu ketika dulu. Matanya melilar sekeliling. Utuhnya bangunan itu masih tegak berdiri, menampungi ribuan pekerja. Teringat saat mula-mula dia melaporkan diri bersama Bakri 12 tahun yang lalu. Ketika itu dia dan Bakri baru berusia 24 tahun. Tahun pertama sebagai pegawai polis.
"You miss this place?" Soalan pertama Tuan Razali memecah kesunyian ruang empat dinding itu.
"Kind of.." jawab Firdaus. Sejujurnya, iya! Rindu untuk mengejar musuh, rindu pada bau pistol dan senapang, rindu bekerjasama dengan ahli pasukannya. Kini, semuanya jauh berbeza kerana ketiadaan Bakri di sisi.
"This place has created so much memories of me and Bak. How we trained to become a good officer, to deal with anything. Tipu kalau saya cakap saya tak rindu tempat ni. It's just... " Firdaus berjeda. Wajah diraup berkali-kali. Sebuah keluhan terluah. "Something is missing!" sambungnya lagi. Dan, itu adalah Bakri!!
Tuan Razali menghela nafas. Menegakkan badan dan mengatur posisi badan agar lebih selesa. Dia juga merasakan hal yang sama, bahkan satu unit juga. Kehilangan Bakri amat dirasai.
"He was a good guy anyway" komen Tuan Razali jujur.
"Yes, he was. Tapi Allah lebih sayangkan dia" sahut Firdaus pula. Dia mendengus perlahan. "Lupa pulak. Kenapa Tuan nak jumpa saya? Zaid cakap ada benda penting"
Tuan Razali menyimpul senyum. Dia bergerak menuju ke meja lalu menggapai sehelai envelop. Duduk kembali menghadap Firdaus lalu diserahkan envelop tersebut kepada Firdaus.
"Apa ni?" Serentak itu tangannya menyambut huluran tersebut.
"Buka dan fahami. It's private and confidential" arah Tuan Razali.
Firdaus menurut juga. Setelah beberapa minit, dia kembali memandang lelaki di hadapannya itu. Dahinya mengerut, menyoal dengan pandangan.
"It's a long story Az! Tapi perlu awak tahu, Bakri dah jelaskan segala-galanya. Atas apa yang dah jadi.. 8 years back. And I want you to get justice by..." Tuan Razali meletakkan sesuatu di atas meja. "This was yours. And now, it's still yours!"
Firdaus mengangkat kening. Mulai memahami maksud tersebut. Sebilah pistol yang diletakkan di atas meja itu pernah menemaninya suatu ketika dahulu. Bahkan masih terukir lagi namanya di atas pistol tersebut.
"Don't you want him again?"
"Tuan, I think we really need to talk over this thing again. Ini sangat privasi dan.."
"Azhan, pasukan ni masih perlukan kamu. Nama kamu dah dibersihkan daripada disenaraihitam. Dan rekod kamu kembali bersih. Atas apa yang kamu dah buat selama ni untuk bantu pihak polis, itu sangat-sangat kami hargai. And we just knew that you are Qim, the secret informer! Get back your life Az! Dan saya yakin, ini juga permintaan terakhir arwah Bakri"
Firdaus terpana. Sejauh itu pengorbanan Bakri kepadanya. Tidak pernah pula dia mengetahuinya.
"Azhan.."
Serentak itu, Firdaus menoleh. Wajah penuh pengharapan Tuan Razali ditatap. Dia faham maksud kata-kata tersebut, yang sebenarnya lebih menjurus ke permintaan. Namun dia belum bersedia. Apatah lagi, setelah berjanji dengan mama untuk kembali ke A&Z Construction.
"I may not be able to return back to where I was because of some reasons. But I promise you one thing. Any help you want from me, I will always there for the entire unit! But..."
"Alright then! Saya faham Az! But make sure you keep your words!"
Firdaus mengangguk laju.
Share this novel