KERETA Ainida berhenti di bahu jalan. Telefon bimbit dari dalam tas tangannya ditarik keluar. Dia mengeluh kerana baru perasan akan keadaan telefon bimbitnya yang kehabisan bateri.
"Shit!" Sempat dia menyumpah sendirian. Ditarik keluar power bank dari dalam laci dashboard lalu dicucuk cable itu ke port charger. Dia menunggu beberapa ketika untuk telefon bimbitnya aktif semula.
Hati Ainida mulai berasa tidak senang. Entah kenapa dia asyik teringatkan Aina. Dalam hati dia tak henti-henti berdoa agar segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Setelah telefon bimbitnya kembali dihidupkan, dia melihat ada panggilan tak terjawab daripada Rossa. Dia menepuk dahi. Kesal dengan kecuaian sendiri. Tanpa berlengah lagi, didailnya nombor Rossa namun panggilan tidak bersambung.
"Apasal pulak ni?" rungutnya sendirian. Ditekan tombol kontak, rupa-rupanya dia sudah kehabisan kredit. "Ohh damn!" dengus Ainida lagi.
Telefon bimbitnya dicampak ke sisi. Perjalanan ke Apartment Crystal hanya tinggal 45 minit saja lagi. Masih jauh perjalanannya. Nampak gayanya dia harus berhenti di mana-mana kedai prabayar untuk membeli kredit. Setelah itu, barulah dia menghubungi Rossa untuk memaklumkan rancangan jahat Aina itu.
AIR MATA yang mengalir di pipi tidak mampu diseka lagi. Semakin dia menahan tangisannya, semakin laju pula air mata itu turun ke pipi. Kebenaran yang tersingkap dari mulut Firdaus sungguh menghiris hatinya. Dia cumalah alat untuk bikin Rossa cemburu. Dia menekup telinga, seolah-olah tidak mahu mendengar semua itu.
"Kau nak tahu sangat kenapa aku kawen dengan kau kan? Now, listen up!" tukas Firdaus dengan wajah yang serius.
"Abang!" Rossa menghadang dengan gelengan di kepala. Seboleh mungkin, dia tidak ingin Firdaus menceritakan kebenaran tersebut, risau jika hati Aina bakal terluka lagi. Dia benar-benar kasihan dengan nasib yang menimpa Aina.
"She has to know the truth!" tegas Firdaus.
Rossa menggeleng kepala lantas melepaskan pelukan. Langkah kakinya menapak ke sofa, lalu duduk melabuh punggung di situ.
"Kita kawen memang atas dasar cinta, but in your thought! Not mine. Dan aku kawen dengan kau sebab aku nak Rossa cemburu dan kembali pada aku. Aku kawen dengan kau dengan harapan Rossa akan kembali pada aku dan hargai aku sebagai suami dia. But she never comes to sense! Dan aku terus-terusan paksa hati untuk bersama dengan kau sebab nak sakitkan hati Rossa lagi! I have never fallen in love with you! Yes, memang aku kejam sebab terlalu cintakan Rossa, aku sanggup lukakan hati kau. Dan kau pun macam tu kan? Sebab cinta kau pada aku, kau sanggup bunuh nyawa aku! Dan kau tak pernah terfikir pun, kalau sesuatu jadi pada Rossa, aku takkan pernah mampu bahagia dengan kau!"
Aina menggeleng kepala beberapa kali. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia tahu, Firdaus tidak mencintainya dan dia boleh menerima kenyataan tersebut. Tetapi dia tidak mampu menelan hakikat bahawa perkahwinan yang terjalin di antara mereka hanyalah sebagai cara untuk mendapatkan Rossa kembali.
"Takkk! Semua ni tak benar! Abang tipu! Abang tipu Aina"
Laju saja air mata Rossa mengalir. Sedalam mana hakikat tersebut, sedalam itu juga hatinya terluka. Dia faham hati dan perasaan Aina. Kerana dia juga seorang perempuan. Meskipun banyak yang telah Aina lakukan terhadap dirinya, namun dia sudah lama memaafkan gadis itu. Dia tidak mahu menyimpan dendam. Cukup sudah dendam menghuru-harakan kehidupan mereka sebelum ini.
Telefon bimbit Rossa berbunyi. Ditariknya keluar dari poket seluarnya. Tertera nama Ainida di situ. Tanpa berlengah, laju saja Rossa menjawab panggilan tersebut.
"Aku tak pernah mampu terima wanita lain dalam hidup aku selain Rossa. Dia cinta pertama aku, dan dia isteri aku satu-satunya. Aku cuba untuk terima kau, tapi hati aku tak boleh" terang Firdaus lagi. Dia jujur dengan perasaannya, meskipun tanpa sedar Aina sudah jauh terluka. "Aku tak mampu nak sentuh kau bukan sebab keadaan kau. Tapi aku takut untuk khianati Rossa walaupun kau memang isteri aku yang sah. Aku terseksa selama perkahwinan kita sebab aku tak mampu nak gapai Rossa walaupun dia di hadapan mata aku"
"Takkk! Abang tipu! Abang tipu! Abang cakap semua ni sebab abang kesiankan Aina kan? Abang sayangkan Aina kan? Abang sayangkan Aina kan?" Aina sudah berdiri di hadapan Firdaus. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Dia tidak mampu percaya selama ini Firdaus hanya mempergunakannya. Setahu dia, Firdaus seorang lelaki yang penyayang. Dia masih terasa sentuhan dan belaian lelaki itu. Oleh itu, dia tidak akan sesekali mempercayai kata-kata Firdaus.
"Abang!!" Tangan Firdaus digapai. "Abang tipu kan? Abang tipu Aina kan? Abang cintakan Aina kan? Abang takde perasaan pada Rossa lagi kan?"
Firdaus membatukan diri. Kenapa sukar sangat untuk Aina menerima perasaan dan menghormati keputusannya? Hatinya sudah mati untuk wanita lain kerana sepenuh ruang itu hanyalah milik Rossa seorang.
"Abang jahat! Abang jahat! I hate you!!" bentak Aina dalam tangisan. Dia berlari keluar lantas menggapai kunci kereta yang disangkut di tepi pintu. Dia ingin pergi jauh dari semua orang, terutama sekali dari pandangan Firdaus. Dia tampak kerdil pada mata lelaki itu. Dia benci dirinya! Dia benci Rossa! Namun dia tak mampu membenci Firdaus!!
"Abang, mana Aina?" tanya Rossa dalam keresahan. Setelah mendengar keterangan daripada Ainida, hati Rossa diburu kebimbangan. Patutlah Ainida menghubunginya banyak kali tadi, rupa-rupanya untuk memberitahu perkara penting.
"Dia..." Firdaus mulai hilang kawalan. Dia turut mencari kelibat Aina. "Kenapa?"
"Che Mon nampak Aina keluar" sampuk Che Mon yang sudah pun berdiri di hadapan Rossa.
"Keluar?" Dahi Rossa mengerut. Saat itu, dia terpandangkan gugusan kunci keretanya yang tidak kelihatan di tepi pintu. Takkanlah??
"Abang, kunci kereta Rossa takde!" Rossa mulai panik.
"Mana Rossa letak?"
"Tak, Rossa bukan misplaced! Tapi Rossa rasa, Aina yang ambik" Rossa sudah ketakutan. Berita yang disampaikan oleh Ainida sebentar tadi mula berlegar-legar di ruang telinganya. "Aina nak bunuh Rossa. Dia dah rosakkan brek kereta Rossa. Honda City kan? Kalau boleh, jangan drive dulu kereta tu. Akak akan terangkan selebihnya. Akak on the way ke tempat Rossa sekarang"
Rossa memicit kepalanya. Tubuhnya hampir rebah, namun pantas disambar oleh Firdaus.
"Abang, selamatkan Aina!"
"Abang tak faham sayang cakap apa"
"Brek kereta Rossa tak berfungsi. Aina yang rosakkan! Kak Aini yang bagitau Rossa" Rossa sudah menangis. Dia bimbangkan keselamatan Aina di luar sana. Sudahlah menurut Ainida, Aina tidak begitu mahir memandu kereta.Kini, keadaan brek kereta tersebut pula sudah diusik!
"Haaa??" Firdaus terpempan. Sampai ke tahap begitu Aina membenci Rossa? Ya Allah!!
UPACARA pengebumian sudah selesai dijalankan. Orang ramai yang berpusu-pusu datang, segera pulang meninggalkan kawasan perkuburan. Nani menunggu di sebalik pokok bersama dengan Che Mon, Umi Za dan Datin Qasry.
Rossa dan Firdaus serta Ainida masih lagi duduk di hadapan batu nisan itu. Berita tergempar yang diterima mereka semalam adalah berkenan kemalangan ngeri yang menimpa Aina. Kereta yang dipandu oleh Aina hilang kawalan dan dia gagal menekan brek ketika bertembung dengan trailer yang mengangkut belasan tong gas. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, saat tubuh Aina jatuh terhempas di atas jalan raya, dia digilis pula oleh lori kayu balak yang turut sama kehilangan kawalan dari arah utara. Natijahnya, kayu balak yang menumpang lori tersebut jatuh menghempap tubuh Aina yang sedari sudah lemah. Dan Aina meninggal on the spot! Di atas jalan raya.
Berita tersebut dibawa oleh pihak Zaid, yang kebetulan dihubungi oleh orang ramai berikutan kemalangan tersebut. Setelah mengenal pasti mayat tersebut, Zaid terus menghubungi Firdaus dan memaklumkan akan perkara tersebut.
Melalui Firdaus, Ainida dimaklumkan. Saat menerima berita tersebut, Ainida sempat jatuh pengsan kerana tidak mampu menerima kenyataan tersebut. Rossa turut berduka cita dengan kepermegian Aina. Dia tidak menyangka pergaduhan semalam berubah tragedi ngeri yang menimpa diri Aina. Namun walau apapun dosa Aina, Rossa terlebih dahulu sudah memaafkan. Baginya, hidup terlalu singkat untuk saling membenci dan berdendam.
Pegangan tangan Firdaus menyentakkan Rossa. Saat matanya memandang Firdaus, hatinya turut berkongsi duka. Namun Firdaus masih mampu mengawal perasaan dan emosi. Dihadiahkan sebaik mungkin sebuah senyuman untuk isteri tercinta.
"Kalau Rossa dan Fir nak balik dulu, korang baliklah dulu. Akak nak duduk sini kejap dengan Aina. Ada banyak benda yang akak nak bualkan" ujar Ainida sambil tersenyum kecil.
"Akak tak apa-apa ke? Atau akak nak Rossa temankan akak?" Rossa menawar diri.
Ainida hanya menggeleng kepala. Dia inginkan privasi bersama Aina. Setelah yakin dengan keputusan Ainida, Rossa hanya akur dan meminta diri. Dia sempat memeluk tubuh Ainida dan membisikkan kata-kata semangat buat Ainida.
Setelah Rossa dan Firdaus berlalu, barulah laju air mata Ainida merembes keluar. Dia membaringkan kepalanya di atas pusara Aina lalu menangis semahunya. Saat itu, dia terbayangkan kenangannya bersama Aina. Seolah baru semalam arwah ibunya melahirkan Aina. Dia yang tua tujuh tahun dari Aina diserbu seribu kebahagiaan apabila menerima kehadiran Aina di dalam hidup. Oleh kerana dia tidak mempunyai adik yang lain, Aina ditatang bagai minyak yang penuh.
Segala kemahuan Aina dituruti. Setelah kematian kedua orang tuanya, dialah tempat Aina bermanja dan menumpang kasih. Ketika dia begitu teruja mendapat tempat di universiti, saat itulah Allah menguji. Dia terpaksa berhenti belajar demi memberi ruang untuk Aina melanjutkan pelajaran. Dia berusaha mencari duit untuk membiayai segala kos pembelajaran Aina. Dia masih ingat lagi ketika Aina berbisik padanya. "Kak, adek janji kalau adek dapat kerja bagus, adek akan bagi akak semua kesenangan kat dunia ni. Akak takkan rasa kurang satu pun sebab Aina akan penuhi permintaan akak"
"Tapi akak rasa akak dah cukup semua. Sebab akak dah ada Aina. Dan Ainalah dunia akak"
Semakin tak tertahankan rasa kesedihan ini. Ainida memanggung kepala lantas menyentuh batu nisan Aina. Saat itu, wajah Aina tersenyum manja padanya seakan terukir pada batu nisan tersebut.
"Kenapa tinggalkan akak secepat ni dek? Akak dah takde sesiapa lagi kat dunia ni. Akak dah hilang dunia akak sebab adek dah takde" ngongoi Ainida sambil mengesat air matanya. Namun semakin diseka, semakin gemar pula air matanya memunculkan diri.
"Akak dah maafkan semua kesalahan adek dari adek kecik sampai adek hidup. Akak sayang adek dunia akhirat. Akak janji, setiap kebaikan yang akak buat lepas ni, akan akak sedekahkan pada adek. Biar pahala tu mengalir untuk adek"
Ainida mengucup batu nisan Aina. Lama. 'Akak akan rindu Aina!'
"KESIAN kak Aini kan bang? Dia dah takde sesiapa lagi selepas Aina. Mesti dia terasa sangat dengan kehilangan Aina"
Rambut Rossa dikuak. Wajahnya manis saja mengukir senyum buat si isteri. "Dah takdir sayang. Tapi Ainida tu baik orangnya. Dia sanggup bagitahu perkara sebenar pada kita, sedangkan yang buat jahat tu adik dia sendiri"
Firdaus mengkagumi kejujuran dan sikap tidak berat sebelah yang ada pada Ainida itu. Rata-ratanya, tidak banyak yang sanggup mendedahkan kejahatan ahli keluarga sendiri. Ada yang lebih suka menutup aib keluarga dan membiarkan orang yang tidak bersalah menanggung bebannya.
"Hmm, kak Aini tu memang baik dari mula-mula Rossa kenal dia. Beruntung kan Aina dapat kakak macam kak Aini"
"Tapi dia tak hargai kakak dia selama ni. Agaknya, tu sebab Allah ambik Aina terlebih dahulu kot. Sebab Allah tak nak Ainida terlalu pening dengan karenah Aina tu. Hmmm barangkali" Firdaus meluahkan pendapat.
Wajah Firdaus dipandang. "Kenapa Rossa rasa yang abang masih berdendam dengan arwah?"
Firdaus terdiam. Dia bukan berdendam, cuma terkilan dengan apa yang berlaku. "Abang tak dendam. Cuma abang masih tak boleh terima apa yang arwah buat selama ni. Sanggup dia aniaya sayang sampai macam tu sekali?"
"Abang!" Lengan Firdaus ditampar lembut. "Benda dah berlalu. Lagipun, arwah dah takde kan? Dia dan kita dah berada di dunia yang berbeza. Apa yang pernah terjadi dulu, kita maafkan aje lah. Forgiveness is the best revenge!" Nasihat Rossa lalu memeluk tubuh Firdaus. Dia gerun untuk terus berdendam dan menyimpan perasaan negatif pada orang. Pada akhirnya, semua itu akan berbalik pada diri sendiri.
Mengenangkan kembali kejahatan Aina terhadapnya, Rossa sendiri tidak menyangka aturan Allah. Jerat yang Aina pasang untuk mengenakan dia, akhirnya memakan diri Aina sendiri. Niat Aina untuk mencelakakan Rossa, akhirnya terkena batang hidung Aina sendiri. Allah Maha Penyayang. Dan Allah masih menyayangi dan melindungi dirinya. Jika dia yang memandu kereta tersebut, pasti saat ini dia sudah terpisah dari Firdaus dan bayinya pula pasti tidak sempat melihat dunia. Betapa indahnya aturan Allah.Dan dia sangat mensyukuri setiap apa yang terjadi!
Bibir Firdaus mengulum senyum mendengarkan nasihat Rossa. Sejak peristiwa tempoh hari, dia banyak melihat perubahan anjakan paradigma dalam diri Rossa. Isterinya itu semakin matang dalam berfikir. Dan selalu bersifat terbuka mengenai sesuatu perkara. Ubun-ubun Rossa dicium. Pelukan Rossa dibalas.
Tiba-tiba, Firdaus teringat sesuatu. "Bila sayang dapat tahu yang sayang pregnant?"
"Ohh itu..." Rossa tersenyum manja. Dia teringat peristiwa beberapa hari lepas. Dia kerap pening kepala. Mulanya, dia fikirkan dia tertekan dengan keadaan rumah tangganys setelah Aina membuat onar. Tetapi apabila diperiksa, rupanya dia positif hamil. 5 minggu!
"Hmmm? Itu apa?" tanya Firdaus, tidak sabar hendak tahu. Teruja benar dia dengan kandungan Rossa kali ini. Ini sudah kali ketiga Rossa mengandung. Dan untuk kehamilan kali ini, dia akan pastikan Rossa dijaga dengan rapi dari segi makanan, kesihatan dan paling penting sekali, perasaan. Cukup sudah pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih menghargai perasaan isteri.
"Takde. Rossa selalu pening kepala. Ingatkan stress sebab hal Aina dan hubungan kita. Tapi bila Rossa check up, rupanya Rossa pregnant. Doktor cakap, 5 minggu dah bang. Rossa excited sangat"
Bertalu-talu kucupan di dahi Rossa dihadiahkan oleh Firdaus. Rossa excited, dia pun over excited! Tidak menyangka, rezekinya untuk menjadi seorang ayah dimakbulkan oleh Allah secepat ini.
"Sayang takde muntah atau sickness lain ke? Macam sebelum-sebelum ni?"
"Takde pulak. Kenapa bang?"
"Nope. Saja tanya" Bahu Rossa dikucup. Kemudian, beralih pula ke leher. Namun dengan pantas, Firdaus menolak tubuh Rossa menjauh.
"Kenapa ni bang?" Rossa pelik dengan sikap Firdaus. Setahu dia, suaminya itulah paling tidak suka ditolak apabila bermanja.
"Bau losyen sayang busuklah! Abang tak tahan!" Firdaus menekup mulut seraya berlari ke bilik air. Di situ, dia memuntahkan segala isi dalam perut. Wangian Rossa memabukkan tekaknya.
Rossa tercengang. Dia menghidu bauan badannya.
"Busuk apanya? Aku pakai Enchaunter kot!"
Lama Rossa berfikir. Kemudian, senyumannya terukir apabila mendengar bunyi dari dalam bilik air. Firdaus loya! Itu bererti, yang mengalami sickness kehamilan saat ini ialah Firdaus, dan bukannya dia!
"Sayanggggg!!"
Share this novel