AIR MATA yang bertakung di tubir mata, dia seka perlahan. Walaupun sudah 10 tahun peristiwa hitam itu berlaku, namun kesannya masih menapak sehingga ke hari ini. Dan dalam banyak-banyak orang, Bakrilah yang merasa kesan yang begitu mendalam. Buktinya, sehingga ke saat ini lelaki itu tidak mahu mencari pengganti Marlia, meski umurnya sudah menjangkau 36 tahun. Usia sebegitu, sudah diisi dengan masa bahagia bersama isteri dan anak-anak. Tetapi tidak bagi Bakri. Dia lebih gemarkan bertempur di medan perang dan mencari solusi bagi masalah orang lain. Kalau dia di tempat Bakri, alangkah bosannya hidup dirasakannya!
Rossa yang berada di sebelah Hafizi turut sama mengalirkan air mata. Sebegitu berat rupanya beban yang dipikul oleh seorang Bakri. Tidak mampu dia bayangkan jikalau dia di tempat lelaki itu. Kuatkah dia?
Hafizi mengeluh. Dia serahkan sebuah buku kepada Rossa. Tadi sebelum ke tanah perkuburan itu, mereka sempat singgah ke masjid untuk mengerjakan solat Zohor.
"Masih ada wuduk kan?" tanya Hafizi.
Rossa mengangguk laju.
"Jom, kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan baca Yasin untuk arwah kak Lia. Nanti saya cerita yang selebihnya"
Hafizi menapak ke kawasan perkuburan Marlia. Kubur itu kelihatan bersih. Mana tidaknya, Bakri telah mengupah Abang Kamal untuk sentiasa membersihkan kawasan kubur Marlia. Bahkan, kadang-kadang Bakri sendiri yang akan turun padang. Betapa abangnya itu mencintai dan menyayangi arwah isterinya.
Rossa membontoti dari belakang. Dia duduk berteleku di hadapan Hafizi. Dia terkejut melihat kawasan kubur itu yang bersih dan tidak ada sebarang rumput atau lalang yang menumpang di situ. Betapa sucinya cinta Bakri pada arwah Marlia.
Bacaan Al-Fatihah dimulai, dituruti dengan Surah Yasin dan diketuai oleh Hafizi.
MEREKA berjalan mendekati kereta yang diparkir tidak jauh dari kawasan kubur. Kemudian, tubuh masing-masing disandarkan ke dada kereta.
Rossa masih tidak percaya dengan apa yang telah didengarinya sebentar tadi. Namun tidak mungkin juga Hafizi berbohong. Soal hidup dan mati seseorang tidak boleh dibawa main.
"Along tu, dah 10 tahun hidup dalam bayang arwah Kak Lia. Saya masih ingat lagi. Empat tahun kepermegian arwah, along masih tak terurus. Dia tak habis-habis salahkan diri sendiri. Tak habis-habis dia menangis, menyesali apa yang telah terjadi. Kami dah buntu. Tak tahu nak buat apa.
Sampaikan mama dan papa hantar along jumpa pakar psikatri. Sebulan je dia okey. Lepas tu, dia kembali macam tu lagi. Lebih teruk lagi, sebab meracau-racau nama arwah. Mama tak cukup tidur, papa lagilah. Puas kami hantar along berubat sana sini. Sampai ke luar negara, semata-mata untuk sembuhkan along. But all was in vain. Sampailah satu tahap tu. Mama terlalu stress. By that time, mama was pregnant 5 months. But she was miscarriaged! Doktor tak mampu nak selamatkan baby.
Papa pulak yang meracau. He was hoping too much for the baby. And we expected the baby was a girl. Mama dan papa dah ada dua hero kan? So dorang berharap baby tu girl. But..." Hafizi tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Semuanya seolah bermain di hadapan mata. Tangisan dan kekecewaan ahli keluarganya masih terbayang di hadapan mata.
Rossa hanya tekun mendengar. Pertama kali dalam hidupnya, dia menerima kisah sedih itu. Sangkanya, dialah manusia yang paling malang kerana tidak sempat bersatu dengan pujaan hati gara-gara tidak mendapat restu keluarga. Tetapi rupa-rupanya nasib Bakri bahkan lebih teruk!
"Tapi Allah tu Maha Adil kan? Dia pinjamkan sekejap je baby dalam rahim mama, tapi it was all changed after that. Bila along tengok kekecewaan mama dan papa, he faced with traumatic feeling. Dia dah merasa kehilangan orang tersayang. And now, mama dan papa kena hadap benda sama. Dia sayangkan mama dan papa. And he couldn't bear to see they both in such way. Along mula ambik jalan untuk berubah. Melupakan arwah kak Lia meskipun rasa terpaksa. Dia sedar yang hidup harus diteruskan. Kalau dia tak cukup kuat, siapa lagi yang akan jadi tulang belakang mama dan papa?
And, after 8 years of losing Kak Lia, my family went back to normal. Along dah pulih sepenuhnya. Tapi luaran saja. Dalaman dia masih K.O! Dia masih salahkan diri dia atas apa yang terjadi. Tapi dia bijak sembunyikan perasaan dia. Sebab tak nak mama dan papa hidu semua tu"
"Tapi kenapa dia nak salahkan diri sendiri? Semuanya terjadi mengikut aturan Allah kan? Siapalah kita nak menidakkan qada' dan qadar Ilahi" Rossa buka soalan setelah lama mengunci diri. Keadaan Bakri seolah-olah tak mampu menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.
Hafizi tersenyum hambar. Andai saja dia bisa menebak sekeping hati Bakri, pasti dia punya jawabannya.
"Mungkin along rasa, kalau bukan disebabkan dia, arwah Kak Lia masih hidup sampai sekarang. Dan kalau dia mampu menahan diri dari jatuh cinta dengan arwah, mesti semua ni tak jadi"
Pendapat yang Hafizi lontarkan sangat tak masuk dek akal! Mampu ke kita menahan hati kita dari menaruh harapan dan cinta pada seseorang? Itu sudah fitrah manusia. Jatuh cinta, berkahwin, punya anak, keluarga. Berdepan pula dengan perasaan kecewa, sedih, bahagia, semuanya sudah dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak ada satu pun yang bisa terlepas dari semua itu. Sama juga seperti ajal dan kematian. Tidaklah Allah menunda kematian seseorang jika sudah sampai waktunya.
"So to be short..." Hafizi pusing badan, menghadap Rossa. Wajah gadis itu ditatap dengan penuh pengharapan. "Help me with..." Dia berjeda. Mula memikirkan reaksi yang bakal Rossa tunjukkan sebentar lagi. Yes or no?
Rossa mengangkat kening. Dia sepertinya mampu menebak kata-kata selanjutnya dari lelaki itu. Namun dia tidak mahu cepat gelabah. Tenang Rossa!
Hafizi masih tidak mahu melarikan anak mata dari menjamah wajah Rossa. Teragak-agak untuk meneruskan kata. Wajarkah Rossa menolongnya? Mereka kenal tidak sampai sebulan. Dia bukan teman Rossa, jauh sekali ahli keluarga. "Please help me.." Dia berhenti di situ. Nafas ditarik dalam-dalam, kemudian dihembus keluar. " To heal Bakri's wound!"
Rossa sudah agak. Hafizi inginkan pertolongannya untuk menyembuhkan hati Bakri yang keras seperti batu itu. Mampukah dia? Tetapi tidak mungkin dia mahu menolak sementelah wajah lelaki itu begitu mengharap. Tetapi buatnya dia yang terjatuh cinta pada Bakri bagaimana?
"Please Rossa. Saya tak tahu nak mintak tolong siapa. Tapi melihatkan along, I know he starts to fall for you. Dia cuma ego nak mengaku. Tolong buat along kembali percaya pada cinta. He needs love, he needs a woman to complete his entire life!"
Rossa pejam mata. Wajah Hafizi yang merayu-rayu itu tidak sanggup dia tatap. Dia sendiri sudah menolak untuk dijodohkan dengan Hafizi kerana tidak mahu terlalu tergopoh-gapah memikirkan soal cinta. Kini, Hafizi pula menyukarkan keadaannya kembali.
Matanya dicelikkan. Menatap kembali wajah gerangan sang doktor itu, harapannya kembali menurun. Dia tidak betah dirayu, meskipun oleh orang asing seperti Hafizi. Agak lama menyepi, akhirnya Rossa mengalah juga. Perlahan-lahan, dengan wajah terpaksa, dia mengangguk kepala juga. "But, make sure this is a secret! Jangan bagitau sesiapa" Rossa meletakkan syarat.
Hafizi tersenyum riang. Lantas, dia membuat aksi mengunci mulut sambil mengangguk.
UMI ZA melepas lelah di atas sofa. Menghela nafas lalu menariknya keluar. Dia memicit-micit kepalanya yang sedia tersandar di atas dada sofa. Melihatkan keadaan rumah yang lengang, hatinya disapa kebingungan. Mana pergi semua orang?
"Rossa" panggilan Umi Za bergema di segenap rumah. Tiada sahutan. Dahinya berkerut. Apabila melihat sesusuk tubuh genit Mak Nab keluar dari arah dapur, dia menjerit nama Mak Nab pula.
"Ada apa Za?" tanya Mak Nab sesudah terpacak di hadapan Umi Za.
"Rossa mana? Dah dekat pukul 4 ni"
"Dia keluar tadi. Tapi tak tahu pulak Mak Nab dia pergi mana. Dia tak bagitau apa-apa pun dengan Mak Nab"
Umi Za mengeluh. "Anak dara sorang tu memang tak pernahnya nak lekat di rumah! Orang suruh kawen tak nak pulak"
Mak Nab sudah buat muka. Tidak sanggup hendak menadah telinga mengenai komplen terhadap Rossa. Umi Za kalau sudah bercakap dalam amarah, menyindir aje kerjanya!
"Haaa tu Rossa dah balik" kata Mak Nab apabila terdengar bunyi enjin kereta Rossa memasuki kawasan rumah.
Umi Za mengetap bibir. Barusan, dia menerima panggilan daripada Datin Suhada mengenai hal perjodohan anak mereka. Umi Za tidak berpuas hati apabila Hafizi tidak menyetujui perjodohan tersebut. Bahkan, dia mendapat tahu Rossa juga seperti itu. Mendongkol geram hatinya tatkala menerima khabar tersebut dari mulut orang lain.
"Rossa!"
Langkah Rossa yang baru hendak memanjat anak tangga terhenti. Wajah umi ditatap.
"Sini kejap. Ada benda umi nak tanya"
Dengan lemah langkahnya mengatur ke arah umi. Duduk di hadapan umi lalu meletakkan beg sanditnya di atas meja. Mak Nab sudah berlalu ke dapur. Ada baiknya jika dia tidak ikut campur urusan dua beranak itu.
"Umi nak tanya pasal Hafizi"
Rossa tayang wajah tenang. Sudah dapat ditebak butir-butir persoalan yang keluar dari mulut umi sekejap lagi. Atau lebih tepat, mungkin Umi Za akan menembaknya dengan setiap peluru berpandu!
"Betul ke Rossa tak nak kawen dengan Hafizi?"
Rossa terpempan. Seperti yang dia duga. Perlahan-lahan, dia anggukkan kepala.
Umi Za menggigit bibir. "Tapi kenapa? Apa kurangnya Hafizi?"
"Hafizi dah ada kekasih.Takkan Rossa nak rebut dia dari kekasih dia?"
Jawapan Rossa mengundang keluhan di bibir Umi Za. Iya, dia lupa akan kenyataan tersebut. Di dalam perbualannya dengan Datin Suhada sebentar tadi, dia juga diberitahu akan perkara itu. Menurut Datin Suhada, Hafizi baru sahaja mengaku mengenai hubungannya dengan salah seorang doktor di tempat Hafizi berkerja. Mereka telah menjalinkan hubungan cinta sedari zaman kolej lagi. Apa lagi yang harus dia perkatakan? Untuk memaksa Hafizi menerima Rossa, itu tidak mungkin berlaku. Sudah terang lagi bersuluh yang keduanya tidak mahu disatukan.
"Okey, kalau Rossa tak nak kawen dengan Hafizi, umi terima keputusan ni dengan hati yang terbuka"
Rossa menyimpul senyum. Nafasnya ditarik lega. Lepas satu azab!
"Tapi Rossa jangan lupa. Umi masih ada beberapa orang calon lagi. Ingat deal kita kan?"
Rossa kaget. Dia hampir lupa akan perkara itu. Aduh! Baru je merasa lepas satu seksa, ni datang pula azab baru!
"Iya umi. Rossa ingat. Jangan risau" Rossa mengalah juga. Tidak mengapalah! Turutkan saja permintaan umi. Bukannya susah untuk menolak setiap calon! Yang pasti, selagi tidak bertemu yang sesuai, dia tidak akan berkahwin!
"And one more thing! Umi nak mintak tolong Rossa untuk bantu apa-apa yang patut kat kedai kita tu. Next week, Nabila dah masuk U. Sementara Rossa tunggu apa-apa kerja, tolonglah umi dulu. Boleh ye?"
Rossa mengangguk tanpa berfikir panjang. Bosan juga seharian menghabiskan masa di taman dan di rumah. Lagipula, kasihan dia melihat umi yang selalu kepenatan setiap kali balik dari kedai.
SETELAH mendapatkan pesanan, Nabila ke dapur untuk menyampaikan pesanan tersebut. Di situ, dia terserempak dengan Fahmi yang sedang menggoreng ayam. Kak Siti dan Mak Ayu turut ada di situ bagi menyiapkan pesanan pelanggan.
"Ni order baru" Nabila menempel kertas order di atas black board yang tergantung di dinding.
"Ayam masak blackpepper dan nasi goreng ayam. Okey, ready in 20 minutes!" tukas Fahmi saat matanya singgah di atas black board itu.
"Busy ke?" sapa Rossa yang baru tiba. Semua mata menoleh ke arahnya. Kak Siti tersenyum lebar lalu menapak ke arah Rossa. Dipeluk erat tubuh itu.
"Rindunya kat kau Rossa"
Rossa menggeliat. Kemudian, pipi Kak Siti yang tembam itu dia picit. "Rossa pun rindu kat Kak Siti"
"Kau buat apa kat sini?" tanya Mak Ayu pula. Tubuh Rossa turut berada dalam dakapannya.
"Rossa nak tolong apa-apa yang patut. Daripada takde buat apa-apa kan? Lagipun, bosanlah dok rumah" Pelukan terlerai.
"Haaa bagus sangat tu Kak Rossa! Boleh Kak Rossa tolong apa-apa yang patut. Abel pun nak masuk U minggu depan" sampuk Nabila pula.
"Sudah ke belum jejak kasih tu? Ni order, siapa nak hantar?" sampuk Fahmi pula. Dia sudah siap dengan nasi goreng ayam dan ayam blackpeppernya.
"Saya tolong hantarkan" Rossa hulur tangan. Tugasan pertama di hari pertama!
Share this novel