SEJAK beberapa hari ini, Rossa tak habis-habis membebel. Hal yang kecil, dia jadikan isu besar. Kadang apa yang Firdaus tak suka, itu yang dia buat. Naik pening Firdaus meladeni sikap terbaru Rossa itu.
"Rossa tak sukalah warna merah ni! Kenapa beli warna ni?" Omel Rossa apabila Firdaus menyerahkan set cadar katil berwarna merah kepadanya. Buntang biji matanya melihat warna merah pekat itu. Sudahlah bercorak hati bagai!
"Laaa, kan abang beli untuk sayang. Cadar kita yang putih tu, dah lama sangat tersorok dalam almari.Guna jelah yang baru" Tubuh Rossa dia tarik dari arah belakang. Dikucup mesra bahu itu, sekadar melepas rindu di jiwa.
Rossa mengangkat kening. Cadar merah itu dia keluarkan dari plastiknya. Dilayangkan ke udara. " Ohh dapat yang baru, lupa yang lamalah? Macam tu jugak kan abang buat Rossa nanti?"
Firdaus tersentak. Bingung dengan kata-kata Rossa itu. "Kenapa cakap macam ni? Aduhh, tak pernah lagi abang terfikir nak cari lain. Kita dah nak dapat baby kan, takkanlah nak berubah hati pulak?"
"Dah tu, kenapa nak kena guna yang baru? Yang lama tak nak guna ke?"
Wajah Firdaus berubah kelat. Dia menggaru kepalanya. Sabar Fir, sabar! Perempuan mengandung memang banyak ragam!
"Okey, sayang tak nak guna yang baru ni. Takpe. Abang simpan. Kita guna cadar yang lama tu ye?" Sebuah kucupan dia hadiahkan ke pipi Rossa sebelum dia berlalu ke almari. Ditarik keluar cadar putih itu lalu dibawa ke sisi Rossa. Baru sahaja hendak menukar cadar tersebut, Rossa menyambung lagi.
"Kenapa abang pasang cadar ni?"
Mulut Firdaus ternganga. Rasa nak marah, tetapi dia sedar itu akan semakin merumitkan keadaan. "Tadi sayang cakap nak guna cadar lama. Ni cadar lama kitalah ni"
"Bila pulak Rossa cakap macam tu?"
Firdaus menepuk dahi. Pulak dah!
"Banyak nyamuk ke bilik kita ni? Yang abang tepuk dahi tu kenapa?"
Firdaus senyap. Bagaimana hendak menjawab? Kalau dia bersuara walaupun hanya sepatah, Rossa akan memarahinya. Kalau dia tidak bercakap, Rossa berfikir yang dia tiada mood. Penyudahnya, mereka pasti akan bertengkar.
"Habis tu, sayang tak nak guna ke cadar lama ni?" tanya Firdaus dengan suara yang sengaja dilambat-lambatkan.
"Tak nak"
"Habis tu, takkan tidur tak guna cadar?"
"Cadar merah yang abang beli tu kan ada? Gunalah cadar tu"
Mengeluh juga Firdaus akhirnya. Tadi bukan main lagi Rossa bertengkar dengannya, tak nak guna cadar itu. Kini, dia mintak balik cadar tersebut. Haishh...
"Okey, sekarang ni. Nak guna cadar yang mana? Yang putih ke merah?"
"Takkan Rossa nak ulang banyak kali? Tadi Rossa dah cakap. Abang tak dengar ke? Abang fikir apa? Ohh entah-entah ada perempuan baru tak kat tempat keja abang tu? Yang lagi cantik dan kurus dari Rossa.Sebab tu abang tak dengar Rossa cakap apa. Patutlah beria-ria nak guna yang baru. Tu kiasan kan?"
Tersentak Firdaus dibuatnya. Fikiran Rossa memang sungguh jauh menerbang. Tadi elok saja dia bertanya mengenai hal cadar, Rossa pula membuka isu yang bukan-bukan.
"Apa Rossa ni? Kenapa cakap macam tu? Suka sangat otak tu fikir yang bukan-bukan"
"Dah tu?"
"Tadi kita cakap pasal cadar kan? Yang timbul isu perempuan lain pulak ni kenapa?"
"Yang abang nak marah-marah ni kenapa pulak?"
"Bila masa abang marah? Adui..."Tubuh Rossa didekati. Lantas, ditarik rapat ke sisi lalu disatukan dengan tubuhnya. "Kenapa sayang suka fikir yang bukan-bukan? Lepas tu, selalu sangat marah abang. Abang tak pernah jahat pada Rossa. Sedikit pun tak!" Ubun-ubun Rossa dia kucup. Jatuh sayang pada gadis itu sejak sebelum mereka diijabkabulkan. Dia tergila-gilakan Rossa. Justeru, tidak akan sesekali dia mengkhianati isterinya itu.
Rossa mengeluh. Tubuh Firdaus dia dakap erat. Dia juga tidak tahu kenapa emosinya sering tak menentu. Mungkin kerana pembawakan bayi. "Rossa mintak maaf. Rossa jadi macam ni sebab Rossa pregnant kot!"
"Abang tau. Tapi controllah sikit. Abang ni suami sayang. Kena hormat abang, macam mana abang hormat sayang"
Rossa mengangguk kepala. Kemudian, dia mendongak memandang Firdaus.
"Kenapa?" soal Firdaus, blurr!
"I love you"
Senyuman manis tersungging di bibir Firdaus. Terpujuk jua hatinya dengan ungkapan itu. "I love you too"
Rossa memuncungkan bibirnya kepada Firdaus. Pinggang Firdaus elok saja dia perketatkan dalam pelukan.
Wajah Firdaus merona merah. Dia tahu apa yang Rossa inginkan. Seolah memahami kehendak Rossa, laju saja bibirnya menindih bibir isterinya. Belakang Rossa dia usap perlahan.Dan tangannya mula berjalar di seluruh tubuh badan Rossa. Lebih-lebih lagi apabila Rossa mula membalas kucupannya dengan berahi.
SETELAH menidurkan Aina, Ainida berbaring di sebelah adiknya. Menatap wajah lesu dan pucat itu dalam keletihan yang tak siapa mampu memahaminya. Sejak akhir-akhir ini, Aina selalu menyebut-nyebut nama Firdaus. Dan Aina juga selalu mendesaknya untuk menunaikan permintaannya yang satu itu.
Hmmm.. Ainida bingung. Dia tidak sampai hati hendak meluahkan apa yang terbuku di hati Aina kepada Rossa dan Firdaus. Dia risau sekiranya puncak hati Rossa rapuh dan kian goyah. Namun dia juga tidak sanggup melihat penderitaan Aina. Kata Aina, dia ingin hidup bahagia dan memegang status isteri seorang lelaki meskipun harus menjadi yang kedua. Dan lelaki yang dia inginkan tidak lain tidak bukan hanyalah Firdaus seorang.
Bertambah kusut Ainida dengan permintaan Aina itu. Jika permintaan lain, pasti akan dia usahakan. Tetapi permintaan yang satu ini agak tak masuk akal. Mahukah Rossa berkongsi suami dengan Aina walaupun hanya beberapa bulan?
Setitik demi setitik airmata Ainida mula jatuh ke pipi lalu membasahi permukaan bantal. Dia merasa sangat tidak berguna dan kecewa saat ini kerana tidak mampu hendak mengabulkan permintaan Aina. Jika Aina harus pergi tanpa sempat ditunaikan hasratnya, hatinya akan berganjak kesal seumur hidup. Melihat kepada kesengsaraan Aina, dia tidak punya pilihan lain. Rossa harus dia ketemu!
"ABANG nak turun kerja dah ni" Dahi Rossa dia kucup sebelum pintu kereta terbuka. Dicampakkan briefcasenya ke situ lalu kembali mendapatkan Rossa.
Keruh wajah Rossa memandangnya seakan hendak menangis. Firdaus hampir tergelak tetapi ditahan sahaja tawanya itu. Risau ada hati yang merajuk lagi.
"Abang nak pergi kerja je. Bukan nak pergi berperang!" sakat Firdaus sambil mencuit dagu Rossa.
"Taulah.."rengek Rossa manja. Dia tidak boleh berjauhan dari Firdaus sebenarnya. Tetapi takkanlah hendak berkepit sahaja?
"Dah tu, sedih ni kenapa?"
"Mana ada sedih" sahut Rossa sambil memuncungkan bibirnya.
"Nasib kat luar dah ni. Kalau dalam bilik lagi, dah abang gigit-gigit bibir tu!" Firdaus tersengih nakal. Dia perasan sejak Rossa mengandung, isterinya itu suka bermanja dengannya. Kadang tak menyempat langsung! Tapi dia pulak suka..he he he...
"Mengada!" Pipi Rossa merona merah.
Firdaus tergelak. "Nanti petang abang balik awal sikit. Kita balik kondo ye?"
"Rossa nak jumpa mama. Rindulah, lama tak jumpa mama"
"Okey, balik nanti kita pergi jumpa mama. Nak bermalam terus ke atau sayang nak kita balik kondo?"
"Alaaa Rossa penatlah nak balik dua tiga kali. Kita stay rumah mama dulu boleh tak?"
Bibir Firdaus terukir senyum. "Iye, boleh. Takde masalah.Nanti sayang packlah barang sayang ye?"
"Tengoklah kalau Rossa rajin"
Terburai tawa Firdaus. Faham sangat dengan fiil isterinya itu sejak mengandung. Semua kerja dia tak nak buat. Penat katanya.
"Kalau malas macam mana?"
"Abang kan ada.." Rossa sengaja memanjakan suaranya.
Ketawa Firdaus pecah lagi. "Kalau macam tu, abang nak upah"
"Malam tadi kan dah dapat upah" Selamba Rossa menjawab suaminya. "Tapi kan, nanti perut Rossa dah memboyot, mana dapat nak peluk-peluk lagi. Mesti abang tak puas"
"Alaa 9 bulan je sayang. Kena sabarlah. Nanti dah habis tempoh tu, peluk lagi kuat-kuat"Firdaus mengerdipkan matanya. Dahi Rossa dia kucup lagi.
"Okeylah, abang nak turun kerja dah ni. Sayang duduk rumah je tau? Jangan pergi mana-mana. Kalau nak ke mana-mana, call abang dulu okey?"
Laju saja Rossa mengangguk kepalanya.Tangan Firdaus digapai lalu dibawa ke bibir. Sekali lagi, dahinya dikucup mesra oleh suaminya.
"Abang balik tak lunch nanti?"
"Tak kot. Kerja berlambak sangat sayang"
Rossa mengherotkan bibir. Tidak berkenan dengan jawapan Firdaus.
"Okeylah, nanti abang balik lunch" Terpaksa Firdaus mengalah kerana tidak mahu Rossa merajuk lagi.
"Yeayyy!" Rossa bersorak gembira. Tubuh Firdaus dia dakap erat. "Dah, abang pergilah kerja. Baik-baik tau?"
Firdaus menggeleng kepala. Perangai Rossa tak ubah macam anak kecil saja. Tapi dia senang kerana manjanya Rossa hanya dengan dia. He he he...
SETELAH mematikan panggilan, Rossa terduduk di sofa. Sebentar tadi, dia menerima panggilan daripada Ainida. Katanya, ada hal penting yang ingin dibincangkan. Jadi Ainida mencadangkan untuk bertemu dengan dirinya.
Rossa mulai merasakan tidak senang hati. Nada suara Ainida semacam saja bunyinya. Apabila dia bertanya mengenai Aina, intonasi suara Ainida berubah mendung. Seolah ada kesedihan dan kesakitan yang sedang disembunyikan. Dia bingung. Apa yang sudah terjadi?
"Laaa umi ingatkan Rossa ikut Fir ke office" sapa Umi Za tatkala terlihat Rossa sedang bersantai di ruang tamu. Dia duduk di sebelah Rossa. Sejak dikembalikan telefon bimbitnya semalam, tak habis-habis Rossa melekat dengan benda alah itu. Rindu sungguh dia dengan telefon bimbitnya!
"Umi ni kannnnn... sengaja perli Rossalah tu"
Ketawa Umi Za terburai juga. "Ehh mana ada perli! Tadi umi tengok, ada orang tu macam nak nangis je muka dia. Suami tu nak pergi kerja je.Tapi nangis macam setahun tak jumpa lagi" Umi Za menambah perisa.
Wajah Rossa merona. Alamak! Kantoi!
"Alaaa Rossa kan manja. Dengan suami sendiri takpe" Rossa membela diri.
"Aah, memang manja..Terlebih manja!" Melihatkan kemesraan anak dan menantunya, dia sempat mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Hubungan mereka masih pulih seperti dulu. "Rossa sejak berbadan dua ni, umi tengok manja je dengan Fir tu. Nasib suami kamu tu tak kompelin apa-apa tau?"
"Alaaa takdenya abang nak kompelin. Dia pun manja jugak. Umi mana tahu"
"Haishhh.. menjawab aje kerja budak ni!"
Rossa tersengih. "Umi, lupa pulak Rossa.Petang nanti Rossa dengan abang nak balik rumah mama. Pastu balik ke kondo terus ye?"
Umi Za mengeluh panjang. "Laaa baru je nak lepas rindu. Dah nak lari"
"Bukannya lari. Umi kan tahu. Abang tu tak suka susahkan orang tua dia. Dia nak kami hidup berdikari. Nanti kami selalulah jenguk umi, jenguk Mak Nab" Bahu Umi Za dipeluk manja. Pipi tua itu dikucup.
"Yelah" Tangan Rossa yang memeluk bahunya dipukul lembut. "Pandai-pandailah Rossa jaga diri tu. Dah jadi isteri, dah nak jadi seorang ibu, tanggungjawab tu kena ingat. Jangan sebarang je kerja"
"Ye umi. Rossa tahu. Umi janganlah risau"
"Nanti kirim salam umi pada mama mentua kamu tu. Lama jugak tak jumpa dia"
"Ye umi. Nanti Rossa sampaikan.Ke umi nak ikut kami pergi sekali?"
"Laa takpelah. Lain kali je. Umi banyak kerja kat kedai tu. Ada masa nanti, umi lawat mama mentua kamu"
"Yelah umi"
SETELAH menapak masuk ke dalam pejabat, interkom di atas meja ditekan. Dia memanggil Irish masuk ke dalam. Memandangkan Yunus akan balik dua hari lagi, dia terpaksa menggunakan khidmat Irish buat seketika waktu.
"Any appointment for me today?" soal Firdaus saat Irish sudah terpacak di hadapannya.
"Nope. Tapi ada something yang I nak bagitau you. This thing happened a few days ago"
Kening Firdaus bertaut. Wajahnya serius memandang Irish. "Go ahead"
"Aina. She has been admitted to the hospital"
Firdaus tersentak dengan berita tersebut. Wajar sajalah dia tidak melihat bayang-bayang Aina ketika melimpasi meja kerja gadis itu tadi.
"What has happened to her?"
"Dengar cerita, dia pengsan. Dan disahkan menghidap kanser otak tahap keempat. We had confirmed this matter with her sister"
"What?!"
SETELAH menerima panggilan telefon daripada Ainida, Rossa segera membawa diri ke hospital. Khabar yang dibawa oleh Ainida membuatkan hati Rossa tak henti berdetak. Aina dimasukkan ke hospital buat kali kedua kerana keadaannya yang hampir tenat. Puas juga dia menggali punca kemasukan Aina ke hospital, namun sehingga ke saat ini dia masih tidak sempat menemui jawabannya. Biar sajalah, nanti sesudah ketemu Ainida, pasti akan ditanyanya keadaan sebenar Aina tersebut.
Rossa hendak menapak ke dalam bilik yang menempatkan Aina namun langkahnya terhenti saat bebola matanya terserempak dengan tubuh sasa milik Firdaus di situ. Ainida turut berada di situ, berdiri di hadapan suaminya. Irama jantungnya semakin lari bertempiaran apatah lagi setelah melihat Aina menggenggam erat jari-jemari Firdaus. Cemburu dan kecewa mula bersatu dalam hati. Dia memberontak namun dikawal sehabis baik perasaan itu.
Saat itu, dia menerima pesanan WhatsApp daripada Firdaus. Dibaca dengan linangan airmata yang berpusu-pusu tampilkan diri.
'Abang tak dapat balik lunch. Something urgent comes up! See you later sayang'
Rossa menekup mulut lantas berlalu ke bilik air. Semakin sakit hatinya melihat sikap Firdaus terhadap Aina. Apatah lagi setelah Firdaus tidak jujur terhadapnya. Kenapa harus dirahsiakan kedatangannya ke hospital semata-mata hendak ketemu Aina?
Jiwa Rossa semakin bengkak dan airmata galak memunculkan diri. Tabahkan hati Rossa!
MELIHAT keadaan Aina yang terbaring lesu, jiwa lelakinya hampir rapuh. Apatah lagi setelah diberitahu oleh Ainida akan keadaan Aina yang tidak henti-henti menyebut namanya.Setelah mendapat tahu keadaan Aina melalui Ainida dan berita yang disampaikan oleh Irish, dia terus menapak ke hospital bagi mencari tahu cerita sebenar. Sebagai seorang majikan, seharusnya dia bertanggungjawab dan mempunyai sikap ambil berat akan kebajikan pekerjanya.
Tiba saja di sisi katil Aina, dia tersentak setelah Aina menggapai jari-jemarinya. Dia ingin mengelak tetapi genggaman Aina semakin erat, membuatkan dia tidak sampai hati hendak menolak. Dibiarkan saja kemahuan Aina kali ini. Barangkali keadaan gadis itu akan lebih tenang dan terkawal.
"Maaf, saya baru tahu hari ni. Sebab semalam baru balik dari Indonesia" Firdaus menuturkan kata maaf kepada Ainida.
"Takpe. Aina ada bagitau, Fir ke Indonesia" Lembut saja suara Ainida diiringi senyuman di bibir. Dia sebenarnya sedang menunggu kedatangan Rossa bagi membincangkan permintaan Aina. Tetapi terkejut pula ketika menerima kehadiran Firdaus di situ. Jadi dia membuat keputusan untuk membincangkan perkara tersebut di hadapan pasangan itu sahaja. Lebih mudah lagi fikirnya.
"Rossa tak datang ke? Tadi saya ada called dia"
Demi mendengarkan nama Rossa, jiwa Firdaus berdetak hebat.Dia mulai memikirkan perasaan Rossa jika isterinya mendapat tahu kedatangannya ke situ. Niatnya hanya ingin melawat Aina tetapi risau jika dinyatakan melalui mesej, Rossa akan mudah tersalah faham.
"Awak ada called Rossa?"
"Aah. Ada hal penting yang saya nak bincangkan dengan dia. Memandangkan Fir pun dah ada kat sini, seeloknyalah benda ni dibincangkan sekali"
"Benda apa ya?" Dahi Firdaus berkerut seribu.
"Kita tunggu Rossa datang boleh?"
Firdaus teragak-agak hendak mengangguk. Sekiranya Rossa melihat kedatangan dia ke situ, pasti isterinya mengamuk lagi. Sedangkan dalam pesanan yang dihantarnya sebentar tadi tidak pula dia nyatakan hal yang sebenar.
ROSSA menapak keluar dari bilik air. Lemah saja derap kakinya melangkah. Dia tidak ingin kembali ke bilik Aina kerana tidak mahu berhadapan dengan situasi tadi.
Rossa melepaskan keluhan berat. Terluka lagi hatinya dengan sikap Firdaus. Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan suaminya dalam situasi seperti itu.
Deringan panggilan telefon menyentakkan dia. Segera dia angkat panggilan tersebut apabila nama Ainida tertera di skrin telefon bimbit. Sempat dia berdehem, mengatur suara yang sudah tenggelam timbul dek sebak di dada.
"Iya kak?"
"Rossa kat mana? Tadi kata nak datang?"
"Maaf kak. Rossa pening kepala. Tak dapat nak datang. Rossa jumpa akak esok je, boleh?"
"Laa yeke? Rossa sihat ke ni? Kalau tak sihat, akak boleh datang esok"
"Ehh takpe kak. Rossa okey. Esok baik dah. Esok Rossa jumpa akak lagi"
"Okeylah kalau macam tu"
Sesudah mematikan panggilan, Rossa terduduk di kerusi menunggu. Airmata yang sempat berjeda turun sebentar tadi, kembali menyambung perjalanan. Entah kenapa terlalu perit rasa yang dia alami saat ini. Dia tidak mampu untuk menerima pembohongan Firdaus. Jika di atas niat baik sekalipun, kenapa tetap memilih jalan untuk berbohong?
Share this novel