68

Romance Completed 28168

SETELAH menerima panggilan telefon daripada Nani, Firdaus segera ke hospital. Menurut Nani, Rossa kemalangan ketika hendak dalam perjalanan menuju ke rumahnya. Bergetar-getar lututnya sepanjang perjalanan menuju ke hospital. Walang dan galau hatinya memikirkan keadaan Rossa dan kandungannya. Tetapi bagaimana Rossa bisa kemalangan?
"Boss!" Firdaus digamit oleh Nani di hadapan pintu bilik.
"Mana Rossa? Macam mana keadaan dia?"
"Dia okey. Nasib takde jadi apa-apa pada kandungan dia" sahut Taufiq yang barusan keluar dari bilik Rossa ditempatkan.
Dahi Firdaus berkerut. Dia tahu dan ingat siapa lelaki yang sedang berdiri di hadapannya saat itu. Melihatkan penampilan Taufiq, dia yakin lelaki itu merupakan salah seorang kakitangan di hospital tersebut.
"Errr, Taufiq ni salah seorang doktor yang baru dipindahkan ke sini. Dulu, dia bertugas di Sabah. Sepatutnya nak hantar Rossa ke HKL, tapi kebetulan pulak masa tu Taufiq temankan saya selepas saya dapat panggilan dari orang ramai mengenai keadaan Rossa. Jadi Rossa dikejarkan ke sini sebab Taufiq pun nak masuk kerja masa tu" jelas Nani panjang lebar. Dia perasankan perubahan drastik pada wajah majikannya itu.
Firdaus hanya mengangguk. Walaupun fikirannya bercelaru, tetapi dia harus bijak mengawal perasaan. Rossa isteri dia. Dan Rossa juga saat ini sedang mengandungkan anaknya. Tidak mungkin Taufiq berani bertindak di luar jangkaan.Pun begitu, hatinya begitu kuat ingin tahu siapa sebenarnya Taufiq pada Rossa. Kerana dia yakin, mereka pasti mempunyai suatu hubung kait.
"Boleh aku lawat Rossa?" Soalan itu Firdaus ajukan pada Taufiq.
Sebuah garisan senyuman terlakar pada wajah putih bersih itu. "Dia kan isteri kau. Takde siapa dapat halang kau daripada lawat dia" Taufiq berjeda, seolah memikirkan sesuatu. "Kecuali kalau Rossa tu bukan lagi isteri kau..."
"Taufiq!" Pinggang Taufiq disiku oleh Nani. Kurang senang hatinya dengan ayat yang dilontarkan oleh Taufiq itu. Apatah lagi setelah wajah selambanya seolah sengaja dia pamerkan.
Baran Firdaus mendengarnya. Wajahnya ketat dan bengis. Kalau tidak mengenangkan itu tempat awam, mahu saja dia layangkan sebuah tumbukan pada wajah Taufiq. Apa hak Taufiq menuturkan itu? Rossa masih lagi isterinya, dan status itu akan selamanya menjadi milik Rossa.
"Sorry boss. Taufiq ni memang suka bergurau!" Tersengih-sengih Nani cover line untuk Taufiq walhal dalam hati, rasa nak cincang lumat-lumat je sepupu tak bergunanya itu! "Boss jenguklah Rossa. Kejap lagi, saya masuk dalam"
Langkah kaki Firdaus bergerak pantas meninggalkan mereka. Tetapi walang hatinya masih lagi bersisa. Dia masih dihantui oleh kata-kata Taufiq sebentar tadi. Arghh! Dia benar-benar tertekan!

"KAU ni apasal?" Bahu Taufiq menjadi sasaran utama tangan Nani. Dipukulnya sekuat hati dengan geram yang berbuku dalam hati.
"Apasal pulak?" tanya Taufiq selamba sambil menahan tangan Nani dari terus-terusan memukulnya.
"Yang kau cakap macam tu dengan boss aku apasal?" Tangan Taufiq cuba untuk dialihkan namun Nani tidak berhasil. Kini, tangannya sudah berjaya 'dipenjara' oleh genggaman lelaki itu.
"Biarlah! Bagus lagi kalau dia sakit hati! Untung-untung, aku dapat Rossa balik! Alahaiii!! Bahagianya hidup!" Taufiq mula memasang angan-angan. Dia tidak kisahkan status Rossa. Kerana yang dia inginkan hanyalah gadis itu.
"Kau ni ada akal ke tak? Ke tak faham bahasa? Dah terang lagi bersuluh yang Rossa tu masih lagi isteri Firdaus. Dan masa ni, dia tengah mengandung! Apa susah sangat kau nak faham ni?!" Nani sudah merungut. Genggaman Taufiq, dia longgarkan.
"Lantak akulah! Kau..."Wajah Nani dia tunjuk dengan jari telunjuknya. "Jangan masuk campur!" Seusai itu, Taufiq mengatur langkah ke biliknya.
Meninggalkan Nani keseorangan yang dihimpit resah. Kacau-bilau hati dan perasaannya apabila mengenangkan perangai tak semengah Taufiq itu. Bagaimana harus dia menasihati sepupunya itu lagi?
"U...Umar..." Berketar bibir dan hatinya saat lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya. Entah sejak kapan Umar muncul di situ, dia sendiri tidak tahu. Pandangan mereka bersabung. Ada getaran pada pandangan masing-masing yang tak mampu bibir ungkapkan.

"KENAPA Rossa ni? Abang dah mintak maaf kan? Rossa dah tak sayangkan abang lagi ke?" Wajahnya yang kusut diraup perlahan.Betapa dia rindukan wajah manis itu. Tidakkah Rossa tahu betapa terseksanya dia saat diladeni sebegitu? Dia dahagakan kasih sayang dari Rossa.
Rossa diam tak berkutik. Firdaus selalu seperti itu. Buat salah, kemudian minta maaf. Selepas itu, buat salah lagi. Dan minta maaf lagi. Kenapa sukar sangat Firdaus untuk memahami hatinya? Setelah beberapa hari menghilangkan diri, kenapa baru sekarang dia merayu dan mencari dirinya?Kenapa tidak mencari perempuan itu? Arghhh! Apabila memikirkan soal Aina, hati Rossa diterpa cemburu.
Firdaus mendekati Rossa yang sedang berpeluk tubuh. Didakap tubuh itu dari arah belakang. Wangian rambut dan tubuh Rossa mengocak jiwanya. Dia ingin melepaskan rindu pada Rossa dan meluah segala perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh itu. Dia begitu merindui Rossa.
"Lepaslah!" Tubuh Firdaus yang melekap pada tubuhnya ditolak kasar. Dia benci dilayan sebegitu. Dia bencikan Firdaus! Dia bencikan Aina! Dan dia bencikan segala yang ada di sekelilingnya saat itu.
"Rossa..."
"Jangan sentuh saya!!" herdik Rossa dengan amarah yang bergumpal dalam hati.
"Rossa!" Firdaus hampir terjerit dengan sikap kasar Rossa. Kenapa sukar betul hendak melentur hati Rossa yang keras? Cara apa lagi yang harus dia gunakan agar Rossa faham kehendaknya?
"Abang dah berubah sejak jumpa dengan Aina. Abang memang dah lama nak kawen dengan dia kan? Rossa stress! Abang tak cari Rossa pun selama beberapa hari ni! Sebab abang sibuk dengan Aina kan?Jangan perbodohkan Rossa lagilah! Rossa benci tau tak?"
"Apa benda yang Rossa cakap ni? Inilah masalahnya kalau Rossa tak pandai nak berterus-terang..."
"Siapa yang tak pandai berterus-terang?!" Suara Rossa sudah meninggi. Mata Firdaus ditentangnya dengan berani. Seakan sudah hilang rasa hormatnya pada sang suami.
"Rossa..." Lengan Rossa ditarik perlahan namun segera ditepis kembali oleh isterinya.
"Jangan cari Rossa lagi! Rossa tak nak tengok muka abang!"
"Habis tu, Taufiq tu siapa?! Jangan buat macam abang tak berhak tahu apa-apa!"
Demi mendengarkan sepotong nama itu, hati Rossa berdetak laju. Apatah lagi setelah Firdaus mulai mempersoalkan hubungan silamnya.

BAGAIKAN terkena renjatan elektrik, mata yang terpejam hampir lima jam itu tercelik kembali. Bahagian perutnya terasa berat, seolah ditimpa objek berat. Rossa menggapai objek tersebut dengan tangan kirinya.
Dia tersentak tatkala kepala Firdaus lena di atas perutnya. Bunyi dengkuran halus membuatkan hati Rossa jadi kasihan tiba-tiba. Apabila teringatkan kembali pergaduhan mereka pagi tadi, Rossa mulai diburu rasa berdosa. Dia mengasari suaminya sendiri. Bahkan sejak akhir-akhir ini dia gemar menjerit dan mengherdik Firdaus. Inikah balasan yang diterimanya kerana nusyuz dengan suami sendiri?
Dia teringat dengan peristiwa malam semalam. Seusai pulang dari kondo Taufiq, dia dan Firdaus bertelagah lagi. Bahkan kali ini nama Taufiq pula yang menjadi asbab pertelingkahan mereka. Firdaus mulai curiga dan ragu-ragu pada kesetiaannya. Haruskah dia menceritakan hal yang sebenarnya kepada Firdaus? Tetapi bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus nanti? Atau dia merahsiakan saja kisah silamnya daripada suaminya? Jika Firdaus mendapat tahu melalui orang lain, apa akan yang terjadi?
Gara-gara pertengkaran tersebut, dia dan Firdaus masing-masing membawa hati yang ego semalaman sehingga ke pagi tadi. Bahkan makanan dan minuman Firdaus juga tidak dia siapkan. Sempat dia mengintip tingkah laku Firdaus yang menyediakan sarapan pagi tanpa dia di sisi. Berat rasa bahunya memikul dosa tersebut tetapi dek angkara ego, dia ketepikan semua perasaan bersalah itu. Apabila Firdaus berangkat ke tempat keja, dia masih mengunci diri di dalam kamar. Kebiasaannya, dia akan menghantar langkah Firdaus sehingga ke pintu hadapan dan menghadiahkan sebuah kucupan manja untuk suaminya. Tetapi tidak pagi tadi.
Tambahan pula, dia juga tidak meminta izin Firdaus untuk keluar pagi tadi. Janjinya, dia akan menemui Nani dan menenangkan fikirannya di samping gadis itu. Namun lain pula yang menimpanya. Dia kemalangan ketika dalam perjalanan. Agaknya, itulah hukuman buat dirinya yang sering kali menderhakai Firdaus. Ya Allah, aku berdosa! Air mata Rossa mulai berguguran, mengenangkan dosanya pada suami sendiri. Layakkah dia bergelar isteri kepada seorang suami sesabar dan sebaik Firdaus?
"Syukur, Rossa dah sedar" Suara Firdaus menyapa gegendang telinganya. Rossa menyeka air matanya kerana tidak mahu diketahui oleh Firdaus.
"I was so worried, like hell! I couldn't breathe to see you this way sayang" Tangan Rossa yang kedinginan itu dikucupnya perlahan. Dia hampir kehilangan Rossa dan bayi mereka. Betapa dia menyesali perlakuan kasarnya terhadap Rossa sebelum ini.
"Kita dah tak sehaluan kan?"
Terpana Firdaus mendengar kata-kata Rossa. Ditatapnya wajah pucat lesi itu. Ada sisa air mata pada wajah itu.
"Sayang.."
"Kita selalu je gaduh. Hal yang kecik jadi besar. Yang remeh, dipersulitkan.Kadang Rossa penat nak hadap semua ni. Rossa dah tak tahan" adu Rossa dengan nada yang lemah. Air mata yang mengalir sedaya upaya ditahan.
"Rossa cakap apa ni?" Firdaus mula mengongoi. Dia tidak mahu kehilangan Rossa lagi.
"Abang tak rasa ke yang Rossa ni isteri derhaka? Selalu jerit pada abang. Tak dengar cakap abang. Keluar tanpa izin abang. Tak layan abang baik-baik. Agaknya apa yang jadi pada Rossa ni adalah hukuman dari Allah"
"Takde manusia yang sempurna di dunia ni sayang. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi kita masih boleh perbaiki kekurangan tu kan?"
Rossa terdiam. Kalau diikutkan hati, terlalu banyak yang ingin dia ungkapkan. Tetapi ego lebih mendominasi hati dan mindanya.Membisu adalah jalan terbaik setakat ini kerana setiap kali mereka bertikam lidah, dia pasti akan mencari salah Firdaus. Dia sudah penat.
"Rossa tak kuat. Rossa mintak maaf"
"Rossa nak apa sekarang ni? Cuba cakap dengan abang" Nada Firdaus mulai kedengaran serius.
"Abang buatlah apa yang abang suka. Rossa tak nak ambik tahu"
"Please specific your answer!"
"Kawenlah dengan Aina sana!"
"Supaya Rossa dapat berfoya-foya dengan Taufiq?"
Rossa bungkam. Bebola matanya menikam terus ke dalam anak mata Firdaus. Dia tertekan dengan Aina, kini Firdaus menambah permasalahannya dengan mengaitkan nama Taufiq di dalam hubungan mereka.
"Kenapa Taufiq?"
"Abang yang patut tanya soalan tu!"
Keadaan mula panas. Firdaus mulai baran. Gravitinya mula tak seimbang. Dari berdiri, dia duduk melabuh punggung di kerusi. Meraup wajah yang kian tenggelam dalam keresahan.
"Siapa Taufiq? Tell me the truth! You know me well. I can dig till the deep any information about him. So, don't waste my time!"
Bibir Rossa terkunci. Hatinya berdebar. Sebolehnya, dia tidak mahu membahaskan perihal itu buat masa sekarang. Dia sendiri masih terkejut menerima kehadiran Taufiq, jadi hatinya belum cukup kuat untuk berkongsi apa-apa dengan Firdaus.
"Kenapa diam? Did I say something wrong? Or was it you that did something wrong behind my back?"
"Abang tuduh Rossa curang ke?" Berlinang juga air matanya menerima sindiran Firdaus yang sinikal itu. Sejahat-jahat dia, tidak pernah lagi terlintas di hatinya untuk menduakan Firdaus.
"Kenapa?"Kening Firdaus bertaut.Wajahnya sinis. "Rossa curang ke?"
"Abang!"
"Entah-entah, anak dalam perut tu..."
"Abang!!!" jerkah Rossa tiba-tiba. Cukuplah dengan keraguan Firdaus mengenai kesetiaannya. Tetapi janganlah status anak dalam kandungannya menjadi kesangsian Firdaus. Dia tidak pernah disentuh oleh sesiapa, melainkan oleh Firdaus yang halal baginya.
"Sampai hati abang kan?! Kalau abang tak yakin dengan kesetiaan Rossa, takpe. Rossa boleh terima. Tapi Rossa tak boleh terima kalau abang tuduh anak ni bukan anak abang! Rossa benci abang! Keluar!!" Satu persatu bantal digapai lalu dicampakkan ke arah Firdaus.Rossa mulai menggila. Keadaannya tidak terkawal. Bersepah bantal dan selimut di lantai. Akibat tidak dapat mengawal keseimbangan badan, Rossa jatuh ke lantai secara tiba-tiba. Darah pekat mula mengalir dari celah kangkangnya.
"Rossa!!" jerit Firdaus dalam gelisah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience