MENGHIRUP udara segar dan menyibukkan diri dengan window shopping, membuatkan jiwa Aina kembali hidup. Walaupun agak takut-takut untuk berdepan dengan dunia luar, namun dia harus tetap beranikan diri. Pesanan dan kata-kata semangat dari Rossa sentiasa dia bawa dalam hati. Teringat dia dengan perbualannya dengan Ainida tadi.
"Tak payahlah nak keluar. Aina kan masih tak sihat? Nanti apa-apa jadi kan susah? Duduk je rumah, rehatkan diri tu" Ainida melarang dengan niat yang baik. Risau tak sudah dia jika Aina dilepaskan begitu saja. Apabila dia menawarkan diri untuk menemani, Aina menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan kakaknya itu.
"Makin lama Aina terperap dalam rumah ni, makin sengsara jiwa tau tak? Aina perlukan fresh air. Bosanlah asyik di rumah je"rungut Aina.
"Akak bukannya apa. Akak risaulah dengan Aina. Takut jadi apa-apa nanti, susah jugak.Akak nak temankan, Aina tak kasi pulak" omel Ainida lagi.
Aina tersenyum. Dia faham kerisauan Ainida. Namun dia sihat dan baik-baik sahaja. Bahu Ainida dipaut. Dipeluk erat tubuh kakaknya dari belakang.
"Aina faham kenapa akak risau. Tapi Aina kan dah besar? I can take care of myself. Aina dah called Rossa, tapi dia tak dapat temankan Aina. Dia sibuk"
"Akak teman tak nak pulak?"
"Alaa akak duduk jelah di rumah. Rehatkan diri. Lagipun, akak selalu sangat jaga Aina. Kali ni, biar Aina berdikari ye?"
Dan Ainida mengalah jugak pada akhirnya.Dilepaskan juga Aina pergi bersendirian tetapi dengan syarat, dia harus pulang ke rumah sebelum lewat malam.
Aina bersetuju saja. Yang penting, dia dapat melepaskan diri buat seketika waktu. Langkah kakinya dihayun menuju ke kedai buku. Mencari ketenangan dengan membaca buku pula. Manalah tahu, jiwanya terisi dengan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam naskhah tersebut.
RAK buku satu-persatu dia jelajahi. Mencari nama buku yang dikehendaki, namun tidak ketemu. Dia risau dengan keadaan Rossa yang semakin kuat merajuk itu. Oleh itu, rasanya tidak salah jika dia bergurukan mana-mana buku agar lebih dapat memahami kehendak Rossa.
"Ohh sorry" Tubuh seseorang hampir terjatuh apabila tubuh sasanya melanggar tubuh itu. Nasib baik gadis itu sempat berpaut pada lengannya, jika tidak terjatuhlah kedua mereka.
"Takpe encik" Sahut gadis itu. Aina membetulkan posisinya sambil tersenyum. Saat bertentang mata dengan lelaki itu, jiwanya berdegup kencang. Manisnya senyuman sang lelaki, membuatkan matanya tidak mahu lari dari terus menjamah seraut tampang itu.
"Are you really okay?" Firdaus cemas saat melihatkan tiada respon dari gadis itu. Dia mengerut dahi, seolah mencuba mengingati sesuatu. Wajah gadis itu seperti dikenalinya. Tetapi dia lupa di mana mereka pernah bertemu.
"Aaa, ye. Saya okay. Maaf encik, saya tak perasan encik tadi" Aina meminta maaf.
Firdaus mengorak senyuman. "It's really okay. Tapi rasanya, macam saya je yang tak perasan awak tadi. Khusyuk sangat cari buku"
"Ohh, encik cari buku apa?"Soal Aina, ramah. Senang hatinya berbual dengan lelaki itu. Haruman Bvlgari dari tubuh badan lelaki itu mengusik jiwa wanitanya.
"Pasal wanita"
Aina angkat kening, mulai berminat. "Kenapa dengan wanita? Ada sesuatu yang encik tak faham ke?"
Firdaus tergelak. Mula memikirkan untuk berkongsi rasa dengan gadis itu ataupun berdiam diri saja. Tetapi rasanya gadis itu lebih mengetahui dan memahami kerana dia juga seorang wanita. Hmmm...
"Saya nak cari buku pasal cara-cara nak faham seorang wanita. Isteri saya. Selalu sangat merajuk lately ni. Naik risau saya dibuatnya"
Aina membulatkan mulut. Hampa bertandang di hati. Dah kawen rupanya. Ingatkan masih bujang. Dia tersenyum manis seraya menarik keluar sebuah buku. Terus saja diserahkan kepada Firdaus.
"Rasanya buku ni bagus kot untuk encik lebih faham akan isteri encik"
Firdaus menyambut huluran Aina. Dibaca tajuknya. How To Be A Better Man. Hmm, menarik jugak tajuk dia. Wajah Aina ditatap lalu mengucapkan terima kasih. Sejurus itu, dia berlalu ke rak buku lain pula.
Aina menyentuh dadanya. Berdebar rasa hati. Hishh, suami orang tu Aina! Dia menapak ke kaunter pembayaran. Tanpa sedar, Firdaus berdiri di sisi lalu menyerahkan kad bank kepada cashier.
"Kira sekali ye?" Dia maksudkan buku yang dibeli oleh Aina sekali.
Aina tersentak. Dipandangnya wajah Firdaus tak berkelip.
"Saya tolong bayarkan. Returning a favor" Dia tersengih.
"Eerrr tapi encik..."
"Takpe. Saya ikhlas. Awak dah mudahkan kerja saya tadi. Saya mudahkan kerja awak lagi"
Sesudah membuat pembayaran, mereka berjalan beriringan keluar.
"Terima kasih sekali lagi encik di atas pertolongan encik"
"Not a big deal. Saya balik dulu. Take care"
Aina menghantar langkah Firdaus dengan lirikan mata. Senang hati dapat berdua dengan lelaki itu walaupun hanya seketika.
"Nasib dia suami orang. Kalau masih bujang..."
Aina menggeleng kepala dengan sikap sendiri. Mula mengucap panjang, mengusir fikiran jahat dalam minda.
"HOW To Be A Better Man! Sejak bila pulak laki aku minat membaca?" Buku tersebut Rossa keluarkan dari plastik. Baru saja hendak membaca isi kandungannya, tiba-tiba sehelai resit terjatuh ke lantai.
Rossa menggapai resit tersebut dan melihat transaksi pembeliannya. Dia mengerut dahi. Ada tiga buah buku yang tercatit dalam resit tetapi hanya sebuah buku yang Firdaus bawa pulang. Dia melihat sekeliling, kot-kot buku tersebut berada di mana-mana. Hampa bertemu kecewa kerana tidak berjaya menemui apa-apa. Hati Rossa mulai dipagut curiga. Buku siapa yang Firdaus belikan?
Pintu bilik air terbuka luas. Firdaus menapak keluar lantas menuju ke almari baju. Ditarik baju singlet berwarna hitam lalu dipakaikan ke tubuh badan. Boxer merah dia sarungkan.
Rossa memerhati perlakuan Firdaus. Hatinya mula cemburu dan berfikir yang bukan-bukan. Mudah sahaja hatinya dijentik emosi akhir-akhir ini.
"Jom sayang. Kita tidur. Dah malam ni" ajak Firdaus sambil memanjat katil. Tubuh Rossa yang duduk di birai katil ditarik. Selepas solat Isyak berjemaah tadi, dia terus keluar mencari buku. Balik saja, dia terus ke bilik air. Sakit perut bukan kepalang lagi! Kini, tubuh badannya kepenatan. Tetapi bertemu dengan tubuh Rossa, hatinya sedikit segar.
"Abang pergi mana tadi?" Tangan Firdaus yang menariknya ditepis. Dapat dia lihat perubahan drastik pada wajah itu.
"Cari buku tu. Kenapa?" Dari baring, kini Firdaus duduk pula. Suara Rossa yang mendatar cukup membuktikan ada sesuatu yang tidak kena.
"Buku apa je yang abang beli tadi?" Rossa soal-siasat. Wajahnya cemberut. Merajuk dan cemburu bersatu. Tetapi saat ini, cemburu lebih menguasai!
"Tu yang sayang pegang tu. Kenapa ni?" Rambut Rossa dibelai. Sahlah, memang ada sesuatu yang tidak kena.
"Kat resit ni tulis, ada tiga buku abang beli. Mana lagi dua? Abang beli untuk siapa?" Rossa terus menyerang dengan soalan.
Firdaus tersenyum. Fahamlah dia kenapa Rossa tiba-tiba dingin. Itu yang menjadi punca rupanya.
"Tadi ada perempuan..."
"Perempuan? Perempuan mana? Abang jumpa dia senyap-senyap? Abang belikan buku tu untuk dia?" Cemburu Rossa sudah menjalar ke seluruh tubuh. Matanya tajam memerhati wajah Firdaus.
"Laaa abang tak habis cerita lagi kan? Tadi ada perempuan tu terlanggar abang kat kedai buku. Pastu kita borak-boraklah. Buku ni dia jugak yang kenalkan pada abang. Sebab abang tak jumpa buku yang abang cari. So dia suggest buku ni. Lepas tu, sebagai nak balas budi, abang bayarlah buku tu untuk dia sekali. Yang dua buku tu dia punyalah"
Wajah Rossa sudah mencuka. Walaupun berpuas hati dengan penjelasan Firdaus, namun dia tetap tidak mampu menepis rasa cemburunya yang sudah menggila saat ini.
"Sayang tak percayakan abang ke?"
Rossa senyap. Emosi betul dia hari ini. Sedikit saja Firdaus tersalah cakap, pasti dia mengamuk. Padahal dia bukanlah seperti itu. Haihh.. apa kena dengan aku ni? Segera Rossa beristighfar dalam hati. Tidak mahu menyimpan syak wasangka pada suami sendiri. Dia percayakan Firdaus, hanya cemburu saja yang terus-terusan menghasut buah fikirannya.
Rossa menyimpan buku tersebut di atas meja bersebelahan katil. Kemudian, dia memanjat katil dan menghampiri Firdaus. Tangan Firdaus diraih lalu dikucup.
"Rossa mintak maaf. Rossa fikir yang bukan-bukan. Rossa cemburu"
Firdaus mengerti. Dia tidak marahkan Rossa, cuma pelik sahaja dengan sikap isterinya. "Ye sayang. Takpelah. Abang faham. Tak payah fikir sangat ye?"
Rossa mengangguk. Dapat dia rasakan bibir Firdaus hinggap pada dahinya.
"Jom tidur sayang"
"Hmm. Nak pelukkkk" Rossa sudah merengek kemanjaan.
Firdaus tergelak kecil. Dia sudah membaringkan tubuh ke katil. Didepakan tangan agar tubuh Rossa dapat dikunci. Melihatkan saja perlakuan suaminya, Rossa pantas mendapatkan Firdaus. Bersatu dalam tubuh sasa Firdaus.
"Abang, abang tak cerita lagi pasal recruit yang abang Nizam cakap haritu?"
Firdaus menggumam. "Sayang nak tahu jugak ke? Ingatkan dah lupa" Rambut Rossa dimain-main.
"Naklah. Rossa nak tahu" desak Rossa.
"Okey, abang bagitau. Tapi lepas tu abang nak upah" Firdaus mengerdipkan matanya sambil tersengih.
"Yelah, nanti Rossa bagi upah. Ceritalah cepat"
"Syarikat yang Rossa kerja sekarang ni, dulu milik arwah papa. Dia tinggalkan syarikat tu untuk abang terajui sebab abang je satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Anak sulung pulak tu.Tapi hidup abang masa tu tak terurus. Semangat pun takde, jadi syarikat tu terbiar macam tu je. Nasib baik ada Nizam yang tolong tengokkan. Kalau tak, tak tahulah apa jadi.
So, masa Rossa cari kerja tu, abang ada tengok interview untuk jawatan pengurusan kat company abang tu. Abang dapatkan borang tu untuk Rossa. Dan siap hasut Nizam lagi, untuk terus recruit Rossa tanpa perlu interview. Nizam pun ikut jelah. Sebab walaupun abang tak officially CEO kat situ, tapi kuasa abang tetap besar. Nizam bagitau HR untuk ambik Rossa kerja. So Rossa dapatlah kerja tu. End of the story"
"Macam tak adil je sebab Rossa dapat kerja tu tanpa interview"
"Nak buat macam mana? Dah bos besar company tu gila dekat budak comel ni" Hidung mancung Rossa dicuit.
Rossa mengekek, senang hati dengan perlakuan Firdaus. Tubuh Firdaus dipeluk erat. "Abang"
"Hmmm?" Ubun-ubun Rossa dikucup.
"Terima kasih tau? Untuk semua yang abang bagi. Rossa beruntung sangat dapat abang. Rossa menyesal sebab layan abang dingin dulu"
"Apa cakap macam ni? Tak maulah ungkit kisah lama. Yang berlalu tu biarlah berlalu. Abang nak kita hidup bahagia dan saling bersama tak kira apa keadaan sekalipun.Rossa janganlah ingat kisah lama kita tu"
Rossa mengangguk laju. Sebuah kucupan dia hadiahkan pada pipi kanan Firdaus.
"Dah bagi upah. Jom tidur"
"Abang tak nak upah tu"
"Habis tu?" Rossa blur.
Firdaus mengetatkan pelukan. Baju tidur Rossa yang berzip di bahagian belakang ditarik ke bawah. Tangannya mula meraba-raba bahagian sensitif isterinya. Deruan nafasnya mula kedengaran.
"Abang nak upah ni" Tubuh Rossa ditindih. Bibir Rossa dikunci.
SEUSAI sarapan, Aina bergegas keluar. Sebelum tiba di pintu rumah, tangannya ditarik Ainida. Berkerut wajah Aina memandangnya.
"Nak ke mana ni? Tergesa-gesa je akak tengok"
"Aina nak keluar kejap" Kasut tumit tinggi berwarna putih sudah disarung ke kaki.
"Keluar ke mana? Pagi-pagi ni. Duduk jelah di rumah" Terbuntang juga biji mata Ainida melihat penampilan Aina yang sedikit berbeza itu. Berblouse berwarna biru muda dipadankan dengan skirt panjang separa paha berwarna putih. Rambut lurusnya dibiarkan terurai. Wajahnya sedikit ceria dihiasi dengan mekap yang agak ringan pada wajah. Sejak seminggu yang lalu selepas dibenarkan discaj, baru hari ini dia melihat Aina berpenampilan sebegitu.
"Aina nak jumpa seseorang. Nanti Aina balik cepat-cepat. Jangan risaukan Aina tau?" Aina bergegas keluar rumah. Kemudian, dia berpatah balik ke sisi Ainida. Berkerut dahi Ainida memandangnya. Sebuah kucupan di kedua pipi dihadiahkan buat Ainida.
Tergeleng-geleng kepala Ainida dibuatnya. Derap kaki Aina dihantar dengan sorotan mata. Siapa yang Aina nak jumpa?
BERDIRI di sebalik rak buku, Aina memperlahankan langkah. Dia memang sengaja ke situ bagi mencari bayang-bayang Firdaus. Manalah tahu,mereka bakal ketemu lagi. Semalaman tidurnya dibayangi dengan senyuman Firdaus.
Lehernya dipanjangkan bagi melihat keadaan sekeliling. Tidak terlalu banyak orang pada pagi itu. Dia mengeluh kehampaan.
"Lupa pulak aku tanya nama dia semalam" Aina menyesal dengan kecuaian sendiri. "Ainaaaa, dia suami orangggg! Sedar diri sikit!" Bibirnya diketap. Berkali-kali dia menelan pahit akan kenyataan itu. Namun hati tetap juga berdegil. Sejak peristiwa dia diculik dan dikurung di dalam penjara Fahmi, dia merasakan tiada lagi lelaki yang mampu dia percaya selepas ini. Namun pertemuan secara tidak sengaja dengan Firdaus semalam menafikan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Hatinya kuat mengatakan Firdaus adalah lelaki budiman melalui cara dan auranya tersendiri. Semuanya terbukti apabila Firdaus berbual mengenai isterinya. Jarang ada lelaki yang mengaku sudah beristeri. Cara penyampaian Firdaus juga menunjukkan betapa dia menyayangi dan menyanjungi isterinya. Aina tiba-tiba diterpa perasaan cemburu. Namun segera dia beristighfar dan mengusir jauh pemikiran tersebut.
Lama menunggu kehadiran Firdaus, Aina mengambil keputusan untuk menapak keluar. Sia-sia saja dia menanam benih harapan mesti sudah dia tahu ianya tidak akan mekar segar.
"ROSSAAAAA!"Jeritan Sheila bergema di pantri.
Rossa menepuk dahi dan sempat mengeluh dengan jeritan itu. Bingung dia memikirkan sikap meroyan Sheila itu. Digagahi jua kaki menuju ke pantri.
"Kenapa?" soalnya sebaik bertembung dengan mata Sheila. Wajah putih Sheila tersenyum sinis memandangnya.
"Tu, hantar ke bilik Encik Nizam" Dia menunding jari ke arah sebuah dulang yang berisi tiga cawan kopi dan sepinggan roti.
Rossa mengerut dahi. Setahu dia, itu tidak termasuk dalam skop pekerjaannya. Ni memang kerja nak membuli sajalah ni!
"Pandang apa lagi?! Cepatlah, Encik Nizam tengah ada customer penting dalam bilik dia tu. Saja kan kau ni? Terhegeh-hegeh!"
Rossa mengeluh lantas menurut saja permintaan Sheila. Ditatang dulang tersebut. "Baiklah cik puan" Sindir Rossa saat melimpasi gadis berkulit putih itu.
PINTU bilik pejabat Nizam diketuk sekali. Suara Nizam mengarahkannya masuk. Saat pintu bilik terkuak, Rossa terkejut melihat kehadiran Firdaus di situ. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an berbaju formal turut ada di situ. Agaknya itulah orang penting yang dimaksudkan Sheila.
Rossa mendekati meja lalu meletakkan dulang di atas meja. Sempat dia melihat pandangan mata Firdaus yang menjelingnya tajam. Rossa menelan liur. Masalah! Nizam turut terpana. Seingat dia, itu bukan kerja Rossa. Dia sudah mengarahkan Mastura untuk memanggil tea lady membuat kerja. Kenapa Rossa pula yang mengambil alih kerja tea lady itu?
Rossa menapak keluar dari bilik dengan hati yang berdebar. Renungan tajam dari anak mata Firdaus menikam terus ke dasar hati. Matilah dia berjawab dengan Firdaus nanti! Apa alasannya? Takkan nak bagitau Sheila yang mengarahkan dia membuat kerja itu? Sesungguhnya, dia tidak mahu mengadu mengenai apa-apa meskipun hatinya sakit dilayan begitu teruk oleh Sheila.
Rossa menghela nafas. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sejak akhir-akhir ini, selalu saja dia diterpa dengan sakit kepala.
"Ehh kenapa Rossa kat sini? Dengan dulang bagai?" Mastura menegur apabila terserempak dengan Rossa di hadapan pintu bilik Nizam.
"Ohh Rossa hantar minuman dekat dalam tadi" jawab Rossa polos.
Mastura ternganga. "Tu kan kerja tea lady. Yang Rossa buat kerja tu kenapa? Nanti bising bos kita"
Rossa mengetap bibir. Terperangkap dengan kata-kata sendiri. Tetapi takkanlah dia nak berbohong pulak? Dah memang itu yang dia buat tadi!
"Atas arahan siapa Rossa hantar minuman tadi?"
"Sheila"
Mastura menggeleng kepala. Dia dapat mengagak itu pasti kerja Sheila. Sejak dari dulu lagi, Sheila memang tak pernah sebulu dengan Rossa. Entah apa yang dia sakitkan hati sangat pada Rossa, dia sendiri pun tidak tahu. Nak kata Rossa kacau orang, tidak pula dia melihat Rossa mengganggu sesiapa sepanjang berkhidmat di situ.
"Takpelah. Bak sini dulang tu. Akak bawak ke pantri. Rossa sambung kerja Rossa"
Rossa mengangguk lantas menyerahkan dulang kepada Mastura. Dia berlalu dengan wajah yang hambar dan hati yang berdebar. Sekejap lagi, pasti Firdaus memanggilnya masuk ke bilik.
SETELAH perbincangan mengenai tender terbaru selesai, Datuk Husin meminta diri untuk pamit. Nizam menghantar Datuk Husin sehingga ke pintu. Selepas itu, dia mengarahkan Mastura untuk menghantar sehingga ke bawah.
"Projek besar kali ni Fir! Harap-harap kita dapatlah tender tu" Ujar Nizam seraya mendekati Firdaus yang berdiri di tepi jendela.
"In Shaa Allah dapat. Datuk Husin tu sangat berpuas hati dengan syarikat kita. Lagipun dah berapa banyak projek kita yang dia luluskan? Dia pun baik. Telus dan jujur"
"Tapi aku tak nak terlalu berharap pada projek ni. Tapi kalau dapat, nanti kau kena terbang ke Indonesia. Tinggalkan Rossa sorang-sorang kat sini. Kuat ke?" Nizam mengusik. Faham benar dengan sikap Firdaus. Tidak mahu berpisah atau jauh dari isteri.
Firdaus tergelak. Dada Nizam ditumbuk perlahan. Dia tahu, Nizam hanya sekadar bergurau. Namun omongan Nizam tidak mampu dia nafikan. Dia memang tidak boleh jauh dari Rossa. Terseksa batin dan zahirnya. Tambahan lagi, dia memang risaukan Rossa yang agak polos itu.
"Nanti aku bawaklah dia. Sekaligus, honeymoon" Firdaus mengusik nakal.
Nizam pula yang tergelak. "Bagus jugak tu. Dapatlah baby made in Indonesia" Sahut Nizam berbaur permintaan.
Kata-kata Nizam disambut tawa oleh Firdaus. Faham benar dengan usikan tersebut. "Tengah usaha ni" sahutnya lantas mengekek ketawa.
"Aku keluar dulu. Nanti apa-apa, kita bincang lagi" Firdaus pamit diri meninggalkan Nizam di situ. Menapak keluar dari bilik Nizam, dia menegur Mastura yang merupakan setiausaha Nizam.
"Mas, mana tea lady kita?"
Mastura yang tunduk membuat kerja, pantas mendongakkan wajah memandang riak Firdaus yang ketat. Kecut pula perutnya.
"Err, she's at the back. Bos nak jumpa dia?"
Firdaus menggeleng. "Tadi tu, shouldn't be Rossa right? That is not her job. We have our tea lady here. Kenapa nak susahkan dia yang kerja bahagian pengurusan?"
Mastura mati akal. Sungguh, dia tidak tahu-menahu akan hal itu. Dia memang mengarahkan Bik Embun untuk menghantar minuman tetapi hairan melihat Rossa yang menatang dulang.
"Actually, memang I suruh Bik Embun yang hantar. But Rossa...she's been ordered by Sheila"
Geraham Firdaus bergerak-gerak. Sheila lagi! Ketakutannya menjadi kenyataan. Takkan Sheila membuli isterinya? Rossa tidak pula mengadu apa-apa kepada dirinya.
"Why did Sheila do that? Didn't she aware about the scope jobs for each of the workers here?"
Mastura menelan liur. Arghh sudah! Sheila yang membuat onar, dia pulak yang menanggung beban! Firdaus sangat bijak membaca dan memerangkap fikiran orang. Dan marahnya Firdaus sungguh tak mampu dibawa berbincang.
"I wanna see Sheila at my office now!" Suara keras Firdaus bergema di seluruh bilik, membuatkan semua pekerja menoleh dan berbisik-bisik.
Rossa menelan liur. Serba salah dengan hal itu. Wajah bengis Firdaus sungguh menakutkannya. Sudah pasti Sheila akan dimarahi gara-gara hal tea lady tadi. Aduhh, lancang pula mulutnya mengadu dengan Mastura tadi!
Sheila sudah berpeluh. Takut mendengar suara keras dan wajah ketat Firdaus. Tahulah dia akan nasibnya sebentar nanti. Dia mengetap bibir. Wajah polos Rossa dikerling saat dia melimpasi meja kerja Rossa. Ni mesti perempuan ni mengadu!
"WHAT has happened to you? Why did you treat Rossa that way? She is one of my worker, Managing Department and not a tea lady! Or you want to hold the position as a tea lady, are you?"
Tersentak hati Sheila mendengar kata-kata tegas Firdaus. Sungguh tak menyangka Firdaus akan membela Rossa sebegitu sekali. Padahal Rossa juga pekerja bawahan, sama seperti dirinya.
"Don't act like a boss! You are not a boss here. Any orders will only come from me or Encik Nizam! Does it bell you any ring, huh?"
Sheila berketar-ketar dalam kepayahan. Laju saja kepalanya terangguk-angguk tanda faham.Semua ini gara-gara Rossa. Tunggulah nasib kau Rossa!
"Now, would you get out from my office and call upon Rossa here? I wanna see her, now!"
Sheila pantas mengatur langkah dan menapak keluar. Semakin lama berhadapan dengan lava berapi Firdaus, semakin pula geledak hatinya membara.
DENGAN hati berdebar, Rossa menapak masuk. Tak habis-habis dia berdoa agar tidak disembur oleh Firdaus. Kecut perutnya saat berdepan dengan wajah pucat Sheila tadi. Tahu akan nasib Sheila yang kaw-kaw teruk dimarahi!
"Errr, Rossa kat sini"
Dia berhadapan dengan Firdaus yang tajam mencerlungnya dari mula-mula dia masuk nanti. Aduhh, semakin tak terarah hati Rossa dibuatnya!
"Can you explain?"
Rossa senyap. Nak explain apa? "Pasal apa?"
"Tadi"
Rossa menggeleng kepala. Melihatkan wajah polos Rossa, hati Firdaus dipagut sebak. Sah-sah dia kena buli, tapi masih disembunyikan perkara tersebut.
"Sheila kan?"
Rossa senyap lagi. Haruskah dia mengadu? Kalau tak mengadu, teruk pula dia kena nanti.
"Abang kan dah cakap, kalau ada sesiapa buli Rossa, you should tell me" Firdaus seboleh mungkin menahan perasaan. Hendak dimarah, itu isteri. Sudahlah Rossa kuat merajuk sejak akhir-akhir ini. Kalau tak dimarah, bilanya Rossa akan mengaku dan mengadu?
"Rossa mintak maaf" Tutur Rossa lembut sambil menahan sebak.
"Come love, here" Firdaus menepuk-nepuk ribanya, mengarahkan Rossa untuk duduk di situ. Rossa menurut saja. Berada dalam pangkuan Firdaus sambil wajahnya sudah basah dengan airmata.
"Abang tak marah Rossa" Dia memujuk isteri yang sudah lencun oleh airmata. Dahi Rossa dikucup penuh kasih sayang. "Abang cuma tanya. Abang nak tahu, siapa yang arahkan Rossa hantar minuman dalam bilik Nizam tadi. That's all! Sheila right?"
Rossa mengangguk juga, tapi perlahan-lahan saja. Serik sudah men'cover' Sheila, alih-alih dia juga yang terjerat!
"Selalu ke dia buat sayang macam tu?"
Rossa mengangguk lagi.
Firdaus melepaskan keluhan berat. Benarlah dugaannya. Inilah salah satu sebab dia tidak ingin Rossa masuk pejabat. "Nilah pasal abang tak nak Rossa kerja. Kena buli terus. Nasib baik abang dapat tangkap Sheila tu awal-awal, kalau tak entah apalah nasib sayang"
"Abang marah Rossa ke?" Tali leher Firdaus dimain-main. Wajahnya mencerut. Dia menahan loya dengan bau perfume Firdaus.
"Takde. Tak boleh marah-marah dengan budak comel ni. Nanti tak dapat upah!" Firdaus tersengih nakal.
Rossa mendengus lembut. "Tu je yang abang fikir. Eee geramnyaa!"
Firdaus tergelak lagi. "Apa lagi yang Sheila buat pada sayang?"
"Dia suruh Rossa buat kerja budak kewangan. Pastu isi borang, lengkapkan tender and quotation, pastu ada berkas-berkas surat kena asing in order and under a few companies"
"Too much! Tu bukan kerja sayang! Ada buat tak?"
"Takde! Nani datang sebagai penyelamat" Rossa bersuara riang.
"Nani? Ohh yang selalu gaduh dengan Umar tu! Pastu?"Dia teringat suatu masa dulu, Anita selalu kompelin mengenai Nani dan Umar. Pantang bersua wajah, mereka pasti bertekak. Penyudahnya, Firdaus memindahkan Umar ke jabatan penggudangan sebagai penyelia di situ. Dan selepas itu, senyap sudah jabatannya dari kompelin-kompelin Anita.
"Pastu, Sheila tu marahlah. Dia ambik semua fail dan dokumen, simpan balik ke tempat mana entah. Cuma fail quotation je dia suruh Rossa buat"
"Memang nak kena Sheila tu! Dia tak tahu lagi sayang siapa"
"Alaa takpelah bang! Rossa okey lah. Biarlah dia. Abang jangan nak pecat dia pulak. Sheila tu ada keluarga yang kena tanggung. Nanti kalau abang pecat dia, mana dia nak cari kerja? Lagipun, dia pun dah lama kerja sini kan?"
Firdaus mengeluh berat. Kita nak selamatkan dia, dia pulak nak selamatkan musuh dia!
"Okey, tapi kalau lepas ni, dia buat yang bukan-bukan lagi pada Rossa, abang ambik tindakan tegas!" putus Firdaus.
Rossa mengangguk. Tubuhnya dipeluk erat oleh Firdaus. Kemudian, dia menolak tubuh sasa suaminya.
"Kenapa?" Firdaus sedikit aneh. Tidak biasa Rossa menolak pelukannya.
"Rossa tak sukalah bau Bvlgari abang tu! Busuk!!" komen Rossa sambil menutup hidung. Tekak yang loya ditahan sebaik mungkin.
Firdaus pelik. Busuk? Wangi je ni?! "Mana ada busuk? Dulu sayang suka je bau ni. Selalu suruh abang pakai perfume ni"
"Alaaa Rossa tak tahanlah! Bauuu" Rossa berlari ke bilik air. Termuntah-muntah menahan mual di tekak.
Firdaus semakin pelik.Dulu, Rossa suka bau Bvlgari dia. Katanya, menaikkan hawa dan getaran jiwanya. Kini, Rossa mengelak pula dengan bau tersebut. Firdaus bingung sendiri...
Share this novel