69

Romance Completed 28168

"YOU sihat?"
Nani hanya mengangguk. Sudah hampir satu jam mereka duduk berteleku di dalam kafe itu. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dia jawab. Dia segan berduaan dengan Umar. Apatah lagi setelah cinta Umar ditolaknya mentah-mentah suatu masa dahulu. Sungguh hatinya mulai berlagu rindu untuk lelaki itu, tetapi acapkali bibirnya gagal dalam melunas kata.
"Awak buat apa kat sini?" Nani segan silu membahasakan diri seperti itu. Tetapi nampak tak sopan pula jikalau menggunakan 'kau aku' sedangkan pertuturan Umar sangat sopan dan lembut sahaja.
Terukir senyuman di wajah Umar. Nani dilihatnya sedikit berubah dan agak pemalu orangnya. Membuatkan hatinya semakin dilamun cinta pada gadis itu. Namun sayang, jodoh mereka cukup sampai di sini.
"Saya temankan maklang check up. Kejap lagi nak balik dah"
"Ohh okay"
"Nani buat apa pulak di sini?"
"Rossa. Isteri boss. Dia masuk hospital. Accident pagi tadi. Tapi dah recover"
"Ohh yeke? Patutlah boss tak masuk kerja hari ni. Awak pulak kenapa tak masuk kerja?"
"Sebab nak temankan Rossa. Dia ada masalah dengan boss" Oopss! Apa aku cakap ni?! Nani segera menekup mulutnya dengan tangan. Aduhh, celupar punya mulut!
Umar tergelak. Wajah Nani agak kebudak-budakan. Menggeletek juga hatinya dengan riak spontan dari gadis itu.
"Kenapa dengan diorang?"
"Ohh takde apa. Biasalah tu, rumah tangga ada pasang surutnya. Ada pahit getirnya"
"Pandai Nani kan? Macam dah faham benar dengan rumah tangga" puji Umar ikhlas. Terdetik juga di hatinya akan status Nani. Sudah berpunya ke belum? Nani ni walaupun agak kasar, tapi wajahnya boleh tahan cantik juga. Macam penyanyi Noorkumalasari zaman muda-muda dulu. Semanis honey gitu!
Tersipu Nani menerima pujian tersebut. Berkembang kuncup hatinya.
"Bila nak kawen?" Terpancul juga soalan itu dari mulut Umar. Ingin juga dia mengorek rahsia hati Nani yang dingin itu.
Tersedak Nani dibuatnya. Segera Umar hulurkan air pada Nani sambil tangannya mengurut-urut belakang Nani.
"Sorry" tutur Umar.
"Takpe. Kenapa tiba-tiba tanya ni?"
"Saja. Manalah tau, belum kawen atau takde plan nak kawen"
"Kalau saya cakap takde plan nak kawen, awak nak buat apa? Nak masuk meminang saya ke?" Merah padam wajah Nani saat bibirnya menuturkan itu. Aduhh!! Kau ni mulut, buat malu aku betul!
Wajah Umar keruh. Dia menelan liur. Serta-merta, tangannya berhenti dari mengurut belakang Nani. Kalaulah dari dulu lagi Nani berkiasan seperti itu, pasti dia akan setuju tanpa berfikir panjang. Sekarang semuanya sudah terlambat. Hmmm..
"Sorry, kalau saya melebih" Nani cover malu. Padahal wajah dah berlapik-lapik gamaknya!
"Saya nak kawen"
Tercengang Nani mendengarnya. Kawen? Dengan siapa? Bila? Bagaimana? Dan paling penting, kenapa Umar memberitahunya?
"Ohh glad to hear that!" Nani sorok perasaan kecewa. Kejap lagi, dia nak menangis dalam kereta! Hu hu hu... "Tahniah. Akhirnya awak kawen jugak. Nanti jemput saya tau?"
Melihatkan riak ceria dari wajah Nani, Umar mengeluh hampa. Tidak terkesan ke di hati Nani akan berita tersebut? Jadi selama ini memang betullah hanya dia yang bertepuk sebelah tangan? Arghhh, jatuh cinta memang menyakitkan!
"Nani!" Suara Taufiq memanggil dari jauh. Termengah-mengah dia mendekati Nani.Tanpa sepatah bicara, lengan Nani ditariknya.
Umar terpana. Siapa dia? Dia mula dihambat perasaan cemburu. Boyfriend Nani ke?
"Kenapa ni?" Nani menolak tangan Taufiq. Tak pasal-pasal si pujaan hati sorang tu salah faham!
"Rossa! She's in emergency!"
"What? Emergency apa?"
"Takde masa nak explain. Jom!"
Tanpa sempat pamit, Nani dan Taufiq tergesa-gesa meninggalkan Umar yang kebingungan di situ.

"MANA Rossa? Apa dah jadi pada dia?" Umi Za dan Datin Qasry serentak bertanyakan soalan itu pada Firdaus yang sedang duduk termangu di atas kerusi.
Firdaus hanya membatukan diri. Bayangan peristiwa tadi masih segar dalam ingatannya. Kenapa dia begitu cuai? Kenapa dia semudahnya tega memperlakukan Rossa seperti itu? Kenapa dia tidak boleh menahan amarahnya yang kian memuncak?Kenapa selantangnya bibirnya mengucap yang bukan-bukan? Kenapa dan kenapa? Air mata yang bertakung mulai merembes keluar. Dia benar-benar tidak sanggup kehilangan Rossa dan bayi dalam kandungannya. Jika itu yang terjadi, dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sendiri sampai bila-bila.
"Fir, Umi tanya ni! Apa dah jadi sebenarnya?" Umi Za sudah pun melabuh duduk di sebelah Firdaus.Dia terkejut menerima panggilan daripada Nani sebentar tadi. Setelah itu, dia menghubungi Datin Qasry bagi memaklumkan kondisi Rossa.
"Rossa sedang diperiksa masa ni umi. Apa pun, kita tunggu apa kata doktor ye?" Nani duduk di sisi Umi Za dan menjawab bagi pihak Firdaus. Dia sempat mengerling ke arah lelaki itu. Wajahnya tampak sugul dan tidak bermaya. Apa sudah jadi?

ROSSA tersedu-sedan di dalam pelukan Umi Za. Sungguh tidak mampu dia percaya kalau bayinya sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Dia mengongoi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dia sedih, kecewa dan rasa tidak berguna. Bayi yang sempat menumpang di dalam rahimnya selama 4 bulan sudah pergi tanpa sempat melihat dunia luar. Hati siapa tidak hancur, lebih-lebih setelah kehadiran benih itu sempat diragui oleh suami sendiri.
Melihatkan bayang Firdaus dengan wajah sugulnya di hadapan pintu, Rossa mulai diserang amarah yang bukan sedikit. Dia melepaskan pelukan Umi Za dan merenung Firdaus dengan tajam.
"Sayang, maafkan abang!" Tangan Rossa digapai. Wajahnya sudah terlalu sembab dengan air mata. Menerima berita akan keguguran Rossa menjadikan dia lelaki paling malang pada ketika ini. Kerana kecuaiannya, Rossa keguguran lagi buat kali yang kedua. Dia tewas dalam melindungi isterinya sendiri.
Rossa menepis tangan Firdaus. Seperti mana Firdaus meragui kandungannya, seperti itu juga dia meragui kemaafan yang keluar dari bibir lelaki itu.
"Umi, Rossa nak balik rumah umi. Rossa nak balik rumah umi!"
Firdaus terpana. "Sayang.. "
"Umi, Rossa nak balik rumah umi!" Rossa tekankan lagi kata-katanya.Tangan umi dia genggam rapat. Air matanya sudah mengalir tak henti-henti.
"Rossa, kenapa ni nak?" Datin Qasry pula ambil alih. Diusapnya belakang Rossa sambil tersedu-sedan. Dia masih tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
"Umi, dengar tak ni?! Rossa nak tidur rumah umi!" ngongoi Rossa lalu memeluk Umi Za.
"Ya sayang. Rossa tidur rumah umi ya? Dah habis pantang nanti, Rossa balik rumah Firdaus lagi"
"Tak nak!" pantas Rossa mencelah. Semua yang ada di situ terkejut dengan suara jeritan Rossa.
"Rossa tak nak tinggal dengan lelaki tu lagi! Rossa benci dia! Rossa tak nak tengok muka dia lagi! Rossa nak dia ceraikan Rossa!!"
Firdaus tercengang. Mendengarkan permintaan Rossa, hatinya semakin tak tenteram.Dia mulai hilang dalam keberadaan.
Umi Za dan Datin Qasry mengucap panjang. Tahulah mereka ada sesuatu yang sudah terjadi dalam hubungan anak-anak mereka.
Nani menggosok lengan dan bahu Rossa. Sedaya upaya, cuba untuk dia salurkan kekuatan pada sahabat baiknya. Terdetik juga di hatinya. Adakah semua ini berlaku kerana Taufiq? Atau kerana Aina?
"Rossa tak nak tengok muka dia umi. Tolonglah dengarkan permintaan Rossa kali ni. Rossa tak mintak apa-apa lagi, Rossa nak umi tunaikan permintaan Rossa ni. Tolonglah umi. Tolonglah Rossa kali ni" Rossa mengadu. Sedu-sedannya jelas kedengaran. Suaranya seakan penuh dengan kedukaan.
Air mata Umi Za mengalir laju. Dia mengangguk kepala sambil mengusap lembut belakang Rossa. "Sabar nak"
"Rossa penat. Rossa dah tak tahan lagi umi"
Firdaus hanya mampu menelan semua kepahitan itu dengan rasa terpaksa. Dia mengizinkan Rossa untuk tinggal di rumah umi. Tetapi tidak bermaksud dia mengalah untuk merebut hati Rossa kembali. Dia tahu, Rossa masih cintakan dia. Kata-kata yang Rossa ucapkan hanyalah kerana terbawa-bawa perasaan kecewa dan marah.
"Rossa masih cintakan aku. Rossa masih cintakan aku!" Berkali-kali dia ulang kata-kata tersebut.

SETELAH seharian menjadi penghuni di hospital itu, hari ini Rossa dibenarkan discaj. Rossa yang lengkap dengan kain batik, baju panjang dan tudung kepala sudah bersedia untuk kembali ke villa umi. Pakaiannya yang tertinggal di Apartment Crystal sudah awal-awal Nabilah bawakan untuknya. Itu pun setelah dia merayu dengan adik iparnya itu dan berjanji akan memberikan upah kepadanya. Mendengarkan perkataan upah itu, Nabilah terus setuju dengan permintaannya.
"Jom" arah Taufiq sambil menjinjit beg kecil Rossa. Terkedu Rossa seketika.
"Yang nak balik tu saya. Bukannya awak!" tukas Rossa lantas merebut beg kecilnya.
"Hari ni saya off. Sebab saya nak hantar awak balik" sahut Taufiq seraya merebut kembali beg kecil Rossa.Wajahnya tersenyum manis.
Rossa hanya mampu mengeluh. Lantaklah! Nak sangat bawak, bawaklah! Dia cukup penat dengan apa yang sudah terjadi. Malas rasanya hendak bertekak dengan Taufiq. Langkah diatur perlahan. Dengan kondisinya seperti itu, agak sukar baginya untuk berjalan dengan lebih pantas.
Melihatkan keadaan Rossa, Taufiq dengan cepatnya menarik lengan Rossa dan memimpinnya untuk berjalan. Rossa ingin menolak namun kudratnya cukup lemah saat ini. Penyudahnya, dia biarkan sahaja perlakuan Taufiq itu.
Pintu bilik terkuak. Ketika melihat Rossa bersama Taufiq, api cemburu Firdaus mula menyala.Apatah lagi setelah Taufiq dengan beraninya menyentuh isterinya. Namun Firdaus kawal perasaan. Dia bergerak mendekati Rossa dengan senyuman di wajah.
"Abang hantar sayang balik ye?"
"Kan saya dah cakap. Saya tak nak jumpa awak lagi! Apasal degil sangat ni?" Rossa menolak kasar tangan Firdaus yang memaut bahunya. Hatinya masih terkesan dengan ungkapan Firdaus semalam.
"Janganlah macam ni sayang. Besar sangat ke dosa abang?" Air mata Firdaus sudah mengalir keluar.
"Awak tu berpelajaran tinggi. Sampai ke luar negara kan? Pernah jadi polis jugak. Takkan masih tak tahu nak bezakan baik buruk sesuatu perbuatan?" sindir Rossa selamba. Buat masa ini, hatinya masih tidak mampu menerima perlakuan Firdaus.
"Ya. Abang tahu. Dan abang faham. Sebab tu abang mintak satu je lagi peluang dari sayang. Abang janji, abang takkan kecewakan sayang lagi" Tangan Rossa digapai lalu digenggam erat. Mengukir janji pada sang isteri tercinta.
"Maaflah, tapi saya masih fobia. Awak nak kawen dengan Aina kan? Pergilah. Saya takkan halang apa-apa pun yang awak nak buat lepas ni! Rasanya Aina lagi sepadan dengan awak. She can be your good wife" Sekali lagi, tangan Firdaus ditepisnya.
Taufiq hanya mampu melihat. Jauh di dasar hati, dia kasihankan nasib Firdaus kerana dilayani sebegitu oleh Rossa. Namun pada masa yang sama, dia bersyukur dan berterima kasih pada Firdaus kerana telah membuka jalan untuknya kembali memadu cinta dengan Rossa. Dia tahu Rossa terluka. Dan dia akan tetap menunggu sampai hati Rossa terbuka untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience