SEJAK kedatangan Roslam membawa amanat tempoh hari, Rossa semakin dingin dengan Firdaus. Pantang bertembung dengan bayang-bayang itu, dia pasti melarikan diri. Wajahnya juga sudah tidak seindah dulu. Jika terserempak dengan Firdaus di dalam lif, dia lebih rela menggunakan tangga. Untuk urusan kerja pula, Nanilah yang selalu menjadi mangsa.
Firdaus semakin terseksa dengan perlakuan Rossa. Salah apa dia sehingga Rossa sanggup mengelak dari bertembung dengannya? Kalau disebabkan amanat tersebut, dia bukanlah orang yang patut dipersalahkan. Bukannya dia sengaja meminta amanat tersebut diadakan. Jika Rossa berasa jangkal dengan keadaan mereka disebabkan amanat tersebut, dia juga merasakan hal yang sama. Saban hari, setiap malam tidurnya tak lena memikirkan amanat Bakri itu. Kenapa Rossa meletakkan semua kesalahan itu di atas bahunya?
Firdaus nekad! Dia dan Rossa harus bersemuka bagi menyelesaikan semua itu. Kalau Rossa tidak mahu mengahwininya sekalipun, dia tidak kisah asalkan dia tidak diperlakukan sebegitu oleh Rossa. Arghhh!! Cinta, kenapa kau harus singgah di hati?
ROSSA terkesima saat terserempak dengan Firdaus di gudang. Dia hendak melarikan diri tetapi Firdaus terlebih dahulu menghalanginya.
Rossa tidak punya pilihan kecuali menyembunyikan diri di dalam bilik stor. Belum sempat pintu stor terkunci, Firdaus terlebih dahulu menapak masuk.
"Rossa, we must talk!" ujar Firdaus sesudah mengunci pintu.
"Nak cakap apa?" Kasar suara Rossa menyahut. Dia naik menyampah dengan semua yang menimpa dirinya saat ini.
Firdaus kaget. Pertama kali dia mendengar Rossa menjerkahnya dengan kasar seperti itu. Namun dia sabarkan hati. Ingat Fir! Kau sedang berhadapan dengan seorang perempuan yang hatinya sedang kacau-bilau.
"Banyak benda kita kena bincangkan Rossa. Pasal amanat Bakri...."
"Saya dah cakap kan? Saya tak nak kawen dengan awak! Kenapa tak faham bahasa?!" jerkah Rossa lagi. Wajahnya menyeringai.
"Okey-okey! Fine! Awak tak nak kawen. Okey, saya akan turuti permintaan awak. Just..." Firdaus mulai merapati Rossa yang turut sama berundur ke belakang setapak demi setapak. "Please, don't do this to me! Kenapa awak seksa perasaan saya macam ni? Awak jauhkan diri. Mengelak dari saya. Apa salah saya pada awak?"
Rossa mengeluh. Dia mulai kelihatan tenang dan mampu mengawal perasaannya. Sedikit sebanyak, kata-kata Firdaus mengundang rasa kasihan di hatinya. Memang benar Firdaus tidak bersalah di dalam hal itu. Dia sebenarnya yang terlebih emosi sehingga membuatkan Firdaus serba-salah dan memikul segala kesalahan tersebut. Padahal jika difikir logiknya akal, tiada siapa pun yang bersalah di dalam hal itu.
"Sorry" ucapnya sepatah setelah lama menyepi. Perasaannya sungguh tak menentu sejak kematian Bakri. Dia seakan hilang punca.
"Are you really okay?" Soal Firdaus saat terpandangkan wajah pucat Rossa. Kasihan pula rasa hati apabila melihat keadaan Rossa yang sungguh tidak terurus itu.
Rossa mengangguk lemah. Matanya mula pitam. Kepalanya mulai pusing. Seluruh anggota badan dirasakannya mulai bergegar. Pandangannya tiba-tiba kelam. Rossa rebah ke lantai. Hanya suara cemas Firdaus yang hinggap di cuping telinganya.
SHEILA mendengus geram. Sakit hati dengan apa yang disaksikannya sebentar tadi. Seluruh syarikat gempar dengan cerita sensasi yang dibawa oleh Nani pagi tadi. Dia mendapat tahu bahawa Rossa mempunyai hubungan istimewa dengan bos kesayangannya. Bahkan cerita yang dibawa oleh Nani itu terbukti sahih apabila dia melihat dengan sepasang matanya sendiri apabila tubuh Rossa dicempung oleh Firdaus ke dalam kereta.
Tambah menyakitkan apabila ada bangla yang bekerja di bahagian gudang mengatakan bahawa Rossa dan Firdaus berdua-duaan di dalam bilik stor dengan pintu terkunci. Dia tidak mungkin silap dengar. Apa lagi yang dilakukan mereka jika tidak berasmara dana dengan keadaan seperti itu? Arghhh! Rossa itu perosak! Nampak sangat polos dengan bertudung litup tetapi hakikatnya, jangan-jangan madunya sudah ditebuk tupai!
Berbeza dengan dirinya. Meskipun berpakaian seksi dan ketat, tetapi dia masih mampu menjaga diri dari disentuh oleh mana-mana lelaki. Apatah lagi dengan sengaja menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang bukan suami, itu memang bukan dirinya!
"Perosak betul kau Rossa! Nampak je alim bertudung, tapi parasit kampung betul! Pathetic! Kau ingat Encik Azhan tu nak sangat ke dengan kau? Tunggulah lepas dia puas pakai kau, dia akan tinggalkan kau mentah-mentah! Eee naik menyampah betul aku!"
Kertas di atas meja kerja dironyokkan sekuat hati. Hatinya masih mendongkol geram dengan apa yang terjadi hari ini. Arghhh!!
"SHE'S okay. Just a bit tired. And need more rest" kata Safuan, sepupu terdekat Firdaus. Tadi Rossa sempat pengsan dan terus dibawa ke Klinik 24 Jam milik sepupunya.
Firdaus melihat Rossa bangkit dari baringnya dengan dibantu oleh seorang jururawat. Kemudian, dia melabuh duduk bersebelahan dengan Firdaus. Bibirnya pucat.
"Ni description ubat yang aku dah tulis. Nanti kau tebus kat kaunter.Ingat, jangan skip makan ubat" pesan Safuan seraya menyerahkan nota kecil tersebut kepada Firdaus.
Rossa hanya mengangguk lemah. Dia ingin bangkit namun tenaganya seakan sudah habis. Lantas, Firdaus bangun untuk membantu namun tangannya ditepis oleh Rossa. Firdaus termangu sendiri. Haii, tak habis lagi ke marah tu? Susah betul nak faham seorang perempuan!
Firdaus memberikan isyarat mata kepada jururawat tadi untuk memimpin Rossa. Seolah faham, terus saja tubuh Rossa dibantu hingga ke luar bilik.
"Awek?" tegur Safuan.
Firdaus menggeleng kepala. Dia kembali duduk di hadapan Safuan. Mengeluh sambil tangannya memusing-musing glob yang ada di atas meja Safuan.
"So?" tanya Safuan lagi. Tercuit pula hati dengan gelagat sepupunya itu.
"So apa?" Firdaus mengangkat kening.
"Kalau bukan awek, apa?"
"Kawan je"
"Kawan je? Tak pernah pun kau berkawan dengan perempuan sebelum ni? Ke ada sesuatu yang aku tak tahu ni?"
Firdaus senyap. Sukar untuk diterangkan keadaan sebenar. Dan otaknya buntu untuk memikirkan semua itu.
"Drop that subject! Is she really okay? Sebab lately ni aku tengok dia selalu pucat. Asyik nak marah je" Sempat Firdaus mengadu. Agaknya berdepan dengan naga lagi baik daripada berurusan dengan Rossa yang sedang diamuk amarah. Seriau rasanya...
"Okay. Cuma melihatkan pada keadaan dia, aku yakin sangat yang dia ada masalah dalaman"
Penerangan Safuan mengundang teka-teki dalam diri Firdaus. Lantas, dia menyoal dengan pandangan.
"Maksud aku, dia tengah deal dengan perasaan dia. Some kind of tension, depressed, overthinking and all that, you know.." Safuan berjeda. Dilihatnya wajah Firdaus ketat tak berperencah.Kata kawan, tapi buat muka risau macam tak makan seminggu ni apa?! "Mungkin dia ada apa-apa masalah yang sebabkan dia pressure. That's dangerous. Can lead to something which we can't even imagine. You know what I mean"
Firdaus diam lagi. Karang bercakap, risau pulak luahan hati terbongkar. Safuan ini punya deria rasa keenam, ketujuh, kelapan! Haihh! Kenapalah semua ahli keluarganya ada instinct sebegitu?
"Nanti aku cuba tanya dia. Thanks. Aku keluar dulu"
Safuan hanya mengangguk. Kali ini, dia gagal untuk menebak isi hati Firdaus. Seolah ada sesuatu yang disembunyikan. Hmm tapi apa?
SETELAH menelan pil-pil tersebut, Rossa kembali membaringkan tubuh ke katil. Kepalanya terasa sakit sekali. Ketika itu juga, mesejnya berbunyi. Dia membuka kotak notifikasi yang dikirim oleh Nani.
"Rossa, kau okay ke?"
Rossa membalas WhatsApp Nani. "Okey je. Pening sikit"
"Rossa, aku nak tanya. Itu pun kalau kau tak kisah"
Rossa mengerut dahi. Sejak bila pulak Nani ni begitu sopan? Biasanya dia main terjah je kalau bab-bab bertanya.
"Apa dia?"
Lama dia menanti Nani membalas. Perkataan 'typing' tersebut sentiasa mengisi kotak WhatsAppnya. Panjang betul dia taip? Ada apa-apa ke yang berlaku? Hati Rossa berdebar.
Rossa tidak dapat menahan sabar lantas didailnya nombor Nani. Sekejap saja mereka sudah bersambung talian.
"Benda apa yang kau nak tanya?"
"Hmmm, macam mana erk? Aku serba-salahlah nak cakap"
"Cakap jelah! Sejak bila kau santun sangat dengan aku ni?" Rossa sempat mengekek.
"Errr, Rossa...Aku.." Nani berjeda. Berat rasa bibir hendak bertanya. Risau jika Rossa bertambah sakit dengan berita yang akan disampaikannya.
"Apa? Cakap jelah. Kau jangan buat aku suspens boleh tak?" gesa Rossa. Bermain tarik tali seperti ini semakin memeningkan kepalanya.
"Err. Macam ni. Aku dengar, kau ada hubungan dengan boss. Betul ke?"
Rossa terpempan mendengar berita tersebut. Hampir saja telefon bimbitnya terlepas dari pegangan. Siapa yang membuat cerita palsu itu? Sejak bila dia ada hubungan dengan Firdaus?
"Err Rossa? Kau masih kat situ? Kau okay tak? Sorrylah, aku ni dok fikir macam mana nak bagitau kau. Tapi satu company sekarang ni tengah hot pasal kisah kau dengan bos. Dan diorang ada jumpa kau dengan bos berduaan dalam bilik stor kat gudang tu. Sampai kau pengsan, lepas tu bos bawak kau pergi klinik"
Debaran di hati Rossa kian terasa. Dia cuba untuk bertenang menerima cerita Nani. Sungguh tak pernah terlintas di fikirannya untuk menjalin hubungan cinta dengan majikan sendiri.
"Rossa? Rossa?" Nani terjerit sedikit. Rossa tersentak.
"Ye? Aku masih kat sini. Kau tak payah dengarlah semua cerita tu. Semua tu tak betul. Aku harap kau boleh tolong aku clearkan benda ni. Aku dengan bos takde apa-apa. Kau kena percaya aku" Rossa separuh merayu. Bisa di kepala semakin terasa.
Nani mengeluh. "Masalahnya, cerita ni dah sampai ke telinga Board Management. Aku boleh tolong kau clearkan berita ni tapi kalau sampai nak explain ke pihak Management, itu aku tak mampu nak buat"
Rossa terasa ingin menangis saat itu juga. Kejamnya dunia! Siapa yang sanggup menyebarkan berita palsu tersebut? Dia dan Firdaus tidak bersalah.
"Kau rest je. Nanti aku settle apa yang patut. Kau jangan fikir banyak sangat tau? Nanti ada masa, aku drop by ye?"
Rossa menggumam. Setelah talian dimatikan, dia kembali berbaring. Memikirkan kata-kata dan berita yang disampaikan oleh Nani sebentar tadi.
Ya Allah, dugaan apa lagi ini?
Share this novel