52

Romance Completed 28168

DENGAN berpandukan petunjuk dan maklumat dari penyiasat upahan, Khalid dan beberapa orang suruhan Hamid berjaya ditahan. Mereka diletakkan di dalam sel yang berasingan dan Khalid pula dibawa ke sebuah bilik gelap untuk disoal siasat oleh Zaid dan Erika.
"Siapa bunuh Hamid?" Tanpa berkias, Zaid mulakan soalan. Wajah Khalid yang mencuka ditatapnya tanpa berkelip.
"Ar...Arja!" jawab Khalid bergetar-getar.
Zaid mengalih pandangan ke arah Erika lantas memberikan senyuman.
"Sekarang, aku nak tahu dua benda dari kau. Itu pun kalau kau nak mahkamah kurangkan hukuman kau. Tapi kalau kau tak nak, aku..."
"Aku akan bagitau kau segala-galanya! Aku akan bagitau kau. Aku takkan berbohong" cantas Khalid sebelum sempat Zaid habiskan ayatnya.
Senyuman sinis Zaid tersungging. Mudahnya masuk jarum! Lelaki yang sedang duduk di hadapannya saat itu kelihatan takut dan gugup. Senang betul dia buat kerja!
"Bagitau aku. Siapa Arja?"
"Dia.. dia orang besar. Orang terpengaruh. Kalau kau rasa Hamid tu berkuasa, kau patut fikir dua kali. Sebab Arja lagi besar kuasanya dari Hamid. Segala aktiviti yang Hamid jalankan, semuanya berdasarkan arahan dan duit dari Arja. Dan Arja jugak supplier barang-barang untuk Hamid"
Zaid mengangkat kening. Cerita yang disampaikan oleh Khalid mula menarik minatnya. Dia menarik kerusi lantas melabuh punggung di situ, berhadapan dengan Khalid.
"Teruskan cerita kau"
Khalid membuang pandang ke arah Erika. Kemudian, bersilih ganti pula dengan wajah tenang Zaid.
"Errr, Hamid dan Arja ada buat perjanjian. Disebabkan Arja banyak duit, pengaruh dia besar, jadi Hamid mintak tolong dia sediakan barang. Errr..."
"Apa barang tu?" celah Zaid.
"Ekploitasi wanita, seludup dadah dan kanak-kanak!"
Zaid menggenggam penumbuk. Golongan wanita dan kanak-kanak ditindas sesuka hati oleh golongan seperti Hamid dan Arja.
"Hamid buat aktiviti pelacuran sejak bertahun. Dekat rumah dia sendiri"
"Tapi sebelum ni pihak kami ada siasat pasal aktiviti yang dia jalankan. Kenapa masa tu pihak polis tak dapat trace dia?"
"Sebab dia bijak! Dia tahu pihak polis akan geledah rumah dia. Jadi dia hantar semua perempuan ke tempat Arja. Dan dadah-dadah yang dia seludup, dia suruh kami simpan dalam badan"
"Ohh sebab tulah kami tak jumpa apa-apa! Huhh!" Zaid mendengus kasar.
"Kenapa Arja bunuh Hamid?"
Peluh mula menitik di seraut wajah Khalid. Sedar tembelangnya bakal pecah, hatinya mula dibayangi perasaan takut.
"Kalau kau bagi kerjasama dengan pihak polis dan sanggup jadi saksi, hukuman kau akan dikurangkan. Itu janji aku pada kau!"
Erika tersenyum melihat cara Zaid mengendalikan pesalah. Jelaslah yang dia sudah belajar cara-cara tersebut melalui Mazlan.
"Errr.. Arja bunuh Hamid sebab Hamid serang dia dulu. Hamid acukan pistol pada Arja. Masa tu pulak orang-orang Hamid dah kepung dia. Jadi dia tahu, dia takkan dapat larikan diri. Jadi Arja bunuh Hamid dengan cara senyap"
"Dengan cara bagi dia minum air kosong padahal masa tu dalam badan dia ada dadah!" potong Zaid lagi. Teringat akan kesimpulan yang dibuat oleh Firdaus.
Khalid mengangguk-angguk. "Hamid tak menolak air mineral yang Arja bagi. Sebab dia memang kehausan masa tu. Dia tak sedar ada dadah dalam badan dia. Jadi lepas je Hamid pengsan dan tak bernafas, Arja mula psiko kami semua. Dia tak bunuh kami tapi dia akan cari kami kalau kami larikan diri. Kami mula ketakutan sebab kami tahu macam mana kekuatan dan pengaruh Arja. Sebab tu kami tunduk pada dia"
"Diorang ada gaduh pasal sesuatu ke?"
"Hamid memang ada niat nak bunuh Arja. Sebab Arja nakkan bayaran yang tinggi untuk setiap perempuan yang dia hantar. Dan bila Hamid tak mampu nak penuhi permintaan Arja, Arja tak bekalkan semua perempuan tu pada dia. Tu yang buat Hamid sakit hati"
"Aku nak tahu mana semua perempuan dan kanak-kanak tu!"
"Diorang sorokkan kat rumah lama Hamid. Kalau kau cepat bertindak, nyawa diorang akan selamat. Kalau tak.."
"Kenapa?"
"Diorang akan bunuh sesiapa yang diorang rasa dah tak boleh dipakai lagi"
Zaid mengalihkan pandangan ke arah Erika. Nampak gayanya, mereka harus segera bertindak. Jika tidak, banyak nyawa yang akan terkorban!

PINTU pejabat Firdaus diketuk oleh Yunus. Dengan suara yang serak-serak basah, dia mengarahkan Yunus untuk masuk.
Di sebelah Yunus, seorang perempuan yang berblouse ketat berwarna merah jambu dan berskirt paras lutut mendekati meja Firdaus.
"Bos, we have new staff that takes Ian's place!"
Firdaus menoleh. Terpana seketika melihat wajah Aina terpancul di hadapan mata.
"Bos, she is Ainina Musamira. Dia akan gantikan tempat Ian. Dia dah masuk kerja sejak semalam" bagitau Yunus.
Firdaus memicit kepalanya yang tiba-tiba terasa pening. Kemunculan Aina menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Jika perkara ini diketahui oleh Rossa, keadaan dan hubungan mereka pasti semakin berantakan!
"Atas arahan siapa?"
"Encik Nizam. Katanya, syarikat perlukan staff dari bahagian pengurusan kerana company sangat-sangat kekurangan staff. Jadi Encik Nizam buat iklan online dan...."
Firdaus mengangkat tangan, memberi isyarat agar Yunus berhenti bercakap. Dia harus berbicara dengan Nizam secara muka ke muka. Keputusan Nizam kali ini benar-benar di luar jangkauannya. Dia boleh menerima orang lain sebagai pengganti Ian tetapi kenapa harus Aina?
"You two may go out" Arahnya tanpa memandang wajah Aina. "Yunus, call Encik Nizam for me! ASAP!"

"KAU tahu tak siapa budak Aina tu?" Wajah Nizam dipandangnya serius. Semacam hendak membaham Nizam saja lagaknya. Kecut jugak perut Nizam melihat wajah dan sikap Firdaus itu.
"What? Aina mana?"
"That Ainina Musamira!"
"That cheeky girl?"
Firdaus mengangguk.
"What happens to her?"
"She is Rossa's friend! Not close friend! Kawan yang macam tu je. Dia tulah yang kena culik dengan Rossa that day"
Kening Nizam terangkat. "Okay, sounds interesting! Then what happened?"
Mata Firdaus menangkap wajah Nizam yang blur dan selamba itu. Like...seriously???!
"Dia yang Rossa cemburukan!"
Bibir Nizam membentuk bulat. Mula memahami maksud omongan Firdaus.
"Sorry, I didn't know about that. Plus, company was having a crisis after you transferred some of the staffs to another departments! The situation was chaos and out of control! Kita perlukan lebih banyak tenaga kerja buat masa ni. So aku tak fikir panjang. Aku interview budak Ainina tu and I took her here!"
Firdaus mengeluh serentak tangannya memicit kepala.Masalah dengan umi belum lagi selesai, kini muncul Aina menambahkan lagi bilangan kekalutannya. Benar-benar dia tertekan!
"Is there anything that I should know or supposed to know?" Nizam cuba menebak. Melihatkan kekusutan dan wajah sugul Firdaus, dia tahu persis lelaki itu sedang ditimpa bala yang maha besar.
"We'll talk this over lunch! Kepala aku pening!" Firdaus mengusul cadangan.
"Okay then. Do you want me to get you with anything?"
"Just.. a bit rest and a little time. That would be enough for me!"
Nizam memahami lantas mengatur langkah untuk keluar dari bilik. Meninggalkan Firdaus yang memerlukan 'me time' itu!
Setelah Nizam berlalu, Firdaus mendail nombor Rossa. Dia harus mengkhabarkan terlebih dahulu mengenai kehadiran Aina di situ. Risau pula hatinya jika Rossa menerima berita itu dari bibir orang lain.
Berkali-kali dia mencuba mendail nombor Rossa namun panggilannya bertembung dengan suara operator. Hati Firdaus mulai diserang walang. Apa sudah jadi pada Rossa?

PINTU BILIK Rossa terbuka luas. Terpacul wajah Mak Nab sambil menatang dulang yang berisi nasi dan lauk-pauk. Diletakkan dulang tersebut di atas meja tepi katil. Kemudian, dia menghantar punggung di hadapan Rossa yang ketika itu sedang tunduk memeluk lutut di atas katil.
Sayu hatinya melihat keadaan Rossa yang tidak terurus itu. Pipinya cengkung, tubuhnya mengurus. Wajahnya pucat dan matanya kembang. Dia faham akan situasi yang sedang dialami oleh Rossa dan Firdaus. Tetapi dia tidak berani ikut campur kerana sudah diberi amaran keras oleh umi.
"Nak.." Suara Mak Nab sudah tenggelam timbul memanggil Rossa. Tangan Rossa digenggam erat.
"Makan ye? Dari semalam lagi Rossa tak makan" Mak Nab cuba memujuk.
Pujukan Mak Nab disambut dengan gelengan lemah dari Rossa. Meskipun perutnya turut sama menyanyi, namun tekaknya sudah kehabisan selera!
"Janganlah macam ni! Rossa tak makan dari semalam. Lemah sangat dah badan tu. Makan ye? Nanti Mak Nab suapkan"
'Kenyang ke dengan tengok je? Meh, abang suapkan!' Teringat akan kata-kata Firdaus, wajah Rossa mulai basah dengan airmata. Dia rindukan Firdaus. Dia inginkan Firdaus.
Mak Nab semakin bingung. Keadaan Rossa sudah tidak mampu dikawal lagi. Sekejap menangis, kemudian termenung. Naik seriau dia melihat gelagat Rossa.
"Rossa tak nak makan. Rossa nak abang" Rossa sudah mengongoi. Wajah Mak Nab dipandang. "Mak Nab, Rossa nak abang. Rossa nak abang.Rossa tak nak makan semua tu!"
"Iye-iye! Mak Nab faham. Nanti Firdaus datang sini. Rossa kena makan dulu. Kalau Rossa tak makan, macam mana nak sambut Firdaus datang?"
Riak wajah Rossa bertukar ceria. Tampang Mak Nab ditatap penuh keterujaan. "Yeke Mak Nab? A..abang nak datang sini ke? Dia ada bagitau Mak Nab?"
Mak Nab serba salah. Hendak mengiyakan, risau hati Rossa semakin berharap pada kedatangan Firdaus. Tetapi jika dia menidakkan, keadaan Rossa akan semakin teruk. Dan jika dibiarkan, risaunya jika Rossa tidak mampu mengawal diri. Lama Rossa menanti reaksi daripadanya. Akhirnya, Mak Nab terpaksa beralah pada hati dengan mengangguk sahaja. Biarlah Rossa dibohongi kali ini asalkan wajah itu kembali ceria.
"Yeayyy! Rossa dah agak! Abang akan datang jemput Rossa!" Terjerit keriangan Rossa apabila Mak Nab mengangguk. Dia mengatur langkah ke bilik air. Sempat Mak Nab menegur. " Rossa nak ke mana?"
"Nak cuci muka. Berus gigi. Rossa lapar" rengek Rossa dari dalam bilik air. Semangatnya kembali memuncak tatkala mendengar khabar gembira itu.
Mak Nab mengesat airmata yang merembes keluar. "Mak Nab mintak maaf!"

SETELAH mendengar cerita daripada Firdaus, hati Nizam disapa kasihan dengan nasib yang menimpa abang iparnya itu. Wajar sajalah wajahnya kelihatan lesu dan pucat apabila masuk pejabat pagi tadi. Baru dia tahu kisah sebenar dari lelaki itu.
"Lepas je dapatkan rekod tu, aku akan tunjuk pada umi. Dan bawak Rossa balik ke sisi aku" Nescafe panas dia cicip perlahan.
"Keras jugak hati mak mentua kau tu kan? Rupa dia macam lembut. Tapi tak sangka..." Nizam mengeluh di hujung bicara. Dia pernah ketemu dengan Umi Za sebanyak dua kali. Wajah itu sentiasa tenang dan bersahaja. Namun siapa sangka di sebalik ketenangan itu, tersembunyi sifat keras hati dan egonya.
Wajah Firdaus tersenyum dengan hambar. "As saying goes, do not judge a book by its cover!"
"Agreed! So apa plan kau for the time being?"
Firdaus menjongket bahu. Dia sebetulnya tiada apa-apa rencana buat masa ini. Hanya wajah dan senyuman Rossa yang terpahat dalam fikiran. Siang malam tidurnya terganggu kerana seraut wajah yang dirinduinya itu.
"Kau ada call dia?"
"Ada tapi suara operator yang jawab. Aku risaulah Zam! Tak pernah-pernahnya macam ni!"
Dahi Nizam sudah berkedut berlapis-lapis. Dada meja kafeteria itu diketuk berkali-kali. Apabila terfikirkan sesuatu, ketukannya terhenti. Wajah sugul Firdaus ditatap. "Would it be that umi keep her phone? Just to break the connection between the two of you!"
Dahi Firdaus mulai berkerut. Fikirannya sudah jauh menerawang. Tetapi tidak pula dia terfikir sampai ke tahap itu. Dia membalas pandangan Nizam ke atasnya.
"Possible?"
"Kalau kau fikir logik, umi tak suka kau gara-gara salah faham tu. Tak mustahil dia simpan phone Rossa supaya kau orang berdua tak saling berhubung! You know, first step makes other steps clear! Bila Rossa dah duduk dengan dia, it's easier for her to get the plan succeeded!"
Sebelah kening Firdaus terjungkit. "Plan?"
Nizam menghela nafas. Kebijaksanaan Firdaus sudah hilang sejak Rossa menjauh. Sukar benar lelaki itu menebak maksud kata-katanya. "Kau jugak yang cakap kan, umi nak korang berdua berpisah. Don't you see something there? Plan? Rossa tak dapat dihubungi? Korang semakin jauh? Hmm?" Nizam cuba bermain klu.
Geraham Firdaus bergerak-gerak. Dia mulai memahami maksud bicara Nizam. Otaknya takut untuk memikirkan kemungkinan itu walaupun ada kebenaran di sebalik kata-kata Nizam.
"You have to act faster! Kalau tak..."
Keluhan panjang terhela dari bibir Firdaus. Nafasnya mulai turun naik. Segala kemungkinan kini sudah dalam tangan. Hanya dia yang takut untuk menggenggam.
Aina yang duduk membelakangi Firdaus mulai mengukir senyum sinis. Dia sudah mendengar semua perbualan dua lelaki itu. Nampaknya, tuah memang sengaja menyebelahi dirinya. Jalan untuk memiliki Firdaus terlihat gampang. Fresh orange yang dipesan dihirup laju. Checkmate!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience