83

Romance Completed 28168

LAPAN BULAN KEMUDIAN...
"TAHNIAH babe! I am so happy for you" Tubuh Nani dirangkulnya mesra. Majlis akad dan sanding dibuat secara serentak di kediaman belah perempuan. Dia dan Firdaus sudah datang seawal jam 7 pagi, meskipun aturcara majlis bermula jam 10. Katanya, dia ingin menemani Nani yang mengadu selalu resah dan serba tak kena. Tergelak Firdaus dengan alasan Rossa. Bukannya apa, isterinya memang selalu taksub dengan Nani!
Dia juga risau dengan keadaan diri Rossa yang sudah hamil sembilan bulan itu, hanya menunggu masa untuk bersalin saja lagi. Namun Rossa tetap berdegil dan mengatakan tiada apa-apa yang akan berlaku. Disebabkan itulah, Firdaus terpaksa juga menuruti kehendak isterinya. Seminggu sebelum perkahwinan Nani berlangsung, macam-macam hadiah yang dibelikan untuk Nani. Lagaknya macam nak sambut anak pulak! Pernah juga mereka bertengkar di atas hal yang kecil. Rossa terlalu ingin menemani Nani membeli barang perkahwinannya tetap ditegah oleh Firdaus. Risaunya Firdaus dengan keadaan diri Rossa itu. Namun Rossa tetap berdegil dengan arahannya. Penyudahnya, dia merajuk dan alih-alih Rossa yang memujuk. Adakalanya tergelak Firdaus mengenangkan sikap isterinya itu. Gelabah dan kecoh semacam padahal yang nak kawen tu kawan baiknya sendiri!
"Thanks babe!" sahut Nani lalu melonggarkan pelukan. Pipi mereka berlaga kemudiannya.
"Aku tak pernah sangka kau akan kawen dengan si sotong kau!" usik Rossa sambil tergelak.
Wajah Nani merona. Dicubitnya pinggang Rossa sambil mencerlung mata. "Kau ni Rossa! Nanti laki aku dengarlah!" Matanya melirik ke arah Firdaus dan Umar di hujung sana. Mereka berborak sambil tergelak. Nizam turut ada bersama.
"Alaa, manalah dia nak dengar! Kan dia jauh tu" ujar Rossa sambil memandang ke arah yang sama.
"Babe, best tak kawen ni?"
Rossa menyimpul senyum dengan soalan Nani itu. Pandangannya kembali ke arah Nani. "Depends on how you would want it to be!"
"Maksud kau?"
"Kalau kau nak hubungan tu kekal lama, cinta je tak cukup tau? Kena ada persefahaman, saling bertolak ansur dan paling penting kena saling percaya! Barulah kau rasa kawen tu seronok. But of course, there would be tests and obstacles in marriage! Tapi kena pandai kawal dan uruskan. Kalau tak, tumbanglah rumah tangga tu"
Nani mengangguk faham dengan nasihat Rossa. Rasa berdebar sedari beberapa minggu yang lepas masih lagi berbaki dalam hatinya. Dia risau seandainya dia tidak sempurna di mata Umar. Ilmunya juga masih belum cukup mengenai hal rumah tangga.
"Tapi kalau aku gagal jadi isteri yang baik macam mana? Kau tengoklah Umar tu. Sempurna dari segala aspek. Cara percakapan dia sopan dan lembut je.Lepas tu, cara dia kawal emosi tenang semacam je. Tak macam. aku! So clumsy!" rungut Nani. "Macam tak padan je aku dengan dia. Padahal dia boleh dapat lagi baik daripada aku yang kasar dan lasak ni!"
"Hishh! Apa kau ni! Tak baik tau cakap macam tu?! Kalau kau tak baik, kalau kau tak sempurna, kenapa Umar nak kawen dengan kau? You should know why he chose you! Umar tu bijak. Kalau dia tak boleh terima perangai kau, dari awal lagi dia takkan setuju untuk kawen dengan kau. But now? Sebab tu aku cakap tadi, dalam hubungan ni, kena ada saling percaya. Maksudnya kau kena percaya setiap yang Umar lakukan. Dan kau jugak kena percaya dengan cinta Umar pada kau"
Mata Nani kemerahan. Dia sungguh tak percaya, gadis lasak sepertinya dapat memiliki lelaki sebaik dan sesabar Umar. Ya, benar kata Rossa! Dia harus percaya cinta Umar untuknya.
"Hey girls! What's you up to?" Tiba-tiba Taufiq mencelah di antara mereka. Saat bersatu mata dengan Rossa, hati Taufiq masih dipukul debaran. Dalam diam, dia masih mengharapkan Rossa untuk kembali ke pangkuannya. Tetapi tidak mungkin itu terjadi, apatah lagi setelah melihat diri Rossa yang kini sarat hamil. Sembilan bulan lebih dia menjauhkan diri dari Rossa bagi menghilangkan rasa tersebut, namun ternyata dia gagal. Bayangan Rossa tidak bisa dia hapuskan. Dan dia sedikit kecewa apabila Nani memberitahu hubungan mereka yang kian membaik. Justeru, dia hanya mampu menitipkan doa dari jauh buat Rossa kerana dia percaya gadis pujaannya saat ini sedang dilambung ombak bahagia. Dan dia bersyukur! Benar-benar bersyukur!
"Just having a chit-chat!" sahut Nani. Risau juga dia seandainya Taufiq membuat onar. "Kenapa?" Nani memberi amaran melalui pandangan mata. Taufiq tergelak kecil. Dia faham maksud Nani.
"Saja nak menegur. Tak boleh ke?" balas Taufiq pula.
Rossa hanya membatukan diri. Diliriknya Firdaus yang masih sibuk berborak dengan Umar dan Nizam. Dia risau sekiranya Firdaus fikir yang bukan-bukan.
"Takdelah tak boleh! Kau ni cepat betul sensitif kan sejak akhir-akhir ni?"
"Mana taknya, takde siapa yang nak pujuk aku. Tak macam dulu..." Pandangannya berlabuh pada wajah Rossa.
Terkedu Rossa. Wajahnya berubah tiba-tiba. Takkanlah Taufiq masih tidak faham dengan perasaannya? Setelah melihat keadaannya yang berbadan dua itu, masihkah Taufiq mengharapkan cintanya?
"Kau ni..." Nani pantas mencelah. Wajah Rossa dipandangnya tak berkelip. Dia tahu, Rossa rasa tidak selesa dengan kehadiran Taufiq di situ.
"Don't get me wrong!" adu Taufiq. "Aku dah boleh terima semua ni" Matanya masih melekap pada wajah manis Rossa.
"Sayang.." panggil Firdaus. Pinggang Rossa dipeluk erat. Dari jauh, dia melihat Taufiq berbual dengan Nani dan isterinya. Laju saja derap kakinya mendekati mereka.
Umar berdiri di sebelah Nani. Tangan Nani digenggam erat sambil bibirnya menuntun senyum memandang sang isteri. Tersipu-sipu Nani dengan perlakuan Umar.
"Taufiq right?" tanya Firdaus. Masakan dia boleh lupa pada lelaki yang pernah menjadi punca pergaduhannya dengan Rossa beberapa ketika lalu.
"Yupp" sahut Taufiq sambil tersenyum hambar. "Sorry, aku takde niat nak kacau isteri kau. Saja nak bertegur sapa" ujar Taufiq sebelum Firdaus berfikir yang bukan-bukan.
Firdaus bersikap profesional. Dia percayakan Rossa. Sedalam mana perasaan cemburunya melihat pandangan Taufiq terhadap Rossa, sedalam itu juga perasaan percayakan isterinya. Oleh itu, dia tidak akan semudahnya melatah dengan situasi mereka.
"It's okay. Aku percaya, kita masing-masing boleh berfikir baik buruk sesuatu keadaan sebab kita sama-sama dah dewasa kan?" Sindiran Firdaus menghambarkan senyuman Taufiq. Dia mungkin masih menyayangi Rossa tetapi untuk memilikinya, itu tidak mungkin terjadi.
"Aku takde niat apa-apa, Fir!"
"Please don't feel that way! Aku pun tak berniat apa-apa" sahut Firdaus dengan senyuman kecil.
"I just wanted to congrate Nani for her wedding. And also Rossa, for the life she had been wishing for! Aku harap korang akan bahagia sampai bila-bila" Taufiq menghulur tangan untuk bersalam dengan Firdaus.
"Sure, we will" balas Firdaus lalu menyambut huluran Taufiq.
"And sorry for the trouble I made before" ucap Taufiq lagi. Dia memandang Rossa dan Firdaus silih berganti. Senyumannya turut sama menghiasi wajah. "And congrats for the new born"
Wajah Rossa dia tenung lama sebelum berlalu meninggalkan mereka. Ketika itu, air matanya seakan laju mengalir ke pipi. Namun sempat diseka sebelum ada yang menanya. 'She's happy, so are you!

"SAYANG nak apa-apa tak? Abang ambikkan"
Perlahan-lahan, dia membantu Rossa duduk di atas kerusi. Bimbang dengan keadaan Rossa yang bakal bersalin bila-bila masa saja, mahu saja dia membawa Rossa pulang. Tetapi isterinya itu degil. Dia tetap mahu menunggu sehingga majlis Nani berakhir.
"Rossa nak air mineral je"
"Okay, you stay here. Don't go anywhere. Kalau ada apa-apa, jerit je nama abang okey? Kalau rasa sakit, sayang pindah tempat duduk. Kalau sayang nak..."
"Abang, Rossa tak apa-apalah!" celah Rossa sambil tergelak. Firdaus terlebih risau berbanding dirinya!
"Abang risaulah! Sayang dah sembilan bulan"
"Abang, due date Rossa lagi dua minggulah! Lagipun, kan banyak orang kat sini. Kalau ada apa-apa, banyak orang dapat tolong Rossa"
"Ye, abang tau! But still, I'm feeling uneasy about this"
Rossa tergelak. Bahu Firdaus dipaut. "Abang jangan risau okey? In Shaa Allah, takde apa-apa"
Firdaus terdiam. Bagaimana dia tidak risau? Ini adalah pengalaman pertama baginya. Dia tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi ke atas diri Rossa. Dia serik, dan dia juga tidak sabar hendak menimang cahaya mata pertamanya. Wajarlah dia terlebih reaksi berbanding Rossa!
"Abang, Rossa haus" rengek Rossa. Perutnya tiba-tiba saja memulas. Rossa menarik nafas dalam-dalam. Tidak mungkin waktunya tiba kerana menurut kiraan doktor, tempoh bersalinnya adalah dua minggu ke depan.
"O..okay. Abang ambik air. Sayang baik-baik sini tau? Nanti apa-apa, jerit je panggil nama abang"
Rossa mengangguk. Firdaus berlalu. Setelah itu, Rossa menarik nafas dalam-dalam, kemudian dilepaskan. Berkali-kali dia mengulangi perkara yang sama.Perutnya benar-benar terasa sakit. Wajahnya menyeringa. Tiba-tiba saja, punggungnya basah. Rossa panik. Agak-agaknya, air ketubannya pecah.
"Abanggggg!!!"

SETELAH hampir 3 jam bertarung nyawa, akhirnya Rossa selamat melahirkan sepasang bayi kembar, lelaki dan perempuan. Gembira tak terkata tatkala Firdaus dikhabarkan berita tersebut oleh Doktor Munirah, doktor yang ditugaskan untuk merawat Rossa.
Ahli keluarga Rossa dan Firdaus mengelilingi katil Rossa dengan perasaan gembira. Nani dan Umar yang baru selesai dengan majlis kahwin mereka juga ada bersama.
Setelah mengazankan kedua-dua bayinya, Firdaus menyerahkan bayi lelakinya kepada Umi Za. Manakala bayi perempuan elok saja berada dalam pelukan Datin Qasry.
"Yang lelaki ni sebijik muka Rossa. Perempuan ni pulak ambik muka papa dia" komen Datin Qasry dengan senyuman melebar di wajah. Gembiranya dia apabila ahli keluarganya semakin berkembang.
"Tapi dua-dua comel" puji Nani yang berdiri di sebelah Umi Za. Dia juga teruja melihat bayi kembar Rossa.
"Comel macam mama dia" sampuk Firdaus pula. Dia duduk di sisi Rossa. Dilirik wajah pucat Rossa dengan perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. "Thanks sayang. Sebab lahirkan anak-anak yang comel untuk abang" Sebuah kucupan hinggap di dahi dan pipi Rossa.
"Abang happy?"
"Sangat-sangat happy"
"Bos, janganlah sweet sangat. Jealous ni" sakat Umar seraya menjeling ke arah Nani yang sedang menggendong bayi lelaki Rossa.
"Kalau jealous, cepat-cepatlah ada baby sendiri" sahut Firdaus sambil tergelak. Laju saja tangan Rossa hinggap pada lengan Firdaus. Geram!
Wajah Nani sudah membahang. Apatah lagi setelah gurauan Umar dan Firdaus tadi mengundang tawa seisi ruang bilik itu.
"Kejap lagi bos" balas Umar lalu mengenyit mata ke arah Nani.
Eishhh, laki aku ni! Nani sudah menepuk dahi.
"Dah ada nama ke untuk babies kau ni long?" tanya Farah setelah agak lama mendiamkan diri.
"Aahlah, kita tak set lagi nama babies kan abang?" Baru Rossa teringat akan hal itu. Sejak mengandung dulu, dia menjadi semakin lupa sehinggakan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyimpan nama bagi anak kembar mereka.
"Abang dah fikirkan" Firdaus senyum lebar.
"Waaa, laju along buat kerja!" sampuk Nabilah pula. Bayi perempuan Rossa digendongnya sambil bibirnya mencium-cium pipi gebu itu.
"Apa nama yang kamu nak bagi?" soal Umi Za pula.
"Hawa Fatimah. Untuk baby girl" sahut Firdaus dengan senyuman memekar di wajah.
"Hawa Fatimah" Rossa ulang nama tersebut. "Cantiklah nama tu! Hawa ialah wanita pertama yang Allah cipta sebagai peneman hidup adam. Fatimah pula nama anak Nabi kan bang?"
"Haa, pandai pun" Dahi Rossa dikucupnya mesra.
"Tu nama baby girl. How about your son?" tanya Nizam pula. Kini, gilirannya pula menggendong bayi lelaki Rossa. Melihatkan wajah comel bayi tersebut, terdetik di hatinya untuk memiliki anak lagi sesudah Adriana.
Firdaus senyap. Tetapi bibirnya manis saja mengukir senyum. Semua mata memandang ke arahnya, seakan menunggu jawapan balas daripadanya.
"Abang?" Rossa tidak sabar hendak tahu.
"Abang cuma ada satu nama untuk baby boy. Sayang suggest other name please?"
Seketika, Rossa dihambat kesunyian. Wajah Hawa Fatimah dipandang sejenak. "Kalau ada Hawa, mesti ada Adam kan?" Rossa menjamah wajah Firdaus. Kemudian, satu nama muncul dalam kotak fikirannya. "Why don't we name him Adam?"
"Adam. Such a nice name!" sahut Nabilah.
"Disebabkan Allah ciptakan Hawa untuk Adam untuk saling melengkapi, Hawa Fatimah pula dilahirkan bersama Adam sebagai pasangan kembar. Wowww, what a good combination!" Farah teruja sambil tersenyum lebar.
"Tapi takkan nama baby boy Adam je?" Umi Za pula menyampuk setelah lama membatukan diri.
"Tadi abang cakap abang ada satu nama kan? Apa nama tu?" tanya Rossa pula. Kini, bayi lelakinya sudah berada dalam gendongannya.
"Adam" Firdaus berjeda. Kemudian, bibirnya mengulum senyum. Dia sudah lama fikirkan nama tersebut. Hanya menunggu masa untuk diutarakan saja. "Adam..." Firdaus memandang wajah Rossa yang turut sama melirik ke arahnya. Kemudian, pandangan tersebut dilemparkan ke arah bayi lelakinya. "Adam Bakri" sambungnya seraya tunduk mencium Adam Bakri.
Tersentak Rossa dengan cadangan nama tersebut. Berdebar hatinya tatkala nama Bakri menjadi sebutan. Dalam banyak-banyak nama, nama itu yang menjadi pilihan suaminya.
"Kenapa Adam Bakri?" Rossa ingin tahu.
"Because I like Bakri. Or should I say, I love Bakri?" Firdaus berjeda. Wajah Bakri yang penuh dengan senyuman terbayang-bayang di tubir mata. Sejak akhir-akhir ini, dia sering merasakan kerinduan buat sahabat lama tersebut. Bahkan Rossa turut merasai perkara yang sama. Dan kerana Bakri juga, cintanya tercapai.
"Abang nak Bakri selalu dekat dengan kita. Abang nak Adam Bakri menjadi seorang lelaki yang berjaya, berjiwa kental dan berani seperti Akhbar Bakri! Dan abang nak nama Bakri sentiasa meniti di bibir kita. Supaya kerinduan pada Bakri takkan pernah lenyap sampai bila-bila"
Terharu hati Rossa dengan ucapan tulus dari Firdaus. Dia mengalirkan air mata setitik demi setitik sebagai tanda gembira.
"Awww, so sweet!" tukas Nabilah sambil tersenyum lebar.
"Thanks abang" ucap Rossa dalam tangisan.
Firdaus mengangguk kepala lantas mengambil Hawa Fatimah dari dalam dakapan Nabilah.
"Hawa Fatimah. Adam Bakri. Anak syurga papa dan mama sampai bila-bila"

EMPAT TAHUN KEMUDIAN...

"HAWA! BAKRI!" jerit Rossa dari jauh. Anak kembarnya ralit mengotori kawasan beranda rumah dengan tanah lumpur. Rossa menepuk dahi sambil bercekak pinggang.
"Kenapa Hawa dan Bakri buat mama macam ni? Ni kalau Tok Umi tengok ni, bising dia nanti. Aduhh!" adu Rossa dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Mencerlung matanya melihat keadaan beranda rumah yang kotor dengan tanah. Dia sendiri pun pening dengan karenah anak kembarnya itu. Sejak berusia setahun lagi, mereka gemar 'meneroka' benda baru. Kalau di kondo mereka, dia tidak kisah. Tetapi saat ini mereka sedang bermalam di vila Umi Za.
"Adik..buat.." sahut Hawa Fatimah membela diri padahal wajahnya sudah kotor dengan tanah lumpur.
"Abangggg!!!" Rossa menjerit memanggil Firdaus. Entah ke mana hilangnya suaminya itu sedari pagi tadi, dia sendiri bingung. Sudahlah dia kini sedang sarat hamil anak ketiga mereka. Usia kandungannya sudah mencecah usia 6 bulan.
"Kenapa sayang? Nak beranak dah ke?" Firdaus tergesa-gesa mendapatkan Rossa. Terpacak di hadapan isterinya yang kini memasamkan wajah.
"Abang tengoklah apa Hawa dan Bakri dah buat!" Wajah Rossa sugul, dengan riak tidak puas hati.
"Ohh my! Sayang, kenapa ni? Kenapa kotor sangat ni?" Tubuh Hawa Fatimah dan Adam Bakri didekati. Dicuitnya pipi Hawa Fatimah.
"Adik... buat" Hawa Fatimah membela diri lagi.
"Kalau adik buat, kenapa kakak ikut jugak? Ni muka dah kotor dengan tanah. Nanti Tok Umi tengok, Tok Umi marah Hawa dan adik. Nak ke?"
Adam Bakri memeluk Firdaus. "Tak nak.." Lalu mengongoi dengan air mata yang bersisa di wajah.
"Dah tu, kenapa main tanah tu? Kan mama dah cakap, jangan main benda kotor macam ni" bebel Rossa. Hawa Fatimah menggamitnya,minta digendong.
"Sayang, mama tak dapat nak gendong. Tengok ni.." Perut Rossa diusap oleh Firdaus. "Ada adik dalam ni" Kemudian, wajah Rossa diliriknya. "Sayang janganlah berkeras sangat dengan budak-budak. Diorang masih kecik lagi kan?"
"Abang manjakan sangat diorang!"
"Dah tu, nak manjakan siapa lagi? Diorang ni anak abang" sahut Firdaus. Sejak akhir-akhir ini, dia perasan sikap Rossa yang gemar melenting itu. Namun dia faham, mungkin kerana pembawaan bayi.
Muncung Rossa sudah sedepa. Dia benar-benar penat. Seharian menguruskan Hawa Fatimah dan Adam Bakri, sedangkan yang di dalam kandungannya juga perlu penjagaan. Pernah juga Firdaus suarakan pendapat untuk menggaji pembantu rumah untuk menguruskan anak kembarnya tetapi dia sendiri tidak bersetuju. Risau jika berlaku kes penderaan atau dia bimbang sekiranya Adam Bakri dan Hawa Fatimah lebih rapat dengan orang lain berbanding dirinya.
"Hmmm, Rossa mintak maaf bang" Tangan Firdaus digapai lalu dikucup perlahan. "Rossa tak mampu nak kawal emosi" akui Rossa lagi.
"Iye, abang faham. Tapi jangan lepaskan ke anak-anak. Diorang tak tahu apa-apa lagi" sahut Firdaus. Muncung Rossa dibalas dengan kucupan.
"Abang, anak-anak tengoklah!" Rossa malu dengan perlakuan Firdaus yang mengucup bibirnya.
Terburai gelak Firdaus.Dahi Rossa dikucupnya. Adam Bakri digendong oleh Firdaus dan Hawa Fatimah dipimpin tangannya oleh Rossa.
"Jom, masuk dalam rumah"

SETELAH menidurkan Adam Bakri dan Hawa Fatimah di bilik sebelah, Firdaus bergerak mendekati Rossa yang sedang berbaring di atas katil.
"Sayang..." panggilnya lembut lalu berbaring di sisi Rossa.
"Anak-anak dah tidur bang?"
"Dah. Lepas je bedtime story, diorang terus terlelap" balas Firdaus. "Sayang penat?" Dilihatnya wajah Rossa yang pucat lesi itu. Perut Rossa juga semakin membesar. Risau tak sudah dia dengan keadaan Rossa itu. Disebabkan itulah, mereka duduk di rumah Umi Za. Menurut Firdaus, sekurang-kurangnya tidaklah hatinya dipagut kerisauan tatkala dia jauh dari Rossa. Ada Umi Za dan Che Mon yang kini menggantikan posisi Mak Nab untuk menjaga isteri dan anak-anaknya. Dia tidak boleh terlalu mengharapkan Datin Qasry kerana mamanya juga perlu menjaga dua orang cucu. Adriana dan Anggun, bayi Farah dan Nizam yang berusia 7 bulan. Nabilah pula sudah selamat bergelar isteri kepada Megat Hafiz dan kini mereka sedang berbulan madu di Turki.
"Penat sikit je" jawab Rossa, jujur. "Abang" Tangan Firdaus bersatu dalam genggamannya.
"Kenapa sayang?" Wajah Rossa dilirik manja.
"Tak sangka kan? Allah tunjukkan cinta Dia pada kita dengan hadirkan insan-insan yang kita sayang di sisi.Bermula dari Hawa dan Bakri. Rossa rasa kan, Allah kurniakan Hawa dan Bakri sebagai pengganti kepada anak-anak kita yang keguguran dulu. Abang ingat tak? Rossa pernah gugur dua kali" Rossa mula membuka cerita lama yang masih menjadi kenangan sehingga ke hari ini.
Dahi Rossa dikucup manja. Firdaus mengangguk kepala. Masakan dia lupa pada kejadian itu. Dua kali Rossa keguguran. Pertama kali adalah kerana olahan Sheila. Kali kedua pula berpunca daripada dirinya. Mungkin benar kata Rossa. Adam Bakri dan Hawa Fatimah adalah pengganti kepada bayi mereka yang tidak sempat melihat dunia.
"Bakri dan Hawa adalah pengganti anak-anak syurga kita. Dan mereka jugak bukti cinta Rossa pada abang" Pipi Firdaus menjadi sasaran bibirnya. Betapa dia mencintai lelaki yang satu ini. Yang selalu sabar melayan karenahnya. Yang manjanya tak pernah mahu kurang. Yang mengadanya membuatkan dia senang. Dan yang cintanya takkan pernah pudar.
Firdaus tertawa senang hati. Tubuh Rossa dirangkul. Belakang Rossa diusap lembut. Dia masih teringat lagi saat-saat pertama kali mereka diijabkabulkan. Rossa tak pernah ingin dirinya disentuh oleh Firdaus. Atas alasan tiada cinta dan tak mungkin dia berpaling dari arwah Bakri. Namun tiada siapa menduga. Cinta yang ditanam dengan benih sabar akhirnya mekar dengan suburnya. Firdaus bahagia meski banyak dugaan yang telah mereka hadapi bersama. Kerana dugaan itu mereka masih bersama sehingga ke hari ini. Bahkan cinta di hati semakin hari semakin bertambah.
"Abang.." Rossa menyeru dengan lembut.
"Apa dia?" tanya Firdaus seraya melepaskan pelukan.
"Ingat tak, masa kita masih kenal dulu. Abang pernah tanya Rossa, apa makna cinta dalam hidup Rossa?"
Tersungging senyuman manis Firdaus dengan pertanyaan isterinya. Lantas, dia mengangguk kepala tanpa banyak bicara.
"Now, I know the answer" Rossa mengerdipkan matanya dengan senyuman masih memekar di wajah.
"Tell me" pinta Firdaus.
"Cinta tu kasih sayang. Dengan kasih sayang abang, Rossa kembali pada abang walaupun hubungan kita hampir goyah suatu ketika dulu. Cinta jugak kejujuran. Melalui kejujuran abang, Rossa tau cinta abang tulus. Cinta jugak kenangan manis dan pahit dalam hidup kita. Tanpa kenangan-kenangan tu semua, Rossa takkan ada abang sampai ke hari ini. Cinta tu jugak kebetulan. Tengoklah Nani dan Umar. Selalu sangat gaduh, last-last berjodoh jugak. Sekarang, dah dua anak" Rossa tersengih mengingatkan sahabatnya itu. Tidak lama selepas perkahwinan mereka, Nani disahkan mengandung. Selepas Aira Qasmina berumur 2 tahun, Nani disahkan mengandung lagi. Kini, lengkaplah keluarga kecil Nani dan Umar dengan kehadiran Aira Qasmina dan Aiman Qayyum.
"Dan cinta tu jugak kesabaran. Tengoklah apa jadi pada Hafizi dan Sarah. Lama Sarah tunggu Hafizi tu proposed dia, akhirnya kesabaran dibalas ganjaran. Sekarang, diorang dah nak jadi parents" sambung Rossa lagi. Tahun lepas, selepas yakin dengan keputusannya, Hafizi memberanikan diri menyuarakan hasrat hati untuk mengahwini Sarah setelah hampir 10 tahun Sarah menunggu. Dan Alhamdulillah, keputusan Hafizi disambut dengan tangan terbuka oleh Sarah dan keluarganya. Kini, mereka sedang menunggu penuh sabar detik-detik kelahiran bayi sulung mereka.
Tersenyum Firdaus mendengar celoteh Rossa. Pemikiran Rossa tampak bijak apabila dia mengaitkan makna cinta dengan perkara-perkara yang berlaku ke atas orang di sekeliling mereka. Cukup membuktikan betapa matangnya pemikiran isterinya.
"Tapi cinta tu jugak obsesi. Macam arwah Fahmi" Rossa terkejut saat tiga tahun lepas dia dimaklumkan oleh Firdaus mengenai kematian Fahmi di dalam sel. Dengan kematian tersebut, Rosss mulai menginsafi diri dan mengampunkan segala dosa Fahmi terhadap dirinya. Dia tidak berdendam kerana segalanya terlalu sempurna kurniaan yang Allah hadiahkan buat dirinya.
"Sampai arwah sanggup buat apa-apa sahaja untuk pastikan hajatnya tercapai. Sama macam kes arwah Aina. Tapi Rossa dah lupakan semua dan memaafkan segala-galanya" sambung Rossa lagi.
"Abang ingat tak apa jadi pada Kak Aini?" Tiba-tiba fikirannya menerawang mengingatkan Ainida. Setelah kematian Aina, Ainida kini menubuhkan pertubuhan Rumah Kasih Sayang Aina, bertujuan untuk membantu golongan yang menghidap kanser. Dan menariknya, pertubuhan tersebut dibantu oleh Mak Nab yang kini merupakan ibu angkat Ainida. Mak Nab dan Ainida, dua jiwa yang pada akhirnya bertemu di atas nasib yang sama. Selain Mak Nab, Taufiq juga turut membantu. Melalui apa yang didengarinya, Taufiq kini sudah bergelar suami kepada Ainida yang tua enam tahun darinya. Namun kerana keikhlasan dan kelembutan Ainida, Taufiq rela hati menerima wanita itu di dalam hidupnya.
"Mestilah abang ingat" Firdaus menjawab. "Cinta pada Yang Maha Esa, dia sanggup korbankan masa dan tenaga untuk bantu golongan kanser. Dan cinta tu dia bagi pada Mak Nab, yang dulu kesepian, sekarang dah berteman!"
Tergelak Rossa dengan kata-kata Firdaus. "Samalah macam Taufiq. Dia tak pedulikan umur Kak Aini. Lama dia cari cinta sejatinya, sekarang jumpa jugak"
Firdaus mengangguk, menyetujui kata-kata isterinya. Kaget juga dia apabila diberitahu oleh Taufiq mengenai hajatnya yang ingin memperisterikan Ainida. Dan atas kasih sayang Allah, segala-galanya dipermudahkanNya.
"Dan kerana cinta jugak, abang dan Taufiq dah jadi kawan baik sekarang" Ada riak gembira pada wajah Rossa. Syukurlah, tiada dendam di antara mereka.
"Dan Rossa jugak percaya cinta tu pengorbanan. Macam apa yang berlaku pada abang dan arwah Bakri. Abang sanggup korbankan diri abang untuk pikul semua kesalahan arwah. Dan sebagai ganjarannya, Allah kurniakan pengorbanan Bakri untuk abang. Kerana Bakri, kita bersatu dan Alhamdulillah, In Shaa Allah, hubungan ni kita akan jaga sampai bila-bila. Arwah tahu apa yang terbaik untuk Rossa. Sebab tu dia nak kita kawen. Sebab cinta tu jugak kepercayaan. Dan melalui kepercayaan tu, arwah serahkan Rossa pada abang"
Saat nama Bakri meniti di bibir, air mata Rossa merembes keluar. Dia sayangkan Bakri sebagai seorang sahabat. Baginya, Bakri adalah sebahagian daripada hidup mereka yang takkan mereka lupakan sampai bila-bila.
"Dia adalah sebahagian dari kita sayang" tambah Firdaus sambil mengesat air mata Rossa. Tanpa Bakri, dia tidak akan memiliki cinta sejati dan keluarga sebahagia ini.
Rossa mengangguk. Dia duduk di atas riba Firdaus lalu menindih bibir itu. Lama. Dan terlalu perlahan.
"Ada satu lagi makna cinta dalam hidup Rossa" sambung Rossa setelah melepaskan bibir Firdaus. Dahi Firdaus berkerut. Dia menyoal dengan pandangan mata.
"Cinta tu adalah abang. Firdaus Azhan. Lelaki teragung dalam hidup Aleeyah Rossa. Dan cinta tu akan terus mekar sampai ke akhir hayat. Kerana cinta tu, Rossa belajar mengenali diri sendiri dan lebih menghargai orang lain. Dan kerana cinta tu jugak, Rossa jadi lebih matang dan berfikiran terbuka. Terima kasih abang" ungkap Rossa, romantis dan penuh syahdu. Bibir Firdaus dikucup mesra.
"Dan terima kasih kembali untuk semua cinta yang sayang beri. Terima kasih sebab sanggup kandungkan benih abang. Terima kasih sebab sudi memberi abang segala-galanya. And thanks for everything" ucap Firdaus kembali setelah melepaskan kucupan Rossa.
"I love you abang" bisik Rossa.
"And I love you more" balas Firdaus pula. Bibir Rossa bertaut dengan bibirnya. Asyik mereka memadu asmara di dalam indahnya malam yang berkedipan bintang.
Cinta itu adalah segala-gala yang pernah mereka lalui bersama. Manis dan pahitnya pengalaman tersebut, cukup membuatkan mereka bertahan atas nama CINTA!


T A M A T

-terima kasih pd yg sudi membaca, memberi komen dan sabar menunggu bab demi bab dr saya.. salam syg dr sy, dan karya ini utk pembaca semua ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience