9

Romance Completed 28168

BARU SAHAJA hendak melelapkan mata, pintu biliknya diketuk. Dengan langkah yang malas, tombol pintu dipusing. Terjengul riak sengih Hafizi. Melihatkan perlakuan Bakri yang menyepi dengan langkah longlai itu, dia membontoti si abang dari belakang.
Bakri dilihatnya terdampar kembali di atas katil. Menarik selimut sehingga ke paras mata dan bantal kecil diletakkan di atas dahi. Petanda dia tidak mahu diganggu tetapi sudah diganggu pada waktu yang salah!
"Ingin sahaja aku luahkan rasa hati, tapi tak kesampaian. Kau pergi jauh dari sisi, menghambat kepiluan rindu yang terselindung. Ku utus rindu agar kau tak merasa sendiri. Seperti aku, yang selalu sunyi dan sepi. Ku mohon, berilah aku cinta agar senafas ini tak mencari udara dalam kesesakan"
Demi mendengarkan bicara itu, Bakri mencelikkan mata. Serentak itu, dia bingkas lalu menghadap Hafizi yang sedang tersengih memandangnya.
Novel yang tersimpan rapi dalam genggaman Hafizi, dia rampas. Wajahnya serius.
"Hmmm novel siapa tu long? Aku jumpa kat dalam bilik bacaan kau. Ada harum lavender" Hafizi melirik nakal. Dia sudah melabuh duduk di atas kerusi kecil.
Bakri tidak menjawab, sebaliknya novel tersebut disimpan di atas meja bersebelahan katil dan berniat hendak menyambung kembali mimpinya. Penat badannya sungguh tidak terkata. Esok pagi, ada mesyuarat penting yang harus dia hadiri. Selepas itu, sebelah petang pula, dia akan bersama Hafizi untuk menemui Rossa dan menyelesaikan masalah mereka.
"Long.."
"Tidurlah! Esok banyak benda lagi nak kena buat" Bakri mencelah. Tidak mahu terus-terusan diganggu oleh Hafizi. Yang pasti, adiknya itu punya banyak muslihat untuk membongkar rahsia hatinya.
"Tadi aku sempat terserempak dengan Rossa. Dia keluar melalui pintu dapur. Lepas tu, aku masuk bilik bacaan kau. Kat situlah aku jumpa novel ni. Hmm, Berikan Aku Cinta! Interesting! The title sounds good. Something is happened"
Bakri sudah bangkit dari tidur. Seketika, dia menguap. Wajah Hafizi dijamah dalam kepenatan. "Apa yang kau nak tahu?" Seolah memahami permintaan Hafizi, soalan itu dia utarakan.
"Takde apa!" Hafizi tersengih nakal.
"Kau ni kacau along jelah! Masuk bilik kau sana! Kata nak jumpa Rossa esok"
Hafizi menepuk dahi. Dia hampir terlupa akan perkara itu. Apa yang harus dikatakan apabila berhadapan dengan Rossa esok? Dia tidak pandai hendak menyusun ayat.
"Long..." Hafizi menggaru kepala.
"Apa dia?" Bakri menepuk-nepuk bantal.
"Esok aku nak cakap apa dengan Rossa?"
"Cakap jelah kau tak nak kawen dengan dia! Apa susah?"
"Kalau dia menolak macam mana?" Hanya itu yang Hafizi risaukan saat ini. Dia bisa saja menolak, tetapi bagaimana dengan Rossa?
"Kawen jelah! Apa susah!" Jawapan selamba Bakri mengundang seribu kerisauan dalam hati Hafizi.
"Ehh kau ni long! Habis tu Sarah aku nak letak mana?"
Bakri memalingkan wajah. Riak risau Hafizi bersatu dengan pandangannya.
"Kau mampu kan? Gaji beribu-ribu. Ada kereta sendiri. Rumah sendiri. Kau kawen jelah dua-dua sekali. Tak payah nak pening kepala. Mama senang hati, kau tak terseksa sendiri, Rossa dan Sarah sama-sama dapat kau! Dah, settle!"
"Senanglah kau cakap long! Aku tak nak kawen dualah! Bukan senang nak jalankan tanggungjawab, nak berlaku adil dalam masa yang sama. Aku tak cintakan Rossa. Aku cintakan Sarah. Kalau aku kawen dua-dua, nanti aku tak berlaku adil pada Rossa. Dah jatuh dosa tu!"
"Tahu pun! Kau nakkan Sarah sangat kan? Kau berterus-terang jelah dengan mama. Slow talk. In Shaa Allah, dia faham" Bakri sudah membaringkan tubuh ke dada tilam. Mata dipejam rapat. Masalah Hafizi dia mahu buang jauh-jauh. Dia juga punya satu masalah, tak cukup tidur!
Hafizi ingin menyampuk, tetapi melihatkan Bakri yang seperti kepenatan itu, dia batalkan niat. Tidak sampai hati hendak mengganggu lena si abang. Dengan langkah yang perlahan dan hati yang dihimpit kerisauan, dia berlalu keluar dari bilik Bakri.

PAGI ITU, sesudah mengerjakan Subuh, dia berfikir untuk menyambung tidur. Namun belum sempat mata dipejam, dia menerima mesej dari WhatsApp. Kotak notifikasi dibuka. Dia mengerutkan dahi tatkala nombor yang menelefonnya semalam menghantar pesanan.
"Petang nanti kita jumpa. Urgent! Saya jemput awak dari rumah. Don't go anywhere"
Rossa mencebik. Menghantar pesanan tanpa sebarang pengenalan diri. Hishh! Tapi laju pula tangannya membalas pesanan itu. "Awak ni sapa? Tak kenalkan diri, terus ajak jumpa?! Takde masa nak main-mainlah!" Sipp! Pesanan sudah dihantar. Dalam pada itu, dia terfikir siapa gerangan pemilik nombor tersebut. Kalau dia tahu siapa gerangannya, akan dia tibai sepenuh hati! Tidak sampai dua minit, pesanannya berbalas.
"Scusate! Nanti jumpa. Addio..."
Rossa menggigit bibir. Baru teringat akan seseorang saat membaca pesanan dalam bahasa itu. Bakri! Hishh! Susah ke nak kenalkan diri dengan aku?
Nombor Bakri dia simpan dalam senarai kontaknya. Meletakkan nama Si Kening Bersatu kerana setiap kali lelaki itu marah atau beriak bengis, keningnya pasti bersatu.
Rossa tergelak sendiri. Kalau dia tahu aku letak nama dia macam tu, naya aku! Jam di dinding dikerling. Dia mengeluh. Mood tidurnya sudah hilang. Lantas, dia turun dari katil dan bersiap-siap untuk ke bawah.

SUDAH jam 2 petang. Tetapi bayangan Bakri tidak kelihatan. Dia menunggu Bakri di kedai makan umi. Kalau diikutkan, dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu mengambilnya. Tetapi desakan Bakri tidak mampu dia tolak.
"Saya yang nak jumpa awak kan? So saya kena jemput awak. Wait for me. Lagi 20 minit saya sampai"
20 minit apanya? Sudah lebih satu jam dia menunggu lelaki itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk ke kedai umi dan menyuruh Bakri menjemputnya di sana.
"Tunggu siapa Aleeyah Rossa?" sapa satu suara dari arah belakang. Rossa menoleh. Pandangannya bersatu dengan mata sepet Fahmi. Dilihatnya lelaki itu sedang memegang sebiji penyapu sambil tersengih.
"Tunggu nenek saya!" seloroh Rossa.
"Awak ada nenek lagi ke? Belah mana? Belah mak ke belah bapak? Macam saya, belah mak masih ada. Yang belah bapak dah takde. Dia meninggal sebab kegagalan jantung" Fahmi buka cerita tanpa dipinta. Punggung juga sudah dihantar berdepan dengan Rossa.
Rossa tercengang. Satu yang dia jawab, 10 yang lelaki itu cerita! "Err umi mana?" Sengaja dia tukar topik agar Fahmi tidak meneruskan cerita. Bukan dia tidak mahu mendengar, tetapi sekarang bukanlah masa untuk semua itu.
"Oh Umi Za pergi beli sayur. Sayur sawi, sayur kobis, sayur kacang, sayur terung. Pastu dia beli ikan. Ikan..."
"Umi nak beli ikan apa, tu pun awak nak bagitau jugak ke?" Rossa sudah tepuk dahi. Apalah lurus bendul betul dia ni?
"Aah. Umi Za beli ikan tilapia, ikan tuna, ikan.."
"Dah-dah! Tak perlulah detail sangat Fahmi! Saya tahu" Rossa semakin stress dengan Fahmi ketika itu. Macam budak-budak! "Lagi satu, jangan panggil saya Aleeyah Rossa! Panggil Rossa je dah cukup" tambah Rossa lagi.
Fahmi mengangguk sambil tersenyum. "Sebab awak tak nak nama panjang awak tu jadi kesusahan buat saya untuk sebut kan? Nanti lidah saya berbelit-belit nak panggil awak"
Rossa menepuk dahi. Keluhan termuntah jua. Aduhhh!! Kenapalah umi kutip budak lurus bendul ni? Bibir Rossa kembali memekar apabila bayang-bayang Bakri sudah terlihat di sebalik pintu kedai. Laju saja derap kakinya menapak ke arah Rossa.
"Sorry, lama tunggu ke? Ada hal tadi" Seperti biasa, Bakri sudah membuka cermin mata hitamnya lalu disangkutkan ke celah kolar. Kalau tidak kerana mesyuarat sebentar tadi, dia sudah lama terpacak di hadapan Rossa. Terlalu banyak spekulasi dan pendapat yang berbeza yang didengarinya dari pihat atasan. Untuk itu, dia harus bijak menimbang-tara dan menilai setiap satunya. Maka dengan itu, dia telat temujanjinya dengan Rossa.
"Oh takpe. Baru lewat satu jam setengah. Kalau lewat tiga jam, saya dah balik dah" Rossa tersenyum tipis.
"Rossa, ni ke nenek awak? Hensemnyaa" Tanpa dipinta, Fahmi panculkan soalan itu. Matanya tak berkedip memandang Bakri.
Rossa tercengang. Dia menepuk dahi. Riak kaget dan takut cuba disembunyikan sebaik mungkin. Aduhhh!! Fahmi ni pun! Takkan yang segak bergaya ni nenek aku?! Ishhh, salah aku jugak tadi!
Bakri mengerut. Wajah Rossa yang hampir pitam itu ditilik. "Nenek? Apa yang dia maksudkan?"
"Takde apa-apa. Takde apa-apa. Ehh, jomlah gerak! Dah lambat ni!" Rossa cepat-cepat menolak tubuh Bakri dari belakang. Mereka tiba di hadapan pintu kedai lalu Bakri menarik tangan Rossa. Jiwa tidak keruan apabila tangan itu menyentuh tubuhnya.
"Saya boleh jalan sendiri. No need to push!"
Rossa tersengih. "Sorry"
Sesudah sampai di hadapan BMW milik Bakri, Rossa terkebil-kebil. Hendak masuk atau tidak? Dia tidak pernah menaiki kereta berdua dengan lelaki. Kali terakhir dulu pun ketika dia masih berhubungan dengan Taufiq.
Bakri tercegat di tepi pintu kereta lalu mengasak Rossa dengan soalan. "Awak nak saya bukakkan pintu kereta jugak ke baru awak nak masuk?" Sindiran tepat ke hati Rossa.
Gadis itu berdesis lalu menapak masuk ke dalam perut kereta. Bakri tersenyum kelat. Dia turut memboloskan diri ke dalam kereta sambil memakaikan cermin mata hitamnya. Masalah di antara Rossa dan Hafizi harus diselesaikan hari ini juga. Sesudah itu, bolehlah dia terus menjauhkan diri dari Rossa.

HAFIZI sedari tadi menunggu kehadiran Rossa dan Bakri. Di sisinya, turut ada Sarah yang menemani. Hafizi sudah menceritakan segala-galanya kepada Sarah. Dengan persetujuan Sarah, Hafizi memberanikan diri untuk berterus-terang kepada Rossa.
Dari kejauhan, kelihatan Rossa dan Bakri sedang berjalan berasingan. Rossa mendahului, manakal Bakri pula membontoti. Hafizi mengerut dahi. Sejak dari dulu lagi, begitu sajalah sikap abangnya itu terhadap perempuan. Sebelum ini juga, dia banyak memperkenalkan kawan perempuan kepada Bakri, itupun dengan bantuan Sarah. Tetapi semuanya ditolak oleh Bakri dengan alasan, dia tidak punya masa kerana tuntutan kerjanya.
"Sorry, aku lambat tadi. Meeting..." Bakri mendahului.
Rossa tercengang. Dia tidak tahu-menahu pula mengenai kedatangan Hafizi di situ. Dan kekeliruannya semakin bertambah saat melihat setampang cantik seorang gadis di sebelah Hafizi. Errr, takkan double date??
"Ohh Rossa. Duduklah. Lupa pulak nak bagitau. Pertemuan ni antara awak dengan Hafizi. Dia nak bagitau awak sesuatu"
Rossa kaget. Sepanjang perjalanan tadi, tidak pula Bakri bersuara mengenai itu. Bahkan lelaki itu terus menyepi sehinggalah mereka tiba di McDonald itu. Namun laju pula dia simpulkan senyum, enggan memberikan sebarang respon negatif terhadap pertemuan itu.
"Duduklah" pelawa Hafizi pula. Kali ini, Rossa akur. Dia duduk berhadapan dengan Sarah, tetapi bersebelahan dengan Bakri. Sempat juga Bakri pamit untuk memesan sesuatu.
"Errr.. Sebelum tu, saya nak kenalkan ni Sarah" Dia memandang Sarah, kemudian paling wajah ke arah Rossa pula. "Dan ini Rossa"
Rossa melakar senyum lantas menghulur tangan untuk berjabat. Dengan senyuman di bibir, huluran Rossa, Sarah sambut.
Bakri kembali dengan membawa dua ketul burger dan dan dua tin Pepsi, untuknya dan juga Rossa.
"Makan-makan sambil tengok wayang!" seloroh Bakri dengan senyuman tersungging di bibir.
"Wayang apanya long?" tukas Hafizi pula. Masa-masa ini sempat pula Bakri buat lawak. Kalau 24jam di rumah, wajah itu tak pernahnya penuh dengan senyuman. Asyik ketat, bengis, keras! Hari iniz berlainan pula wajah itu. Mungkinkah kerana Rossa?
"Cerita korang bertigalah! Aku jadi penonton. Dengar-dengar, Rossa pun tak nak kawen dengan kau" Bakri memulakan cerita sambil menyedut air Pepsi.
Wajah Bakri dijamah oleh Rossa. Keningnya bertaut. Dia inginkan lebih penjelasan dari lelaki itu.
"Don't ask me! Ask him" Seolah memahami kecelaruan minda Rossa, dia tunding jari pada Hafizi.
Hafizi menggigit bibir. Kata-kata Bakri sebentar tadi dia cerna sepenuhnya. Kalau benar seperti yang didakwa oleh Bakri, kenapa lelaki itu tidak memberitahunya terlebih dahulu? Seandainya dia tahu lebih awal, pasti hatinya tidak segundah selalu. Atau sebenarnya Bakri hanya serkap jarang? Arghhh! Dia lupa Bakri itu psikik. Deria rasa seorang pegawai polis lebih kuat berbanding doktor sepertinya!
Rossa memandang Hafizi. Dia inginkan lebih penjelasan. Dia tahu, dia sudah jauh ketinggalan namun dia tidak ingin terlepas apa-apa pun kisah dari lelaki itu.
"I'll tell you everything" Setelah agak lama menyepi, Hafizi memulakan cerita. Rossa tekun mendengar. Sedikit sebanyak, dia mampu menarik nafas lega kerana keputusan dan pemikiran mereka sama. Tidak inginkan perkahwinan ini terjadi! Tetapi atas alasan yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience