SETELAH berjaya menyelamatkan diri daripada Firdaus, kini Rossa dan Aina mendapat rawatan di hospital. Rossa tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya sedikit shock dan lebam pada lengan. Sementara Aina terpaksa dikejarkan ke ICU kerana mengalami kecederaan yang teruk. Alat kelaminnya sudah hancur gara-gara didera oleh Fahmi hampir setiap hari. Dia juga mengalami trauma dan kejutan yang bukan sedikit. Seluruh tubuhnya juga dipenuhi bekas lebam dek pukulan dan sepakan Fahmi.
"She falls asleep" ujar Hafizi, selaku doktor yang ditugaskan untuk memantau keadaan Rossa.
Firdaus yang setia menemani di sisi hanya mengangguk. Sedari tadi, Rossa tidak ingin melepaskan genggaman tangannya membuatkan dia terpaksa menuruti kehendak Rossa. Dia faham dan tahu akan perasaan Rossa.
"How about the other girl?" tanya Firdaus.
"Aina. She is okay. But we put her in ICU. Mungkin akan mengalami sedikit trauma. Dia kena perkosa hampir setiap hari. That private part..." Hafizi berjeda. Wajah Firdaus ditatap. "Hancur!"
Firdaus melepaskan keluhan berat. Rasa kasihan dengan nasib yang menimpa Aina walaupun dia tidak begitu mengenali gadis itu.
"Syukur, dia masih hidup. Kalau macam mangsa lain.." Firdaus tidak jadi meneruskan kata-kata.
"Tapi dia akan trauma. She needs time to heal. Perempuan, kalau maruah dia tergadai tanpa rela, dia perlukan masa yang panjang untuk sembuh. Orang akan cemuh dia dan pandang hina pada dia. Aina betul-betul kena kuat lepas ni" ujar Hafizi sekaligus mengenangi nasib yang menimpa Aina. Berat dugaan gadis itu. Dia yang sebagai lelaki turut merasa kasihan. Terlalu kejam Fahmi memperlakukan dirinya.
"Itu pun depend on that person! Kalau dia tak pedulikan cemuhan orang sekeliling, dia akan menang. Tapi kalau sebaliknya... Lagipun, semua yang berlaku ni bukan kehendak Aina jugak. Sudah tertulis dalam perjalanan takdir dia"
Hafizi mengangguk setuju. Baik lelaki mahupun perempuan, tidak kira apa jua dugaan dalam hidup, jika terus berjuang dan kuat, dialah pemenangnya di hujung cerita. Tetapi jika kecundang di tengah jalan, maka seisi dunia akan mentertawakannya. Hidup, takkan pernah lekang dari ujian dan dugaan.
"Umi dan auntie Qas dah tahu ke pasal Rossa?" Hafizi mengubah topik perbualan.
"Tahu. Abang dah called diaorang, memaklumkan perkara ni. Kejap lagi diaorang sampailah tu. Auntie Su dan Uncle Bad pulak?"
"Mama dan papa pun dah tahu. Tadi Fizi ada called jugak. Rasanya diaorang on the way kot" Sejak peristiwa Rossa diculik, Datin Suhada dan Datuk Badrul tak habis-habis menanyakan perihal Rossa kepada Umi Za. Bimbangnya tak tertangguhkan lagi. Meskipun takdir menuliskan yang sebaliknya di antara Rossa dan Bakri, namun Rossa tetap sebahagian daripada keluarga mereka.
"She is so lucky to be surrounded by the people who care and love her so much" komen Firdaus sambil menjamah wajah isterinya. Lenanya Rossa mengusik jiwa lelakinya. Andai sahaja mereka lambat bertindak, pasti Rossa menjadi nafsu serakah Fahmi saat ini.
"And you are the most luckiest guy in the world to have such a wonderful and strong wife like her" usik Hafizi pula. Dari tadi dia perasankan genggaman Rossa yang tak pernah terpisah dari tangan Firdaus. Tiba-tiba hatinya terasa hendak berkahwin pula. Erkkk!
"If you want to feel this lucky feeling, go get married!" sahut Firdaus pula.Setahu dia, Hafizi dan Sarah sudah lama menjalinkan hubungan cinta. Kenapa tidak diikat pula perhubungan itu?
Hafizi mengekek. "Belum masanya lagi!"
"Bila nak tunggu masa? Tak takut ke kalau Sarah kena kebas? At least, bila dah kawen, tak payah dah nak risau sebab kena seret anak dara orang kehulu kehilir. Sarah tu perempuan..Takkan dia yang kena mula semua?" Nasihat berbaur sindiran itu Hafizi telan dalam-dalam. Firdaus seolah mampu memahami gelojak hatinya saat ini. Dia memang tidak pernah mengutarakan hasrat hati pada Sarah lantaran terlalu sibuk dengan urusan kerja. Tetapi itu tidak bermaksud dia tidak memikirkan semua itu. Hanya menunggu masa sahaja untuk menyunting bunga di taman.
"In Shaa Allah, sedikit masa je lagi. After that, you'll receive my invitation card" sahut Hafizi seraya mengakhiri perbualan mereka. Dia meninggalkan Firdaus dan Rossa di situ kerana ada pesakit lain yang sedang menunggu.
Sesudah Hafizi berlalu, Firdaus mengamati wajah polos Rossa. Cintanya semakin hari semakin membuak pada isterinya sendiri. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengungkap lagi perasaan tersebut. Namun siapalah dia di hati Rossa? Dia sedar kedudukan diri saat ini. Rossa banyak mengelak jika diajak berdua sebelum ini.Meskipun dia terluka dengan penolakan Rossa, namun dia tetap sabarkan hati untuk memahami keadaan itu. Dan setelah kehilangan Rossa beberapa hari ini, dia merasakan separuh dari nyawanya turut melayang. Sejujurnya dia tidak bisa jika tanpa Rossa. Biar wajah itu mencuka, dia tetap suka. Biar sentuhannya sering menerima penolakan, dia tetap sayang. Dan rasa itu tidak akan pernah pudar sampai bila-bila.
ROSSA mencelikkan mata perlahan-lahan. Saat itu, dia melihat ada umi dan mama mertuanya di sisi.
"Rossa dah sedar" Datin Qasry memberitahu. Nabila, Farah, Mak Nab dan Adriana mendekati.Cuma Nizam sahaja tiada di situ kerana perlu menguruskan tender yang diperolehi syarikat baru-baru ini.
"Rossa, umi ni nak" Umi Za terus mendakap tubuh Rossa saat anaknya itu menyandarkan badan ke kepala katil.
"Umi..." Rossa sudah merengek dalam dakapan uminya. Matanya mencari-cari kelibat Firdaus. Suaminya tiada di situ.
"Syukurlah Rossa tak apa-apa!" Giliran Datin Qasry pula memeluk. Dahi Rossa sempat dikucup. Betapa kasihnya dia pada menantu yang seorang ini.
"Alhamdulillah. Rossa masih lagi dilindungi Allah" Rossa mengucap syukur.
"Kak Rossa. Ingat Abel tak?" Nabila pula bersuara. Dipeluk erat tubuh Rossa sambil tergelak kecil.
"Nabila kan?" Rossa separa ingat. Rasanya Nabila yang di hadapannya sekarang adalah Nabila yang sama pernah bekerja di kedai makan umi dahulu.
"Yelah. Nabilalah. Takkan dah lupa?"
Rossa tersenyum. Pelukan dileraikan. "Tak lupa. Tapi tak biasalah bila kena panggil Nabila dengan nama Abel"
Nabila tergelak. Dalam banyak-banyak orang, hanya Rossa seorang saja yang memanggilnya dengan nama penuh. Dia tidak tahu kenapa tetapi menurut Rossa, nama melambangkan diri. Jika kita berbangga dengan nama kita, maka kita sebenarnya berbangga dengan diri kita sendiri.
"Nabila ni anak mama. Adik bongsu Fir" Datin Qasry mengkhabarkan.
Rossa tercengang. Dia tidak pernah mengetahui akan perkara itu. Dia cuma kenal Farah, itupun pertemuan pertama mereka semasa hari perkahwinannya dengan Firdaus 4 bulan yang lepas. Tetapi tidak pula dia tahu-menahu akan perihal Nabila. Kerana dia tidak bertemu dengan Nabila ketika majlisnya dulu.
"Ana!" Rossa memanggil Adriana sambil mengajukan tangan. Isyarat supaya Adriana mendekatinya. Dia kenal Adriana, anak comel Farah dan Nizam.
Adriana memajat katil dengan dibantu oleh Farah. Didakap erat tubuh Rossa lalu sebuah kucupan dilayangkan ke pipi Rossa.
Mengekek Rossa dibuatnya.
"Ana, jangan buat maklong macam tu. Maklong penat tu" Farah mengingatkan.
"Takpelah Farah. Ana ni comel. Geram Rossa" Dipangkunya Adriana di riba. Terduduk diam Adriana setelah ditegur Farah.
"Mama, Firdaus mana?" Rossa buka mulut, bertanya soal suaminya.
"Fir solat Asar kejap kat bawah. Kejap lagi naiklah dia. Dia takut tinggalkan Rossa sorang-sorang kat sini. Risau kalau Rossa perlukan apa-apa. Tu pasal lepas je kami datang, dia terus ke surau"
Cerita yang disampaikan oleh Datin Qasry mengusik hati Rossa. Begitu sekali dia dijaga oleh Firdaus. Rossa berasa berdosa apabila terkenangkan kembali layanannya terhadap Firdaus.
"Assalamualaikum" Datin Suhada dan Datuk Badrul terjegul di hadapan pintu.
"Waalaikummussalam" sahut Umi Za.
Datin Suhada dan Datuk Badrul segera mendekati Rossa. Hilang segala beban setelah melihat betapa sihatnya Rossa saat ini. Dalam hati, mereka panjatkan rasa syukur di atas nikmat ini.
"Mama, papa" Rossa tunduk menyalami mereka.
"Syukurlah, Rossa selamat. Mama risau sangat dengan Rossa" kata Datin Suhada sambil memeluk tubuh Rossa.
"Rossa tak apa-apa ma" sahut Rossa pula. Dia cukup kehilangan kata-kata kerana menerima terlalu banyak kehadiran tetamu tersayang pada petang itu.
"Baguslah kalau Rossa tak apa-apa. Kami tak henti-henti berdoa untuk keselamatan Rossa" sampuk Datuk Badrul pula.
Rossa tersenyum. Terlalu banyak hikmah yang terjadi di sebalik kejadian ini. Walau apapun, dia tetap mengucap syukur kerana semuanya baik-baik sahaja!
"ROSSA nak apa-apa tak? Abang belikan"
Rossa menggeleng kepala. Walaupun banyak yang menziarahi, dia tetap merindui wajah yang satu ini. Seusai Asar, Firdaus menepati janji dengan kembali ke bilik untuk menemaninya. Ahli keluarganya yang lain sudah pulang dan berjanji untuk menziarahi lagi keesokan harinya.
"Rossa tak makan apa-apa lagi dari pagi. Makanlah sikit. Nanti perut masuk angin"
"Nantilah. Rossa nak tengok..." Rossa berjeda. Dia menggigit bibir. Malu pula hendak berjiwang dengan suami sendiri!
Firdaus mengangkat kening. "Rossa nak tengok apa?"
Rossa senyap. Dia menahan debar di dada. Perasaannya begitu terusik kala itu. "Hmmm" Dia menggumam.
"Rossa nak tengok apa sayang? Abang tak faham bahasa isyarat" usik Firdaus sambil mencuit hidung mancung Rossa. Rindunyaa!! Tapi tak terluahkan rasa itu.
Rossa menepuk tilam. "Duduk sini"
Firdaus menurut. Dia bangkit dari kerusi lantas menghenyak punggung di atas katil berhadapan Rossa.
"Rossa nak tengok abang" luah Rossa, tersipu malu. Tubuh Firdaus diraih dalam pelukan. Malunyaa! Wajahnya disembunyikan di sebalik dada Firdaus.
Firdaus tersentak. Benarkah apa yang sedang dihadapinya saat ini? Berada dalam pelukan Rossa dengan bisikan manja si isteri.. Arghhh! Isterinya itu seolah tahu cara untuk menggerudi rasa di hati! Dan terdengar perkataan 'abang' dalam ayat Rossa, dia tahu dia sudah punya sinar baru untuk memiliki Rossa secara mutlak.
Firdaus membalas pelukan Rossa. Diusap lembut belakang si isteri dengan rasa cinta yang membuak-buak. Arghh! Kenapa keinginan yang satu itu datang menerjah hatinya saat ini?
Rossa hanyut dalam belaian Firdaus. Sesungguhnya berada dalam dakapan suaminya membuatkan dia terlena dan asyik dalam khalayan sendiri. Seperti Firdaus yang menginginkan lebih untuk hubungan mereka, seperti itu juga hasrat hatinya. Dia sudah tekad. Dosanya harus ditebus. Berada dalam 'penjara' Fahmi sudah cukup menyedarkan dia. Dia serik. Dia takut. Bila-bila masa saja nyawanya bisa melayang. Jika saat itu dia tidak sempat memohon kemaafan daripada Firdaus, akan tenangkah dia di sana? Rossa khilaf dan menginsafi diri.
"Rossa tak mengantuk ke? Try lelap mata tu" Suara Firdaus memecah tembok kesunyian di antara mereka.
Rossa menjawab dengan gelengan kepala. Pelukan semakin dieratkan. Begitu banyak yang ingin diluahkan kepada Firdaus, namun buat saat ini dia lebih selesa berdua begitu bersama suaminya.
Firdaus senyap. Bahasa badan Rossa menjelaskan segala-galanya. Dia tunduk mencium bahu Rossa. Jika Rossa ingin begitu, maka dia tidak akan membantah. Kerana saat ini jiwa lelakinya sudah separuh menggilai isterinya sendiri!
AINIDA setia menanti di sisi Aina. Berita yang dibawa oleh Hafizi sebentar tadi melemaskan raganya. Dia kasihan dengan nasib yang menimpa Aina. Tidak habis-habis mutiara jernih itu membanjiri tubir mata. Dia sudah gagal melunaskan tanggungjawab sebagai seorang kakak. Dia alpa menguruskan kebajikan Aina. Mereka hidup berdua tetapi dia tetap tidak mampu untuk melindungi adik perempuannya yang satu itu.
Pintu bilik terbuka luas. Ainida mengesat airmata lalu bertembung pandangan dengan mata Zaid.
"Macam mana keadaan Aina?" Soalan pertama yang diajukan Zaid kepada Ainida. Mazlan dan Erika hanya menjadi pemerhati.
"Stabil cuma dia tak lalu nak makan" jawab Ainida. Airmata tak henti-henti memunculkan diri. Erika menapak ke arah Ainida lantas dibelai lembut bahu itu sebagai memberi ketenangan kepada Ainida.
"Dia satu-satunya adik saya. Dan satu-satunya ahli keluarga saya yang tinggal" kata Ainida lagi.
Zaid mengangguk. Dia cukup memahami penderitaan apabila melihat orang tersayang berduka.Nasib Aina kali ini lebih baik. Kerana Fahmi tidak sempat membunuhnya. Jika diperhatikan kronologi pembunuhan Fahmi, dia akan menamatkan riwayat mangsa setelah menyeksa dan memperkosa mereka. Tetapi yang menghairankan Zaid adalah kenapa Aina tetap dibiarkan hidup? Apa sebenarnya rancangan Fahmi?
"Sabar cik. Pelaku sedang berdepan dengan hukuman. Kes dia akan dibicarakan dalam masa terdekat. Cuma kami perlukan lebih lagi maklumat dari Aina mengenai kehilangan mangsa-mangsa yang lain. Itupun kalau Aina dapat berikan kerjasama" ujar Zaid setelah agak lama mendiamkan diri.
"Kenapa dengan mangsa yang lain?" Ainida tidak tahu-menahu akan soal itu.
"Kami masih lagi mencari enam orang mangsa yang masih hilang. Dipercayai diculik jugak. Kemungkinan besar diculik oleh penculik yang menculik Aina. Dan sampai sekarang masih takde khabar pasal mangsa yang lain" tambah Zaid lagi. Walaupun Aina dan Rossa sudah berjaya diselamatkan, namun mereka masih tidak mampu menarik nafas lega selagi enam mangsa yang hilang belum ditemukan. Selain itu, jika keenam-enam mangsa berjaya diselamatkan, maka hukuman untuk Fahmi akan semakin bertambah. Lagipula, Zaid memang tidak mahu melepaskan Fahmi sebegitu saja.
Ainida terkesima. Rupa-rupanya masih ada enam lagi mangsa lain. Dia sendiri kaget dengan berita tersebut. Fikirnya, Ainalah mangsa yang terakhir.
"Saya akan maklumkan pihak tuan sekiranya Aina sudah sedar. Tapi buat masa sekarang, saya mohon jangan diganggu dulu Aina. Saya risau, emosi dia kembali terganggu. Saya harap tuan faham"
Zaid melemparkan senyuman. "Cik tak payah risau. Kami takkan ganggu Aina selagi emosi dia belum stabil sepenuhnya. Kami simpati atas apa yang terjadi"
Ainida mengangguk kepala.
"Oh ya. Ini kad saya. Kalau ada apa-apa, tolong contact saya" Zaid menyerahkan kad nama kepada Ainida. "Kami balik dulu. Terima kasih cik"
Ainida mengangguk kepala. Kad nama Zaid disimpan di dalam tas tangan. Dia memandang wajah Aina yang pucat itu.
Airmatanya tumpah lagi. Dia akan melakukan apa saja untuk memastikan kebahagiaan Aina terjamin.
PAGI itu, Rossa tersentak apabila terasa ada objek keras sedang memeluknya. Apabila matanya terbuka luas, dia terkejut melihat Firdaus sedang lena dalam dakapannya. Wajah itu tampak penat. Rossa jadi kasihan melihatnya.
Wajah Firdaus diusap. Kemudian, jari-jemarinya terus leka bermain di wajah Firdaus. Rossa mengerut saat merasakan pelukannya dieratkan. Wajah Firdaus ditatap semula.
"Kenapa tengok abang macam tu?" tanya Firdaus tanpa membuka mata.
Rossa gelabah. Alamakk!! Dia menundukkan wajah lalu menyembamkannya ke dada bidang Firdaus. Suaminya itu memang suka buat kejutan tanpa diundang! Padahnya, dia tertangkap. Uishhh.
"Sampai bila nak peluk abang ni? Nanti masuk pulak Hafizi, nurses, atau siapa-siapa kat sini, kan dah kantoi nanti. Nanti yang malunya Rossa, bukan abang!" usik Firdaus lalu membuka matanya.
Rossa semakin gelabah. Alamakk! Dia terlupa mereka masih lagi berada di hospital. Dia ingin melepaskan diri dari Firdaus namun pelukan lelaki itu terlalu erat.
"Lepaslah!" Tanpa sedar, Rossa terjerit kasar.
Firdaus tersentak. Rossa diam saat melihat reaksi wajah Firdaus yang tiba-tiba berubah. Dia tidak berniat hendak meninggikan suara pada suami sendiri. Arghh berdosa lagi!
"Maafkan Rossa. Rossa takde niat nak jerit-jerit. Rossa mintak maaf" Rossa sudah menangis dalam dakapan Firdaus. Sungguh, dia merasa berdosa saat itu.
Firdaus tercengang. Melihatkan perlakuan Rossa, hatinya diserbu kebingungan. Sejujurnya dia terkejut mendengar suara Rossa sebentar tadi, namun dia tidak marahkan Rossa. Jauh sekali hendak menghukum.
"Hei. What's wrong? Kenapa cengeng ni?" Lembut nada Firdaus bertanya.
"Rossa dah buat salah pada abang. Rossa bukan isteri yang baik. Rossa tak pernah layan abang. Rossa jahat. Rossa tak baik" Rossa sudah merengek. Dalam diam, dia sudah berasa takut kehilangan Firdaus. Fikirannya jauh menerawang. Bagaimana jika suatu saat nanti Firdaus meninggalkannya kerana sikap dan perlakuannya? Dia tidak mahu kehilangan Firdaus.
"Cakap apa ni? Abang tak cakap apa-apa pun! Abang tak pernah merungut apa-apa macam tu. Rossa terlebih action ni!"
Rossa membatukan diri. Dia masih lagi melayan emosi sedihnya. Tersedu-sedan dalam dakapan Firdaus.
"Sayang, kenapa ni? Jangan buat abang susah hati macam ni. Kita baru nak baik, Rossa pula cakap bukan-bukan macam tu. I don't like it" Lembut tapi ada nada kesal pada ayatnya. Dia tidak sukakan keadaan mereka seperti itu. Tegang dan penuh pertanyaan.
"Rossa banyak dosa pada abang. Abang tak tahu betapa kesalnya Rossa sebab melayan abang macam tu. Rossa rasa nak jerit kuat-kuat, nak bagitau betapa berdosanya Rossa dah buat abang macam tu. Rossa jahat pada abang" Rossa sudah mengongoi bak anak kecil.
"Abang tak merungut apa-apa pun. Rossa ni overthinkinglah! Past is past. I never regret myself having you as my companion. Kalau Rossa betul-betul menyesal, let's start over again. Okay sayang?" tutur Firdaus lalu mengucup dahi Rossa.
Rossa mengangguk laju. Tubuh Firdaus didakap seeratnya. Dia juga inginkan permulaan yang baru dalam hubungan mereka. Melupakan yang lalu tetapi akan sentiasa diingati sebagai pengajaran. Dan memulakan langkah di hadapan untuk terus berjuang menggapai bahagia. Dan untuk samudera cinta kali ini, biarlah Firdaus yang menjadi sayap pelindungnya.
Share this novel