"NANI, bos panggil kau" kata Yunus yang sudah terpacak di hadapan meja kerja Nani.
"Kenapa bos panggil aku?" Dahi Nani berkerut. Ada apa? Ni mesti pasal Rossa. Sambil-sambil itu, Nani sempat menilik telefon bimbitnya. Ada insan begitu baik hati 'mendermakan' RM50 kredit ke dalam nombornya. Wuuu!!
Yunus menjongket bahu. Wajahnya tersengih. Sebelum melepaskan Nani pergi, otaknya sarat dengan persoalan yang satu itu. Lantas, wajahnya didekatkan ke wajah Nani. "Weii! Betul ke aku dengar kau dengan Umar???"
Riak Nani berubah drastik. Wajahnya membahang. Pipinya merona.Hatinya mula dipukul debaran ombak yang menggila. Bukan kerana nama Umar yang menyapa telinga, tetapi kerana berita yang disampaikan oleh Yunus.
"Merepeklah kau!" Sengal Nani dengan sengihan yang sengaja dipamerkan oleh Yunus. Siapa pulak yang buat cerita? Takkan Umar?
Yunus tarik muka. "Yeke? Tak cayalah aku! Dah tu, kenapa Umar cakap kau orang nak kawen?"
Wajah Nani diserbu kemerahan. Sah, memang tepat lagi benar! Umar membuka kisah mereka di dalam syarikat itu. Aduii, memang nak kenalah si Umar ni!
"Takkanlah kau tak tahu?" Yunus kehairanan. Wajah Nani yang sudah mulai mencuka itu dipandang lagi. "Kau kan reporter terhebat dalam company ni. Takkanlah berita sensasi macam ni kau tak tahu? Haaa, ni pun kisah pasal kau! Hairan pulak, diri sendiri tak tahu!" tempelak Yunus lagi.
Nani menyeringai. Amarahnya semakin meluap-luap terhadap Umar. Beraninya lelaki itu meghebohkan hubungan mereka padahal dia belum lagi memberi kata putus. Sudahlah dia disindir pula oleh Yunus!
"Ehhh, lama pulak aku lepak sini! Kau masuk dalam bilik bos. Dia nak jumpa kau" tutur Yunus seraya berlalu meninggalkan Nani di situ.
Dengan langkah yang longlai, Nani menapak perlahan-lahan ke bilik Firdaus. Diketuk sekali dan suara garau Firdaus kedengaran memanggilnya masuk.
"Bos nak jumpa saya ke?" Tanya Nani setelah berdiri di hadapan Firdaus.
"Have a seat" pelawa Firdaus dengan senyuman manis terukir di wajah.
Nani akur. Otaknya mulai bekerja, memikirkan asbab dia dipanggil oleh Firdaus. Rasa-rasanya ia berkaitan dengan Rossa. Kerana tidak mungkin Firdaus mahu berbual kosong dengannya.
"Awak tertanya-tanyakan, kenapa saya panggil awak ke sini?"
Nani tersentak. Ehhh, macam mana dia tahu apa yang aku fikir?!
"Don't be too tensed! Saya panggil awak ni sebab nak mintak tolong awak sikit. Pasal Rossa" Firdaus memulakan mukadimah.
Nafas lega Nani tarik perlahan. Benar tekaannya. Hajat Firdaus memanggilnya adalah kerana Rossa. Dia menegakkan badan, bersedia untuk mendengar permintaan bosnya itu.
"Kenapa dengan Rossa? Bos nak apa?"
Firdaus senyap. Dia agak keberatan untuk meminta bantuan daripada Nani. Tetapi buat masa ini hanya gadis itu yang bisa membantunya. Plastik biru yang berisi kotak telefon bimbit dia serahkan kepada Nani yang mulai kebingungan.
"Saya nak awak bagi ni pada Rossa"
Dahi Nani berkerut. Serentak itu, plastik biru itu dia ambil dari pegangan Firdaus.
"Saya rasa, awak tahu kan apa yang terjadi antara saya dan Rossa? Sebab saya pasti sangat yang Rossa ada cerita pada awak"
Nani mengangguk tanpa sepatah bicara. Biarlah dia menjadi pendengar sahaja. Risau pulak kalau menyampuk, dia akan terlebih cakap di hadapan Firdaus.
"Dalam tu ada handphone. Saya beli baru untuk Rossa. Dan ada sim card sekali. Saya dah save nombor saya dan nombor awak dalam tu. Supaya senang Rossa nak contact awak kalau dia perlukan apa-apa.Dengan keadaan kami yang macam ni, saya hanya boleh harapkan awak sorang je Nani. After all, you're her best friend! Tapi awak kena make sure yang umi tak tahu pasal handphone ni. Risau pulak kalau umi rampas handphone yang ni pulak" Firdaus menjelaskan duduk perkara sebenar.
Nani mengangguk lagi. Dia mulai memahami maksud kata-kata Firdaus itu. Tidak kiralah apa pun yang akan terjadi, dia pasti akan membantu Rossa dan Firdaus. Kerana dia kasihankan nasib mereka. Lagipula, Rossa itu memang sahabat baiknya.
"Nanti saya jumpa Rossa. Dan bagi ni pada dia"
Kata-kata Nani mengundang senyuman kecil di bibir Firdaus. Dia senang hati menerima kesudian Nani untuk menolongnya.
"Thanks Nani. Saya betul-betul hargainya" ucap Firdaus tulus. "Err, awak ada terima top up RM50 pagi tadi?"
Kening Nani bertaut. Takkanlah bos yang sponsor top up aku? Kepalanya terangguk-angguk meskipun hatinya mula tertanya-tanya.
"Ada bos. Tu bos ke yang top up?"
"Aah. Saya yang top up kan. Sebagai ganti kredit awak yang Rossa guna semalam"
"Ehh bos! Jangan salah sangka. Saya tak pernah mintak pun bos atau Rossa bayarkan. Saya ikhlas bos" Nani berasa kurang senang.Niat dia seikhlas hati hendak membantu Rossa dan Firdaus. Tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan.
"Saya pun ikhlas bayarkan. Takde hal lah tu. Bantuan awak lebih berharga daripada RM50 tu. Oh ya, lupa pulak saya nak bagitau. Tengah hari nanti, saya akan fly ke Indonesia dengan Yunus. Sepanjang ketiadaan saya, saya harap sangat awak boleh tengok-tengokkan Rossa untuk saya. Hiburkan hati dia. Dan kalau ada apa-apa, just give me a call"
Titipan Firdaus itu, Nani sahut dengan anggukan kepala. Meskipun tiada pesanan itu daripada Firdaus, dia tetap akan melawat Rossa dan meluahkan segala rasa pada gadis itu. Dia selesa dengan Rossa.
Bibir Firdaus merekah dengan senyuman. Lega kerana hal yang satu itu sudah selesai. Kini, tidak perlulah dia risau kerana ada Nani yang boleh dia harapkan.
ROSSA membuka kotak telefon bimbit itu dengan perasaan penuh teruja. Sebentar tadi, Nani sempat singgah ke rumahnya untuk menyampaikan pesan daripada Firdaus.Walaupun hatinya sedih melepaskan Firdaus ke Indonesia, namun dia harus belajar kuat. Itu janjinya pada Firdaus.
Bibir Rossa dihiasi dengan senyuman tatkala menerima telefon bimbit jenama Huawei itu.Bunyi mesej yang masuk segera dia tatap. Senyumannya semakin melebar saat menerima pesanan WhatsApp daripada Firdaus.
'Assalamualaikum sayang. Agaknya, si kecil Huawei ni dah sampai ke tangan tuannya yang jelita lagi dirindui'
Rossa sebak. Entah kenapa bait-bait kata dari Firdaus cukup mengharu-birukan perasaannya.Mudah saja dia tewas pada emosi semenjak akhir-akhir ini.
'Waalaikummussalam abang. Si kecil Huawei kiriman pujaan hati sayang sudah selamat tiba ke sisi. Terima kasih untuk hadiah ini. Sekurang-kurangnya dapat mengubati lara rindu di hati buat suamiku tercinta'
Ada serombolan airmata yang berpusu-pusu memasuki ruang mata lalu jatuh bertempiaran di wajah. Sebu hatinya saat menaip mesej tersebut untuk Firdaus. Dia benar-benar rindu pada lelaki itu. Hatinya kepinginkan lelaki itu, bicara romantisnya yang sentiasa membuat Rossa gagal mengawal perasaan. Mereka jauh terpisah sedangkan hatinya begitu meronta-ronta untuk berada di sisi sang suami.
Mesej daripad Firdaus diterima lagi. Rossa membuka peti notifikasi lalu membacanya.
'Sabarlah ye sayang? Kita sedang diuji. Percayalah, kasih sayang Allah itu lebih luas dari apapun yang ada di muka bumi ini. Abang akan fly ke Indonesia about 2 hours. Sekarang nak masuk departure hall. Nak get ready. Sayang take care ye? I love you always'
Teresak-esak Rossa menerima mesej itu. Dia berbaring di atas katil lalu menggapai foto Firdaus yang diselitkan di bawah bantal. Wajah itulah yang selalu menemani tidurnya. Menghanyutkan dia dalam lenanya mimpi. Mata terpejam dan saat itu wajah Firdaus terbayang-bayang di tubir mata.
Rossa terlelap sambil memeluk gambar Firdaus. Dalam kelenaan itu, airmatanya mulai surut sedikit demi sedikit.
"NANI! You buat apa kat sini?" Tersentak Umar melihat kedatangan Nani di gudang itu. Semenjak mereka terpisah bangunan, dia tidak pernah melihat bayang-bayang Nani di situ.
"Nak jumpa kau kejap" Wajah Nani keruh. Suaranya mendatar. Dia menapak ke hadapan, jauh sedikit dari pandangan mata pekerja yang lain.
Umar sudah berdiri di belakang Nani. Dia cuak melihat riak serius gadis itu. Dan intonasi suara gadis itu juga menjelaskan bahawa ada sesuatu yang telah terjadi.
"Ada apa ni Nani?" Bahu Nani disentuh lembut. Serentak itu, Nani menepis kasar tangan Umar lalu menoleh ke belakang.Hampir saja dia hilang kesabaran hendak menampar pipi itu. Namun ditahan sebaik mungkin amarah yang kian menggila.
"Cerita apa yang kau buat pasal kita haa?!" bentak Nani. Matanya tajam merenung ke dalam bebola mata Umar.
Umar menelan liur. Inikah puncanya Nani berubah sikap terhadapnya?
"I cuma cakap yang kita berdua rapat dan..."
"Kita nak kawen? Itu kan yang kau hebah satu company" celah Nani sambil memeluk tubuh. Bosan pula melihat wajah cemas Umar di hadapannya saat ini. Tidak gentleman langsung! Dia malu apabila ada yang bercakap-cakap mengenai dirinya dalam diam. Sedangkan dia seorang perempuan. Maruahnya seakan diinjak-injak. Inikah perasaannya apabila dia juga suatu masa dahulu gemar mencari tahu dan mengorek rahsia mengenai hal peribadi seseorang? Dia alpa dengan maruah mereka yang aibnya terbuka. Kini, semuanya berbalik ke arah dirinya. Arghhh kacau!!
"Errr, Nani.. I can explain!" Suara Umar masih seperti tadi, lembut dan penuh perisa.
"Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukanlah! Aku tak pernah cakap pun yang aku terima lamaran kau. Kita jadi rapat, tak semestinya aku sukakan kau! Kau lelaki, takkan tak boleh sabar dengan seorang perempuan?" Amarah Nani sudah meletus.
Hati Umar sebak. Kenapa Nani tega berbicara menyakiti hatinya? "I... okay! I mintak maaf kalau I buat cerita yang bukan-bukan pasal kita. I mengaku, I cuma cakap yang kita nak kawen. Tu je! Takde yang lain. I buat semua tu sebab I betul-betul sukakan you!"
"Yeke kau sukakan aku? Atau ada sebab lain? Dulu kau kan suka buli aku! Mentang-mentanglah aku fresh graduate dulu, sesuka hati kau je arah aku buat itu ini! Sekarang, cakap sukalah apalah!"
"I buat semua tu sebab I nak ambik perhatian you! Takde sebab lain. Kenapa you nak persoalkan apa yang ada dalam hati I? You tak percayakan I ke?"
"Yes, I don't believe you! Aku ni kasar, dah macam lelaki. Pernah ke nampak aku pakai baju kurung? Atau pakai macam ladies? Mana ada lelaki nak kat aku? Ke kau memang sengaja nak mainkan aku? Lepas puas pakai, kau buang aku!"
"Nani! I tak sangka fikiran you seburuk tu terhadap I! Ye, memang you kasar. Macam lelaki. Tak pernah dress up macam perempuan. Bercakap pun main ikut mulut je! Tapi I tetap suka you. I tetap tertarik dengan you. Sebab you lain dari perempuan lain. You jujur, tulus, apa yang you rasa, itu yang you luahkan. You tak hipokrit. But behind all those things, I really like you!" Geraham Umar bergerak-gerak. Semakin dia sabar, semakin pula gadis itu memancing kesabarannya. Tidak cukup ikhlaskah dia pada Nani selama ini? Dia pernah bercinta dan berkenalan dengan banyak wanita. Tidak dinafikan, kesemuanya memang cantik. Tetapi kecantikan Nani lebih natural berbanding mereka. Makanya itulah dia menginginkan Nani. Namun kenapa Nani mempertikaikan perasaannya?
Nani terkesima. Ohmyyy! Apa kena dengan aku ni? Cepat sangat melatah!
"Kalau you tak suka I, you cakap baik-baik! Tak perlu you nak menolak I dengan cara memalukan I macam ni! I kecewa dengan you Nani! I though you're different" Ada nada kecewa pada hujung bicaranya. Umar mengeluh. Jika Nani sudah menolak, apakan dayanya untuk terus meraih? Langkah longlai dia atur ke bilik stor. Menapak di situ dengan bebanan fikiran yang sarat.
Nani terdiam sudahnya. Menyesal pulak dengan mulut yang sesuka hati menembak orang! Apa akan jadi dengan hubungan mereka selepas ini? Arghhh!
Share this novel