82

Romance Completed 28168

"ABANG peninglah sayang! Mencucuk-cucuk je rasa ni" komplen Firdaus dengan derap kaki laju menapak ke arah katil. Dibaringkan tubuhnya di situ.
"Abang nak makan ubat tak?" saran Rossa. Dia sudah melabuh duduk di sebelah Firdaus. Belas juga hatinya melihat keadaan Firdaus itu. Belum pernah lagi suaminya sakit sepanjang perkahwinan mereka. Seingat dia, Firdaus seorang lelaki yang kuat dan tegar.
Soalan Rossa dijawab dengan gelengan kepala. Dia benar-benar rasa letih dan hanya inginkan rehat. "Abang nak rehat"
"Okey, abang tidurlah ye? Rossa buatkan bubur untuk abang"
"Temankan abang" Tubuh Rossa ditarik rapat ke sisi. Rossa tidak melawan. Dipatuhi saja permintaan Firdaus itu. Dapat dia rasakan eratnya pelukan Firdaus itu.
"Sayang.." panggil Firdaus. Jari-jemarinya bermain dengan rambut ikal Rossa.
"Ada apa bang? Abang nak apa-apa ke?"
"Abang rasa bersalah"
Dahi Rossa berkerut seribu.
"Pada Aina" sambung Firdaus lagi. Terbayang-bayang akan pergaduhan mereka semalam. Dia benar-benar menyesal di atas keterlanjuran bicara sehingga sanggup melukai hati Aina. Padahal Aina itu masih lagi isterinya yang sah. Bahkan selama ini, dia tidak pernah melayan Aina dengan baik. Aina tidak berbuat apa-apa kesalahan, hanya kerana terlalu mencintai dirinya, dia sudah lupa pada dosa dan pahala.
"Dia dah selamat kat sana. Kita doakan saja untuk dia. Lagipun, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Takde sorang pun yang akan terlepas dari kematian. Bezanya, waktu dan masa je" nasihat Rossa sambil mengeratkan lagi pelukan Firdaus.
Dia lihat mata Firdaus kemerahan. Dia tahu, Firdaus sedang menangis dan berduka. Diusap belakang Firdaus dengan penuh kasih sayang. Setelah kepermegian Aina, Rossa belajar satu perkara. Di dalam hidup, tiada yang kekal abadi kecuali amal ibadat. Oleh itu, belajarlah untuk saling menyayangi sesama manusia. Dan disebabkan itu juga, Rossa takut untuk kehilangan Firdaus. Walau apapun dugaan yang melanda selepas ini, dia akan tetap berdiri di sisi Firdaus.
"Sayang temankan abang. Abang tak nak sorang-sorang" ngongoi Firdaus dalam tangisan. Dia beralih sedikit lalu melepas lelah di atas dada Rossa. Damainya rasa hati apabila berada dalam pelukan Rossa. Lama-kelamaan, Firdaus terlelap dengan nyenyak.

PETANG itu, Rossa menerima kunjungan Ainida ke rumahnya. Kedatangan Ainida disambut dengan senyuman manis dan hati yang senang.
"Jemput minum kak" pelawa Rossa sesudah menghidangkan secawan kopi dan beberapa biji kuih di atas meja.
"Thanks" ucap Ainida dengan senyumannya yang memekar.
Rossa sudah melabuh duduk di hadapan Ainida. Keadaan sunyi sepi. Mata Ainida meliar memandang sekeliling. Puas juga dia mencari foto atau gambar Aina tetapi langsung tidak ketemu. Sekurang-kurangnya, foto perkahwinan Aina dan Firdaus ada dipamerkan tetapi tampaknya tiada satu pun yang kelihatan. Itu sudah cukup membuktikan bahawa tiada cinta di hati Firdaus buat Aina. Tetapi atas dasar apa mereka berkahwin?
"Sunyi kan rumah ni?" Ainida memecah ruang kesenyapan antara mereka.
Laju saja Rossa mengangguk. "Che Mon ke rumah mama. Firdaus pulak, sedang tidur. Kat rumah ni cuma kami bertiga yang duduk. Dulu, ada arwah Aina. Sekarang..." Rossa tidak meneruskan ayatnya. Jikalau ada Aina, pasti rumah mereka riuh dengan suara Aina yang membentak itu ini. Terkesan juga hatinya dengan ketiadaan Aina. Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya. Dia redha dan berserah pada Yang Maha Kuasa.
Tanpa sedar, mata Ainida sudah tidak mampu menampung kesedihan di hati. Laju saja mutiara jernih itu mengalir ke pipi. Apabila nama Aina disebut, hatinya pasti sedih.
"Kak" Rossa berubah posisi.Kini, dia lebih dekat dengan Ainida. Tangan Ainida disentuh. "Rossa mintak maaf atas semua yang telah berlaku. Rossa tak pernah mintak semua ni kak. Rossa tak pernah tahu..."
"Akak sepatutnya yang mintak maaf pada Rossa dan Firdaus. Aina selalu jahat pada korang. Akak sendiri tak pernah terfikir sejauh ni Aina bertindak. Sedangkan kita semua dah penuhi keinginan dia untuk bernikah dengan Firdaus" cantas Ainida, serentak dengan sedu-sedannya. Dia sebenarnya malu untuk berhadapan dengan Rossa dan suaminya. Kejahatan yang Aina lakukan sungguh mencemarkan maruahnya sebagai seorang penjaga kepada Aina.
"Akak malu dengan Rossa" Semakin kuat tangisan Ainida. Hatinya cukup terluka. "Malu dengan Firdaus. Akak tak mampu nak uruskan Aina padahal dia hidup dengan kakak dari kecik lagi. Akak dah gagal didik dia"
Rossa turut sama menangis. Tubuh Ainida segera dirangkulnya. Mereka sama-sama berkongsi perasaan hiba dan sedih itu.
"Akak tak pernah gagal pun didik Aina. Akaklah saudara perempuan yang paling baik pernah Rossa jumpa. Aina jadi macam tu sebab pilihan dia sendiri. Akak tak boleh salahkan diri sendiri" Rossa memperbetulkan fikiran Ainida sambil mengusap lembut belakangnya.
"Dan akak tak perlu malu dengan Rossa atau dengan Firdaus. Takde apa yang akak nak segankan. Kami faham keadaan sebenar. Dan apa yang berlaku, bukan salah akak. Kami tak pernah salahkan akak langsung"
Semakin meruntun hati Ainida mendengar ungkapan tulus dari Rossa. Dia tahu, Rossa seorang gadis yang baik dan penyayang. Pertama kali berjumpa dengan Rossa, dia tidak pernah salah anggapan mengenai gadis itu. Perilakunya cantik, seiring dengan wajahnya. Dan dia bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik Rossa dan Firdaus.
"Dan akak jangan pernah anggap yang akak berseorangan atau takde sesiapa dalam dunia ni. Akak masih ada kami untuk berkongsi segala rasa. Dan yang paling penting, akak ada Allah Yang Maha Segalanya. Dia akan permudahkan segala yang sulit. Akak kena percaya dan redha"
Ainida mengangguk kepala. Kata-kata Rossa dihadam sebaik mungkin. Terima kasih Ya Allah!

"TADI Kak Aini datang sini" Rossa memberitahu Firdaus yang baru saja menapak keluar dari bilik air dengan hanya bertuala paras lutut.
"Yeke? Dia datang sorang ke?"
"Aah" Kemeja lengan pendek berwarna putih diserahkan kepada Firdaus.
"Kenapa dia datang sini?" tanya Firdaus lagi. Kemeja yang Rossa berikan, dia simpan ke tepi. Tubuh Rossa ditarik dalam dakapan. Rambut Rossa yang mengurai diselak lantas leher jinjang itu dikucup.
"Abang!" dengus Rossa. "Abang pakailah baju dulu. Sejuklah. Dahlah abang baru lepas mandi. Badan pun tak habis lap lagi. Dah macam budak kecik!" bebel Rossa dengan wajah menyeringai.
Tergelak Firdaus dengan reaksi Rossa itu. Bebelan Rossa tidak dipedulikan. Bahkan dengan selambanya pipi gebu itu dicium berkali-kali.
"Abanggg!!" Rossa terjerit kecil. Firdaus ni tak menyempat langsung!
Firdaus menyudahkan tawanya. "Yelah-yelah mokcik!"
Wajah Rossa mencuka. Firdaus galak benar mengusiknya di saat dia benar-benar sedang serius.
"Nah" Firdaus menyerahkan sehelai tuala kepada Rossa.
"Nak buat apa?" tanya Rossa.
"Lap badan abang. Tadi cakap abang macam bebudak"
"Laplah sendiri. Ish, abang ni!"
"Tadi sayang yang cakap abang macam bebudak. Cepat!!" gesa Firdaus sambil duduk di sofa. "Bebudak mana pandai lap badan, lap kepala"
"Mengada!" omel Rossa tetapi laju saja tangannya patuh pada arahan Firdaus. Dia berdiri di hadapan Firdaus lalu mula mengelap kepalanya yang masih basah.
"Abang sayang Rossa" ucapnya seraya memeluk pinggang Rossa. Tertawa halus Rossa dibuatnya.
"Abang sayang baby jugak" Perut Rossa dikucup manja. Teruja benar dia hendak menyambut kelahiran bayi mereka. Melebar senyuman Rossa dengan kata-kata romantis Firdaus.
Firdaus melonggarkan pelukan lantas menarik baju Rossa sehingga ke paras dada.
"Abang buat apa ni?" Merona merah Rossa dengan perlakuan Firdaus.
"Nak tengok baby kita" sahut Firdaus lalu mencium perut Rossa.
Terburai tawa Rossa. "Laaa nak tengok macam mana. Kan masih dalam perut lagi"
"Takpe. Abang nak tengok jugak" Perut Rossa ditenung manja sambil tangannya mengusap lembut. "Abang tak sabar nak tengok perut sayang membesar. Terujalah!"
"Yeke ni? Ke abang nak perli Rossa?"
"Perli-perli pun, anak abang jugak dalam ni. Keturunan abang. Lepas ni, kita tambah keturunan lagi ye?" Firdaus mula memasang angan-angan.
"Abang nak baby lagi ke?"
"Of course!"
Rossa menepuk dahi. "Baby ni tak tengok lagi dunia luar, abang dah plan nak tambah lagi"
Tergelak Firdaus. "Sayang kan isteri abang? Dengar je cakap abang okey?" Perut Rossa dikucup lagi. Betapa sayang dan kasihnya dia pada wanita itu. Tidak kira berapa kuat dugaan yang mendatang, dia tetap sabar menahan setiap ujian tersebut.
"Okey" sahut Rossa perlahan. Dia sudah selesai dengan kerjanya. "Dah, abang pakailah baju. Jangan seksi sangat boleh tak?"
Nak tergelak Firdaus dibuatnya. "Kalau tak seksi, mana nak datang baby ni?" Perut Rossa diusap.
"Abang ni kann...." Membahang wajah Rossa dengan kata-kata Firdaus. Ada sahaja jawapan balas dari lelaki itu.
Baju putih yang dicampakkan ke tepi sebentar tadi, Firdaus gapai semula lalu dipasang ke tubuhnya. Kemudian, dia bergerak ke almari baju dan menarik seluar pendek paras lutut lalu dipakaikan segera. Sesudah itu, dia bergerak mendekati Rossa yang sedang sibuk membetulkan bajunya.
"Duduk sini dengan abang" Tangan Rossa ditarik untuk bersebelahan dengannya.
"Tadi Aini datang buat apa?" tanya Firdaus lagi setelah soalannya itu tidak dijawab sebentar tadi.
"Dia datang nak mintak maaf. Bagi pihak Aina" Rossa melentokkan kepalanya ke dada bidang milik Firdaus. "Sebab dah buatkan hidup kita kucar-kacir. Dan dia cakap, dia rasa malu nak berdepan dengan kita atas apa yang telah berlaku"
"Lepas tu, sayang jawab apa?" Rambut Rossa dimain dengan jarinya.
"Rossa cakaplah, takpe. Kita dah maafkan dia. Benda dah lepas kan? Takde siapa mampu ubah masa lampau"
"Bijak isteri abang ni" Dahi Rossa dikucup. "Sayang tak pakai losyen tu lagi ke?" Baru dia perasan yang bauan Rossa tidak memualkan tekaknya seperti selalu.
"Tak. Abang kan tak suka. Tak naklah Rossa pakai. Nanti tak dapat peluk abang macam ni" balas Rossa seraya mengetatkan pelukannya. Dagu lekuk Firdaus dikucup perlahan.
"Pandai goda abang" Hidung mancung Rossa dicuit Firdaus.
"Mestilah pandai. Kalau tak pandai, mana nak datang baby ni?" Rossa ulang kembali ayat Firdaus sebentar tadi. Laju saja bibir Firdaus mengekek ketawa.
"Pandai!" Pipi Rossa dikucup.
Ketawa keduanya bersabung.
"Abang, Rossa kesianlah dengan Kak Aini"
"Kenapa pulak?"
"Yelah, dia fikir yang dia tu keseorangan. Mesti dia sunyi sebab takde teman berborak lagi"
"Sayanglah jadi teman borak dia"
"Tapi Kak Aini tu macam segan je dengan Rossa. Mungkin sebab apa yang dah berlaku ni kot"
Firdaus mengunci bibir. Dia kurang tahu akan soal itu kerana dia tidak ketemu Ainida siang tadi. Tiba-tiba saja, akalnya muncul. "Kalau sayang kesian dengan Aini, abang ada satu cara"
Wajah Firdaus ditatap penuh harapan. "Apa dia?"
"Kalau abang kawen dengan Aini, macam mana? Sayang dapat jadi teman borak dia, abang dapat jadi suami dia.And she will have full package comes with two families. Sekaligus dia tak bersendirian lagi. So, sayang taklah rasa kesian pada dia lagi"
Bibir Rossa tertutup rapat. Wajahnya cemberut saja. Dia cemburu. Namun kali ini dia tidak akan melenting seperti kebiasaannya. Jika itu kehendak Firdaus, siapalah dia hendak menghalang? Kuasa talak dan poligami ada pada suami. Apatah lagi Firdaus memang mampu dari segala hal.
"Okey" jawab Rossa sepatah. Air matanya mula mengalir. Namun ditahan saja sebak di hati. "Rossa takkan halang abang untuk kawen lagi satu. Abang mampu dan abang ada hak" Rossa membenamkan kepala ke dada Firdaus. Wajahnya sudah basah dengan air mata.
"Hey sayang" Tubuh Rossa dihadapkan di hadapannya. Wajah Rossa didongak memandangnya. "Abang gurau jelah! Abang saja nak uji hati sayang macam mana. Abang tak sangka sayang berubah sejauh ni. Sayang tak macam dulu, suka tengking-tengking abang. Sekarang sayang lain sangat. Abang rasa happy sangat dengan perubahan sayang"
"A..abang main-main ke tadi?" Rossa mengesat air matanya.
"Aah. Takkanlah abang nak lukakan hati sayang lagi? Enough is enough! Abang tak nak orang lain. Abang nak sayang sorang"
"Jahat!" Dada Firdaus dipukul. Namun tangisan Rossa semakin jelas kedengaran. Dan Firdaus benar-benar buntu.
"Rossa takut nak kongsi abang dengan orang lain lagi. Walaupun mulut Rossa mengizinkan, tapi tidak hati Rossa. Rossa tak sanggup" luah Rossa jujur. Dia sudah merasa jarak terpisah itu ketika hadirnya Aina di antara mereka suatu masa dulu. Kini, dia tidak sanggup untuk melalui pengalaman itu buat kali kedua, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak sulung mereka.
Tubuh Rossa didakap Firdaus erat. Niatnya hanya hendak bergurau, namun Rossa menganggapnya serius.Mana mungkin dia melukai hati Rossa lagi. Cukup sudah kisah lalu mereka yang penuh dengan air mata. Kini, dia hanya inginkan kebahagiaan yang tiada penghujung buat rumah tangga mereka.
"I love you sayang. I love you so much!"

DUDUK Nani tidak senang dari tadi. Sejak dimaklumkan oleh Puan Normah tentang kedatangan calon mentuanya ke rumah, dia keresahan tak sudah. Dia tidak mahu berhadapan dengan Umran lagi. Dia tidak sukakan Umran dan tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan lelaki itu. Tetapi bagaimana mahu menjelaskan perasaan sebenarnya pada Puan Normah?Mahunya dia ditengking dan dimarahi gara-gara menolak rancangan tersebut.
Namun Nani tidak punya pilihan. Dia harus tetap mendepani Puan Normah dan menyatakan perkara sebenar. Biarlah dia dimarahi ketika ini daripada harus menanggung beban sengsara seumur hidup. Yang menyesal tak sudah nanti dirinya sendiri.
Nani menuruni anak tangga perlahan-lahan. Matanya memandang sekeliling. Terkejut benar dia dengan keadaan rumahnya itu. Jauh berbeza betul kemasannya! Dia menapak ke bahagian dapur pula. Pelbagai hidangan tersiap di atas meja makan. Dia tersenyum sendiri. Lagak Puan Normah tak ubah seperti menyambut bakal menantu sendiri. Ehh, memang bakal menantu pun! Persiapan yang mamanya buat memang tiptop dari A sampai Z! Ini baru je sesi perkenalan, kalau majlis kahwin, agaknya dua tiga buah rumah mama guna!
"Hisy, tak mandi lagi anak dara sorang ni!" omel Puan Normah sambil membawa beberapa biji buah. Taufiq ada di sebelah Puan Normah. Baru hari ini dia melihat kelibat sepupunya itu. Jika tidak, terperuk saja di tempat kerjanya.
"Bila kau sampai?" tegur Nani kepada Taufiq.
"Petang tadi" jawab Taufiq, pendek. Wajahnya bersahaja.Jambang mulai memenuhi wajah kacak itu. Tampang Taufiq kali ini tampak lebih matang dari sebelumnya. Takkan frust menonggeng kot? Sebab Rossa ke?
"Awak tu, bilanya nak mandi?" tegur Puan Normah lagi. Sibuk saja tangannya menyusun beberapa biji buah di atas talam berwarna keemasan itu.
"Errr, kejap lagilah!" Nani menggigit bibir. Dia berkira-kira hendak menyuarakan hasrat hatinya kepada Puan Normah, tetapi segan pula apabila Taufiq turut ada di sebelah.
"Jangan nak rosakkan plan mama ye!" Puan Normah awal-awal memberi amaran. Seolah tahu saja apa yang ada dalam fikiran anak gadisnya itu. "Mama dah banyak kali tolak lamaran kawan mama sebab Nani. Atas alasan, tak bersedia! But this time, you won't be able to escape!"
Muncung Nani sudah sedepa. Mahu saja dia menangis di situ, tetapi risau akan ditertawakan oleh Taufiq.
"Nani tak nak kawen ke maksu?" Taufiq mula soal siasat. Wajah mencuka Nani diamati. Mahu tergelak juga dia melihat wajah monyok Nani itu.
"Kamu tanyalah dia sendiri! Maksu ni dah pening nak nasihat dia, satu pun dia tak nak pakai! Kali ni, maksu nak dia pulak dengar cakap maksu"
"Alaa, Nani tak kenallah budak tu! Macam mana nak kawen kalau tak kenal?" protes Nani. Dia menampar bahu Taufiq tatkala sepupunya itu galak saja mentertawakannya.
"Sakitlah!" Taufiq mengaduh sambil menepis tangan Nani. Berbisa juga tamparan Nani walaupun tubuhnya melidi itu.
"Tak kenal?" Puan Normah menjungkit kening. "Habis tu, dia cakap dia kenal kamu? Siap tangkap cintan lagi!"
"Haaaa??" Terkejut Nani dengan kata-kata Puan Normah. Dia tak pernah bercinta dengan Umran, berjumpa pun hanya sekali saja.
"Kau nak tipu maksu ye?" Taufiq menduga. Matanya mengecil memandang Nani.
"Sibuklah kau!" Sekali lagi, tangannya hinggap pada bahu Taufiq, membuatkan lelaki itu mengaduh. "Mama, mana ada Nani bercinta dengan dia? Jumpa pun baru sekali! Penipu betullah si Umran tu!" Nani geram dengan penipuan Umran. Penumbuknya digenggam dan dilayangkan ke udara.
Puan Normah yang menyusun kuih-muih di dalam kontena kecil, memberhentikan kerjanya lantas memandang wajah Nani. Dahinya mengerut.
"Umran?"
"Haahlah! Umran. Nani tak pernah pun bercinta dengan dia. Mama dah kena tipu!" Bersungguh-sungguh Nani membela diri.
"Eh eh! Nama budak tu bukan Umran"
Terbeliak biji mata Nani. "Hahh? Habis tu?" Siapa yang dia jumpa tempoh hari?
"Nama dia Ibrahim. Tapi family dia panggil dia Ahim"
Menelan liur Nani dengan cerita yang dibawa oleh Puan Normah itu. Umran? Ibrahim? Ahim? Ehh, mana satu ni?!

"KENAPA kau tipu aku?" Nani menggumam sambil matanya tak lepas memandang Umran dan Umar silih berganti. Rupa-rupanya, Ibrahim yang dimaksudkan oleh Puan Normah adalah Umar. Nama sebenarnya adalah Umar Ibrahim. Argh! Sungguh Nani rasa tertipu apatah lagi setelah Umran dengan selambanya tertawa kecil dengan kata-katanya. Semakin mendongkol hatinya apabila mengingatkan pertemuan pertamanya dengan Umran tempoh hari.
"Sorry. Ni semua idea abang aku. So kalau kau nak marah, you can pass to him! I am out of this" Umran menyelamatkan dirinya sendiri. Melihatkan gaya Nani ketika itu, fahamlah dia akan kemarahan gadis itu. Dapat dia lihat betapa dalamnya rasa sakit Nani terhadap abangnya itu.
"Nani, I nak mintak maaf sebab buat semua ni. I cuma nak kenakan you..."
"Kenakan aku?" cantas Nani dengan matanya mencerlung tajam. Huhh! Hampeh punya Umar! "Dari office sampailah ke sini, kau kenakan aku kan? Kau memang jahat!" Hampir gugur air mata Nani dengan pengakuan berani Umar itu.
"Oopss, nampaknya aku kena gerak. Ada bom atom yang sedang menggeledak. Tunggu masa nak meletus je lagi!" Umran lantas mengundur diri dan membiarkan kedua mereka menyelesaikan permasalahan mereka.
Keadaan sunyi seketika. Nani duduk memeluk tubuhnya dengan sebuah helaan nafas. Bukanlah dia tidak suka dengan perjodohan antara mereka, tetapi dia sakit hati dengan cara Umar mempermainkannya. Kenapa tidak berterus-terang dari awal lagi? Kalau tidak, tidaklah perlu dia memprotes mama, di depan Taufiq lagi! Kini, jika dia bersetuju, pasti mama dan Taufiq akan mentertawakannya.
Umar tersenyum simpul dengan olahan Nani. Dia tahu, jauh di lubuk hati gadis itu, ada cinta sedang memekar untuk dirinya. Dia boleh nampak dari sinar mata Nani meskipun gadis itu enggan mengakuinya. Mereka sama-sama telah jatuh cinta namun ego membataskan pengakuan tersebut.
"Senyum kenapa?" tegur Nani setelah melihat Umar tersengih kepadanya. Suaranya agak menurun kali ini, tidak seperti sebelumnya. Emosinya kian stabil.
"Senyum tengok you" jawab Umar jujur.
Merona merah pipi Nani. Kembang kecup hatinya dengan pengakuan jujur Umar. Arghh! Bagaimana bisa hatinya menolak kehadiran lelaki ini jika cinta memang sudah bertandang untuknya?
Umar menarik nafas kemudian dilepaskan. Dia harus membuat Nani faham akan perasaannya. Dia tidak peduli akan jawapan Nani nanti. Yang penting, hatinya benar-benar ikhlas ingin memperisterikan Nani.
"Nani" panggil Umar romantis.
Meremang bulu roma Nani. Haishh, dia ni! Kalau hari-hari panggil camtu, memang esoklah jawapnya kena kawen ni!
"Hmmm?" gumam Nani. Mata keduanya bersabung.
"I tak tahu apa yang you rasa. But honestly speaking, I am truly falling in love with you. I suka tengok cara you. Penampilan you, gaya you. Dan I tak kisah apa orang cakap. Yang penting, apa yang I rasa. I betul-betul ikhlas nak memperisterikan you"
Tercengang Nani dengan kata-kata Umar. Namun hatinya turut sama terharu. Pantas sajalah Puan Normah berkata mereka saling kenal. Rupa-rupanya calon suaminya adalah si sotong Umar yang selalu cari gaduh dengannya dulu. Inikah jodoh?
"Bila I dapat tahu mama I nak satukan I dengan gadis yang I tak kenal, I selalu gelisah. Sebab I nak kawen dengan you, dan bukan dengan pilihan mama I. I selalu berdoa agar Allah permudahkan urusan I dan hati I. And I didn't expect that it turned out to be you.
I dapat tahu pun masa I datang bertandang ke rumah you. Masa tu, I tengok gambar you dengan family you. Dan I tanya mama you. Dan betapa happynya I bila I dapat you rupa-rupanya gadis yang mama I dok kenenkan dengan I. Masa tu, I terus cakap yang I kenal you. And I'm serious about our relationship" terang Umar dalam tenang. Lega rasa hatinya setelah dapat meluahkan segala-galanya.
Terkedu lidah Nani dengan cerita Umar. Patutlah dia dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan calon suaminya. Rupa-rupanya selama ini mereka memang saling jatuh cinta. Tetapi hanya ego untuk mengaku. Arghh, takdir Allah tiada siapa dapat menduga!
"Nani, please accept my proposal. Please say yes"
Wajah Nani membahang. Hatinya berdebar. Kala itu, hatinya sempat berbisik, 'Nani, he's the one!'

"ABANGGGGG!!!" Dari luar bilik, Rossa terjerit memanggil suaminya. Dia benar-benar tidak menyangka akan menerima berita baik pada awal pagi itu. Sahabat baiknya, Nani bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun nanti. Itu pun dengan pilihan hatinya sendiri. Mulanya dia bingung dengan berita tersebut kerana seingat dia, Nani tidak pernah menyukai Umran. Tetapi setelah diceritakan hal sebenar, barulah dia faham. Gembiranya dia dengan perkhabaran tersebut!
"Kenapa sayang? Ada rasa apa-apa ke dalam perut? Baby menendang ke? Sayang sakit pinggang? Atau..." Tergopoh-gapah Firdaus berlari keluar dari bilik air setelah dikejutkan dengan jeritan Rossa. Risau tidak kepalang lagi hatinya jika sesuatu terjadi ke atas diri Rossa.
Terburai tawa Rossa dengan aksi panik suaminya. Apatah lagi Firdaus hanya mengenakan boxer dan tidak berbaju. "Abang, Rossa okaylah! Baby pun tak apa-apa. Risau sangat abang ni" Kedua pipi Firdaus disentuh. Bahagianya apabila diladeni sebegitu oleh Firdaus.
"Suka tau buat abang risau" Cemberut wajah Firdaus. Dia bukan lagi risau, alih-alih tiada apa-apa yang berlaku. Dek kerana geram dengan reaksi Rossa, dipeluknya erat pinggang isterinya itu.
"Abang!" Rossa terjerit kecil.
Firdaus tergelak. Pipi gebu Rossa menjadi sasaran bibirnya. "Kenapa jerit-jerit ni? Terkejut abang tau"
"Sorry" Bibir Firdaus ditindih. Sengaja dia pamerkan aksi begitu bagi memujuk hati sang suami.
"Nasib baik pandai pujuk" ujar Firdaus lalu mengucup ubun-ubun Rossa. "What's wrong sayang?"
"Abang, Nani nak kawen!" Teruja betul Rossa menyampaikan berita tersebut. Wajahnya ceria sahaja.
"Really?" Ternyata, Firdaus juga kaget dengan berita tersebut. Setahu dia, Nani tidak begitu mahir apabila bersangkut-paut dengan hal lelaki. Inikan pula bercinta dan mendirikan rumah tangga. Tetapi siapa bakal suami Nani? Umran ke?
"Aah" Rossa mengangguk sambil tersenyum. Wajahnya benar-benar tampak ceria.
"Siapa calon suami dia? Umran ke? The guy that day?"
"Nope! Dia kawen dengan Umar"
Tersentak Firdaus. Ternyata, berita yang dibawa oleh Rossa benar-benar membuatkan dia terperanjat.
"Umar? Umar Ibrahim? Staf abang dari bahagian gudang tu?" Seakan tidak percaya, kerana setahu dia, mereka berdua tidak pernah sebulu.
Laju saja Rossa mengangguk. Dia juga seperti Firdaus, terkejut dengan berita itu tetapi kalau sudah jodoh, tiada siapa dapat menduga.
"Hebatnya percaturan Allah!" Firdaus memuji. "Dulu, diorang tu selalu je gaduh. Pantang bertembung, ada je yang tak kena. Satu company dah tahu siapa Umar dan Nani. Bukannya pernah sebulu. Macam anjing dengan kucing. Tapi tak sangka, diorang dah nak kawen!"
Tergelak Rossa dengan cerita Firdaus. Betullah, Nani selalu tak suka pada Umar. Katanya, Umar tu kaki penyibuk, sotong, kaki pengampu dan macam-macam lagi gelaran yang Nani berikan pada Umar. Tapi tak sangka, lelaki itu jugak yang berjaya tundukkan ego dia! Benarlah kata orang, jangan terlalu membenci, takut nanti jatuh sayang!
"Itulah jodoh namanya bang! Aturan Allah, lebih baik dari perancangan kita"
"Macam kita kan? Dulu sayang benci sangat kat abang, sekarang kalau abang takde kat sebelah, sayang tak boleh tidur!" tukas Firdaus, diiringi tawa kecilnya.
"Abang ni.." Rossa memuncungkan bibirnya. "Janganlah ungkit kisah dulu. Malulah Rossa" Apabila diingatkan kembali, betapa teruknya layanan yang dia berikan kepada Firdaus. Sehingga sanggup dia menafikan hak Firdaus sebagai suami. Tetapi kerana kesabaran dan ketabahan Firdaus, akhirnya hati Rossa mampu menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Lagipun, dia juga sudah menerima hukumannya dulu. Berada di dalam 'penjara' Fahmi membuatkan dia lebih menghargai suaminya. Sesungguhnya, hati manusia itu kepunyaan Allah kerana Dialah yang berhak membolak-balikkan hati makhlukNya.
Firdaus tergelak. Pelukannya diperketatkan. Dahi Rossa dikucup mesra. "Mana ada abang ungkit. Abang bagitau je"
"Yelah-yelah" Rossa mengiyakan. "Tapi kan bang, Rossa happy sangat tengok Nani tu" Wajahnya kembali ceria dan teruja. "Rossa betul-betul tak sangka yang Nani kawen jugak. Dulu dia tak suka hal-hal lelaki, perasaan apa semua ni. Tapi tengok sekarang..."
Terburai ketawa Firdaus dengan kata-kata dan reaksi Rossa itu. "You're too obsessed with your Nani, aren't you?"
Kening Rossa bertaut. "Pardon?"
"Sayang perasan tak, kalau sayang bercerita hal Nani kan, wajah sayang tu ceria semacam je. Teruja, happy, macam menang loteri! Sayang nampak taksub sangat dengan Nani"
"Alaa, dia kan kawan Rossa. Mestilah Rossa happy untuk dia. Excited gila nak tengok Nani tu bersanding"
"Haha. See? I've told you!" Tubuh Rossa dipeluk. Dia faham dengan persahabatan di antara Nani dan isterinya. Seperti mana Rossa bahagia, seperti itu juga perasaannya.
Tubuh Firdaus ditolak. "Abang tak mandi lagilah! Pergilah mandi dulu"
"Jom, kita mandi sama. Sayang pun belum mandi kan?" Firdaus tayang senyum nakal.
"Tak naklah! Abang mandilah sorang-sorang!"
"Tak baik ingkar cakap suami. Tahu tak, Nabi kita dulu selalu mandi dengan Aisyah, isteri dia tu. Mandi bersama ni dapat mengeratkan lagi keintiman suami isteri"
Wajah Rossa mencuka. Dia tahu niat Firdaus itu. Sejak dia berbadan dua, Firdauslah yang selalu extra manja dengannya. Asyik nak berkepit saja! Hilang saja dia dalam pandangan mata, pasti Firdaus bagai nak gila mencarinya! Adakalanya, belum pukul 2 petang, suaminya sudah terpacak di hadapan pintu rumah. Jika malam pula, seawal jam 9 mereka sudah di bilik. Haihhh! Naik pening dia melayan karenah suaminya. Itu nasib baiklah di rumah mereka sendiri. Kalau di rumah mama atau umi, agaknya teruk dia disakat!
"Jom! Abang angkat sayang" Tubuh Rossa sudah dicempung masuk ke dalam bilik air.Rossa terpaksa menurut kerana Firdaus kini sudah pandai hendak merajuk dengannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience