DENGAN langkah yang berhati-hati, dia bergerak mendekati seorang perempuan yang sedang berusaha membuka tombol pintu. Perempuan yang berbaju kurung tersebut tidak menyedari akan kehadiran lelaki yang dari tadi memerhatikannya.
Dengan sekilas, lelaki tersebut menyerang perempuan itu dari arah belakang dan menutup mulutnya dengan sehelai kain perca. Tidak menunggu terlalu lama, perempuan tersebut terus pengsan dalam dakapan lelaki bertubuh kurus kering itu.
Sebuah senyuman sinis tersungging di bibir lelaki tersebut. Senyuman kemenangan kerana mangsa pertama berjaya ditundukkan.
Sambil mengheret tubuh perempuan tersebut sehingga ke dalam kereta, saat itu juga matanya melilau sekeliling, risau jika ada yang ternampak akan kelakuannya.
Line clear! Dia tersenyum puas!
FIRDAUS memarkir kereta di hadapan rumah. Setelah yakin dengan penampilan diri, dia menapak keluar dari kereta lalu bergerak ke pintu rumah. Di dalam tangannya ada sekuntum mawar merah. Salam diberi dan dengan sekejap saja, tersembul wajah Mak Nab di sebalik ruang tamu.
Mak Nab menyambut kedatangannya dengan sebuah senyuman di wajah.
"Masuklah Fir. Umi Za dengan Rossa ada kat atas. Duduklah dulu. Nanti Mak Nab panggilkan diorang" pelawa Mak Nab, ramah.
Firdaus mengangguk. Duduk melabuh punggung namun belum sempat berbuat sedemikian, Rossa sudah menghampirinya.
"Awak sihat?" Wajah Rossa yang pucat dipandang tanpa henti. Rossa mengangguk lemah.
"For you" Sekuntum mawar merah diserahkan kepada Rossa. Namun hulurannya tak disambut.
"Mawar?" Rossa senyum kelat. Teringat suatu ketika dulu lelaki itu selalu memanggilnya dengan nama 'Mawar'. Kini, nama tersebut sudah hilang dari pendengarannya.
"Thanks" ucap Rossa mendatar sambil menyambut mawar tersebut. "Kenapa awak datang sini?"
Firdaus terasa liurnya kelat. Soalan tersebut seolah menunjukkan ketidaksudian Rossa menerimanya.
"I came to pay you a visit. To check on you"
" Saya okey"
"No, you're not! Ada sesuatu yang mengganggu awak. Mind to share?"
Rossa diam. Firdaus tak pernah berubah. Masih saja selalu mengambil berat akan dirinya. Haruskah dia berterus-terang mengenai berita yang disampaikan oleh Nani? Atau dia berdiam diri saja? Tetapi dia yang pusing sendiri. Memendam perasaan seperti itu menyeksa batin dan zahirnya.
"Saya nak tanya pasal kes yang berlaku di syarikat" Tampang Rossa serius menatap wajah Firdaus.
"Ohh" Firdaus cuba berlagak selamba dan tenang. Tidak disangka Rossa sudah mampu menghidu akan perkara itu. Teringat kembali perbualannya dengan mama semalam apabila isu itu dibangkitkan.
"Mama nak Fir selesaikan masalah ni secepat mungkin! Mama tak pernah salahkan Fir atas apa yang berlaku. Bahkan mama tak akan halang kalau Fir nak kawen dengan pekerja sendiri. But please, fix this immediately! Mama tak nak pihak Board Management menagih jawapan untuk masalah ni..."
Firdaus mengeluh. Kata-kata mama menguasai fikirannya. Ada satu saja jalan penyelesaian di semua permasalahan ini, mengahwini Rossa! Tetapi malangnya gadis tersebut terlalu keras hatinya.
"Hmm masalah tu.. I'll fix it! Don't worry. Awak kat rumah ni rest je okey? Don't think too much about it. Nanti awak semakin sakit" tutur Firdaus sambil tersenyum manis.
Rossa tidak puas hati. Dia ingin megetahui kisah sebenar, bukannya sebaliknya. Firdaus ini tak habis-habis hendak bermain tarik-tali!
"Kenapa awak tak nak bagitau saya? I deserve to know. Sebab benda ni melibatkan saya, maruah saya!" Rossa hampir diamuk amarah. Firdaus mendengus. Gadis di hadapannya itu bukan lagi Rossa, tapi tak ubah seperti singa yang kelaparan!
"Okey-okey, saya bagitau awak! Just calm down! Jangan mengamuk macam ni! Ingat saya boleh terima ke semua tense ni, dengan awak yang buat perangai macam ni! Don't think of your own, please consider mine too!" Firdaus pula yang diserang amukan yang menggila. Berbicara dengan Rossa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi untuk kali ini, dia kalah! Rossa ibarat mengganggu ketenangannya dan menggoncang keimanannya yang semakin tipis.
Rossa mendiamkan diri. Pertama kali dia disergah sebegitu oleh Firdaus. Sungguh, bergetar ketakutan juga perasaannya melihatkan wajah dan kelakuan Firdaus itu. Wajahnya ketika marah, lebih menakutkan daripada wajah Bakri!
"Pihak atasan dah tahu benda ni. They thought we are having scandal. Kalau ikutkan dalam SOP, tak sepatutnya benda macam ni berlaku. Sebab dah melanggar etika pekerjaan" ujar Firdaus setelah keadaan kembali tenang. Dia lihat wajah Rossa keruh.
"But the more worst is, diorang ingat kita..." Firdaus berjeda. Terasa sekat ayat-ayatnya di kerongkong saat itu. Risau pula dengan penerimaan Rossa sekiranya dia menuturkan ayat seterusnya.
Rossa mngerutkan dahi. Wajah Firdaus dijamah beberapa kali. "Diorang ingat apa?" gesa Rossa.
"Diorang ingat kita buat benda tak senonoh dalam stor gudang. Sebab ada yang nampak kita berdua dalam tu, with the door locked!"
"Rossa!"
Jeritan yang bergema di seluruh ruang itu mengejutkan Rossa dan Firdaus. Mereka menoleh ke arah suara lantang itu. Wajah serius Umi Za singgah di tubir mata.
Firdaus dan Rossa kaget!
"UMI, percayalah. Takde apa pun yang berlaku antara Rossa dan Fir. Kami tak buat apa-apa" Rossa membela diri. Pening di kepala semakin terasa bisanya. Kalau dia tidak mampu mengawal diri, mungkin tubuhnya sudah rebah ke lantai saat ini.
"Umi tak percaya! Apa yang korang berdua buat dalam bilik stor? Umi dengar semua perbualan kamu berdua!"
"Semua tu salah faham je umi! Benda ni akan dapat diselesaikan. Fir akan usaha" Firdaus pula menyampuk.
Umi Za senyap. Dia cuba menenangkan hati yang dari tadi berkecamuk. Dia tertekan dengan keadaan yang menimpa Rossa. Kini, muncul pula masalah baru. Dan kali ini, ia melibatkan maruah dan harga diri Rossa. Sebuah keluhan berat dimuntahkan. Dia tahu, hanya ada satu jalan penyelesaian bagi mengatasi semua permasalahan ini. Dan sama ada Rossa setuju atau tidak, dia tetap dengan keputusannya. Sementelah semua ini juga berkait dengan amanah arwah Bakri.
"Umi..ampunkan Rossa. Jangan berdiam diri macam ni" Rossa hampir hendak menangis. Kesenyapan Umi Za menerangkan kemarahan wanita itu.
Firdaus sudah tidak berkutik. Jika Rossa tidak mampu memujuk ibu kandungnya sendiri, apatah lagi dia!
"Umi kecewa dengan Rossa"
Empangan di tubir mata Rossa pecah jua akhirnya. Kata-kata itu sangat memecahkan-belahkan kepingan hatinya. Pertama kali, dia berasa tidak berguna di hadapan ibu kandungnya.
"Umi..."
"Kalau Rossa nak buat hati umi tenang, Rossa kena kawen dengan Fir!"
Rossa mengangkat wajah. Hatinya hampa mendengar permintaan umi. Itu yang ingin dielakkan, tetapi itu juga yang dihampiri!
Firdaus bungkam. Dia kehilangan kata-kata. Sejujurnya, dia tidak mahu menambah beban di hati Rossa dengan hal perkahwinan mereka. Kerana itu akan membuat Rossa semakin membencinya. Dan dia, tidak sanggup dibenci gadis itu!
"Ingat lagi kan pasal amanat terahir arwah Bakri? Dia nak Rossa kawen dengan Fir. Berdosa besar kalau kita tak tunaikan hajat arwah. Rossa nak tanggung dosa tu seumur hidup ke? Sekarang, hal macam ni pulak berlaku. Dan hal ni melibatkan maruah Rossa. Sekurang-kurangnya kalau Rossa kawen dengan Fir, orang takkan mengata lagi. Rossa tu perempuan. Orang akan mengeji kalau maruah diri dipijak-pijak. Umi tak nak dengar apa-apa lagi dari Rossa. Sama ada Rossa setuju ataupun tak, hujung bulan ni Rossa akan kawen jugak dengan Fir!"
Usai menuturkan itu, Umi Za berlalu ke tingkat atas. Dia tidak mahu lagi berlembut dengan Rossa. Hasilnya, anaknya itu semakin besar kepala. Kali ini, biarlah Firdaus yang bertanggungjawab ke atas Rossa. Tidak bermaksud dia lepas tangan, tetapi sebagai pengajaran kepada Rossa juga.
Firdaus dan Rossa diam tak berkutik. Terlalu banyak yang bermain di fikiran mereka saat ini. Masalah semakin besar, dan ketenangan keduanya seakan diragut!
Share this novel