PANDANGANNYA jauh menerawang ke luar jendela. Kelihatan jalan raya tak pernah surut dengan lambakan pelbagai jenis kenderaan. Ternyata, bandaraya Kuala Lumpur tak pernah mampu senyap dari segala bunyi dan aktiviti.
Firdaus menyimpul senyum kecil. Barusan, dia bertemu kembali dengan Rossa setelah 3 bulan dia menjauhkan diri. Alasannya cuma satu, dia masih dihantui rasa bersalah kerana cuai dalam mengawali kenderaan. Jika bukan kerana kecuaiannya, pasti Bakri masih hidup saat ini. Dan sudah pasti, Rossa sedang berbahagia di samping lelaki itu.
Namun ada sebab lain dia menyepi selama ini. Dia sudah jauh ketinggalan dari arus agama. Berasa bersalah dengan arwah Bakri, dia juga rasa berdosa di atas kesilapannya dahulu. Terlalu banyak khilafnya. Terlampau tak terkira jahilnya dirinya suatu masa dulu. Kepermegian Bakri sungguh telah merubah segalanya di dalam hidup dia. Dia alpa, dia lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Dia lupa akan aturan hidup di dunia yang fana ini. Dan dia lupa tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi sementara ini. Untuk itulah dia mempersiapkan diri sebelum ajal menjemput. 3 bulan yang dia habiskan adalah untuk mempelajari lebih dalam lagi ilmu agama. Dia bermula dari bawah. Dan masih lagi terkotak-katik merangkak hingga ke puncak. Masih terlalu banyak yang ingin dipelajarinya. Dia risau jika tidak sempat bertaubat, sedangkan dosanya terlampau banyak di muka bumi ini.
Ketukan bertalu-talu di pintu menyentakkan dia. Lantas, diarahkannya pekerjanya masuk. Saat pintu terkuak, dia lihat Nizam menghampirinya. Bahunya ditepuk perlahan.
"Dah tengok keadaan syarikat?"
Firdaus mengangguk tanpa sebarang bicara.
"Kalau ada apa-apa yang kau tak faham,you can ask me"
"Thanks bro" ucap Firdaus. Segan sebenarnya apabila kerusi CEO berpihak kepadanya. Sedangkan selama ini adik iparnya itulah yang bertungkus lumus membangunkan syarikat.
"Truth to say, aku segan dengan kau" jujur Firdaus sambil tersenyum kelat. "Kau banyak jasa pada syarikat. Tapi aku pulak yang duduk kerusi CEO"
"Hey, jangan cakap macam tu. Ini bukan soal sapa berjasa pada syarikat. Tapi ini soal kebajikan syarikat. Kita sama-sama jaga syarikat. Ini peninggalan arwah papa. You deserve it!"
"Thanks a lot" ucap Firdaus seraya mengukir senyum.
ROSSA duduk termangu di dalam bilik tandas. Sedari tadi, dia bertapa di situ. Resah hatinya memikirkan keadaan yang berlaku saat ini. Kemunculan Firdaus tengah hari tadi benar-benar menambahkan kekusutan pada benaknya. Siapa sebenarnya Firdaus? Tiga bulan yang lepas Firdaus yang dikenalinya adalah bekas anggota polis. Kini, lelaki itu pula adalah majikannya. Sungguh dia keliru dengan identiti sebenar lelaki itu.
Rossa meraup wajah. Bertemu semula dengan Firdaus membuatkan hatinya serba salah, segan dan segala perasaan bercampur baur. Keadaan mereka sangat berbeza dirasakannya. Entah kenapa Firdaus yang baru ini mulai mendebarkan hatinya.
Dia tahu, sedikit sebanyak Firdaus juga merasakan hal yang sama. Kerana sewaktu lelaki itu berpampasan dengannya tadi, tidak sedikit pun mereka bertembung mata. Rossa menunduk wajah, Firdaus pula berlalu tanpa rasa.
Rossa menggigit bibir. Dia teringat akan kata-kata Firdaus sewaktu lelaki itu menyerahkan borang kerja kepadanya suatu masa dulu.
"Isi borang ni. Nanti dapatlah awak kerja tu"
Rossa kaget. Adakah Firdaus memang sengaja meletakkan dia di bawah pengurusan lelaki itu? Dan lelaki itu jugakah yang meluluskan permohonannya?
ROSSA menapak keluar dari bilik tandas lalu bergegas ke meja kerja. Terlalu banyak masa yang terbuang hari itu gara-gara memikirkan seketul Firdaus itu!
"Rossa" Saat melimpasi meja kerja Nani, dia terserempak pula dengan Anita, setiausaha di syarikat itu. "Boss nak jumpa you" pesan Anita sambil membetulkan kaca matanya yang bulat itu.
Rossa ternganga. "Boss? Boss yang mana?" Hatinya mula berubah rentak. Seperti mengetahui maksud kata-kata Anita itu.
"Ehh you ni! Boss mana lagi?! Boss kita yang segak bergaya tu lah!" Anita mengekek menutup mulut. Kemudian, dia menyambung lagi. "You tahu tak? I dengar boss kita tu garang. Tapi dalam garang dia, ada lembutnya tersendiri. Tapi I hairan kenapa dia nak jumpa you. Ehhh you ada terserempak dengan dia ke sebelum ni?" Anita separuh berbisik.
Rossa menelan liur, serentak itu dia menggeleng laju. Kenapa Firdaus nak berjumpa dengannya?
"Haaaa, korang buat apa ni? Bergosip tak ajak aku ye?" Nani mencelah di antara mereka.
Rossa mendongkol. Kalau Nani sudah mencelah, alamatnya jenuhlah bibirnya nak menjawab soalan demi soalan minah senget tu nanti! Arghh!
"Boss nak jumpa Rossa" Anita memberitahu tanpa selindung.
"Maigoddd! Kenapa boss nak jumpa kau? Weyy, kau ada buat salah ke kat bos?" Nani menyiku Rossa. Namun Rossa hanya mampu menggeleng kepala. Kenapa semua orang berasa hairan? Biasalah kan, kalau boss nak jumpa pekerja sendiri? Ada yang salah ke?
"Ataupun, kau ada apa-apa dengan boss?" Nani serkap jarang. Matanya mengecil memandang Rossa.
Rossa terkesima. "Ehhh, ke situ pulak kau!"
"Rossa, ada baik you masuk cepat. Jumpa boss!" arah Anita.
"Nanti kalau ada apa-apa, kau roger aku tau?" Nani pula mengingatkan.
Rossa menepuk dahi. "Yelah"
WAJAH MANIS Rossa ditatap tak berkelip. Hatinya berdebar. Ada suatu rasa yang mulai bercambah di hatinya buat gadis itu. Namun sayangnya, dengan keadaan mereka sekarang, tidak mungkin dia akan meluahkan rasa. Bimbang jika Rossa menuduhnya mengambil kesempatan lagi. Oleh itu,jalan yang terbaik adalah dengan mendiamkan diri dan mengikut aturan takdir sahaja.
"Awak sihat?" Pertanyaan pertamanya memecah kesunyian antara mereka.
Rossa yang menunduk wajah hanya mengangguk kepala. Nak jumpa aku sebab nak bertanya khabar saja ke?
"Hmmm" Firdaus mengangguk juga. "Baguslah kalau sihat"
Kemudian, ruangan pejabat tersebut sepi. Baik Firdaus mahupun Rossa, tidak ada yang mampu melontarkan kata-kata sesudah itu. Seolah-olah ada satu objek yang terlekat di tekak mereka yang menghalangi.
Firdaus sengaja berdehem. Entah kenapa, dia berasa janggal pula berhadapan dengan Rossa. Padahal sebelum ini, mereka sangat rapat.
"Kalau takde apa-apa lagi, saya nak keluar. Ada kerja yang mesti saya uruskan" Rossa bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Itupun dengan teragak-agak.
Firdaus mengetap bibir. Fikirnya, dia mahu berbual dengan gadis itu agak lama. Tapi kelu pula lidahnya hendak bersuara. Belum puas menatap wajah manis itu. Tiga bulan dia menahan diri daripada menghubungi Rossa. Namun tidak disangka, tempoh itu menjarakkan lagi hubungan mereka.
"Encik Azhan?" Rossa mengawang-awangkan tangan di hadapan Firdaus. Risau pula apabila lelaki itu hanya senyap.
Firdaus tersentak. Dia tidak sukakan gelaran itu. Jika orang lain yang memanggilnya sebegitu, dia tidak kisah. Tetapi tidak Rossa! Walaupun keadaan mereka sudah berubah saat ini, namun itu tidak akan mengubah apa-apa dalam dirinya. Dia masih Firdaus yang dulu, tempat untuk gadis itu meluah rasa. Dan dia tahu, Rossa tahu itu!
"You may go" Mendatar nada Firdaus. Wajahnya cemberut.
Rossa senyap. Tetapi dia teruskan langkah. Dalam pada itu, dia sempat berfikir kesalahan apa yang dilakukannya sehingga riak dan intonasi suara Firdaus berubah.
Hmm, dia memang sudah berubah! Rossa tersenyum kelat.
"HOW'S company?" tanya Datin Qasry. Ketika itu, mereka sedang menjamu selera bersama-sama. Nizam, Farah dan Adriana juga turut berada di situ.
"Okay, first day today. Staff semua okay. They are warm and very funny" Firdaus sempat mengekek. "Rasanya, Fir betah kat situ"
"Woww that sounds good! Lega mama dengar. Ingatkan Fir tak boleh sesuaikan diri"
"Mama kena percayakan Firdaus. He was doing great today" Nizam pula menyampuk, menyebelahi lelaki itu.
"I know. Not only Fir, but you too!"
"Sorry to interrupt, but his is dinner time! Masa dinner, boleh tak jangan cakap pasal kerja? Farah rimaslahh" adu Farah, sedikit merengek.
Firdaus tergelak. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, Farah semakin menerima baik kedatangannya. Dan mula menyokongnya dalam diam. Dia gembira kerana mereka sudah boleh bergurau-senda seperti selalu. Kini, hanya hati Nabila yang perlu dia ambil. Adik bongsunya itu agak keras orangnya. Sudahlah mereka jauh terpisah kerana Nabila menyambung pelajaran di pantai timur sekarang.
"Alaa, sekali sekala je! Lepas ni, tak buat lagi dah!" Nizam menyahut.
Mereka ketawa lalu mulai menghabiskan makan malam dengan penuh berselera. Firdaus mengucap syukur atas kurniaan yang tak terhingga ini.
HARI demi hari yang dilalui, dapat Firdaus rasakan bahawa Rossa seakan sengaja mengelak daripada bertembung dengannya. Ketika mesyuarat berlangsung, Rossa cukup bijak menyembunyikan gemuruh di dada dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hampir setiap hari mereka seperti itu. Firdaus mengeluh. Kenapa Rossa enggan memberi sedikit peluang kepadanya? Terlalu banyak yang ingin dia bicarakan.Namun kelakuan Rossa tak ubah seperti menganggap dia sebagai orang asing, padahal mereka cukup mengenali antara satu sama lain.
Petang itu, tepat jam 3, Firdaus mengarahkan Rossa untuk masuk berjumpanya. Dan dia tersenyum kemenangan apabila tiada bantahan yang diterimanya dari gadis itu.
"Masuk!"Garau suaranya mengarahkan Rossa untuk masuk.
"Hmm Cik Aleeyah Rossa! Just for today that I have a chance to meet you by face. If not, you were wandering around without noticing me"
Rossa terasa telinganya hangat. Sindiran Firdaus tepat menyucuk ke dasar hati. Apabila bertembung mata dengan Firdaus, dapat dia lihat senyuman mengejek lelaki itu. Menambahkan lagi bahang hatinya.
"Do help yourself" Firdaus mempelawa Rossa untuk duduk. Namun gadis itu menolak dengan gelengan.
"Are you sure? Because we will have a long chit-chat. I don't want you to feel that I am treating you bad or abusing you as you are new here"
Sindiran kedua itu mematahkan ego Rossa juga pada akhirnya. Kerusi ditarik lantas punggung dihenyak ke situ. Dan sekali lagi, senyuman kemenangan Firdaus terukir di wajah. Haihh!
"Good girl. Kalau dari tadi dengar cakap, kan tak bazir masa" tempelak Firdaus lagi.
Semakin berangat rasanya suasana saat itu. Firdaus hari ini suka sangat menyindirnya. Ada apa-apa ke kesalahan yang dia buat?
"Encik Azhan nak cakap apa? Saya nak siapkan kerja. Please, don't waste my time. Because I know you won't!" Kali ini, giliran Rossa pula bermain kata-kata.
Hati Firdaus sedikit tersentap menerima sindiran gadis itu. Tetapi dia tetap maniskan wajah di hadapan Rossa.
"Nothing's important! Just want you to know that I don't like it when you call me Encik Azhan!" luah Firdaus jujur.
Rossa tersentak. "But everyone here does!"
"I didn't mean it was you!"
Rossa senyap. Mulai memahami kata-kata Firdaus dan mencernanya di dalam otak. Firdaus tak suka dipanggil Encik Azhan..Habis tu nak panggil dia apa? Abang? Sayang? Fir? Matilanakkk! Kalau Nani tahu..
"But that's your title..."
" But still, I don't like it!" celah Firdaus.
Rossa mengeluh. Semakin hari, semakin sukar memahami kehendak Firdaus.
"Habis tu saya nak panggil apa?"
"Like you used to.."
"Tak nak!" bentak Rossa. Haihh gila ke apa lelaki ni?! Mereka itu bekerja di dalam satu bumbung. Bezanya, dia pekerja dan Firdaus majikan. Takkan nak panggil dia Firdaus di hadapan semua orang? Tak ke pelik? Lagi pening kalau Nani dapat tahu. Silap-silap haribulan, dia dituduh ada skandal dengan bos sendiri. Haihh,tak mahu aku! Simpang malaikat 44!
"Kenapa tak nak?" Firdaus cuba mengorek isi hati Rossa.
"Encik ni gilalah!" Tanpa sedar, perkataan itu yang terpancul. "Takkan saya sorang kena panggil Encik dengan nama Firdaus? Nanti orang fikir yang bukan-bukan"
Tiba-tiba saja, ketawa Firdaus bergema di dalam bilik itu. Rossa salah sangka rupanya. Tetapi salah dia juga kerana tak menerangkan duduk perkara sebenar.
Rossa mengerut dahi. Aku buat lawak ke?
"No, what I meant was.." Firdaus berjeda. Dari duduk, dia bangkit mendekati Rossa. Lalu menyandarkan diri di hadapan Rossa sambil berpeluk tubuh. "If only we are having conversation like this. Tapi kalau depan semua orang, awak panggil macam biasa je. Is that clear?"
Rossa mengetap bibir. Wajahnya sudah membahang. Malu dengan kesalahan sendiri.
"Saya tak suka kalau awak panggil saya terlalu formal kalau kita berdua macam ni. It feels... something is missing. Don't you think?" Firdaus sudah membengkokkan sedikit badan, dan bibirnya di cuping telinga Rossa.
Rossa kaget. Detak jantung mulai menyanyikan irama cinta. Dia tidak keruan apabila berada begitu dekat dengan Firdaus. Bau cologne lelaki itu melemahkan segala urat sendinya.
"Boss, ni dokumen yang..." Ayat Sheila, salah seorang pekerja di situ tergantung apabila melihat adegan di hadapannya. Wajahnya mencuka. Pintu terkuak luas.
Rossa bangkit dari duduk lantas menjarakkan diri. Dia mulai tidak betah dengan wajah kelat Sheila. Sejak dari mula-mula lagi, dia tahu Sheila tidak sukakan dirinya.
"Don't you know how to knock a door?" Firdaus beriak serius. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Sheila.
"So..sorry boss" Sheila mulai kecut perut. "Saya.. sa..saya dah ketuk pintu tapi boss tak dengar.." Sheila membela diri. Dikalihkan pandangan ke wajah Rossa. Dia mendongkol. Wajah polos Rossa menjengkelkannya. Berani dia goda Encik Azhan aku?? Tunggu kau Rossa!
"What brings you here?" Firdaus masih mengekalkan tempo suaranya. Serius dan tegas.
Sheila berganjak mendekati Firdaus lalu menyerahkan sebuah dokumen. Firdaus menyambutnya. "You may go. I'll check this later. Thanks" ucap Firdaus tetapi matanya masih fokus pada helaian dokumen tersebut.
Sheila mengangguk lalu akur pada perintah Firdaus. Rossa juga sama. Mulai hendak mengatur langkah tetapi tiba-tiba saja suara garau Firdaus mencelah.
"Not you, Rossa!"
Rossa mengeluh lantas mematikan langkah. Apa lagilah dia ni?!
"You stay..." pintanya tanpa menatap wajah Rossa.
Melihatkan semua itu, hati Sheila dihimpit kebencian. Perhatian Firdaus mula terarah kepada Rossa. Bukan itu saja, bahkan satu syarikat memuji kecantikan natural gadis itu. Sekaligus mencatatkan kedudukannya yang pernah meninggi suatu masa dulu di baris paling belakang. Jemu telinganya mendengar pujian demi pujian yang diberikan kepada Rossa. Argghhh!!
Sesudah Sheila keluar, Rossa mulai diserbu rasa bosan. Jari-jemari Firdaus sudah mulai sibuk menari-nari di atas papan kekunci komputer. Untuk apa Firdaus menahannya di situ? Tidak ada apa-apa kerja yang bisa dia lakukan.
"For how long you have to stand, being like a statue? Tak reti nak duduk?" tempelak Firdaus tanpa memandang wajah Rossa.
Seakan memahami kata-kata Firdaus, Rossa henyak punggung di hadapan lelaki itu.
"Nanti saya hantar awak balik. Nak jumpa Mak Nab dan umi"
Rossa menggigit bibir. Tak nak!! Berdekatan dengan Firdaus merimaskan dia, apatah lagi berdua-duaan seperti sekarang. Dia harus mencipta alasan untuk mengelak.
"Don't ever think of any excuses! Alasan apa awak nak bagi? Hmm?" Wajah Rossa dipandang kejap. Kalut gadis itu membela diri. Firdaus sembunyi senyum. "Awak tak drive hari ni. Kalau nak tunggu bas atau teksi, rasanya dah lewat. Sebab kita akan balik setengah jam lewat dari yang lain. Nak guna uber atau grab, bahaya. Sekarang macam-macam kes dah berlaku. So you choose" Firdaus senyum sinis, sengaja membakar lagi api kemarahan di dalam lava hati Rossa.
Rossa mendengus. Tiada pilihan selain bersetuju dengan usul lelaki itu. Sudahnya, dia hanya mendongkat dagu, menunggu dan terus menunggu Firdaus yang sedang sibuk dengan kerjanya.
"KENAPA Rossa lama sangat dalam tu? Boss marah dia ke?"
Pertanyaan Nani, Anita sambut dengan jongketan bahu. Walaupun dia mempunyai persoalan yang sama, tetapi tidak pula berani diluahkan.
"You tak payahlah sibuk hal boss! Nak kena sergah dengan boss baru diam ke?" ujar Anita pula. Dia sudah mengemaskan meja kerjanya dan bersiap hendak pulang.
"Aku musykillah! Takkan dari tadi tak keluar? Ke Rossa dah pengsan dalam tu?"
"Pengsan kenapa pulak?"
"Manalah tahu, boss marah dia kaw-kaw! Lepas tu dia pengsan!" Nani membuat kesimpulan sendiri.
"Pandailahh you! Kalau nak tahu sangat, kenapa you tak jenguk je Rossa kat dalam?"
Nani buat muka ketakutan. "Gila kau? Karang bukan Rossa yang pengsan, dengan aku-aku sekali! Heee buat hall!"
"Dah tu, kenapa nak sibuk hal diorang? Encik Azhan tu baiklah. Ada benda kot yang dia preach si Rossa tu. Rossa kan baru lagi? Tak payahlah fikir bukan-bukan"
Nani senyap. Ada benarnya kata-kata Anita. Tapi dia tetap tak puas hati.. hmmm...
"Korang tak balik lagi ke?" tegur Umar yang kebetulan melewati tempat itu.
Nani buat muka menyampah. Sejak pertama kali masuk bekerja, dia memang tak pernah sukakan Umar. Dulu, Umar gemar sangat membuli dirinya. Mentang-mentanglah dia waktu itu masih fresh graduate. Selamba badak aje kena buli dengan pekerja senior seperti Umar. Dan sehingga ke hari ini, Umar masih suka membuli dan mengusiknya. Eee rimassss!
"Kejap lagi. Tunggu Rossa" jawab Anita. Dia mula perasankan riak kurang senang Nani itu. Tercuit juga hatinya. Tadi bukan main lagi mulut murai si Nani tu bercakap! Sekarang terus diam sebaik sahaja berdepan dengan Umar.
"Rossa? Kenapa dengan dia?"
"Kat dalam" Anita menunding jari ke arah pejabat Firdaus. "Kena dengan boss" sambung Anita lagi.
"Kena smash ke?" duga Umar. Sempat dia kalihkan pandangan ke wajah Nani yang membisu. Suka pulak dia menatap wajah cemberut itu.
"Maybe kot. Sebab Rossa kat dalam tu dah dekat nak dua jam tau?! Nobody knows how she is" sahut Anita lagi.
"Alaa perkara biasalah tu! Encik Azhan tu okaylah. Maybe ada benda dia nak tegur Rossa. We don't know right? Pekerja baru memang biasa kena buli" ujar Umar sambil menujukan ayat terakhir tersebut kepada Nani.
Nani ketap bibir. Haihhh apalah malang nasib harini! Si ketul Umar ni menyibuk sungguh!!
Anita tergelak. "You jangan sebarang cakaplah Umar!"
"Betullah. Tak caya? You tanya Nani. Kan Nani?"
Nani menjeling tajam. Petanda dia tidak suka dan tidak gemar diperlekehkan sebegitu. Eeee, ada jugak yang kena humban dalam tong sampah karang!
"Anita, aku balik dululah! Kat sini, banyak sangat nyamuk. Gatal pula badan dari tadi kena gigit nyamuk"
Umar tergelak. "Kalau gatal, sapulah minyak. Esok lusa, berbekas kesan gigitan tu!"
"Penyibuk!" Nani jelirkan lidah lantas berlalu dari situ. Tak kuasa nak melayan perangai tak semenggah Umar itu!
"You ni suka buli Nani. Kesian dia tau?" adu Anita.
Umar hanya menyimpul senyum lantas mengerdipkan mata. Buli-buli manja!
Share this novel