TUBUH Sheila sudah menggeletar. Peluhnya tak habis-habis memunculkan diri. Wajahnya pucat. Baru pertama kali itu dia merasa cuak setelah dekat 6 tahun dia menabur bakti di situ. Apatah lagi apabila wajah Firdaus yang tajam mencerlungnya tak putus-putus. Jari-jemari Firdaus mengetuk-ngetuk dada meja.
Nizam turut berada di sebelah. Dia baru mengetahui akan keadaan Rossa melalui Farah yang dihubungi oleh Firdaus semalam. Sungguh tak menyangka Sheila punca segalanya. Itu yang didengarinya dari kebanyakan staff semasa dia masuk ke biliknya pagi tadi. Bahkan Firdaus turut mengakui hal itu setelah ditanya olehnya sendiri.
"Kau..." Wajah Sheila ditunding dengan jari.Meluap-luap api kemarahan Firdaus saat itu. "Memang tak layak diberi peluang untuk terus berada di sini!"
Sheila yang menunduk wajah segera berpaling. Dia sudah basah dengan airmata. "Bos, saya tahu saya salah. Saya betul-betul mintak maaf! Saya.. saya khilaf. Saya tak sengaja buat Rossa macam tu" Sheila sudah merayu. Dia tidak mahu hidup dalam serba kekurangan lagi. Pendapatan bekerja di situ cukup lumayan.
Firdaus tersenyum sinis. Tak sengaja? Huh! Sheila fikir dia bodoh barangkali! Dia sudah mendengar penjelasan daripada Nani semalam. Bahkan, CCTV juga membuktikan segala-galanya. Dia bukan sengaja tetapi memang penuh niat benci dia menolak Rossa sehingga isterinya jatuh ke lantai.
"Pandai kau berdalih kan? Kau ingat aku bodoh? Aku tahu semua cerita dari A sampai Z! CCTV ada untuk membuktikan semua perlakuan kau"
Sheila sudah cuak. CCTV? Dia betul-betul lupa mengenai itu! Masakkkk! Memang habis dia hari ini! Nizam turut menjeling ke arah Sheila. Dia memang tidak pernah sukakan Sheila. Gadis itu penuh muslihat dan pandai berlakon. Setelah mendengar cerita daripada Firdaus, dia rasa kasihan pada nasib Rossa dan bayi dalam kandungannya.
"Apa salah Rossa pada kau? Did she do something to you? Or gave you any trouble? Did she?!" Firdaus sudah terjerit sehinggakan suaranya mampu didengari oleh staff dari luar pejabatnya. Semua staff mula berbisik-bisik dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku kepada Sheila.
Sheila tersentak. Luluh jantungnya apabila diteriak sebegitu oleh Firdaus. Dia betul-betul sedang dalam ketakutan. Badannya menggigil.
"Untuk pengetahuan kau, perempuan yang selalu kau buli, yang selalu kau hina, yang tak pernah balas setiap kata-kata kesat kau, perempuan tu adalah isteri aku. Isteri kepada CEO Prisma Holdings! Dan isteri aku baru lepas keguguran selepas apa yang dah kau buat pada dia.Kau tak tahu betapa terseksanya isteri aku kau buat macam tu! Tapi dia tak pernah sesekali mengadu pada aku tentang kau. Dia kasihankan kau. Sebab kau kerja untuk sara keluarga kau! But after what you just did, sorry is not enough for everything!" Firdaus melepaskan kemarahan yang sekian lama sudah dipendam. Puas hatinya dapat melunaskan hasrat hati selama ini. Gagang telefon diangkat. Nombor bahagian HR didail. Di situ, dia bertembung suara dengan Kak Una.
"Kak Una, I want you to come to Sheila's table right now. I expect her to be out from here by 9!"
Sheila sudah meraung. Wajahnya mendung. Sudah tiada harapan lagi untuk dia terus berada di situ. Arahan daripada Firdaus bukan boleh dibuat main.
"Bos tak tahu ke kenapa saya buat semua ni?" Sheila memberanikan diri membalas serangan psikologi yang Firdaus gunakan ke atas dirinya.
Firdaus mengangkat kening. Wajah Sheila ditilik.
"I did it because I love you!" Akui Sheila tanpa malu-malu meskipun riak Nizam turut terkesima saat itu.
Pengakuan Sheila disambut dengan tawa dari bibir Firdaus. Semudahnya dia menuturkan cinta tanpa tahu maksudnya!
"If I were given to choose any women in this world without Rossa's existence, I would rather be unmarried man than having you as my wife!"
Sheila terpempan dengan kata-kata Firdaus. Fikirnya, jika dia meluah kata, Firdaus mampu menarik kembali keputusannya. Ternyata dia silap. Hati Firdaus memang sukar untuk diraih semula.
"Kau keluar dari sini dan angkut semua barang kau! Takde tempat untuk kau dalam company aku. Get lost and stop disturbing us! Kalau kau berani usik Rossa even untuk hal yang kecik, kau akan terima padahnya! You know who I am, don't you?" ujar Firdaus dengan senyuman sinis tersungging di bibir.
Sheila mengesat airmatanya. Sudah tiada harapan untuk terus berada di situ. Bahkan untuk mendekati Rossa dan merayu kepadanya juga sudah tidak mampu lagi. Firdaus sudah memberi amaran keras kepadanya. Dengan langkah longlai, dia menapak keluar dari pejabat Firdaus. Derap kaki diatur menuju ke meja kerjanya. Semua staff memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Anyone here who has any questions about me and Rossa?" Suara keras Firdaus dengan wajah bengisnya menjadi tatapan semua pekerja di situ. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara setelah melihat apa yang terjadi kepada Sheila. Nizam menuntun Firdaus dari belakang. Dia memerhatikan saja setiap perlakuan pekerja di situ.
"Good!" Firdaus mula menyindir. "Kalau di belakang saya, korang mengutuk isteri saya kan?"
Mendengarkan itu, semua pekerja mula cuak. Tidak sah lagi, Rossa adalah isteri Firdaus!
"I clarify here, that Aleeyah Rossa binti Azman is my officially wife. We have been married for about 6 months! And yes, she was pregnant but been hospitalized due to miscarriage! Any doubt?" Firdaus pandang satu-persatu wajah pekerjanya. Geram pula apabila semua seolah mati kutu bila berhadapan dengannya.
"Any doubt?!" Firdaus mengeraskan sedikit suaranya.
"We are sorry for Rossa. And also sorry for the trouble that we caused. We've been lightly trusted the rumours without asking you the truth. We are truly sorry" Anita meminta maaf bagi semua pihak. Memang khilaf mereka kerana mempercayai khabar angin yang tidak betul.
Kak Una sudah bergerak mendekati meja kerja Sheila. Diperhatikan saja perlakuan gadis itu mengemas meja kerjanya.
"Okay, so we are clear now. Kalau ada sesiapa yang sebarkan berita tak benar lagi, tahulah nasib korang!" Peringatan berbaur ugutan Firdaus selitkan sambil matanya melilau ke arah Sheila. Kemudian, dia menapak masuk ke dalam pejabatnya diiringi Nizam.
"ROSSA tak apa-apa kan?" Umi Za dan Mak Nab melawat Rossa tengah hari itu. Berita Rossa dimasukkan ke hospital dan mengalami keguguran diterima oleh Mak Nab semalam. Umi Za memang sengaja mematikan telefonnya kerana ingin bertenang setelah menerima berita dan kebenaran mengenai Firdaus. Sehingga ke saat ini, hatinya masih lagi bungkam mendengar cerita itu.
"Rossa okey je umi. Cuma anak Rossa..." Suara Rossa sebak saat berbicara mengenai anaknya. Perutnya yang kini kosong tanpa benih itu diusap perlahan.
"Anak Rossa dah takde" Gumam Rossa lalu tersedu-sedan. Sehingga ke hari ini, dia masih tidak percaya bahawa dia pernah mengandungkan anak dari Firdaus. Kenapa dia lalai?
Umi Za mengeluh. Apa yang boleh diperkatakan? Nasi sudah menjadi bubur.Dia tidak tahu bagaimana perasaannya setelah menerima khabar tersebut. Bergembira kerana cucu seorang pembunuh telah tiada atau bersedih kerana melihat tampang Rossa yang mendung itu?
"Sabarlah Rossa. Ini semua dugaan. Allah menguji, bukan membenci. Ingat Allah banyak-banyak" Mak Nab memberikan nasihat dengan suara yang lembut. Betapa kasihan dia melihat nasib Rossa. Kehilangan yang cukup dirasai!
"Bila Rossa discaj?" Umi Za menukar topik perbualan, tidak mahu terlalu menyentuh soal itu. Buat masa kini, apa-apa saja yang berkaitan dengan Firdaus, hatinya belum cukup kuat untuk menerimanya.
"Tak tahu lagi umi. Fizi tak cakap apa-apa pun.Mungkin sehari dua lagi kot. Kenapa umi?"
"Nanti Rossa dah discaj, tidur rumah umi je"
Ternyata, Rossa tersentak menerima cadangan itu.
"Kenapa pulak umi? Rossa kan dah duduk dengan Fir sekarang" Hati Rossa membantah. Dia tidak mahu berjauhan dari Firdaus sebenarnya.
Umi Za mengetap bibir. Rossa sudah kemaruk bercinta dengan lelaki itu! Arghh!
"Fir kan sibuk? Nanti apa-apa jadi pada Rossa, siapa nak bertanggungjawab? Ni Rossa keguguran, dia jugak yang cuai kan? Tu nasib anak dalam perut Rossa yang hilang, kalau nyawa Rossa?"
"Umi!" Rossa memberontak. Dia tidak suka jika ada yang mempertikaikan tanggungjawab Firdaus di hadapannya. Apa yang telah terjadi ke atas dirinya bukan salah Firdaus. Bukan juga salah dirinya. Semua ini adalah aturan Allah. Kenapa umi mempersoalkannya?
"Umi tak kira! Rossa kena duduk dengan umi jugak lepas discaj nanti. Tak payah duduk dengan Fir. Biar umi je jaga Rossa"
"Umi! Kenapa ni? Fir tu suami Rossa. Tempat Rossa di sisi dia. Rossa tak nak! Rossa nak duduk dengan suami Rossa"
"Rossa ni tak faham ke cakap umi! Takkan Rossa nak duduk dengan pembunuh?!" Umi Za sudah bangkit dari kerusi. Bergetar suaranya saat menyebut perkataan 'pembunuh' itu.
Mak Nab terkesima. Omongan Umi Za mengusik hati nalurinya. Dia menenangkan Umi Za yang sudah kehilangan akal dan tidak mampu mengawal emosinya.
Rossa tersentap. Dia mengerutkan dahi. Sungguh, dia tidak memahami maksud kata-kata Umi Za barusan. Siapa pembunuh? Firdaus? Kalau iya, siapa yang Firdaus bunuh?
WAJAH Firdaus yang sedang lena di sisi, dipandang seketika. Seawal jam 3 petang lagi Firdaus sudah setia menanti di sisi. Bahkan, suaminya turut melakukan solat Zohor di situ. Enggan untuk berganjak dari sisi Rossa. Dia risau sekiranya Rossa inginkan sesuatu.
Rossa mengalirkan airmata. Dia teringat kembali kata-kata umi tengah hari tadi.
"Rossa tak tahu ke siapa pembunuh abah? Siapa pembunuh adik? Rossa tak nak tahu ke?" Umi Za yang sudah tercungap-cungap, menjeling Rossa terus. Dia tidak kira, semuanya harus jelas hari itu juga! Sama ada Rossa mahu menerima ataupun tidak, hatinya sudah tekad!
Emosi Rossa terjentik dengan bicara Umi Za. Pertama kali dalam hidupnya melihat perlakuan umi seperti itu. Dia tidak sanggup untuk mendengar setiap bait kata-kata yang dikeluar dari bibir itu. Hatinya tidak kuat. Dia tidak mahu berpisah dari Firdaus.
"12 tahun yang lalu, umi disahkan mengandung setelah sekian lama menunggu cahaya mata kedua. Rossa masa tu baru je berusia 12 tahun. Lama kan nak tunggu adik? Bila umi dan abah dapat tahu pasal kandungan umi, kami happy sangat-sangat. Semua persiapan kami sediakan" Umi Za berjeda, menahan airmata daripada jatuh berguguran. Terbayang-bayang wajah ceria suaminya saat menerima khabar gembira itu. "Abah jaga umi dengan baik sangat. Segala yang umi nak, abah penuhi. Tak pernah pun rasa kekurangan. Setiap apa yang umi nak, abah sanggup belikan even tengah malam sekalipun. Itu semua demi anak dalam kandungan umi. Kami bahagia sangat masa tu. Sehinggalah..." Airmata yang mengalir, Umi Za biarkan saja. Buat seketika, dia tenggelam dalam arus emosi. Membuka kembali kisah lama umpama menoreh luka yang sedia ada.Namun jika tidak diceritakan, Rossa takkan pernah mampu untuk memahami.
Umi Za menyambung kembali. "Umi keguguran ketika dalam perjalanan nak ke hospital. Dan abah, tak dapat diselamatkan. Rossa tahu sebab apa? Sebab kecuaian Firdaus ketika bertugas masa tu. Dia melanggar kereta kami dan abah, tak mampu mengawal keadaan..."
Rossa menggeleng kepala berkali-kali. Seakan tidak mampu untuk dipercayai semua kebenaran tersebut. "Takkkk! Suami Rossa bukan pembunuh! Bukan!! Umi dah salah orang!"
"Umi tak salah orang!" Suara Umi Za sedikit meninggi. "Umi dah check dengan pihak polis. Memang Firdaus yang memandu masa tu. Bahkan Firdaus sendiri yang mengaku. Takkan pihak polis nak menipu?" Sebelum menceritakan kebenaran, Umi Za memang terlebih dahulu memeriksa dengan pihak polis bagi memastikan kesahihan cerita tersebut.
"Takkk! Umi tipu.. umi tipu Rossa" Rossa mengongoi bak anak kecil. Ya Allah, kenapa dia harus menerima berita tersebut? Dia tidak percaya Firdaus seperti itu. Dia percaya Firdaus punya sebab dan alasannya tersendiri. Tidak semudahnya untuk dia menerima bulat-bulat akan berita tersebut.
"Umi tak tipu!" Suara Umi Za mengeras. "Kalau tak percaya, Rossa tanyalah Firdaus!"
Rossa senyap. Tapi kenapa? Kenapa semuanya harus terdedah di saat cintanya semakin menebal untuk lelaki itu?
"Rossa ada dua pilihan. Umi atau Firdaus"
Airmata Rossa semakin galak munculkan diri. Dia memahami maksud tersebut tetapi hati sungguh tidak mahu menerimanya.
"Umi tak boleh hidup dengan pembunuh. Pilihan di tangan Rossa. Pilih untuk bersama dengan umi dan tinggalkan Firdaus. Atau Rossa akan kehilangan umi untuk selama-lamanya"
Dan disebabkan tertekan dengan kebenaran tersebut, Rossa ketiduran sehingga sedar-sedar saja jam sudah melepasi jam 2 petang. Dan ketika itulah dia melihat Firdaus sedang khusyuk mengerjakan solat Zohor.
"Sayang dah sedar? Kejapnya lelap" Terkejut Rossa dengan suara lembut Firdaus. "Kenapa menangis ni?" Pipi Rossa dielus lembut.
"Abang..." Rossa sudah tenggelam dalam sebak. Tidak sanggup untuk memilih. Meninggalkan Firdaus bererti membunuh jiwanya sendiri. Tetapi meninggalkan umi, bererti dia memilih untuk membunuh Firdaus!
"Kenapa ni?" Wajah Rossa ditilik. Risau pula hatinya melihatkan Rossa yang berwajah mendung itu.
"Rossa sayangkan abang. Rossa sayangkan abang sorang je"
Firdaus semakin pelik dengan kelakuan Rossa. Ada apa-apakah yang berlaku di luar pengetahuannya?
"Ye abang tahu. Abang pun sayang Rossa sorang" Tubuh Rossa dibawa dalam pelukan. Jiwa Firdaus semakin tak tenteram saat tangisan Rossa mula kedengaran. Apa yang berlaku?
Share this novel