62

Romance Completed 28168

"AINA nak kawen dengan Fir!"
Permintaan yang sangat susah untuk hatinya turuti. Jikalau permintaan atau hasrat lain yang Aina inginkan, dengan senang hati dia tunaikan. Tetapi berkongsi Firdaus dengan wanita lain, tak pernah terfikir dek akalnya sendiri.
Rossa mengusap lembut perutnya. Kandungan yang sudah masuk usia 3 bulan ditatap penuh emosi. Benih cinta di antara dia dan Firdaus. Betapa dia begitu menginginkan benih itu sebagai pengikat kasih sayang mereka.
Dulu, mereka diuji dengan kedegilan umi untuk menerima Firdaus. Betapa tabah dan sabarnya dia menempuh hari-hari tanpa Firdaus di sisi. Setiap saat merindukan lelaki halalnya itu. Dan saban hari dia berdoa agar Allah membukakan jalan kebenaran untuk masalah mereka. Dan apabila doanya dimakbulkan, betapa dialah manusia yang paling bersyukur dan bahagia kerana suami tercinta sudah kembali ke pangkuan. Kebahagiaan mereka bertambah saat dia disahkan mengandung setelah keguguran beberapa bulan yang lepas. Namun sekali lagi mereka diuji. Dan rasa-rasanya dugaan kali ini lebih hebat berbanding sebelumnya.
Air mata yang merembes keluar diseka dengan hujung jari. Sesungguhnya dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Permintaan Aina terlalu berat untuk ditunaikan. Tetapi jika tidak dituruti, dia seolah-olah telah menghampakan harapan Ainida dan mengecewakan Aina. Bagaimana pula dengan Firdaus? Mahukah dia bersetuju dengan permintaan ini? Dan bagaimana pula dengan penerimaan hatinya sendiri? Tegakah dia menambahkan luka yang kian bernanah?

NOMBOR Rossa didail lagi namun seperti tadi, panggilannya tak terjawab. Firdaus buntu. Sudah berbelas kali dia menghubungi Rossa namun tiada jawapan. Didail juga nombor rumah, tetapi tidak bersambung pula. Nombor umi juga seperti itu, dibiarkan menyepi. Kenapa hari ini semua orang memusuhinya?
"Mana Rossa ni? Abang called banyak kali tak angkat-angkat!" rungut Firdaus seraya mengatur langkah ke meja kerja Nani.
"Nani!" Meja kerja Nani diketuk sekali. Nani mendongak wajah. Pandangannya bersabung dengan wajah gusar Firdaus.
"You ada call Rossa?"
Dahi Nani mengerut. Lantas, pertanyaan Firdaus dibalas dengan gelengan.
"You cuba call dia. Guna handphone you" arahan Firdaus segera Nani turuti. Seperti Firdaus, Nani juga menerima reaksi yang sama Tiada sahutan di hujung sana.
"Rossa tak angkatlah bos!"
Kepala Firdaus semakin bingung. Nak tak nak, terpaksa juga dia menjenguk Rossa ke vila. Didail nombor Nizam untuk memaklumkan perkara tersebut dan mengarahkan lelaki itu untuk berurusan dengan pelanggan mereka.

HAMPIR meledak hati Firdaus saat melihat sekujur tubuh Rossa terbaring di atas katil. Wajahnya bengis dan ketat. Nafasnya turun naik. Rossa cukup menguji kesabarannya. Dia seperti orang tak tentu arah merisaukan Rossa tetapi gadis itu rupa-rupanya nyenyak tidur.
"Rossa!" Tubuh Rossa digoncang sedikit. Sekejap saja Rossa tersedar dari lena. Matanya terkebil-kebil memandang wajah cemberut Firdaus.
"Nak apa?" Suara Rossa mendatar. Dia sudah bangkit dari pembaringan.
Firdaus menjegilkan biji mata. Semakin tipis tahap kesabarannya apabila dihji sebegitu oleh isterinya sendiri.
"Kenapa abang called tak jawab?" Firdaus mencuba menahan getar di jiwa. Sejak akhir-akhir ini, Rossa selalu merompak ketenangannya.
"Orang tidurlah! Takkan tak nampak?"
"What??!" Hampir terjerit suara Firdaus saat itu. Dia mengetap bibir. Jawapan kasar dari Rossa menyentakkannya.
"Kenapa Rossa ni? Sejak akhir-akhir ni, selalu buat abang marah haa?" Nada suara Firdaus sudah meninggi.
Tersentak Rossa dibuatnya. Kecil hati dengan jeritan Firdaus kepadanya. Bebola mata Firdaus yang galak menjamah seluruh wajahnya ditatang dengan berani. Dia juga sudah penat berdrama seperti itu. Mereka juga kerap bertengkar sejak dua menjak ini.
"Mana ada! Dahlah! Rossa nak tidur! Rossa penatlah"
Panas hati dengan sikap tak endah Rossa, tangan Rossa ditarik kasar. Terkejut Rossa dengan perlakuannya.
"Can you tell me exactly what is going on between us?!" Mata mereka beradu. Melihatkan pandangan Firdaus yang penuh dengan kemarahan, Rossa akhirnya menunduk wajah. Seketika, perbualannya dengan Ainida bergema di cuping telinga.
"Takde apa-apalah! Rossa nak tidur. Rossa penat!" Rossa menarik kembali tangannya. Namun Firdaus tidak mahu mengalah. Selagi Rossa tidak menjawab pertanyaannya, selagi itulah mereka akan kekal dalam posisi seperti itu.
"Rossa penat! Abang tak faham ke?" Rossa sudah menjerit. Sakit hatinya dengan perlakuan Firdaus. Dia sudah cukup tertekan menerima berita yang dibawa oleh Ainida pagi tadi.
"Habis tu, abang tak penat ke haa?!" Suara Firdaus semakin meninggi. "Abang cakap elok-elok, Rossa buat abang macam ni! Bercakap meninggi, jawab kasar-kasar! Mana perginya rasa hormat Rossa pada abang? Kenapa suka sangat nak menguji hati dan kesabaran abang?"
Wajah Rossa berada dalam tatapan matanya. Begitu menebal dan mendalamnya rasa cinta pada gadis itu, tetapi tidak bermakna Rossa bisa memperlakukannya sesuka hati. Dia seorang suami, selayaknya dihormati oleh seorang wanita yang bergelar isteri.
Rossa terdiam. Kata-kata Firdaus mulai menusuk jauh ke dasar hati. Sudah hilangkah rasa hormatnya pada Firdaus sejak akhir-akhir ini?
"Rossa tak nak gaduh. Rossa betul-betul tertekan!" Setitik demi setitik mutiara jernih mulai membanjiri perparitan wajah gebunya.
Firdaus mengerut. Dari rasa kecewa, dia berganjak dengan rasa terkilan. Apa yang membuatkan Rossa tertekan? "Tell me" Dagu Rossa dipagut. Suaranya kembali lembut. Dia ingin mengetahui belenggu apa yang telah merosakkan hubungan mereka beberapa hari ini.
Rossa teresak-esak. Bagaimana harus dia memulaikan semuanya? Dia sendiri perit untuk meluahkan permintaan itu.Entah kenapa, menyebut saja nama Aina membuatkan hatinya berubah walang.Dia merasakan gadis itu akan menjadi punca perpisahannya dengan Firdaus. Dia tidak rela, namun dia juga terpaksa.
"Sayang..." Tubuh Rossa ditarik dekat ke sisi. Dahi gadis itu dikucup, memujuk agar kerasnya hati Rossa dapat dilenturkan. "Tell me sayang. Hmmm"
"Abang, Rossa ada benda nak bagitau" Suara Rossa kembali normal. Namun ada nada sedih dalam ungkapannya.
"Okey, cakap je. What is it?"
"Abang, tadi..."
Deringan telefon bimbit Firdaus mematikan perbualan mereka. Firdaus menggapai telefonnya dan mengerut dahi saat nama Ainida tertera di skrin.
"Siapa bang?"
"Ainida"
Berdetak hebat jantung Rossa ketika itu. Jika Ainida menelefon, sudah pastinya berkaitan dengan Aina. Tidak mungkin gadis itu menghubungi hanya untuk suka-suka.Mood baik Rossa tiba-tiba tercampak jauh!
"Angkatlah" gesa Rossa dengan wajah yang mencuka. Meski hati tidak merelakan panggilan tersebut, namun dia harus bertindak waras. Ainida tidak seharusnya dipersalahkan dalam hal ini. Bahkan Aina sekalipun. Apa yang berlaku, semuanya sudah ketentuan Ilahi. Sekuat apa dia menolak, ketentuan Allah tiada siapa mampu menyangkalnya.
Setelah selesai berbual dengan Ainida, wajah masam Rossa ditatap. Firdaus tahu ada sesuatu yang tidak kena, apatah lagi setelah panggilan yang dibuat barusan adalah di atas permintaan Aina. Jika tidak, kenapa panggilan tersebut dibuat ke atas dirinya? Kenapa bukan kepada Rossa? Sedangkan Rossa dan Aina agak erat hubungannya.
"Kenapa kak Aini called?"
"Aina"
Rossa pantas membuang pandang ke arah wajah Firdaus. Nama itu tidak pernah mampu membuat hatinya selesa.
"Kenapa Aina?"
"We should off to hospital now. She's almost dying!" Arah Firdaus seraya menapak ke bilik air. Wajahnya dibasahkan dengan air, lalu bergerak mendapatkan Rossa semula.
Rossa kaget dengan kata-kata Firdaus. Nazak? Aina sedang nazak? Ya Allah, apa aku dah buat?! Kenapa aku kena pentingkan diri sendiri?
"Sayang, ikut tak ni?" Suara Firdaus yang hampir dengannya menyentakkan dia. Rossa mengangguk. Kelam-kabut dia ke bilik air.
Keluhan termuntah jua dari bibir Firdaus. Dia tahu ada yang tidak kena, cuma hatinya masih belum mampu mengagak punca Rossa berubah seperti itu.

TUBUH Aina yang mengeras di atas katil ditatap penuh sayu. Sebentar tadi, dia dan Firdaus telah sampai ke wad kecemasan. Setelah Aina berjaya ditenangkan gara-gara sempat meracau tadi, dia akhirnya mampu menarik nafas lega. Itupun setelah Aina ditenangkan oleh Firdaus. Sepanjang masa, jari-jemarinya kemas dalam genggaman Firdaus. Meskipun hatinya terluka melihat adegan itu, namun dia tetap sabarkan hati untuk merelakan setiap apa yang berlaku.
"Fir..." Suara lemah Aina menyentakkan Rossa. Segera dia dekatkan diri ke sisi Aina.
"Aina, awak okey ke? Fir ke surau, solat Asar" kata Rossa dengan suara yang berketar-ketar.
Mata Aina tercelik. Sedikit kaget dia menerima kehadiran Rossa di situ. Fikirnya, Firdaus keseorangan kerana dia tidak melihat bayang-bayang Rossa sebentar tadi.
"Fir mana? Please Rossa, jangan pisahkan saya dari Fir. I love him. So much"
Rossa menelan liur. Dalam hati, dia sudah menangis mendengar kata-kata tersebut. Seharusnya dialah yang mengungkapkan itu kerana saat ini Ainalah yang cuba hendak memisahkan mereka.Dan dialah yang mencintai Firdaus, bukannya Aina!
"Fir ke surau, solat Asar" Rossa ulang kata-katanya tadi. Hebat getaran hatinya saat ini, Allah sahaja yang memahami. "Aina rehatlah. Kejap lagi Fir datang"
Rossa mengusap kepala Aina yang hampir botak itu. Kesan dari penyakitnya, rambut gadis itu rontok saban hari. Kasihan dia melihat nasib dan keadaan Aina. Bagaimana harus dia bersikap kejam pada Aina demi kepuasan hatinya sendiri? Rossa ingin berlalu tetapi tangannya ditarik oleh Aina.
"Benarkan saya kawen dengan Fir. Untuk beberapa bulan ni saja Rossa. Saya nak habiskan hidup saya dengan lelaki yang paling saya cintai. Lepas ni, awak akan memiliki dia untuk selama-lamanya. Berikanlah ruang pada saya untuk berada dalam hidup Firdaus, walaupun hanya satu hari saja"
Air mata yang puas ditahan, akhirnya mengalah jua. Rossa sedar dengan keadaan itu, dia tahu tetapi dia tetap berdegil dengan keinginan sendiri.Sebolehnya cuba dibuang permintaan Aina tersebut dari hidup, tetapi mampukah dia sementelah Aina sendiri sudah merayu, mengongoi seperti sekarang? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini!
Dari luar bilik, Firdaus sudah basah dengan air mata. Dia sudah mendengar segala-galanya. Patutlah Rossa berubah seperti itu, rupa-rupanya dia tertekan dengan permintaan Aina. Dia juga tidak sanggup untuk memadukan Rossa kerana dalam hidupnya hanya ada Rossa seorang. Dia tidak mahu dan tidak pernah menginginkan semua itu.
"Firr.."
Ainida berdiri tidak jauh dari Firdaus. Bertembung mata dengan Ainida, dan saat itu, hanya pengertian gadis itu yang dia inginkan. Bebola mata yang bersinar harapan agar Ainida tidak memaksa dia untuk menikahi Aina, sekaligus melukakan sekeping hati milik Aleeyah Rossa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience