"APA yang berlaku pada Aina, itu semua kerana sakit dia. Kanser tu dah merebak ke seluruh badan dia. Dan awak pun tahu kan, orang yang menghidap kanser otak ni akan mudah marah dan sukar mengawal perasaan. Itu yang terjadi pada Aina"
Mendengarkan penjelasan daripada Hafizi, sebuah keluhan panjang terluah jua dari bibir Ainida. Memang itulah sikap terbaru Aina sejak akhir-akhir ini. Terlalu mudah melenting dan sukar mengawal emosi. Dahinya yang lebam disentuh perlahan.
"At least we can do is to make her happy and grant her wishes" Hafizi berjeda. Seketika tadi, dia sempat mendengar rungutan berbaur ancaman daripada Aina. Katanya, Rossa akan menerima akibatnya jika Firdaus enggan mengahwini dirinya. Seram sejuk dia mendengar ugutan tersebut. Kenapa di saat-saat nyawa hendak ditarik sebegitu Aina berniat jahat pada orang lain? Setahu dia,Rossa tidak pernah berniat jahat pada sesiapa apatah lagi pada Aina. Hmm kesiannya Rossa.. "Itu adalah salah satu daripada sokongan moral" sambung Hafizi lagi sambil memandang ke arah kesan lebam di dahi Ainida. Terbit rasa kasihan pada wanita itu keraa harus meladeni sikap dan kedegilan Aina.
Kepala Ainida terangguk-angguk. Masih terkesan akan pukulan Aina sebentar tadi. Tetapi lebih menyakitkan akan kata-kata Aina terhadap dirinya. Perit apabila saudara kandung sendiri menuduhnya penipu.
"Entahlah doktor. Saya dah buntu nak buat macam mana. Aina tu, mintak yang bukan-bukan"
Kening Hafizi terangkat. Walaupun kurang tahu akan hal sebenar, namun dia hampir dapat mengagak apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Mind to share?"
Wajah Hafizi ditilik seketika. Antara percaya atau tidak, dia kurang pasti.
"At least, saya boleh tahu perkembangan atau masalah pesakit saya. So we can think out of something" Hafizi mula memujuk. Dia ingin mengetahui perkara sebenar. Sudah lama agaknya dia tidak bersua muka dengan Rossa dan Firdaus. Jadi sebarang perkembangan mereka sudah tidak pernah lagi menjadi agenda penting dalam hidupnya.
Ainida menghela nafas. Kemudian, wajah Hafizi dipandang. Setelah itu, sedikit demi sedikit kebenaran dia ceritakan pada Hafizi diiringi esak tangisnya. Biarlah, orang luar seperti Hafizi mengetahui duduk perkara sebenar kerana dia betul-betul tertekan dengan apa yang sedang berlaku.
"KAU keluar ni, suami kau tahu ke?"
Mendengarkan kata-kata Nani, hati Rossa berdetak kencang. Dia memang tidak ada meminta izin daripada Firdaus untuk keluar. Bahkan suaminya itu juga tidak dihubungi langsung.Entahlah, dia benar-benar tertekan dengan semua ini. Tadi, selepas Firdaus bergerak ke tempat kerja, dia mengongoi seorang diri di atas katil. Terlalu terseksa hati dan perasaannya dengan kedinginan Firdaus itu. Sibuk dia melayan perasaan sendiri sehingga tak sedar jam sudah bergerak ke pukul 11 pagi. Untuk membuang rasa bebanan, dia menghubungi Nani dan mengajak gadis itu keluar tanpa meminta sebarang keizinan daripada Firdaus. Dia tahu dia berdosa. Tetapi saat ini aura kedegilan dan ego lebih menguasai mindanya. Telefon bimbitnya juga sengaja dimatikan kerana dia tidak mahu menerima sebarang gangguan daripada sesiapa lebih-lebih lagi daripada Firdaus.
"Hishh minah ni! Kita bercakap dengan dia, dia boleh pulak termenung!" rungut Nani sambil menampar lembut bahu Rossa.
"Sorry.." ucap Rossa saat tersedar dari lamunan.Terlalu banyak yang ada dalam fikirannya. Hmmm.. "Kau tanya apa tadi?"
"Aku tanya, suami kau tahu ke kau keluar?"
"Tahu kot" jawab Rossa acuh tak acuh. Mereka menghantar punggung di atas kerusi yang disediakan di situ. Tidak terlalu banyak orang pada hari itu di dalam mall.
"Ehh apa kot-kot ni?" Pelik pula Nani dengan kata-kata Rossa itu. Dia terbau semacam ada yang tidak kena dalam hubungan Rossa dan majikannya itu.
"Tak perlu bagitau pun takpe. Kalau aku hilang ke kena culik ke, hidup ke mati ke, dia takkan ambik peduli punya!"
Berdiri bulu tengkuk Nani mendengar respon Rossa sebegitu. Setahu dia, Rossa dan Firdaus adalah pasangan yang paling sempurna pada pandangan matanya. Dia tahu persis sedalam mana kasih sayang dan cinta Firdaus pada sahabatnya itu. Tetapi apa sudah jadi dalam hubungan mereka? Aina ke penyebabnya?
"Beb, kau okey tak ni? Kau ada masalah ke dengan bos?" Risau juga relung hati Nani dibuatnya, apatah lagi setelah mendengar esakan halus dari bibir Rossa. Lama kelamaan, esakan itu berubah menjadi tangisan! Nani buntu!
"Beb. Kau kenapa ni? Weiii, jangan buat aku takutlah!" Bahu Rossa digoncang perlahan. Risau tak bertempat hatinya setelah melihat keadaan Rossa seperti itu.
"Nani, tolong aku! Aku nak suami aku balik! Aku tak nak bermadu. Aku tak nak berkongsi suami aku dengan perempuan lain!" Suara Rossa sudah merintih. Nampak sangat dirinya terluka. Tubuh Nani didakap erat. Di situ, dia menghambur segala tangisan dan kedukaan di hati. Pada Nani, dia tahu dia tidak mampu menyembunyikan apa-apa.
"KAWAN akulah, stay sini. Takkan nak bawak dia balik rumah pulak? Dia tak nak balik rumah dia, dia tak nak ke rumah aku jugak. Sebab tu aku pinjam kondo kau kejap. Jangan risaulah, aku akan jaga baik-baik kondo kau ni"
Senyuman Nani terukir di wajah. Sebentar tadi, dia sempat dirayu oleh Rossa untuk membawanya ke mana-mana tempat asalkan tidak kembali ke rumahnya atau rumah Nani. Dia ingin bersendirian dengan Nani. Jadi, Nani mengambil keputusan untuk "menyewa" sebentar kondo Taufiq, iaitu sepupunya.Nasib baik Taufiq bersetuju, itupun setelah dipujuk dan puas dirayu oleh Nani.
"Yelah-yelah. Aku bukannya tak nak bagi korang duduk situ, masalahnya kawan kau tu isteri orang. Buatnya kita kena tuduh sebab larikan isteri orang macam mana?"
Nani menggaru kepala. Aah laaa! Tak terfikir pulak aku! Aduhhh! Sempat bebola matanya mengerling ke arah Rossa yang sedang nyenyak tidur di atas katil milik Taufiq. Hmmm, nasib kaulah Taufiq! Katil bujang kau kena rasmi dulu!
"Aaaa.. itu pandai-pandailah aku uruskan! Kau bila balik?"
"Esok kot. Lagipun, proses penceraian aku dengan Salma dah selesai. Semaklah kepala aku dengan perempuan tu!" adu Taufiq di hujung talian.
Nani sempat tergelak. "Itulah. Siapa suruh kawen dengan dia? Kau tau kan, aku tak pernah berkenan dengan minah tu!"
"Kau ingat aku nak ke? Kalau bukan disebabkan mama, takdenya aku nak kawen dengan dia" Taufiq menggumam di hujung sana. Teringat akan kisah lama, sungguh bernanah rasa hati.
"Ye, aku tau. Mak lang apa khabar? Sihat ke?" Teringat pulak dia dengan Mak Lang Inas, lama agaknya tidak ketemu wanita itu.
"Sihat je dia.Dia selalu je tanya pasal kau. Aku cakaplah, kau sibuk nak kawen!" gurau Taufiq sambil berdekah ketawa.
"Eeee aku liku karang! Kawen apanya? Calon pun takde" Nani mengeluh. Tiba-tiba otaknya teringat akan Umar. Semenjak 'ditolak' tempoh hari, dia sudah tidak melihat bayang-bayang Umar di mana-mana. Di pejabat pun mereka sudah tidak bersua muka lagi. Merajuk sangat ke dia? Hmmm...
"Kau tu yang memilih sangat! Jaga-jaga, karang kau jadi anak dara tua, baru padan dengan muka kau!" Seronok Taufiq menyakat Nani. Jarang-jarang dapat peluang seperti ini.
"Amboiii mulut! Dah pernah rasa makan selipar ke?" Nani menggigit bibir.
Ketawa Taufiq pecah juga. "Okeylah Nani. Aku ada patient ni. Nanti apa-apa, roger je aku"
Setelah mematikan panggilan, Nani membuang pandang ke arah Rossa. Dalam hati, terbit rasa kasihan pada gadis itu. Barusan, Rossa sempat meluah rasa kepadanya. Kalau dia di tempat Rossa, dia tidak tahu mampu atau tidak dia bertahan.Apatah lagi dalam keadaan berbadan dua itu.
"SAYANG. Abang dah balik ni"
Setelah mengunci pintu, Firdaus menapak ke ruang tamu. Keadaan rumah yang gelap gelita menggerunkan hatinya tiba-tiba. Digapai suis di hujung sudut lalu dipetik tombol suis tersebut. Keadaan kembali terang. Seketika, dia teringatkan Rossa.
"Sunyi semacam je. Mana Rossa?"
Langkah kaki diatur ke bilik tidur. Gelap-gelita keadaan di situ. Dia menekan suis di tepi pintu bilik. Dahi Firdaus berkerut. Rossa tiada di dalam bilik. Dia mula gelabah. Derap kaki menapak ke dapur, namun bayang-bayang Rossa juga tidak kelihatan. Dibawa pula kaki ke bilik bacaan, keadaan tetap sama. Rossa tidak kelihatan di mana-mana.
"Sayang!" Firdaus menjerit memanggil nama Rossa. Tiada sahutan. Hatinya mula bimbang. Takkan Rossa meninggalkan dirinya sendirian? Untuk mendapatkan kepastian, dia kembali semula ke bilik tidur dan membuka almari baju. Nafas lega dihela perlahan apabila baju-baju Rossa masih tergantung rapi di situ. Itu bermakna Rossa tidak melarikan diri. Tetapi ke mana dia membawa diri?
Panggilan telefon dari Ainida menyentakkannya. Firdaus mendengus. Apa lagi yang dia nak ni? Tak faham lagi ke dah kena 'bahasakan' tadi? Geram dengan usaha Ainida yang tak henti-henti mengganggunya, telefon bimbitnya dicampak di atas katil. Keputusan sudah dibuat sebulat suara. Dia tidak akan mengahwini Aina atau mana-mana wanita lain kerana perkongsian hidupnya hanyalah bersama Rossa. Dia tidak mahukan wanita lain kecuali Rossa.
Deringan telefon bimbit senyap. Diganti pula dengan bunyi notifikasi WhatsApp. Firdaus mengeluh. Mesej dari Ainida dibaca.
'Kita perlu berbincang. Please Fir. Ini soal hidup dan mati Rossa'
Dahi Firdaus berkerut tatkala menerima kiriman mesej tersebut. Apabila dikaitkan nama Rossa, serta-merta hatinya terdera kegusaran. Lantas, dia menapak keluar dan membuat temujanji dengan Ainida.
TELEFON BIMBIT ditatap lama. Berkali-kali dia membuka skrin telefon, namun tidak ada apa yang mengujakan. Rossa meraung dalam diam. Bencinya dengan suasana saat ini. Tak ke Firdaus mengkhuatiri dirinya? Telefon tidak, mengirim SMS juga tiada. Sudah benar-benar dia hilang tempat dalam hati lelaki itu. Sudah jam 8 malam, namun Firdaus tidak punya usaha untuk mencarinya. Sakitnya rasa hati!
"Kalau rindu, call jelah! Kau tenung handphone tu sampai terbeliak biji mata pun, kalau tak dicall, takdenya nak berubah bentuk dan warna Huawei kau tu" tempelak Nani serentak menghantar punggung di hadapan Rossa.
"Sindirlah puas-puas!" Rajuk Rossa. Mudah sangat dia tersentap semenjak berbadan dua ini.
Nani tergelak. "Chilllah! Kau ni... asyik nak meradang je kerja"
"Mana ada aku meradang" alih Rossa sambil mencampakkan telefon bimbitnya ke sisi katil. Semakin ditenung telefon itu, semakin terseksa pula jiwa raganya.
"Dia dah tak sayangkan aku lagi beb! Dia dah buang aku jauh-jauh dari hidup dia" adu Rossa diiringi sedu-sedannya. Rapuh benar perasaannya apabila diabaikan sebegitu oleh Firdaus.
Mati akal Nani dibuatnya. Kadang-kadang dia merasakan Rossa dan Firdaus sama-sama ego dalam meluah rasa dan rindu. Natijahnya, hati sendiri yang terseksa. Hmmm.. cinta itu merumitkan.
"Dia busy kot" Nani sengaja menyedapkan hati Rossa. "Lagipun, aku kan kerja satu bangunan dengan bos. Biasanya masa-masa macam ni, bos masih sibuk dengan paperwork dia"
"Takkan busy memanjang sampai lupa dengan isteri sendiri?"
Terdiam sudahnya Nani. Tidak tahu bagaimana hendak menenangkan hati Rossa lagi. Rossa yang dikenalinya bukanlah seperti sekarang. Biasanya Rossa senang diajak berbincang. Tetapi kali ini, yang kelihatan cumalah 'hantu' kedegilannya!
"Kepala aku sakitlah beb!" adu Rossa seraya meletakkan kepala ke dada bantal. Wajahnya pucat. Entah sakit apa yang menyerangnya saat ini, terlalu berbisa dan perih rasanya. Agak-agaknya ini hukuman untuk dirinya kerana tidak menghormati Firdaus selama ini.Hmmm...
"Kau rehatlah. Nak pergi klinik tak?"
Rossa hanya membatu. Matanya sudah terkatup rapat. Lama-kelamaan lenanya pula memenuhi ruang bilik. Nani menggeleng kepala melihat keadaan Rossa. Itulah, degil tak bertempat! Sempat dia mengutuk Rossa di dalam hati.
"SAYA tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya betul-betul tersepit Fir! Aina betul-betul degil. Dia sanggup buat apa saja asalkan awak kawen dengan dia"
Mengeluh juga Firdaus mendengar omongan Ainida. Wajah Ainida yang duduk di hadapannya ditilik seketika. Ada sinaran kejujuran terbit pada sepasang mata itu. Masakan dia menipu? Mungkin benar, Ainida juga tersepit dan mengalami keadaan yang sama seperti dirinya. Di sisinya, Rossa bersikap degil dan sukar diajak berbincang. Tetapi dari sudut Ainida pula, kedegilan itu berpihak pada Aina. Dua wanita yang punyai watak yang berbeza tetapi pemikiran yang sama. Sama-sama degil!
"Kalau awak susah nak buat keputusan, awak cuba letakkan diri awak dalam situasi saya. Saya tak perlu terangkan situasi apa, sebab awak tahu sendiri. Seperti mana awak keliru, seperti itu jugak diri saya"
Firdaus meraup wajah. Masalah yang satu itu cukup memeningkan kepala. Sampai bila mereka harus begini jika tiada sesiapa yang akan berkorban? Masakan dia yang harus menyerah sementelah hatinya sendiri tidak rela menduakan Rossa?
Keluh-kesah Ainida mengambil tempat. Dia melihat wajah sugul Firdaus. Lantaran membuatkan dia diamuk seribu rasa kasihan. Dia ingin sekali melihat kebahagiaan Rossa dan Firdaus. Tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak sampai hati hendak mengecewakan Aina. Bagaimana bisa Aina bahagia jika kebahagiaan Rossa juga adalah Firdaus? Meskipun Rossa lebih berhak, tetapi ugutan dan ancaman Aina juga tidak boleh diketepikan. Risau jika Aina bertindak di luar kawalan dengan mencederakan Rossa.
"Dahi awak kenapa?" tanya Firdaus apabila melihat ada kesan lebam di dahi Ainida. Baru dia perasan kesan tersebut setelah diperhatikannya betul-betul.
"Errr...ni.."
"Kesan kena pukul. Somebody hit you?"
Ainida senyap. Bagaimana Firdaus mengetahui perkara tersebut?
"Saya bekas polis. Dan menyiasat bahagian jenayah suatu kewajipan buat saya suatu masa dulu. So, don't try to tell me lies because I know that mark came from"
Wajah serius Firdaus menggerunkan Ainida, apatah lagi lelaki itu seolah-olah mampu membaca buah fikirannya. Dia tiada pilihan selain berterus-terang saja mengenai sikap agresif Aina terhadapnya.
"Aina..." Belum sempat mengatur bicara, esak tangis Ainida bersuara dahulu.
"Dia pukul awak?" duga Firdaus. Namun dalam fikirannya, dugaan itu tidak salah. Dia yakin itu kerja Aina.
Kesenyapan Ainida merungkai segala persoalan. Tidak perlulah dia menjelaskan dengan lebih terperinci kerana Firdaus bijak orangnya.
"Dia pukul awak sebab saya tak nak kawen dengan dia kan? Dia jadikan awak mangsa pelepas nafsu kemarahan dia kan?"
Semakin jelas tangisan Ainida. Sungguh sukar dipercayai apabila saudara kandung sanggup memperlakukannya seperti itu hanya kerana permintaannya tidak dituruti.
"Sukar mengawal perasaan.Kerap marah. Mudah hilang ingatan akan sesuatu. That simptoms for brain cancer. Tapi pelik kan? Aina boleh lupa banyak benda tapi kenapa dia tak boleh lupa untuk kawen dengan saya?" Wajah Firdaus tersungging senyuman sinis. Aina psikik atau dia yang bodoh?
"Sebab saya cintakan awak"
Kata-kata tersebut membuatkan kepala Firdaus berpusing 360°C. Tersentak hatinya menerima kehadiran Aina di situ. Lengkap dengan kopang ketiaknya. Wajahnya pucat lesi, matanya penuh pengharapan. Dia dihampiri oleh Aina.
"Bagilah saya peluang untuk hidup dengan awak Fir. Sedalam mana awak cintakan Rossa, sedalam tu lah persaan saya pada awak. Jadi isteri kedua pun takpe"
Firdaus bangkit dari duduk. Wajahnya bengis. Benci hatinya melihat wajah polos Aina saat itu. "Nonsense!"
"Fir, please... " Lengan Firdaus dipaut tetapi ditolaknya kasar. Hampir saja tubuh genit Aina terjelepok ke lantai. Namun sempat ditahan oleh Ainida.
"There's no way that I will marry you! Saya takkan lukakan Rossa" luah Firdaus lantas bergerak meninggalkan Aina di situ.
"Fine! Tapi jangan menyesal kalau sesuatu berlaku pada Rossa!"
Langkah Firdaus mati serta-merta. Dia menoleh ke belakang dengan kerutan di wajah. Aina didekati lantas lengan itu diragut kasar.
"Ulang sekali lagi!"
Aina tersenyum sinis. Wajah Firdaus ditatap dengan berani. "Kalau awak tak nak kawen dengan saya, Rossa akan terima padahnya! Jangan ingat saya tak berani buat. Saya dah lama berada dalam 'penjara' Fahmi, jadi saya tahu macam mana jadi jahat.Saya tak akan menyesal sebab saya tak nak benda lain di dunia ni! You know exactly what I want"
Terpempam Firdaus mendengar omongan tersebut. Licik betul pemikiran Aina! Tidakkah dia tahu, nyawanya sedang di hujung tanduk? Dengan sakit yang hampir menunggu masa, tidakkah Aina sedar masa yang ada seharusnya diisi dengan taubat pada Yang Maha Esa? Kenapa masih berani membuat dosa?
"Don't you know what you're talking about?"
"I do! Dan saya tak menyesal. Kalau sakitkan Rossa dapat ubah keputusan awak, well I guess it's the best decision ever!"
"Aina! Kenapa merepek ni?" cantas Ainida seraya menarik Aina ke sisi.
"Siapa merepek?!" jawab Aina kasar sambil menolak tangan Ainida.
"Think about it Fir! Saya tahu, jangka hayat saya tak lama. Bila-bila je saya boleh pergi. Dan kalau saya pergi sekalipun, saya takkan menyesal sebab kepergian saya disebabkan sakit. Tapi Rossa? Dia akan tinggalkan awak bukan sebab sakit" Wajah Aina berubah sinikal. "Awak akan kehilangan Rossa untuk selama-lamanya, sama macam pudarnya kehadiran saya dalam dunia ni. So you choose"
Firdaus serba salah. Aina meletakkan dirinya di dalam dua posisi. Memilih untuk mengahwini Aina, dan dalam diam dia sudah merobek hati Rossa. Tetapi menolak untuk bersatu dengan Aina, nyawa Rossa menjadi taruhan.
"Aina! Cukup! Aina sedar tak apa yang Aina cakap ni? Mengucap dek!" Hampir saja Ainida tidak percaya dengan sikap Aina seperti itu.
"Akak diamlah! Akak tak tahu rasanya jadi orang tersisih dalam dunia ni. Kalau akak sendiri pun Aina boleh cederakan, apatah lagi orang lain!" Aina gelak sendiri. Kemudian, wajah Firdaus dipandang lagi. "Awak cintakan Rossa sangat-sangat kan? So buatlah apa yang terbaik. You won't lose anything!"
Share this novel