63

Romance Completed 28168

FIRDAUS termenung di balkoni bilik. Teringat kembali perbualannya dengan Ainida siang tadi, membuatkan dia buntu dalam mengambil keputusan.
"Aina takde apa-apa permintaan. Dia cuma nak kawen dengan awak. Saya tahu, permintaan ini terlalu besar dan amat payah untuk awak tunaikan. Tapi saya sendiri buntu, tak tahu nak buat apa dah. Setiap hari, Aina merayu untuk dinikahkan dengan awak"
Dan, dia ditinggalkan oleh Ainida dengan sebuah keputusan yang dia sendiri tidak mampu tunaikan. Dengan keadaan Aina yang semakin nazak, dan desakan Ainida untuk dia membuat keputusan, sungguh jiwanya tertekan.Apatah lagi setelah Rossa juga kurang berkomunikasi dengan dirinya. Isterinya itu seperti merajuk dan lebih selesa menjeruk rasa sendiri.
Bunyi buku jatuh ke lantai mematikan lamunannya. Dia menoleh, lantas terperanjat dengan keadaan Rossa yang sedang terduduk di lantai. Tersedu-sedan seorang diri di situ. Langkah kaki diatur mendekati isterinya.
"Sayang.. kenapa ni?" Cemas juga dia melihat Rossa dalam keadaan seperti itu. Dia takut seandainya Rossa keguguran lagi.
"Novel ni, jatuh tadi. Tu Rossa ambik, pastu terduduk kat sini" Rossa menyeka air mata yang membasahi ruang mata.
Firdaus mencempung tubuh Rossa sehingga ke katil. Didudukkan Rossa di situ, lalu bibirnya hinggap di dahi itu. Sudah saatnya mereka harus berbicara hati ke hati.
"Abang tahu, apa yang buat sayang stress. Abang tahu semua cerita, dari A sampai Z. Sebab abang dah dengar sendiri dari mulut Ainida. Kenapa sayang sorokkan semua ni dari abang? Kenapa tak ajak abang berbincang?Sayang tak percayakan abang lagi ke?" Mendongkol juga relung hatinya apabila isteri sendiri tidak mempercayainya dan tidak pernah mahu berkongsi rasa dengannya. Apa sudah jadi pada hubungan mesra mereka?
Bibir Rossa terkunci rapat. Dia tidak punya jawapan untuk persoalan Firdaus. Sejujurnya, dia sudah cukup tertekan dengan apa yang terjadi. Baginya, jika Firdaus sendiri yang melakukan kesalahan, lelaki itu bisa saja mengakuinya tanpa perlu dia bertanya. Tanpa sedar, wajahnya mulai basah dengan air mata. Emosinya benar-benar terganggu, apatah lagi setelah pengakuan Aina sebentar tadi kepadanya. Kepalanya mulai berdenyut kuat.
"Rossa nak rehat. Rossa betul-betul penat. Rossa tak mampu nak bertahan. Abang janganlah tambahkan lagi bebanan Rossa" Suaranya separuh merengek.
Geraham Firdaus bergerak-gerak. Jika diturutkan hati, dia ingin segala-galanya diselesaikan malam itu juga. Tetapi mengenangkan keadaan Rossa, hatinya berlagu pilu. Sudahnya, dia berlalu dari sisi Rossa dan menapak ke luar bilik. Namun baru saja beberapa langkah, suara Rossa bergema semula.
"Kalau abang nak semua ni selesai, abang kawenlah dengan Aina. Rossa izinkan, in Shaa Allah hati Rossa ikhlas"
Dan Firdaus terus melangkah dengan baran yang bercambah dalam hati.

TUAN RAZALI dan Tuan Ihsan duduk di hadapan Zaid. Turut bersama, Erika dan Mazlan serta beberapa pegawai yang lain.
"Apa kita nak jawab dengan pihak media? Kes penculikan yang Fahmi lakukan suatu masa dulu mendapat liputan dari pelbagai pihak. Dan Fahmi pun sedang tunggu masa untuk dijatuhi hukuman. But, he committed suicide!"
Omongan Zaid menambahkan beban dalam hati mereka semua. Pagi semalam, mereka dikejutkan dengan berita kematian Fahmi di dalam sel. Menurut laporan, Fahmi membunuh diri dengan mengerat nadi pergelangan tangannya. Kemudian, dia menusuk perutnya sendiri dengan pisau. Yang anehnya, dia sempat meninggalkan nota di tepi tubuhnya. Nota yang berbunyi, 'orang jahat akhirnya kecundang' barangkali ditujukan ke atas dirinya sendiri.
Tuan Ihsan mengeluh panjang. Kes yang mendapat sambutan hangat dari semua pihak sudah pasti akan mengisi ruang koran dan berita semula. Dan pastinya pihak polis akan dipersalahkan kerana Fahmi meninggal sebelum dijatuhkan hukuman gantung. Kredibiliti dan kecekapan mereka sudah semestinya akan dipersoalkan.
"Kita kena sediakan laporan yang lengkap untuk dipersembahkan kepada pihak atasan. Berserta bukti dan saksi, jika tidak, orang ramai akan menunding jari ke arah kita" ujar Tuan Razali. Walaupun dia tidak terlibat secara langsung dalam kes ini, tetapi dia tetap mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Pertama kali perkara seperti ini berlaku sepanjang tempoh perkhidmatannya. Gerun juga apabila memikirkan pelbagai persoalan dari pihak atasan dan tekanan dari orang ramai.
"Zaid, I put this under you!" tegas Tuan Ihsan pula.
Zaid mengangguk pantas sambil menelan liur. Satu lagi bebanannya yang harus dia pikul. Matanya sempat menangkap riak Mazlan yang seakan tidak selesa sepanjang perbincangan mereka tadi. Ada sesuatukah yang mengganggu pemikiran Mazlan? Dia harus mencari tahu melalui Mazlan kerana lelaki itu agak rapat dengan Fahmi.

"KENAPA kau suka lawat aku? Aku kan orang jahat, kau pulak orang baik. Polis pulak tu! Kau tak takut malu ke kalau orang mengata kau?"
Mazlan melemparkan senyuman kepada Fahmi.Kontena yang berisi nasi kerabu dan beberapa isi ayam diajukan kepada lelaki yang sedang menunggu hari untuk dijatuhkan hukuman itu.
"Makanlah. Aku beli ni khas untuk kau. Kau kan tak suka makanan kat sini" Kata-kata Fahmi sebentar tadi dibiarkan tergantung.
Tanpa berlengah, laju saja nasi kerabu tersebut membuka selera tekak Fahmi. Keadaan sepi seketika. Mazlan hanya membiarkan saja Fahmi melahap dalam ketenangan. Dalam diam, dia kasihankan nasib lelaki itu. Menurut dia, Fahmi sebenarnya seorang lelaki yang baik dan telus. Cuma cinta yang merubah penampilan dan keperibadiannya. Selama dia bertugas sebagai anggota polis, itulah pertama kali dia rapat dengan banduan tahanannya.
"Sedap. Berselera pulak aku hari ni. Mana kau beli ea?" Lamunan Mazlan tercantas saat Fahmi membuka mulut. Dikerling wajah pucat lesi itu.
"Kat depan balai, hujung jalan. Ada makcik dan anak perempuan dia yang jual ni. Tu yang aku beli"
"Selalu ke kau beli dari dia?"
"Selalu. Kenapa?"
"Kau berkenan dengan nasi kerabu dia ke atau kau sebenarnya berminat dengan anak perempuan dia?" Fahmi sengaja serkap jarang.
Terburai gelak Mazlan mendengar butir bicara Fahmi. Hairan juga dia, kerana selama dia melawat Fahmi, rasanya itulah kali pertama lelaki itu bergurau seperti itu dengan dia.
"Kenapa kau gelak? Aku tak buat lawaklah!"
Mazlan menggeleng kepala. "Ada-ada je kau ni!"
"Kalau suka, bagitau jelah. Jangan jadi macam aku. Last-last, kena reject. Pastu masuk sini. Tapi bagus jugak kan? Sekurang-kurangnya aku tahulah masih ada polis baik macam kau ni kat dunia ni"
Wajah Mazlan kembali serius. Tatapan matanya hanya tertumpu pada Fahmi. "Semua polis baik, Mi. Kalau dorang jahat, takde maknanya jadi polis!"
Bibir Fahmi tersungging senyuman sinis. "Yelah tu" Keadaan sepi kembali. Bebola mata Fahmi memandang sekeliling. Sel yang menjadi rumahnya selama beberapa bulan ini akan dia tinggalkan tidak lama lagi.Sepanjang dia berada di situ, hanya Mazlan yang sudi menjadi temannya. Kalau tidak di siang hari, lelaki itu pasti akan melawatnya sebelah malam pula. Jika diikutkan undang-undang mahkamah, dia tidak dibenarkan dilawat oleh sesiapa pun. Tetapi Mazlan itu anggota polis. Sudah pastinya dia menggunakan kuasanya untuk melanggar aturan mahkamah. Atas sebab apa Mazlan sanggup berbuat sedemikian, dia sendiri kurang pasti.
"Sakit tak mati?"
Soalan Fahmi membuatkan bulu roma Mazlan terangkat. Matanya menangkap seraut wajah putih melepak itu. "Kenapa kau tanya?"
"Tak lama lagi giliran aku"
Mazlan mematungkan diri.Hakikat yang pahit, namun itulah yang akan mereka hadapi. "Semua orang akan mati. Bezanya, kita bersedia ataupun tidak. Dan setiap kematian itu pastinya mendatangkan keinsafan pada insan lain. Sebab itulah Allah ciptakan kematian. Jika tidak, sampai bila manusia nak sedar dari terus berbuat jahat?"
Diam sahaja Fahmi mendengar tazkirah lelaki polis itu. Dia mulai menyesali setiap yang dia kerjakan di alam dunia fana ini. Bersediakah dia menghadap Ilahi dalam diri yang penuh dosa?
"Nak ke Allah terima taubat aku? Aku banyak dosa. Aku bunuh banyak orang. Darah dan jeritan, buat aku ketagih pada pembunuhan. Aku puas dapat bunuh orang"
Mazlan menghela nafas. "Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang-orang yang berbuat khilaf. Kalau kau ikhlas menadah tangan, Allah takkan biarkan kau pergi dengan tangan kosong"
Fahmi tergelak kecil. "Tapi tentu sakit kan? Bila kita ke tali gantung" Ada mutiara jernih mulai berkumpul di tubir matanya.
Mazlan memakukan diri. Dia tiada jawapan bagi soalan itu. Sakit atau tidak, hanya tuan empunya diri yang dapat merasainya.
"Tapi tak sakit kalau diri sendiri yang cabut nyawa sendiri kan?"
Serentak itu, degupan jantung Mazlan mula berdetak hebat. Wajah selamba Fahmi ditatap penuh pertanyaan. Emosinya mula meracau saat Fahmi menuturkan itu. Apa maksud di sebalik kata-katanya? Takkanlah Fahmi hendak mencabut nyawanya sendiri sedangkan sebentar tadi dia seolah menyesali perbuatannya sendiri?
Melihatkan senyuman manis penuh makna dari wajah Fahmi, Mazlan mulai tak sedap hati. Apa agenda Fahmi sebenarnya?

SAAT bahunya ditepuk seseorang, kejadian semalam berterbangan dibawa angin. Mazlan menoleh lantas berbalas senyuman dengan Zaid. Rokok di tangan dicampak ke tanah lalu dipijak lumat.
"Menung apa kau tu?" tegur Zaid seraya menyandarkan tubuh ke pintu kereta, mengikut perlakuan Mazlan.
"Takde menung apalah! Macam mana laporan kau? Dah siap?"
"Dah, semua data dan maklumat serta rakaman CCTV aku dah copy.Nak submit dengan pihak atasan je nanti"
"Baguslah. Kejap kau buat kerja ye?"
"Erika yang tolong aku. Kalau tak, sengsara jugaklah nak siapkan report ni"
"Erika ye?" Mazlan senyum sumbing. "Aku cium bau wangilah!"
"Bau wangi apanya?"
"Bau wangi orang nak kawen!"
Wajah Zaid tiba-tiba merona merah.Dia dan Erika? Itu mustahil. Takkanlah Erika syok kat dia? Kalau dia yang syok dengan gadis itu, make sense jugaklah! He he...
"Merepeklah kau ni!" sangkal Zaid.
"Merepek apanya? Kalau aku tengoklah kan, kau dan Erika tu nampak sepadan je. Kau tak perasan ke yang Erika tu syok kat kau?"
Zaid diam. Betul ke kenyataan Mazlan itu? Tapi tidak mungkin Mazlan berbohong. Setahu dia, lelaki itu tidak suka memutar-belitkan fakta. Dan selama ini, dia juga ada perasan mata kecil Erika gemar memandangnya senyap-senyap. Erkkk?
"Drop that subject! Ni aku nak tanya pasal Fahmi. Kau orang terakhir yang jumpa dia kan? Kau perasan apa-apa tak pada dia?"
"Takde pulak. Cuma itulah, aku pelik satu benda"
Tubuh Zaid mengiring menghadap Mazlan. Fokusnya hanya pada kata-kata lelaki itu.
"Apa dia?"
"Sebelum dia bunuh diri, dia ada tanya aku. Mati tu sakit ke tak? Lepas tu, dia bagitau aku kalau mati sebab sendiri yang cabut nyawa, tu tak sakit agaknya. Aku seramlah nak tanya dia lebih-lebih"
Zaid mengangguk mendengar penerangan Mazlan.Itu bererti, Fahmi memang punya niat untuk bunuh diri. Bukan atas desakan sesiapa.
"Dia selalu cabut nyawa orang. Last-last, nyawa dia sendiri kecundang dalam tangan dia. Hmm, what a sad ending!" rungut Mazlan sambil mengeluh panjang.
"Dah takdir dia, meninggal dalam keadaan macam tu. Tapi peliklah kan? Dia sempat lagi tinggalkan nota untuk kita"
Mazlan hanya mengangguk. Teringat dia nota yang Fahmi tinggalkan sebelum dia meninggal. 'Orang jahat akhirnya kecundang!' Hmmm.. seriau pulak dia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience