29

Romance Completed 28168

"ADA jumpa apa-apa?" tanya Zaid kepada Mazlan sambil menutup mulutnya dengan sehelai kain. Bau mayat terlalu menusuk ke hidung. Lalat pula tak henti-henti hinggap di atas tubuh mangsa.
Mazlan menggeleng kepala. Dia turut mencekup mulutnya dengan kain perca. "Aku rasa, pembunuh terlalu bijak. Dia tak tinggalkan apa-apa petanda. Cuma sehelai nota kecik yang ditulis menggunakan darah" Mazlan menyerahkan nota kecil itu kepada Zaid.
"Orang jahat akan terima balasan" Zaid membaca tulisan tersebut. "Hantar nota ni kat makmal. Dan suruh mereka periksa darah ni milik siapa. Boleh jadi darah ni milik mangsa atau pembunuh"
Mazlan mengangguk kepala.
"Dan mayat ni hantar ke hospital"
"Post-mortem?" tanya Mazlan yang kebingungan.
"Nope. Tak boleh nak buat post-mortem kalau takde keizinan dari pihak keluarga. Tu ibaratkan mengaibkan mayat dan keluarga dia. Kalau ada sesiapa yang menuntut mayat ni, baru kita boleh putuskan macam mana"
"Okey" sahut Mazlan sepatah.
Zaid membuang pandang ke arah sekujur badan mayat tersebut. Keadaannya terlalu mengaibkan sehingga seolah-olah sengaja dimalukan oleh pembunuh. Keadaannya yang tanpa seurat benang di baju menambahkan kesal di hati Zaid. Pembunuh terlalu kejam kerana memperlakukan seorang wanita seperti itu.
"Aku rasa mayat ni dah semalaman. Sebab bau dan darah dia masih fresh. Agak-agak, mungkin dia meninggal sekitar 4 ke 5 jam yang lepas" Zaid membuat kesimpulan sendiri. "Siapa yang jumpa mayat ni?"
"Pasukan kita. Tadi diorang meronda kawasan ni. Kau tahu lah kan, lebuh raya ni terpecil. Tempat yang sesuai untuk mat-mat rempit buat kerja. Alih-alih, tak dapat tangkap mat rempit, tetapi terjumpa pulak dengan mayat seorang perempuan. Diorang cakap, mayat memang berbogel habis" terang Mazlan satu-persatu.
Zaid menggerakkan gerahamnya. Terlalu mengaibkan keadaan mangsa meninggal dunia. Manusia semakin kejam, semakin berani. Mereka bertindak seolah-olah negara tidak punya undang-undang. Namun dia takkan sesekali melepaskan pembunuh tersebut. Keadilan harus ditegakkan, walau dengan apa cara sekalipun!

ROSSA mengurung diri di dalam bilik. Sedar tak sedar, hari semakin berlalu, seakan terlalu cepat masa berputar. Dan untuk itu, dia juga sudah sah bergelar isteri kepada Firdaus Azhan. Majlis yang berlangsung dengan sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat telah menyaksikan dua hati menjadi satu. Dia menerima semua takdir ini dengan hati terpaksa. Sesungguhnya, dia mulai bencikan Firdaus! Untuk itu, dia sengaja meletakkan syarat bahawa majlis mereka tidak akan berlangsung secara besar-besaran. Dan tidak boleh ada satu orang pun yang mengetahui mengenai status sah mereka. Dan dia tersenyum kemenangan apabila Firdaus terpaksa bersetuju dengan permintaannya.
Pintu bilik terkuak. Firdaus merapatinya. Wajah lelaki itu tak lekang dek senyuman. Tak jemu ke pipi tu asyik senyum?
"Tadi semua orang cari Rossa. Kenapa terperap dalam bilik?"
Rossa terkesima. Rossa? Dia bahasakan aku dengan nama?
"Abang mintak maaf kalau semua ni buat Rossa tertekan. I had no choice. Mama dan umi desak abang untuk setuju. Lagipun ni untuk kebaikan kita jugak. Untuk kebaikan syarikat jugak"
Rossa semakin pusing. Abang? Dia guna panggilan 'abang' untuk diri dia sendiri? Arghh! Rossa naik menyampah. Sebetulnya, dia tidak punya kuasa untuk melayan Firdaus saat ini.
Melihatkan kesenyapan Rossa, Firdaus mulai dikocak debaran. Hatinya berperang dengan akal. Terasa ingin tubuh itu didakap erat kerana Rossa mampu mewujudkan satu perasaan indah dalam dirinya. Tetapi akal pula melarang. Risau jika Rossa menolak sentuhan lembutnya. Jari-jemari Rossa digenggam erat. Tersentak Rossa dibuatnya. Firdaus memanjat katil, merapati si isteri. Dagu Rossa disentuh. Seketika, mata mereka bersabung.
Seluruh wajah Rossa ditatap. Betapa dia mengasihi dan mencintai gadis itu sejak sebelum mereka diijabkabulkan lagi. Namun dia hanya mampu mengalah apabila Bakri memulakan langkah pertama. Dia redha jika Rossa memang bukan jodohnya. Tetapi kini, Allah memberikan dia peluang kedua untuk menjaga Rossa. Hati siapa yang tak melonjak gembira apabila sang pujaan hati sudah berjaya dimiliki?
Rossa menelan liur. Dia tidak mampu untuk menolak sentuhan lembut Firdaus yang mulai hinggap di belakang badannya. Meski hatinya menolak keras kehadiran Firdaus, tetapi wajah dan mata bundar lelaki itu seolah-olah melemaskan dia. Ketika itu, dia dapat melihat bayangan wajah Bakri di sebalik tampang Firdaus. Rossa keliru. Siapa yang di hadapannya saat itu?
Apabila bibir Firdaus mulai hinggap di bibirnya, Rossa tiada kudrat hendak menolak. Bahkan dia turut membalas kucupan demi kucupan daripada lelaki itu.
Saat Firdaus membaringkan tubuhnya di atas katil, saat itu dia tersedar. Wajah Bakri kembali menjauh. Rossa mulai digenangi air mata. Tubuh Firdaus yang sudah menindihnya, ditolak segera. Dia menangis.
"Bakri..."
Firdaus mendengus kasar. Dia buntu dengan penerimaan Rossa. Seketika tadi, mereka begitu asyik menikmati asmara berdua. Kini, Rossa pula menolak perlakuannya. Bahkan isterinya itu menangis dan sempat mengongoi nama Bakri. Dia jadi cemburu. Adakah Rossa menganggapnya sebagai Bakri? Disebabkan itukah Rossa merelakan setiap sentuhan dan ciumannya?
"Rossa..."
"Saya rindukan Bakri. Tolong bawak saya jumpa Bakri" adu Rossa diselangi dengan esak tangisnya. Dia sudah duduk memeluk lutut dan membenamkan wajah ke situ.
Firdaus tersentak. Benar dugaannya. Rossa membayangkan dirinya sedang memadu asmara bersama Bakri. Peritnya hati, Allah saja yang tahu. Terluka jiwa, Allah jualah yang memahami.
Firdaus bersimpuh di hujung katil, menjarakkan diri dari Rossa. Dia meraup wajah berkali-kali. Bibirnya tak henti-henti beristighfar, mencuba menenangkan hati yang sedang gundah-gelana saat itu. Fikirnya, hati Rossa mudah dilembutkan melalui perkahwinan ini. Namun dia silap. Dia gagal memahami sekeping hati Rossa. Rupanya, hanya dia yang mendambakan perkahwinan ini. Justeru, apa yang harus dilakukannya?

SUDAH 2 minggu mereka bergelar suami isteri. Tetapi Rossa tampak dingin dan seakan enggan berbicara dengannya. Jika di rumah, Rossa akan mencari jalan untuk mengelak dari bertembung dengannya. Hanya di hadapan umi sahaja Rossa mahu melayannya. Itupun dengan terpaksa. Dia tahu kerana dia dapat menangkap semua itu melalui bahasa badan isterinya. Jika di pejabat pula, Rossa sungguh formal. Seolah-olah lupa bahawa mereka itu suami isteri. Dia tidak mahu dijemput pergi dan balik oleh Firdaus. Tambah memeritkan apabila Rossa meletakkan syarat dengan berkata tidak ada seorang pun dari syarikat yang harus mengetahui status mereka. Cukup hanya pihak atasan dan keluarga yang mengetahui akan kebenaran tersebut. Jika tidak, Rossa mengugut untuk melarikan diri.
Firdaus mengeluh. Dia tidak punya pilihan selain bersetuju dengan syarat yang Rossa utarakan. Setiap kali melihat Rossa, cintanya semakin bercambah. Perasaannya semakin berbunga. Namun sikap dingin Rossa ibarat meracun setiap kembangan tersebut. Dia betul-betul buntu dengan sikap Rossa.
Pintu pejabat diketuk.
"Masuk!" arahnya dengan mengeraskan sedikit suara.
Sheila menghampiri lalu menyerahkan sebuah fail kepadanya.
"Ni yang boss nak. Pasal tender yang kita dapat baru-baru ni. Tapi boss belum appoint sesiapa pun untuk uruskan tender ni" terang Sheila sambil memandang wajah Firdaus yang sedang ralit dengan fail tersebut. Semakin hari, wajah itu tampak kacak dengan jambang yang menghiasi. Hampir gila dia dibuatnya. Pun begitu, dia tetap mampu melihat ada garis kesedihan di atas wajah tersebut.
"Okey, set up a meeting. Regarding this matter"
"Errr lepas ni ke boss?"
Firdaus mencerlung Sheila. Wajahnya ketat. "Takkan nak buat tahun depan?! Why are you asking me that?!"
Sheila menelan liur. Alamakkk! Matilah aku!
"Now!!" jerkah Firdaus.
Tergopoh-gopoh Sheila mengutip fail lalu segera berlalu keluar. Mood bossnya itu dilanda taufan tsunami kali ini. Urghh!

SEDANG Zaid meneliti laporan mengenai kes bunuh tempoh hari, dia dikejutkan dengan dua lagi kes bunuh yang berlaku pada hari yang sama. Dia dan Mazlan bergegas ke lokasi kejadian.
Tiba di tempat kejadian, orang ramai sudah pun mengelilingi tempat tersebut. Pihak polis bertindak mengawali keadaan. Garisan polis diletakkan sebagai penanda.
"Mana mayat tu?" tanya Zaid sambil menyarung glove pada kedua tangannya. Seorang pegawai polis menunding jari ke arah tepi pokok.
Zaid mengerutkan dahi. Mayat seorang perempuan ditemui mati. Lebih memeranjatkan apabila mayat tersebut juga ditinggalkan tanpa seurat benang. Sama seperti kes sebelumnya! Zaid panar!
"Sama macam mayat yang kita jumpa dua minggu lepas" Mazlan meluahkan pendapat.
Zaid mengangguk. "Ada apa-apa lagi informasi?"
"Ada tuan" Sahut Erika, salah seorang pegawai yang turut berada di situ. "Kami jumpa nota kecil ni di sisi mayat. Dan ianya ditulis menggunakan darah" terang Erika lagi.
"Orang jahat akan terima balasan"
Zaid mengeluh saat Mazlan membaca tulisan tersebut. Sah, memang pembunuhnya adalah orang yang sama.
"Bawak mayat ke hospital. Dan darah yang ada pada nota ni serahkan pada pihak forensik. Diorang tahu apa nak buat" arah Zaid. Nampaknya, kali ini dia memang tidak boleh silap pandang. Pembunuh memang sengaja hendak mencabar pihak polis!
"Kita kena ke lokasi seterusnya. Ada satu lagi mayat. Aku rasa, pembunuhnya orang yang sama jugak" ujar Zaid lagi.
"Perasaan aku tak sedap kali ni!" luah Mazlan jujur.
"Kalau betul pembunuh tu orang yang sama, maknanya dia akan membunuh lagi dalam tempoh terdekat. Kalau ni berlaku, maksudnya ni pembunuhan bersiri. Sebab dia dah buat lebih dari tiga orang" jelas Zaid. Dia sudah memboloskan diri ke dalam perut kereta. Mazlan menuruti dari arah belakang.
"Maknanya kita kena stopkan dia! Kalau tak banyak nyawa yang akan melayang!" sahut Mazlan pula.
Zaid menjawab dengan anggukan. Mereka terpaksa bekerja keras selepas ini untuk menangkap pembunuh. Kes menjadi semakin serius. Kes yang pertama belum selesai, tetapi kes yang kedua dan ketiga pula sudah menyusul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience