DATIN QASRY berjalan mundar-mandir di hadapan Farah dan Nizam. Bingung hatinya memikirkan keadaan dan keselamatan Rossa. Dia sudah lama menerima berita tersebut kerana sudah dimaklumkan oleh Firdaus tempoh hari.
"Ma, keep calm! Kalau mama gelabah macam ni, nanti mama yang sakit" pujuk Farah. Sejak pulang semalam bersama Nizam, dia dikejutkan dengan berita mengenai Rossa. Tidak sempat hendak beramah mesra, kakak ipar yang seorang itu terkena musibah pula.
"Mama tak boleh nak tenanglah! Mama risaukan Rossa. Dah tiga hari dia hilang, entah macam mana nasib dia" Datin Qasry meluahkan kebimbangan. Punggung dihenyak di sebelah Farah.
"Mama, biar pihak polis buat kerja diaorang. Kita doa je semoga semuanya dipermudahkan" sampuk Nizam pula. Dia menepuk-nepuk paha Adriana untuk melenakan anaknya itu.
"Kesian along" luah Farah pula. Terkenangkan nasib satu-satunya abangnya, hati dirundung pilu. Tak pernah Firdaus mampu mengecapi bahagia. Dari dulu sehingga kini, dia selalu berkorban untuk kebahagiaan orang lain.
"Along ada balik ke?" soal Nizam pula. Sudah lama rasanya tidak bersua muka dengan abang iparnya itu. Walaupun umur mereka sebaya, namun Firdaus tampak lebih matang kerana pemikirannya yang kadangkala diluar kotak.
"Sejak kes Rossa kena culik, dia dah tak balik rumah. Tidur kat balai. Katanya dia tak sanggup nak tengok bilik tu. Sebab kat situ Rossa hilang. Lagipun kalau kat balai, senang sikit dia buat kerja" jawab Datin Qasry pula. Wajahnya dihujani dengan titik kebimbangan. Risaukan anak satu hal, bingungkan menantu juga satu hal. Dua-dua dia sayang dan dua-dua juga tiada di sisi.
Farah menggumam. "Untung Rossa kan? Along sayang dia sangat-sangat"
"Mama!" satu jeritan dari arah pintu mrnyentakkan mereka semua. Datin Qasry menoleh pantas melemparkan senyuman.
"Bila Abel balik?" tanya Nizam pula. Hampir lupa dengan kehadiran adik ipar yang satu itu.
"Balik apanya? Abel baru datang ni bang ngah" Nabila menjawab seraya menyalami mereka semua. Apabila bersua wajah dengan Adriana, sempat dia layangkan satu ciuman di pipi gebu itu.
"Betul ke Kak Rossa kena culik?" Nabila terus menanya. Punggung sudah dihantar ke sofa berhadapan mama.
"Iya" jawab Datin Qasry lemah.
"Masuk hari ni, dah empat hari dia hilang" sampuk Farah pula. "Cuti sem ke?" tanya Farah lagi. Dia melihat ada luggage hitam yang dibawa Nabila sekali.
"Aah. Cuti sem. Sebulan je. Abel kenallah Kak Rossa. Dia majikan Abel" Nabila membuka cerita.
"Majikan?" Datin Qasry tidak memahami kata-kata Nabila.
"Dulu masa Abel tak ngam dengan along, Abel kerja dengan umi. Kat kedai makan. Kak Rossa tu cantik, baik, periang, manja" Nabila memberitahu.Masih terbayang-bayang wajah ceria Rossa setiap kali mereka bertembung. Wajah yang tak pernah lokek dengan senyuman.
"What a coincidence!" tambah Nabila lagi. Sungguh dia tidak menyangka Rossa akan menjadi kakak iparnya. Kerana setahu dia, Rossa akan berkahwin dengan Bakri. Tup-tup, berjodoh pula dengan abangnya. Agaknya itulah suratan jodoh. Tiada siapa dapat menduga percaturan yang telah Allah tetapkan.
"Mama risaukan Kak Rossa ke?" Nabila menjamah tampang Datin Qasry yang penuh dengan keruhan itu.
Datin Qasry mengangguk lemah. Pertama kali dia melihat perubahan dalam diri Firdaus. Dan semuanya kerana jasa Rossa. Jika Rossa tidak berjaya diselamatkan, bagaimana agaknya hidup Firdaus sesudah itu? Itu yang menjadi kebimbangannya.
"She will be fine. Kak Rossa tu orangnya kuat. Dia akan pertahankan hak dia"
"Tapi pembunuh tu psikik dek! Kau tak baca news ke?" ujar Farah lagi. Dia turut bimbangkan keselamatan Rossa saat ini.
Nabila senyap. Dia kehilangan kata-kata buat seketika. Sejak kes itu didedahkan kepada orang ramai, dia mula mengambil port untuk mengetahui rentetan setiap kejadian. Dan apabila mendapat tahu nama Rossa turut terbabit, dia jadi tidak senang duduk. Kebetulan pula cuti semester akan bermula. Jadi dia mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti di rumah sahaja. Dia sudah lama maafkan Firdaus di atas perbuatan lampaunya. Untuk apa dia mendendami saudara sendiri sedangkan dia juga bukan manusia sempurna. Berbuat silap itu memang tidak dapat dielakkan. Dia percaya Firdaus juga sudah berubah.
"Kita doa je yang baik-baik untuk Rossa" Datin Qasry bersuara lemah. Hanya itu sahaja bantuan yang dapat dia salurkan untuk keselamatan Rossa.
SETELAH menerima panggilan telefon daripada Mak Nab, Firdaus bergegas ke rumah Umi Za. Khabarnya, Umi Za jatuh pengsan kerana sudah beberapa hari tidak makan lantaran khuatirkan Rossa.
Dia menitipkan pesan kepada Zaid untuk segera kembali sesudah menguruskan kebajikan Umi Za. Rancangan mereka, tempat persembunyian Fahmi akan diserbu malam nanti. Dia mahu turut serta kerana dia tidak mampu berpeluk tubuh sahaja.
"Kan Fir dah cakap? Fir akan jumpa umi dan bawak Rossa. Nanti Rossa balik, tengok umi sakit, sedihlah dia. Nanti Rossa fikir yang Fir tak jaga umi dengan baik" Lembut kata-kata Firdaus menusuk terus ke hati Umi Za. Dia mengesat airmatanya yang jatuh berguguran. Menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan keluar.
"Umi risau. Umi tak tenang selagi Rossa takde depan mata. Macam-macam yang umi fikir"
Firdaus senyap. Sesungguhnya mereka berkongsi rasa yang sama saat ini. Risaukan Rossa dan tidak mampu bertenang.
"Umi doakan keselamatan Rossa ye?Fir dan anggota polis yang lain akan berusaha semaksima mungkin untuk selamatkan Rossa. Tapi masa ni, Fir nak umi makan mi sup ni. Penat Fir masak tau?" pujuk Firdaus seraya menggapai semangkuk mi sup lalu disuapkan kepada Umi Za.
"Janji tau? Bawak Rossa balik ke pangkuan umi" rengek Umi Za sambil menatap wajah Firdaus.
Firdaus mengangguk laju. "Tapi umi jugak kena janji dengan Fir. Makan mi sup ni. Okey?"
Umi Za mengangguk lemah lalu menganga mulutnya. Dibiarkan sahaja Firdaus meladeninya bak anak kecil.
ROSSA membenamkan kepala ke lutut.Badannya menggigil ketakutan setelah menyaksikan kerakusan Fahmi 'mengerjakan' Aina. Kecut perutnya menatap insiden malang tersebut. Aina yang sudah pasrah dengan keadaan hanya mengongoi kecil tanpa suara. Dia sudah tidak mampu untuk melawan kudrat Fahmi.
"Lepas ni..." Fahmi berjeda sambil menzipkan seluar jeansnya. Aina yang terbaring lesu di lantai dikerling sejenak.Puas hatinya dapat menikmati tubuh badan gadis itu. "Giliran kau" Jarinya menunding ke arah Rossa. Senyumannya sinis.
Rossa sudah menangis. Dia sudah tidak mampu untuk menyelamatkan diri lagi. Maruah dirinya bakal tergadai tidak lama lagi. Tidak putus-putus dia berdoa di dalam hati agar sentiasa dalam lindungan Allah.
"Kenapa kau kejam sangat haaa? Kenapa??" jerkah Rossa dalam keberanian yang masih bersisa.
Fahmi tergelak lantas menarik kerusi. Duduk menghenyak punggung di situ sambil menatap wajah Rossa.
"Aku tak kejam.Tapi kau dan perempuan-perempuan tu semua yang kejam! Hati aku ni.." Dia tunjuk bahagian hati. "Dah rapuh! Salah ke aku nak bahagia? Kenapa tak boleh bagi aku kebahagiaan? Haaaa??? Seronok sangat ke mainkan hati orang? Korang semua bangga sangat kan? Sebab ada wajah yang cantik, sebab tu sesuka hati je nak mainkan perasaan aku. Sekarang, aku dah rampas semua yang ada pada korang" Fahmi ketawa.
Rossa berdebar. Apa yang terjadi kepada dirinya sesudah ini? Rossa terbayangkan wajah Firdaus. Baru kali ini dia merasakan rindu yang maha hebat pada sang suami. Dia merintih, namun tiada siapa yang mampu menolong. Dia sedar, inilah balasan isteri derhaka sepertinya.
Fahmi bangkit dari kerusi lalu bergerak mendekati Rossa. Ditarik rambut gadis itu sehingga sempat Rossa mengaduh kesakitan.
Tubuh Rossa ditolak ke katil. Dia tidak akan puas selagi tidak mendapatkan Rossa. "Dalam banyak-banyak perempuan, aku paling sayangkan kau. Tapi kau jugak sama macam diaorang! Permainkan perasaan aku sesuka kau! Kau kena bayar atas setiap penderitaan aku, faham?!"
Rossa menolak kasar tubuh Fahmi namun kudratnya tidak mampu untuk terus melawan. Tubuhnya ditindih oleh Fahmi. Dia meronta-ronta namun Fahmi lebih galak menindih. Tidak dihiraukan tangisan Rossa yang sudah bergema di segenap ruang.
"Diamlah!" Fahmi menampar pipi kanan Rossa. Zip seluarnya dibuka. Dia tersenyum sinis saat melihat kemenangan bakal berpihak kepadanya.
"Abanggg! Tolong Rossa!!" Rossa menjerit dalam tangisan.
Fahmi semakin geram. Dicengkam kuat rahang Rossa sehingga gadis itu mengaduh beberapa kali. Kemudian, pipi kiri Rossa ditampar berkali-kali sehingga bibir gadis itu mula mengalirkan darah pekat.
"Diamlah! Aku cakap, diam! Kejap je kita buat ni. Lepas tu, selesai!!" tukas Fahmi lagi. Dia sudah tenggelam dalam nafsu. Leher jinjang dan wajah polos Rossa menaikkan keinginannya.
Kedua-dua tangan Rossa digenggam erat. Baju sebelah lengan Rossa ditarik sehingga menonjolkan lagi bahagian dadanya. Fahmi menjelirkan lidah, semakin menggilai keadaan Rossa saat itu. Dia mula bertindak membenamkan kepala ke leher Rossa namun belum sempat berbuat apa-apa, pintu bilik disepak oleh seseorang.
Fahmi menoleh dan tiba-tiba sebuah tumbukan mengena terus ke wajah. Dia terjelepok ke lantai.
Rossa bangkit lantas menyelimuti badannya. Wajah Firdaus dalam pandangannya. Segera didekati suaminya lalu tubuh itu didakap erat.
"Rossa tak apa-apa sayang. Abang datang selamatkan Rossa" bisik Firdaus ke telinganya.
Rossa sudah basah dengan airmata. Wajahnya disembamkan ke dada Firdaus. Ketakutan yang sempat beraja tadi beransur pergi.
Erika membantu Aina dan memberikan pertolongan kepada gadis itu. Seluruh tempat digeledah oleh anggota polis yang lain.
Zaid mendapatkan Fahmi. Disepak perut dan seluruh tubuh Fahmi. Dia melepaskan geram dan amarahnya pada lelaki itu. Membuat onar dan menyusahkan banyak pihak sehingga dirinya sendiri terganggu dan tertekan beberapa bulan ini.
"Lepas ni, aku akan pastikan kau membusuk dalam penjara! Bajingan!!" Sempat Zaid menyumpah. Setelah puas mengerjakan Fahmi, dia membawa lelaki itu ke kereta polis. Perasaan geramnya sudah terbalas. Kini dia puas kerana dapat melampiaskan hukuman pada Fahmi.
Rossa terus melekap pada tubuh badan Firdaus. Dia takut, dan rindu pada sang suami. Pelukannya erat sehingga Firdaus sendiri bingung menerima keadaan Rossa seperti itu. Namun dia bersyukur kerana Rossa selamat dan Fahmi tidak sempat berbuat apa-apa.
Terima kasih Ya Allah!
Share this novel