JAUH DARI CINTA! Novel ke-99 dalam senarai bacaannya. Dalam banyak-banyak novel, novel inilah yang mampu menarik minat dan mencuri tumpuannya. Sedikit teresak, kerana novel ini juga berjaya membuatkannya menangis.
Bunyi deringan handphone memanggil-manggil untuk dijawab. Rossa mengerling sejenak lantas tersenyum. Waktu-waktu begini, memang Umi Za akan menelefonnya.
"Iya, waalaikummussalam umi" Dia menjawab setelah umi memberikan salam. Rossa sudah meletakkan novel di atas rumput.
"Bila nak balik ni? Dah pukul berapa? Rossa khatam banyak-banyak novel tu, ada dapat anugerah Pembaca Novel Terbaik ke?" Umi Za sempat menyindir. Anak perempuannya itu kalau tidak dihubungi memang tidak akan balik. Seolah-olah taman itu rumah keduanya!
Rossa tergelak di hujung talian. Umi Za kalau sudah berleter, menyindir aje kerjanya! "Iya umi. Kejap lagi Rossa balik. Rossa tengah kemas-kemas ni. Umi ada nak pesan-pesan apa ke sebelum Rossa balik?"
Tangannya sudah sibuk memasukkan novel ke dalam bakul pikniknya. Begitulah rutin harian dia. Setiap petang akan dihabiskan di taman sambil membaca novel. Memang sudah minatnya, membaca novel di tempat yang kurang orang. Kalau di rumah, umi pasti membebel. Tapi di taman itu jugak ketenangannya sudah mulai terganggu.
"Takde. Barang yang Rossa beli minggu lepas pun masih lagi ni. Dah, cepat balik. Karang sampai ke Subuh tak balik-balik!" Menyindir lagi! Rossa tergelak. Dalam pada itu, dia melihat sekujur tubuh Firdaus mendekatinya. Duduk sambil tersenyum. Lantas, seperti biasa bakul pikniknya akan dibuka sebelum sekeping roti gardenia ditarik keluar.
Rossa mengangkat kening. Inilah ketenangannya yang dia maksudkan tadi! Firdaus ini ke mana-mana saja pasti akan mengekori langkahnya! Macam tidak ada kerja saja lagaknya!
"Iya umi. Kejap lagi Rossa balik. Kat sini pun dah banyak nyamuk!" Rossa berkata sambil memandang Firdaus.
Lelaki itu berdecit. Dia sudah menghabiskan roti gardenia. Ditilik lagi ke dalam bakul piknik Rossa. Dia sempat melihat ada beberapa keping coklat di situ. Baru hendak ditarik keluar, Rossa sudah menepis tangannya. Dia tergelak lantas membatukan diri.
"Suka sangat kacau orang!" kias Rossa sesudah menamatkan panggilan.
"Aleeyah Rossa binti Azman! Gadis sempoi, suka duduk di taman. Baca novel tanpa ada gangguan. Bawak bakul piknik, ada makanan. Tapi satu dia tak tahan. Gangguan dari si Firdaus Azhan!"
Rossa menghambur tawa juga akhirnya. Firdaus dengan kata-katanya yang kedengaran pelik itu!
"Lewat balik harini?" Tegur Firdaus. Diperhatikan saja gelagat Rossa yang sudah mula sibuk mengemas itu. Setahu dia, jam-jam begini bayangan Rossa sudah mula dijamah kegelapan.
"Feel sangat baca novel! Sampai saya tak sedar jam dah berlalu!"sahut Rossa. Matanya tidak memandang Firdaus.
"Bookworm!" Terluah sepatah perkataan itu dari bibir Firdaus. Tersengih saat matanya bertaut dengan mata Rossa.
"Maksud awak?" Rossa mengangkat kening, inginkan lebih pengertian di sebalik kata-kata Firdaus tersebut. Tangannya juga sudah berhenti dari melakukan apa-apa kerja.
"Bookworm. That's what you are! Satu istilah untuk orang yang obseskan buku" Firdaus sempat mengerdipkan matanya pada Rossa. Dalam sebulan perkenalannya dengan Rossa, dia dapat simpulkan Rossa adalah seorang gadis sunyi, dan lebih senang menghabiskan masa dengan buku-bukunya. Kalau bukan novel, pasti bahan ilmiah yang lain. Bahkan dia juga pernah melihat Rossa 'membaiki' beberapa buah buku yang rosak sambil tersedu-sedan. Pelik tapi benar! Ibarat buku itu adalah sahabatnya. Tidak boleh langsung 'dilukai'! One unique thing about Rossa!
"Tahu tak, ada beberapa istilah yang orang guna untuk someone yang gilakan buku macam awak? Dan beberapa istilah tu saya boleh kaitkan pada awak!"
Rossa memandang penuh minat. Sejak mengenali Firdaus, apa yang boleh disimpulkan, lelaki bertubuh tegap ini memang full of philosophy! Ada saja pemikiran bijaknya mengatasi kata-katanya. Adakalanya mereka seperti berdebat, dan penghujungnya, dia terpaksa mengibar bendera putih.
"Pernah dengar pasal bibliophile?" tanya Firdaus sambil menilik wajah Rossa dalam-dalam. Manis! Dia sembunyi senyum.
Rossa hanya menggeleng.
"Itu salah satu istilah untuk orang yang sukakan buku. Atau lebih tepat lagi, mencintai buku lebih daripada mencintai benda hidup! Bibliophile ni diibaratkan sebagai seseorang yang suka mengumpul, membaca dan 'merawat' buku-buku yang sudah rosak. Dan dia anggap buku tu macam benda bernyawa! Same like you. Suka beli buku banyak-banyak, then jadikan sebagai koleksi. Baca. Dan kemudian, bila tengok buku tu rosak, awak akan 'merawat' dia sampai menangis!"
Kesimpulan Firdaus mengundang senyuman kecil di bibir Rossa. Menyetujui kata-kata Firdaus kerana sememangnya itulah dirinya yang sebenar. Dia obseskan buku! Bahkan setiap kali ke mana-mana, dia akan membawa salah satu koleksinya sebagai peneman! Ehmmm, aneh! Tapi itulah dirinya!
"And one more thing. Book sniffer! Orang yang suka bau buku! Macam awak jugak. Setiap kali awak beli buku or tengok buku, saya perasan awak suka cium bau dia. Macam ada something pada bau buku tu. Saya tak tahu sebab itu deria rasa awak!"
Firdaus pernah melihat Rossa mencium beberapa buah buku, seolah-olah mengambil feel atau sebagai tanda perkenalan pertamanya dengan buku! Kedengaran lucu tapi itulah hakikatnya. Dan kelucuan itulah yang menyebabkan dia begitu berminat untuk mengenali Rossa.
"Awak stalk saya!" rungut Rossa. Kata-kata Firdaus tidak dapat dinafikan. Dia memang sukakan buku. Mencium buku sebelum membelinya akan membuatkan dia feel dan berasa lebih dekat dengan buku tersebut.
Firdaus ketawa. Dia membetulkan duduk lantas mendekatkan wajah ke wajah Rossa.
"Memang! Saya suka stalk awak!" akuinya jujur.
Rossa terkesima. Erkkk!
"Awak memang obseskan buku lebih dari apa-apa ke?"
Rossa sudah mengangkat punggung, bersedia untuk beredar. Jam di tangan sempat dikerling. 5.40 petang! Nampak gayanya, dia lewat lagi 40 minit gara-gara lelaki ini! Huhh, pasti bebelan Umi Za menjadi makan malamnya nanti!
Firdaus turut sama bangkit. Menyamai ketinggian Rossa yang hanya separas bahunya.
"Takde benda yang boleh saya obseskan!" jawab Rossa selamba lantas mengatur langkah. Novel tadi sudah dia simpan di dalam bakul pikniknya.
"Love? Men?" teka Firdaus. Masakan Rossa tidak pernah menjalinkan mana-mana hubungan dengan sesiapa?
Rossa sudah menapak ke arah kereta. Membuka pintu kereta lalu menyimpan bakul pikniknya di situ. Kemudian, pandangannya kembali bertaut ke wajah Firdaus yang sedang keruh memandangnya.
"Hmmm? Pernah tapi suatu ketika dulu. Now, saya lebih suka obseskan benda tak hidup!"
Firdaus menepuk dahi. Apabila Rossa menguak pintu kereta di seat driver, dia menghalang dengan bersandar pada dada pintu itu.
Rossa mengeluh. "Saya nak balik!"
"Kenapa tak obseskan benda hidup? At least benda hidup tu boleh bahagiakan awak. Boleh dengar apa yang awak luahkan. Boleh sama-sama selesaikan masalah awak yang sulit macam mana sekalipun!"
"Sibuklah awak ni! Encik Falsafah, saya nak kena balik. Nanti tak pasal-pasal benda hidup kat rumah saya tu membebel tak habis-habis!"
Firdaus sudah tergelak. Dia mengiring ke kiri, memberi ruang untuk Rossa. Apabila dilihatnya Rossa sudah memboloskan diri ke dalam perut kereta, dia menjengah ke tingkap pula.
"Bila kita boleh jumpa lagi?"
"Awak tahu mana nak cari saya" Sahut Rossa sambil menghidupkan enjin kereta.
"Okey. Esok. Kat sini. Jam 3.30 petang" Firdaus menetapkan temu janji.
"Hmm, esok tak sure lagi! Saya banyak komitmen!"
"Aikkk! Kata tak obseskan benda hidup. Komitmen apa yang awak nak buat esok? Saya nak join jugak boleh?"
"Tak boleh! Awak carilah sesiapa yang awak suka untuk jadi mangsa gangguan awak. Jangan cari saya!" Rossa hairan. Selama sebulan ini, hanya wajah Firdaus yang menyapa tubir matanya. Lelaki itu tidak berkerjakah? Sampaikan selalu saja ada masa untuk mengintipnya bagai!
"Tapi saya nak kacau awak jugak"
Rossa mengangkat kening. Pandangannya sempat menjamah wajah hitam manis Firdaus. "Any reason?"
"Sebab awak suka berdebat dengan saya. Saya sukakan suasana perdebatan yang hott!"
"Kalau nak hot sangat, tu.." Rossa menunding jari ke arah satu tempat yang dibayangi oleh sinaran matahari sambil tersengih. "Awak berdiri kat sana. Dan rasakanlah kehebatan hot yang awak nakkan!"
Firdaus tergelak kecil. Ada-ada saja jawapan gadis itu. Dia sempat melambai ke arah Rossa yang sudah pun meninggalkannya di belakang.
"Till we meet again, Mawar!!"
MAK NAB meletakkan sup daging di atas meja. Dihidangkan bersama sayur kailan goreng, ikan siakap masak asam pedas dan sambal belacan bercecahkan sayur kangkung. Rossa meliur saat melihat hidangan tersebut.
"Sedapnya Mak Nab masak. Ni yang Rossa sayang ni" Lantas, tubuh berisi Mak Nab dipeluk kejap.
"Kalau Mak Nab masak sedap, Rossa sayanglah ea? Kalau masak tak sedap, tak sayang?" Mak Nab sempat bergurau.
"Apalah Mak Nab ni! Sedap ke tak sedap ke, Rossa tetap sayang. Tapi kalau terlebih sedap, perasaan sayang tu meluap-luap dalam dada"
Mak Nab tergelak kecil. "Pandai ye ambik hati Mak Nab? Sayang Mak Nab boleh, tapi takde ke cik abang sayang?"
Pertanyaan Mak Nab menyebabkan Rossa tercekik. Lantas, air putih di sisi digapai lalu diteguk perlahan. Sesudah itu, dia mengurutkan dada berkali-kali.
"Mak Nab tak payahlah nak tanya si Rossa ni pasal cik abang sayang! Dia ni, kalau kita tak carikan jodoh, sampai ke tualah tak kawen!" Umi Za yang baru menuruni anak tangga, segera menjawab bagi pihak Rossa. Dia sudah duduk di hadapan Rossa lalu mula mencedok nasi ke dalam pinggan.
Rossa mencuka. Kalau Umi Za sudah masuk campur, alamatnya diam tak berkutiklah dia! "Alaa, Rossa takde masa lah nak cari jodoh bagai ni umi! Rossa nak rileks dulu, stay cool. Nanti dah ready, Rossa kawenlah!"
Mak Nab sudah tersengih. Kalau Umi Za sudah mengeluarkan suara ala-ala diktatornya, tiada siapa berani melawan. Sudahnya, dia kembali ke dapur dan membiarkan dua beranak itu berborak.
"Macam-macam je alasan Rossa. Habis tu, yang Rossa habiskan masa baca novel ni ada pulak! Cari jodoh takde pulak ye?"
Berdesing telinga Rossa apabila Umi Za sudah membabitkan hal jodoh. Sebolehnya, dia ingin mengelak dari ditanya soalan seperti ini. Bukan kerana dia tidak mahu, tetapi dia belum bersedia. Dia baru putus cinta dua tahun yang lepas. Dan untuk move on, dia masih perlukan masa!
"Nantilah Rossa cari umi. Bagi Rossa masa dulu ye?" pujuk Rossa lembut. Dia sudah tiada daya hendak bertekak dengan Umi Za.
"Janji?"
"Iya, Rossa janji!"
"Kalau tak dapat jugak, biar umi yang cari!"
Rossa sudah buat muka. Habislah!
FIRDAUS menghempaskan badan ke dada katil. Tangannya didepakan seluas-luasnya, cuba mencari keselesaan dengan cara begitu. Dia sempat menguap sambil memutarkan mata beberapa kali.
Dia termenung sambil dibayangi wajah manis Rossa.
"Aleeyah Rossa!" Nama itu menitir di bibirnya sebelum sempat dia ukirkan sebuah senyuman. Teringat akan pertemuan pertama mereka sebulan yang lalu. Ketika itu, dia sedang duduk bersandar di sebuah pokok, tidak jauh dari tempat Rossa lepak bersama novelnya. Dia juga sering ke taman itu, dan selalu melihat Rossa setiap petang di situ. Yang anehnya, dia selalu melihat Rossa membaca novel di situ sambil 'ditemani' sebuah bakul pikniknya. Dia fikirkan itu pertemuan pertama dan terakhirnya dengan gadis itu. Namun dia silap. Untuk hari yang kedua, Rossa masih berkunjung ke situ dan ianya berlanjutan hari demi hari. Keanehan sikap Rossa yang suka duduk jauh dari riuh-rendah orang ramai di samping fokusnya yang hanya tertera pada sebuah buku segi empat itu, menarik minatnya untuk mengenali Rossa secara diam-diam. Gara-gara itu, dia memulakan langkahnya untuk mendekati Rossa dan mencari tahu akan keanehan di sebalik sikap Rossa itu.
Pertemuan pertama mereka tidak berlaku indah. Rossa menuduhnya sebagai pencuri, dan ya memang itu kehendaknya! Waktu itu, Rossa membawa dua buah novel untuk dibaca. Niatnya sekadar hendak bermain-main dengan menyembunyikan salah satu novel milik Rossa tetapi respons gadis itu sungguh memeranjatkannya. Rossa sempat menangis kerana kehilangan novel tersebut. Dan dia sempat panar!
"Saya gurau jelah! Nah, ambik balik boyfriend awak ni!" Firdaus mengajukan novel tersebut sambil menekankan perkataan 'boyfriend' itu. Dia pelik dengan perlakuan Rossa itu. Sanggup menangis gara-gara kehilangan novel!
Rossa mengesat airmatanya sambil menyambut huluran Firdaus. Namun dia mati akal apabila lelaki itu tiba-tiba tidak mahu melepaskan novel miliknya.
"Bak sinilah! Jangan main-main boleh tak?!"
"Kalau saya nak main-main jugak?" Firdaus senyum sinis.
"Awak ni dah kenapa?! Bak sinilah" Rossa sudah diamuk amarah. Pantang dia dimain sebegitu rupa, lagi-lagi oleh orang yang baru dia kenal!
Firdaus tidak mahu mengalah. Semakin Rossa menarik novel tersebut, semakin pula dia sengaja hendak bermain tarik tali! Entah mengapa dia suka melihat wajah Rossa yang keruh menahan amarah itu.
"Awak tak malu ke orang tengok kita berebut benda alah ni?" usik Firdaus lagi.
Rossa sengal! "Benda alah ni, nama dia novel, tahu tak?! Saya baru je beli tadi. Baca pun belum. Awak jangan nak main-main!"
"Haaaa, nama dia novel. Okey! Nama saya Firdaus Azhan. Tapi boleh panggil Firdaus. Kalau nak manja sikit, panggil Fir. Tapi kalau nak lebih manja, panggil abang!" sengaja dia kerdipkan mata kepada Rossa. "Nama awak siapa?" Dia bertanya lagi.
Rossa tidak mengendahkan soalan Firdaus. Geram dia dengan lelaki yang satu ini! Sudahlah datang tanpa dipinta, datang-datang pulak terus mengganggu ketenteramannya! Arghhhh!! Dia tarik lagi novel tersebut kerana pegangan Firdaus terlalu kuat. Namun semakin dia tarik, semakin lelaki itu tidak mahu mengalah. Rossa tidak mahu mengalah juga. Dia tarik novel tersebut sepuas hati sehingga...
"Ohh myy..!" tukas Firdaus. Pegangannya terlepas. Rossa terjelepok ke tanah. Novel tersebut terkoyak!
"Apa awak dah buat dengan novel saya??!" Rossa hampir-hampir hendak menangis. Cebisan novel yang terkoyak tadi dia kutip bersama dengan novel tersebut. Diletakkan di atas tikar merahnya. Lantas, dikeluarkan gunting dan cello tape dari bakul pikniknya. Serentak itu, dengan berhati-hati, dia cantumkan semula cebisan tersebut ke tempat asal.
Firdaus terkesima melihat gelagat Rossa. Dia ni manusia ke alien? Sampai macam tu sekali dia sayang buku tu?!
"Sorry" ucapnya sepatah. Serentak, punggungnya dihenyakkan di hadapan Rossa. Tekun gadis itu 'membaiki' novel yang sempat dia rosakkan, sehingga kata-katanya tidak dihiraukan.
"Kenapa tak beli baru je? Banyak lagi kot novel ni kat kedai buku" Firdaus mula ajak bersembang. Rossa masih seperti tadi, beku! Perhatiannya hanya teralih pada novel tersebut.
"Tak pernah lagi saya jumpa perempuan macam awak! Kalau perempuan lain di tempat awak, dia akan sibuk dengan luka kat siku tu!" Firdaus perasan ada sedikit darah di atas siku Rossa. Mungkin kesan daripada terjatuh tadi. Namun kata-katanya tak ubah seperti angin, sempat menapak sekejap lalu berterbangan semula ke awangan!
Firdaus tersentak dari lamunan. Pertemuan pertama itu baginya cukup bermakna. Dan dari pertemuan itu, dia terus memberanikan diri untuk berhadapan dengan Rossa meskipun gadis itu sentiasa acuh tak acuh dengannya. Sehingga sekarang, walaupun kehadirannya disedari Rossa melalui ekor mata, namun tidak pula gadis itu menghalaunya dari terus-terusan menjadi patung cendana yang memerhatikannya!
Teringat pula pertemuan mereka beberapa hari yang lepas. Ketika itu, Rossa sedang membaca novel yang bertajuk 'Tenda Biru' karya Jessy Mojuru. Dia, seperti biasa duduk di sebelah Rossa sambil menanti waktu untuk berbual dengan gadis itu. Jarang dia dapat mendengar suara Rossa kerana gadis itu gemar bertemankan kesenyapan di sebalik novel empat segi itu.
"Tenda Biru. Novel baru lagi ke?" Dia mulakan mukadimah, sengaja hendak mencari ruang untuk memecahkan kesunyian di antara mereka.
Tersungging senyuman di bibirnya apabila Rossa menjawab dengan anggukan. Pancingnya mengena! Rossa sukakan perbualan yang melibatkan bahan bacaan.
"Pasal apa?"
Rossa menurunkan novel. Dia menyoal Firdaus dengan pandangan mata.
"Saya maksudkan novel tu. Berkisar pasal apa?"
"Marriage. A happy life!" jawab Rossa spontan lantas mengangkat novel kembali. Menyambung pembacaan yang sempat terbantut gara-gara lelaki falsafah ini!
Firdaus tersenyum lagi. "Tu je? Takde dugaan? Ujian dalam rumah tangga? Senangnya nak dapat bahagia. Kalau macam tu lah, saya pun nak jadi salah seorang dari watak tu lah!"
Rossa menurunkan kembali novelnya. Ditutup novel tersebut lantas diperhatikan wajah Firdaus.
"Tenda biru ni maksud dia gerbang perkahwinan. Tenda tu dalam bahasa Indonesia dia pelamin indah. Novel ni cerita pasal pasangan suami isteri, Tasya dan Haikal yang mengalami banyak dugaan dalam rumah tangga dorang. Tasya ni walaupun dah kawen dengan Haikal, tapi dia hampir terpaksa tunduk pada kemahuan Zakrul yang nak kawen dengan dia. Haikal pula kena langgar lari oleh Zakrul gara-gara nak dapatkan Tasya. Dan Tasya masa tu pula melahirkan anak tak cukup bulan. Dan akibat dari kemalangan yang menimpa Haikal, dia hampir tak tahu siapa Tasya. Bila Tasya dah dapat lepaskan diri dari cengkaman Zakrul, dia pula diperkosa oleh Zakrul sehingga melahirkan anak. Dan bila hubungan dia dan Haikal dah baik, dia terpaksa pulak terima anak dari perkosaan Zakrul tanpa rela. Tapi Haikal ni baik. Dia tetap nak jaga anak tu biarpun Tasya tak sudi" Rossa bercerita diselangi emosi yang sedikit terusik. Lancar saja mulutnya bercerita padahal niat hanya ingin mengusir Firdaus. Fikirnya lelaki itu jemu dan bosan menunggu dia di situ. Ternyata, Firdaus tetap tidak berputus asa!
"Ohhh.. not bad!"
"Memang pun!" Serentak itu, Rossa hadapkan kembali wajahnya ke dada novel. Mencari sambungan kisah yang sempat tergendala sebentar tadi.
"Strong bond makes a long last love!" ungkap Firdaus, meluahkan pendapat. Fikirnya, Rossa tidak ambil pusing namun apabila gadis itu mulai berminat, dia mulakan mukadimahnya semula.
"Maksud awak?" Rossa mengerutkan dahi.
"Tenda Biru. Daripada apa yang awak ceritakan, saya boleh simpulkan yang hati Tasya dan Haikal ni kuat. Tu sebab walau banyak mana pun dugaan dorang, pada akhirnya dorang bersatu jugak! Tempuhi dugaan tu bersama-sama" ujar Firdaus lagi. Tampangnya tampak serius tatkala mengungkapkan ayat itu.
Rossa mengukir senyum. Mula berminat dengan cara pemikiran dan pandangan yang diluahkan oleh Firdaus. Sisi lain yang dia lihat pada lelaki itu!
"Awak rasa macam tu?" soal Rossa, ingin tahu. Kali ini, dia inginkan pendapat peribadi daripada lelaki itu.
"Iya. Kalau takde cinta, takkan dorang dapat bersama? Kalau cinta tu kuat, datanglah ombak ribut taufan dugaan macam mana sekalipun, last-last cinta tu jugak yang menang.Tapi kalau cinta tu takde, dugaan yang sebesar hama pun takkan mampu bertahan!"
Bibir Rossa merekah dengan senyuman lagi. Dia mengiyakan pendapat Firdaus. Kalau cinta tidak kuat, sekecil-kecil dugaan akan jadi benteng untuk menolak kasih yang bertaut.
"Awak pernah bercinta?" Tanpa sedar, soalan itu terpancul dari bibir Rossa. Tidak tahu mengapa tiba-tiba meluahkan pertanyaan sebegitu sedangkan di benaknya hanya mengiyakan kata-kata Firdaus.
Firdaus tersengih. Dia bangkit dari pembaringan. Duduk bersimpuh di hadapan Rossa lalu menghela nafas. Soal cinta baginya sesuatu yang sangat rumit untuk difahami tetap mudah untuk dirasai.
"Tak pernah" jawabnya sepatah.
Rossa tercengang. Punyalah cantik ayat-ayat yang dialunkan sebentar tadi, tup tup lelaki itu dengan selambanya berkata begitu. Habis tu, tadi tu apa?
"Saya ni walaupun tak pernah jatuh cinta, tapi tahu jugalah sikit-sikit pasal cinta" Firdaus tersengih lagi. Dia mempunyai banyak kawan perempuan, namun semuanya hanyalah persinggahan sementara sahaja. Sebab itulah menurut dia, cinta itu mudah dirasai kerana dia mudah jatuh suka pada seseorang. Dan cinta itu sukar difahami kerana baginya sehingga ke saat ini dia masih belum mampu menebak hati dan perasaannya sendiri. Parah!
"For my point of view, love is complicated! Susah nak difahami. Terlalu rumit. Sukar untuk bernafas. Buat jiwa gundah gelana, tapi cinta tu jugak beri kita semangat untuk hidup, untuk terus berjuang. Adakalanya, tanpa cinta hati kita lesu. Ibarat pokok bunga tanpa siraman air. Kalau tak disiram selalu dengan air, layulah bunga tu. Tapi kalau kita rajin mandikan dia dengan air, suburlah bunga tu. Itulah sebabnya pada pandangan saya, cinta tu adakalanya rumit!"
"Sebab awak belum bertemu cinta sejati!" sampuk Rossa pula. Namun dalam diam ,dia akui pendapat lelaki itu. Lihat saja dirinya. 3 tahun menyulam benang asmara bersama Taufiq, segala suka duka dikongsi bersama. Bahkan dia merasakan dialah wanita paling bahagia masa itu. Namun siapa sangka! Dia fikirkan panas menyinggah sehingga ke petang, namun hujan derita turun membawa duka! Perhubungan yang berlanjutan di antara mereka terpaksa dilupakan begitu saja gara-gara permintaan mama Taufiq yang berkehendakkan gadis lain sebagai menantu. Rossa pasrah. Namun dalam kepasrahan tersebut, dia mulai dihimpit duka sengsara. Menelan segala pil kepahitan di atas derita yang ditinggalkan setelah Taufiq berlalu pergi! Tempoh dua tahun untuk berdiri di paksi bumi yang sekata bukanlah suatu waktu yang mudah untuknya. Adakalanya dia tergelincir dalam menyatupadukan hati dan minda. Namun perjuangan harus diteruskan. Jika Taufiq sudah mengambil langkah untuk berpaling tanpa sempat memperjuangkan hak cinta mereka, untuk apa dia terhegeh-hegeh menunggu di barisan pertama sebagai orang yang akan membela lelaki itu? Hidup ini berputar. Dia yakin, untuk kesengsaraan tersebut, akan ada ganjaran terbesar untuknya di kemudian hari. Rahsianya hanyalah doa dan usaha.
"Cinta sejati bukan untuk ditemukan! Melainkan untuk dicari, kemudian bila dah bertemu, ikat dia ketat-ketat!"
Terburai lamunan Rossa saat kata-kata tersebut menyapa gegendang telinganya. Dia menyungging senyuman nipis.
"Falsafah awak kali ni, saya bantah! Cinta sejati tak perlu dicari. Dia akan datang bila awak dah sedia. Dan bila awak dah sedia, masa tu baru awak tahu dunia awak yang sebenarnya. Bahagia atau derita. Dan awak kena pilih antara satu. But make sure, your choice is not meant to hurt others!" sahut Rossa lagi.
Sepi. Firdaus tidak memberikan sebarang respons di atas kata-kata Rossa. Entahlah, dia sendiri belum pernah merasai semua itu. Jadi untuk memberikan komen, dia risau tersalah kata.
"Awak pulak macam mana? Ever fall in love?" Firdaus sasarkan soalan tersebut kepada Rossa pula. Ingin tahu serba-sedikit mengenai gadis itu.
Melihatkan Rossa mengangguk, Firdaus sudah mulai faham. Sesuai dengan kata-kata gadis itu sebentar tadi, dia agak Rossa mungkin pernah terluka.
"But not every love story ends up with happiness! Ada yang berjodoh sebagai kawan dan kenal takat tu je. Ada pulak yang kekal sampai ke tua. Tapi walau apapun yang terjadi, semuanya bersebab. Dan sebab tu yang jadikan kita kuat" sambung Firdaus lagi. Dia yakin itu. Kerana melihat diri Rossa yang sekarang, dia pasti gadis itu telah berdamping dengan begitu banyak duka dalam percintaan.
Rossa tergelak kecil. "Tahu tak macam mana saya tahu yang saya dah jatuh cinta?"
Firdaus menggeleng kepala. Bab-bab cinta ini dia agak dungu sedikit.
"Bila saya tak jumpa dia sehari, saya rasa rimas je. Macam ada je yang tak kena. Tapi bila dah bertemu wajah dengan dia, walaupun dari jauh, barulah hati rasa lega!" terang Rossa sambil tersenyum. Terimbau kembali saat-saat bercinta dengan Taufiq dahulu. Rasanya dialah pencinta yang mengagung-agungkan hati dan perasaannya.
Firdaus lihat ada keikhlasan dalam senyuman Rossa. Tampak yang gadis itu terlalu memuja dalam berhubungan. Dia tidak nafikan itu. Kadang-kadang dalam cinta kita bisa alpa dalam segala hal.
"Awak pulak, kalau jatuh cinta macam mana?" Rossa pulang soalan itu pada Firdaus. Dia lihat lelaki itu sempat hanyut dalam kata-kata, sama ada dibuai angin masa lalu atau sedang berfikir cara untuk menewaskannya dalam berkata-kata!
"Saya?" Firdaus menuding jari ke arah dirinya sendiri. Dia kurang pasti untuk menjawab. "Entahlah. Tapi kan, rasanya kalau saya jatuh cinta, saya tak dengar apa-apa bunyi kecuali bunyi biola, bunyi gitar, bunyi muzik yang indah yang sedang bersatu dengan hati saya yang berdetak kencang! Masa tu, baru saya sedar, yang saya dah jatuh cinta!"
Rossa berdecit. Lelaki seperti Firdaus punya pemikiran yang pelik. Butir bicaranya adakalanya membuatkan lelaki itu taksub dengan kata-kata sendiri. Dan Firdaus juga tidak pernah lari dari memberikan pendapat yang mana boleh dia simpulkan yang lelaki itu adalah Mr Philosophy!
Share this novel
suke
suke