SEPERTI yang dijanjikan, sepatutnya hari itu Rossa ditemani Bakri untuk mengambil tempahan baju pengantin di Eileen's Bridal. Tetapi disebabkan ada kes yang terpaksa diuruskan, Bakri terpaksa menelefon Firdaus dan menyuruh lelaki itu menemani Rossa. Pada mulanya, Firdaus enggan kerana sebolehnya dia cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan Rossa. Tetapi apabila permintaan yang berupa rayuan dari Bakri itu singgah ke telinga, dia tidak sanggup pula hendak menolak.
"Errr, tak susahkan awak ke ni Fir?" tanya Rossa ketika mereka sedang dalam perjalanan. Fikirnya, Bakri menunda pertemuan mereka ke hari lain. Tetapi dia menghantar Firdaus buat peneman. Bagus juga, bolehlah dia berbicara dari hati ke hati dengan mamat falsafah itu!
"Nope" jawapan ringkas Firdaus mengundang keluhan di bibir Rossa. Dia hairan dengan sikap lelaki itu. Sejak akhir-akhir ini, Firdaus seolah-olah cuba hendak melarikan diri daripadanya. Bercakap pun hanya atas perkara yang penting saja. Tiada lagi usikan dan kata-kata falsafah darinya.
"Fir..."
Suara lembut itu menyapa gegendang telinganya. Hati Firdaus sudah mula kacau-bilau, berubah rentak tiba-tiba!
"Kenapa?" Mendatar saja nadanya, menahan gelora di hati.
"Takde apalah!" getus Rossa. Dia membuang pandang ke luar jendela. Sakit hati pula hendak menatap wajah Firdaus lama-lama!
"YOU tak nak cuba dulu ke baju ni?" tanya Eileen, pemilik butik tersebut. Wajah Rossa ditatap. Apabila melihat Rossa mengangguk, dia mengukir senyum. Kemudian, dia membawa Rossa ke fitting room.
Firdaus menanggalkan cermin mata hitamnya lalu diletakkan di atas meja. Bermain telefon bimbit sambil menunggu Rossa. Matanya sekali-sekala mengerling sekeliling. Terasa seperti ada yang memerhati namun dia abaikan saja. Bosan menunggu, dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan, sengaja cuba hendak menyedapkan pemandangan dengan keadaan sekeliling butik tersebut.Satu persatu gaun pengantin ditilik. Kemudian, kepalanya mengangguk berkali-kali. Entah apa yang bermain di fikirannya saat itu!
"Encik, bakal isteri encik panggil encik" ujar salah seorang pekerja di situ setelah menghampiri Firdaus.
Firdaus mengerut dahi, buntu tiba-tiba. Bakal isteri? Bila pulak aku nak kawen? Dia menunding jari ke arah diri sendiri kemudian memandang sekeliling. "Me? My future wife?"
"Errr tadi encik masuk dengan dia kan? So she must be your future bride" pekerja itu mengukir senyum.
Firdaus kaget. Erkkk! Rossa ke? Namun dia tetap juga menghayun langkah ke arah Rossa. Saat memandang sesusuk tubuh Rossa yang sedang berdiri di hadapan cermin besar, Firdaus menghentikan langkah. Dia bagaikan terpukau dengan kecantikan dan keanggunan Rossa yang bergaun pengantin berwarna putih itu. Nampak sopan dan menutup aurat.
"Fir..."
Firdaus menoleh. Tetapi jasad masih kaku di situ.
"Okey ke baju ni?" Rossa minta pendapat.
Firdaus tersenyum. Syair apa lagi yang harus kuungkapkan untuk menggambarkan kecantikanmu?
"You look... stunning!" Ucap Firdaus tanpa silu. Matanya tak berkedip menjamah wajah itu.
Terasa panas membahang wajahnya saat itu apabila dipuji oleh Firdaus. Segan pula jadinya. Sepatutnya Bakri yang berada di tempat Firdaus saat ini, bukan pula sebaliknya. Tetapi dia tetap juga harus faham. Apa boleh buat, kau kawen dengan pegawai polis!
"Saya tukar baju kejap. Awak tunggu kejap ye?"
Firdaus senyap tetapi menjawab dengan anggukan. Setelah Rossa hilang dari pandangan, dia cepat-cepat menoleh ke luar butik. Detak hatinya kuat mengatakan ada seseorang sedang memerhatikan mereka. Lantas, dia berjalan menuju ke pintu. Dikerling keadaan luar, namun tiada yang mencurigakan.
Perasaan aku je kot!
SETELAH membuat pembayaran, mereka menapak keluar dari butik lalu menuju ke kereta Ferrari milik Firdaus.
"Lepas ni, ke mana pulak?" tanya Firdaus.
"Cincin" jawab Rossa.
"Cincin? Apa tu?"
Rossa menepuk dahi. "Kedai cincin. Ambik cincin. Bak dah tempah hari tu. Tapi dia belum ambik"
"Kenapa tak ambik je masa dia tempah hari tu? Dua tiga kali kerja, kan dah susahkan diri sendiri.Lepas tu buang masa. Buang tenaga" Firdaus sudah membebel. Bakri itu adakalanya tak ubah macam perempuan!
Rossa membulatkan bibir. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya saat itu. Ohmyyyy! Ayatnya meleret.
Firdaus menghentikan langkah. Wajahnya mengerut. Dia memusingkan badan, memandang sekeliling. Perasaannya rasa semacam..
"Fir, kenapa ni?" soal Rossa, aneh dengan perangai lelaki itu. Dia turut membuang pandang ke arah yang dipandang oleh Firdaus. Namun tiada apa-apa di situ.
Rossa tambah panar apabila tangannya ditarik oleh Firdaus. Mereka cepat-cepat menapak ke arah kereta.
"Fir, kenapa ni? Kenapa tergesa-gesa ni?" Rossa tidak senang hati. Sudahlah kereta diparkir agak jauh, mereka pula berjalan seperti kena kejar hantu!
"Don't speak! Rush to the car!" arah Firdaus.
"Azhan!" Suara itu mencuri perhatian mereka berdua. Bakri tergesa-gesa mendekati mereka. Ketika itu, pandangan matanya sempat singgah ke tangan Firdaus yang melinggari tangan Rossa. Api cemburu mulai membara namun dia sempat kawalkan hati.
"Masuk dalam kereta! Ada orang nak cederakan Rossa!" tukas Bakri. Lantas menarik sebelah lagi tangan Rossa.
Melihatkan keadaan itu, Firdaus mulai sedar diri. Perlahan-lahan tangan Rossa dilepaskan sambil menelan air liur. "I know. Sebab tu aku bawak Rossa cepat-cepat ke kereta" Firdaus bela diri.
Rossa mulai bingung. "Kenapa ni? Apa dah jadi sebenarnya?"
"Saya akan terangkan tapi dalam kereta" sahut Firdaus. Setelah menghampiri kereta, Bakri menyuruh Rossa memboloskan diri ke dalam. Tak semena-mena, ada seseorang menerpanya lalu hendak menuangkan sesuatu kepada Bakri. Firdaus yang menyedari keadaan itu segera menikam sebelah kasutnya ke arah lelaki tadi. Bertempiaran lelaki itu melarikan diri. Botol yang berisi asid terjatuh ke lantai lantas mengeluarkan cecair.
Rossa mmembulatkan mata. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. Asid tersebut jika mengenai wajah atau kulit, bisa merosakkan sel dan struktur wajah. Syukur, Allah masih melindunginya. Dia hendak bergerak mendapatkan Bakri, tetapi amaran keras Firdaus serta wajah serius itu melarangnya. "No! Stay still!" Rossa akur...
Firdaus dan Bakri saling berpandangan. Kata hati mereka sepakat mengatakan, ada yang ingin mencederakan Rossa!
MAK NAB membawa dulang berisi air kopi dan jamuan kuih. Diletakkan di atas meja lalu mendaratkan punggung bersebelahan dengan Rossa.
"Siapa yang nak buat macam tu pada Rossa?" soal Umi Za yang ketika itu sedang duduk di samping Firdaus. Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Bakri sebentar tadi. Kalut dan bingung bersatu dalam hati.
"Kami tak tahu lagi umi. Nanti kami akan usahakan pencarian" sahut Bakri.
"Tapi kalau sasaran dia sebenarnya bukan Rossa, tapi orang lain macam mana?" sampuk Firdaus yang sedari tadi mendiamkan diri. Dia meletakkan jari di bawah dagu, seolah-olah sedang berfikir sesuatu. Ketika itu, fikirannya hanya tersasar ke Hamid. Kemungkinan besar Khalid telah membuka kisah sebenar mengenainya kepada Hamid dan boleh jadi lelaki itu sedang merencanakan sesuatu. Dia kenal Hamid. Lelaki itu tidak akan duduk diam jika mengetahui ada yang belot terhadapnya. Apatah lagi, dia pernah dicurigai oleh Hamid suatu ketika dulu.
Demi mendengarkan kata-kata Firdaus, semua mata terpacak ke arahnya. Menginginkan penerangan yang selanjutnya daripada lelaki itu.
Rossa terbengung. Dia tiba-tiba teringat pada Fahmi. Lelaki itu juga pernah mengancamnya, walaupun bukan secara terang-terangan. Dia kenal Fahmi. Tutur katanya sentiasa telus dan jujur dari hati. Fahmi juga seorang yang berterus-terang. Dia akan bercakap tanpa menghiraukan perasaan sesiapa. Mungkinkah dia?
"Maksud kau?" Bakri meluahkan pertanyaan.
"Maybe ada antara kita ada yang menyimpan musuh tanpa kita ketahui" jawab Firdaus lagi seraya meraup wajahnya. Kemudian dia perasan akan riak keruh pada wajah Rossa.
"Ada sesuatu ke yang mengganggu fikiran awak?" Firdaus aju soalan kepada Rossa. Wajahnya kelat memandang gadis itu.
Bakri turut sama memandang wajah Rossa yang keruh dan tidak berperisa itu. "Something wrong sayang?"
"Fahmi" sahut Rossa sepatah.
"Kenapa dengan dia?" tanya Umi Za pula. Hairan apabila Rossa tiba-tiba sahaja membangkitkan nama Fahmi.
Firdaus terkesima. Dia pernah mendengar nama itu. Rossa pernah menceritakan kepada dia akan perihal Fahmi.
"Siapa Fahmi? Apa kena-mengena dia dalam hal ni?" Bakri hilang arah, langsung tidak memahami kata-kata Rossa.
"Fahmi tu bekas pekerja umi" sahut Umi Za pula.
"Bekas?" Firdaus pula luah soalan.
"Dia baru jugak berhenti kerja baru-baru ni. Tapi tak tahu atas alasan apa. Cuma katanya dia ada hal penting yang nak diuruskan. Umi ada tanya dia, tapi dia tak menjawab" terang Umi Za lagi. Matanya bersabung dengan wajah Firdaus. Seketika hatinya diulit memori silam. Dia seperti pernah melihat wajah itu tetapi otaknya tidak mampu untuk mengingati apa-apa.
"Tapi apa kena-mengena dia dalam hal ni?" Bakri semakin buntu.
"Dia sukakan Rossa" Tanpa sedar, jawapan itu menyentakkan semua orang. Firdaus ketap bibir. Aduhh! Kantoi pulak! Kisah Fahmi dan Rossa hanya dia saja yang tahu.
Rossa angkat kening. Mula menyoal dengan pandangan mata. Bakri tayang wajah serius, menginginkan lebih penjelasan dari lelaki itu. Mak Nab dan Umi Za masing-masing kaget.
"And what is your reason behind that?" soal Bakri. Saat ini, dia tidak mampu menggunakan akal psikiknya untuk membaca fikiran Firdaus ataupun Rossa.
"That was just my opinion! Kalau kita tengok, kau dan Rossa nak kawen. Fahmi pulak kerja satu kedai dengan Rossa. Maybe dalam masa tu, dia jatuh cinta dengan Rossa dan bila dapat tahu Rossa nak kawen dengan kau, dia berhenti kerja untuk rawat hati dia yang kecewa. Dan, mungkin urusan yang umi cakap tu ada kaitan dengan semua ni. Well, like I said, It was just an opinion. Dalam siasatan polis, kita memang tak boleh terlepas daripada apa-apa perkara. Not even a light thing! You know that, Bak" jelas Firdaus perlahan. Sepanjang bergelar anggota polis, itu yang dipelajarinya dalam menangani perihal musuh. Kenal musuh dan tabiatnya, kerja akan jadi lebih mudah!
Bakri terdiam. Kata-kata Firdaus ada benarnya. Tetapi sejauh mana kebenaran tersebut, hanya Rossa yang mampu membukanya. Lantas, dipaling wajah ke sebelah memandang gadis itu. "You tell us the truth. Betul ke apa yang Az cakap? Ada sesuatu ke pernah terjadi di antara awak dan Fahmi?"
Rossa mengetap bibir. Dia memandang wajah mereka satu persatu. Kalau boleh, dia ingin melupakan saja apa yang pernah dikatakan Fahmi kepadanya. Namun setelah apa yang berlaku, dia memang tidak boleh terus mengunci mulut.
"Betul apa yang Fir simpulkan. Fahmi memang dah jatuh cinta dengan saya. Sebenarnya, saya cuma nak tolong dia untuk dapatkan gadis yang dia suka. Tapi gadis tu menolak dia" Rossa berjeda lantas memandang wajah Bakri yang turut sama menjamah wajahnya. Tetapi wajah itu masam mencuka!
"Dan disebabkan penolakan tersebut, Fahmi macam hilang arah. Jadi saya hadir untuk hiburkan dia. Tapi sebagai seorang kawan. And I never thought that..." Ayatnya tergantung. Nafas ditarik dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan. "Dia ada cakap yang saya mainkan hati dia. Bila dia dengar pasal perkahwinan kita.." Rossa toleh, wajah Bakri ditatap. " Dia jadi marah dan hati dia kecewa. Dan dia cakap yang saya akan bertanggungjawab ke atas hati dia"
Bakri memuntahkan keluhan. Sungguh tidak menyangka jalan untuk menyatu dengan Rossa rupanya dipenuhi dengan onak duri. Fikirnya, mereka dapat melalui semua itu tanpa apa-apa halangan. Namun dia silap. Dan silap dia juga kerana memandang enteng akan lelaki bernama Fahmi itu.
"Macam mana kau tahu ada orang cuba nak serang Ma... Rossa?" Firdaus membetulkan posisi duduk. Dia hampir-hampir hendak membahasakan Rossa dengan panggilan Mawar. Mujur tidak terlepas, kalau tidak pasti semuanya terbongkar!
"Ada orang aku yang maklumkan. Katanya, ada orang yang ekori kereta kau sejak kau ambik Rossa dari rumah" jelas Bakri. "Kau pulak? Macam mana kau tahu?" Bakri pulang soalan kepada Firdaus.
"Not so sure! Tapi aku dapat rasa ada yang perhatikan kami sejak masuk ke bridal lagi. Aku cuba periksa keadaan sekeliling tapi takde apa-apa. Tapi.." Firdaus memandang Rossa. Sebolehnya tidak mahu rahsia terbesarnya diketahui oleh Rossa namun dia tiada upaya hendak menyorokkan kebenaran lagi. "Dalam latihan polis, aku ada diajar untuk mengesan bau musuh. Walaupun aku tak sehebat kau dalam hal tu, tapi naluri dan hati aku tak pernah salah" jelas Firdaus lagi.
Bakri mengangguk kepala. Dia harus akui, Firdaus masih hebat bab-bab seperti itu meskipun sudah 8 tahun dia meninggalkan jawatan sebagai pegawai polis.
Rossa tersentak mendengar pengakuan tak langsung dari bibir Firdaus. Polis? Matanya bersatu dengan Firdaus. Lelaki itu rupa-rupanya menyimpan terlalu banyak rahsia di dalam hidupnya. Dia salah menilai Firdaus sebelumnya!
"Majlis kawen tak lama lagi. Aku takut kalau..." Bakri tidak jadi hendak meneruskan ayatnya. Risau bercampur gementar bersarang dalam sangkar hati. Tidak betah duduk dia memikirkan perkara itu.
"Semuanya akan okey! Aku ada kan? Aku akan pastikan semuanya terkawal" janji Firdaus sambil tersenyum. Selagi dia masih hidup, selagi itulah dia akan pastikan Bakri dan Rossa selamat. "Kita kena re-plan semua rancangan kita" Firdaus memberi cadangan.
Bakri mengangguk.
FOTO Rossa yang ditampalkan di seluruh dinding ditatang lama. Kemudian, wajah itu dibelai perlahan-lahan serentak dengan hilai tawanya. Betapa bahagia rasanya jika dapat memiliki si cantik Rossa yang diidamkan selama ini.
"Saya sayang awak. Sayang sangat-sangat!" Fahmi mengucapkan itu seolah-olah Rossa ada di hadapan. Dia tersenyum lebar sambil membayangkan senyuman manis Rossa tersungging di bibir. Tetapi muncul pula wajah Bakri yang sedang tersenyum bahagia di samping Rossa. Mereka tampak sangat padan, bak pinang dibelah dua. Fahmi menyeringai. Dia menumbuk-numbuk dinding sekuat hati sebagai tanda melepas geram.
Wajahnya berubah bengis. Matanya kemerahan. Dia benci dengan pemandangan itu. Dia bencikan Bakri, namun dia lebih bencikan Rossa.
Kenapa setega itu Rossa meladeninya? Dia tidak pernah berkasar dengan Rossa, bahkan dia sangat menyanjung gadis itu. Setiap kenangan mereka bersama tidak mampu dilupakannya. Rossa mengisi setiap kekosongan dan porak-peranda hidupnya dengan hanya segaris senyuman. Membawa sinar dan harapan baru di dalam hidupnya. Membuatkan dia percaya pada cinta yang kerap kali mengecewakannya. Menjadikan dia pria yang paling beruntung dan dicemburui ramai. Dan impiannya terlakar di dada langit tatkala perasaannya sudah mulai menggemari seorang Rossa! Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Hancur berkecai, berterbangan di tiup angin. Melentok-lentok ke kiri dan ke kanan, tetapi tiada siapa yang sudi menghulurkan tangan. Bertenggek di tepian, mengemis kasih dari si dia. Dan semuanya gara-gara Bakri!
"Takkkk! Tak bolehhh! Rossa... kau... kau tak boleh kawen dengan dia! Takkkkkk... kau.. milik.. aku..kau milik....aku... selama-lamanya..."
Fahmi terduduk di lantai sambil menarik-narik rambutnya. Cukup sudah cinta mempermainkan dia, memperhambakan dia. Dia tidak akan kalah lagi pada cinta! Dia tersenyum sinis. Akal jahat mulai menguasai. Ada sesuatu yang menarik minatnya saat itu.
Yang pasti, dia akan puas!
"AKU dah cakap, ada sesuatu yang tak kena pada dia! Tapi kau tak percaya bos! Kau tengok sekarang, apa dah jadi!"
Hamid menjeling Tony. Pembantunya itu banyak cakap. Kusut kepalanya. Arghhh! Cerita Khalid kali ini sungguh menarik perhatiannya. Wajar sahajalah usaha mereka selalu gagal. Rupa-rupanya, memang ada tali barut dalam kalangan mereka! Dan tidak disangka orang itu adalah Firdaus!
Lelaki yang menyamar sebagai penjenayah, dan duduk di bawah naungannya selama beberapa tahun, rupa-rupanya seorang anggota polis yang sudah dibuang kerja gara-gara menyebabkan kematian dua orang sekaligus. Dia menyungging senyuman sinis. Kecilnya dunia ini! Mereka bertemu lagi rupa-rupanya. Masakan dia boleh lupa pada seraut wajah itu?
Terlakar kembali memori 8 tahun lalu di hadapan mata. Dia yang dikejar dan diburu oleh pihak polis selama ini mampu bersembunyi dengan aman di dalam lubangnya. Tetapi kini, dia harus keluar mencari dan 'menggigit' mangsanya semula. Hanya kerana satu niat, iaitu dendam lama!
Bakri dan Firdaus, kedua mereka harus jatuh ke dalam tangannya!
MALAM sudah melabuhkan tirainya. Keadaan rumah riuh-rendah dan gamat dengan suara orang ramai. Esok hari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh dua hati untuk menjadi satu dan mengikat janji untuk hidup bersama.
Di luar rumah, dua lelaki sedang berborak mesra sambil sengaja menghirup udara segar. Ditemani dengan dua cawan cappucino sebagai pembasah tekak.
"Apasal tak tidur lagi? Esok nak majlis kan? Ingat sikit, kau tu orang penting esok. Jangan kesiangan sudah!" tukas Firdaus lalu mencicip cappucino buatannya.
Bakri tergelak. "Kalau aku lambat, kau kan ada?"
Firdaus hampir tersedak. Lantas, diletakkan kembali cawannya di atas meja kristal itu. "Kenapa aku pulak?"
"Yelah, kau boleh gantikan aku esok. Jadi pengantin lelaki, lafaz akad nikah" selamba Bakri menyahut, diiringi gelak tawanya.
"Woii, benda ni tak lawak okey?!" Gila apa mamat ni! Dah nak kawen pun sempat lagi buat lawak bodoh dia!
Bakri mengekek ketawa sambil menekan perut. Sudah diagak reaksi Firdaus itu. Dia hanya bercanda, tetapi Firdaus menganggapnya serius.
"Chill lah bro!" Serentak itu, tangannya menumbuk lembut bahu Firdaus. "Aku gurau jelah. Kau ni pun"
"Agak-agaklah nak bergurau. Benda macam ni tak boleh bawak bergurau, tahu tak? Kau tu nak kawen esok, boleh tak mulut tu jangan nak celupar mintak yang bukan-bukan? Karang ada yang makan selipar haaa" bebel Firdaus. Geram tak sudah dengan sikap keanak-anakan Bakri itu. Usia saja sudah melanjut, tapi pemikirannya masih lagi setahun jagung!
Bakri tergelak. Firdaus kalau bercakap, tiada siapa yang mampu membidasnya. Isinya berdasarkan fakta dan ayatnya, kadangkala diluar kotak pemikiran manusia!
"Aku gementarlah untuk esok" Bakri menghela nafas. Wajahnya berubah serius.
Firdaus menoleh. Seketika, wajah itu dipandang. "Tu memang biasa bagi setiap lelaki. Antara saat-saat gementar yang akan dilalui oleh setiap lelaki. Kau ingat lagi tak, seorang ahli pemikir hebat pernah berkata, sebagai seorang manusia, kita akan berdepan dengan banyak situasi yang mendebarkan. Tatkala cantuman hati, minda dan urat-urat saraf bergabung dalam diri, lahirlah perasaan gemuruh yang mampu mengkecundangkan kawalan hati dan minda..."
Bakri tergelak. Ayat yang sama yang pernah dituturkan oleh Firdaus 10 tahun yang lalu, semasa perkahwinannya dengan Marlia.
"Relakslah. Tenang. Macam berdepan dengan musuh jugak. Bijak kita kendalikan musuh, bijak jugaklah kendalikan perasaan ni. Kau pernah rasa kan pengalaman ni sebelum ni?"
"Tahu. Tapi dah 10 tahun berlalu, perasaan tu lain macam. Gemuruh dia lain tau?"
"Alaa kau ni! Sekali ni je lagi. Lepas tu, lepaslah sengsara" Firdaus memegang kejap bahu Bakri serentak dengan senyuman menghiasi bibir. "Aku tau, kau boleh hadap semua ni. Ini masa untuk kau tebus balik kebahagiaan kau yang pernah hilang suatu masa dulu. Apa yang tak pernah kau buat dan bagi pada arwah Lia, kau tebus balik pada Rossa. Aku yakin, arwah Lia gembira untuk kau" Lembut dan tenang intonasi suaranya. Melenyapkan gelisah sekeping hati Bakri saat itu. Dia membalas senyuman Firdaus. Arghh! Sahabat baiknya itu selalu punya cara untuk menghiburnya.
"Kau rasa aku boleh bahagia dengan Rossa?"
"Kau dan Rossa sama-sama cinta kan? Apa pulak tak bolehnya"
"But marriage is not only about love. It consists of trust, having faith for each other and be there in any situations"
"So? Apa yang kau takutkan? Kau sendiri yang cakap macam tu kan? Perkahwinan tu satu ikatan yang suci. Dari perkahwinan, akan lahirlah khalifah-khalifah Allah yang akan berjuang untuk agama. Tapi kena pastikan didikan agama yang betul" nasihat Firdaus. Walaupun dia kurang tahu mengenai perkara itu, tetapi dia pernah belajar mengenainya suatu zaman sekolah dulu.
"Aku tahu. Thanks bro. You're always there for me" Bakri memeluk bahu Firdaus. "But promise me one thing" Ujarnya sesudah melepaskan pelukan. Wajah Firdaus dipandang.
Firdaus mengeluh.Ni yang dia tak suka! Bakri suka memaksanya untuk menyimpan dan menagih janji. Kalau berjanji perkara yang betul, dia tidak kisah. Ini tidak, perjanjian yang Bakri minta kadang-kadang di luar kemampuan dia.
"Apa dia?" Sedikit bergetar suaranya. Seolah dapat mengagak ayat yang bakal keluar dari bibir itu.
"Please take care of Rossa when I'm not around" Serius dan tegas.
Haaaa tengok! Kan betul!! Dia minta perkara yang sama lagi. Ini sudah kali kedua Bakri memintanya berjanji di atas perkara yang sama. Dia tidak mampu menebak maksud di sebalik kata-kata Bakri dan yang paling penting, dia tidak mahu membuat hatinya berharap pada perkara yang tak mungkin akan terjadi!
"Boleh kan kau janji dengan aku?"Wajah Bakri penuh pengharapan.
"Kenapa kau suruh aku jaga Rossa? Kau kan bakal suami dia. Aku dah cakap kan, jangan mintak benda mengarut! Tak baik tau tak?! "
"Saja. Aku berpesan. Please. Ini permintaan terakhir aku. Sama ada kau belum kawen atau dah kawen nanti, please see to Rossa. Kau je harapan aku. And I know, I can count on you"
Firdaus mengerling. Terlalu banyak yang bermain di fikiran Bakri, dan sejujurnya dia tidak mampu membacanya.
"Okeylah..." Mendatar saja nada suaranya. Tiada berperencah!
Bakri tersenyum. Tenang rasa hati sesudah itu.
Share this novel