SHEILA mengetap bibir. Sakit hatinya melihat adegan mesra Rossa dan Firdaus tadi. Firdaus mengucup dahi Rossa tanpa segan silu. Arghhh! Tak guna punya perempuan! Bertudung litup tapi perangai tak elok! Tak boleh jadi ni. Aku kena jugak buat sesuatu.
Sheila melihat Rossa menapak ke mesin fotostat. Fokus saja Rossa membuat kerja, membuatkan Sheila naik menyampah. Sajalah tu, nak bodek bos! Dia bingkas bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah Rossa. Sempat dia menjenguk ke dalam bilik Firdaus. Hatinya berlagu riang. Firdaus tiada di pejabat. Masanya untuk membuli!
"Rajin kau kan? Memang sengaja kan nak bodek bos?"
Rossa mengeluh. Malas betul hendak melayan singa betina ni!
"Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Sampai bos tergila-gilakan kau? Dasar perempuan kampung!" sindir Sheila lagi. Melihatkan Rossa yang tetap tidak terkesan oleh sindirannya, Sheila semakin baran. Dia menuju ke pantri lantas membancuh kopi. Kemudian, kembali semula ke sisi Rossa sambil membawa secawan kopi.
"Kau jangan ingat, bila bos back up kau, aku akan takut! Kau silap Rossa! Lainlah kalau kau tu bini bos, takpe jugak!"
Rossa naik bosan dengan perangai tak matang Sheila itu. Selalu sangat cari gaduh padahal dia tidak pernah mengusik kehidupannya. Tanpa membuang masa, Rossa segera kembali ke meja kerjanya sambil membawa beberapa salinan dokumen yang sempat diminta oleh Anita tadi. Namun tidak sempat Rossa berlalu, Sheila sudah menuangkan kopi tadi ke atas lantai sambil mengekek.
Ketika itu, Firdaus muncul dari pintu lif. Dia berhenti seketika apabila ada seorang staff bercakap dengannya.
Rossa hanya menggeleng kepala. Sheila semakin tidak puas hati. Saat Rossa melimpasi lantai yang ditumpahkan air kopi itu, dia dengan sengajanya menolak tubuh Rossa dari arah belakang.
Rossa terjatuh bersama dengan salinan dokumen tadi. Airmata Rossa mengalir deras. Dia terasa perit di bahagian kangkangnya. Darah pekat mula membanjiri celahan pahanya. Rossa mengaduh. Nani dan pekerja lain yang menyaksikan kejadian itu lantas mendapatkan Rossa.
"Ya Allah, Rossa!" Nani terjerit kecil melihat keadaan Rossa yang sudah berlumuran darah itu. Wajahnya mengerut menahan kesakitan. Semua staff sudah mula mengelilingi Rossa.
Keriuhan itu menarik perhatian Firdaus. Dia semakin cemas tatkala nama Rossa dipanggil berkali-kali oleh Nani dan staff yang lain. Firdaus bergegas mendapatkan Rossa.
"Rossa!" Tersentak Firdaus melihat keadaan Rossa. Bibirnya pucat menahan perit. Rossa didekati. "Ya Allah sayang! Kenapa ni? Somebody, call ambulance!" Darah pekat tak habis-habis keluar dari celah kangkang Rossa. Firdaus panik!
Sheila turut sama panik melihat keadaan Rossa itu. Dia semakin takut tatkala mata Firdaus tajam merenungnya. Lebih-lebih lagi setelah Firdaus memanggil Rossa dengan panggilan sayang. Hatinya semakin tak keruan!
FIRDAUS menggenggam erat jari-jemari Rossa. Saat menerima khabar gembira itu, hatinya diulit seribu perasaan. Baru saja hendak mengecap bahagia, dia diuji lagi dengan sebuah kehilangan. Kata-kata Hafizi bergema di cuping telinga.
"Rossa was pregnant"
"Was? Maksud kau?"
"Rossa mengandung. Usia kandungan dia dah masuk bulan ke dua. But sorry to say, she is misscarriaged! Kandungan dia tak dapat diselamatkan. Dia mengalami gegaran yang cukup kuat. Lagipun, usia kandungan Rossa masih di peringkat awal. So..."
Tidak mampu menahan sebak, Firdaus menangis di atas dada Rossa. Pantas sajalah Rossa mengalami perubahan sejak akhir-akhir ini. Dia kuat merajuk, emosi tak stabil, mudah loya dan mula tak suka pada wangian Bvlgarinya! Rupanya itu semua pembawakan bayi. Firdaus kurang memberi perhatian mengenai itu. Dulu, Rossa pernah mengadu sakit kepala kepadanya. Andai saja dia berkeras membawa Rossa ke klinik, mungkin saja bayi mereka dapat diselamatkan. Ya Allah, semua ni betul-betul dugaan!
"Abang.." suara lemah Rossa bergema di cuping telinganya. Firdaus mendongak kepala.
"Sayang.."
"Rossa mintak maaf. Rossa tak mampu nak lindungi zuriat abang" Suara lemahnya menuturkan kemaafan. Rossa tidak pernah tahu dirinya berbadan dua sebelum ini. Dia sempat dimaklumkan oleh Hafizi sebelum dia diberi bius tadi. Lebih memeritkan apabila kandungannya sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia rasa bersalah kerana tidak melindungi benih cintanya bersama Firdaus.
"Bukan rezeki kita sayang. Abang redha" Dahi Rossa dikucup manja. Dia tidak pernah menyalahkan Rossa di atas apa yang berlaku. Dia juga alpa, tidak terlalu mengambil berat akan kesihatan Rossa sebelum ini.
"Abang jangan tinggalkan Rossa. Rossa takut" rengek Rossa dalam sedu-sedannya.
"Kenapa cakap macam tu? Abang takkan tinggalkan sayang" Pipi kiri Rossa dicium.
"Rossa takut kalau abang tinggalkan Rossa lepas apa yang dah jadi. Rossa tak mampu nak jaga zuriat pertama abang. Mesti abang kecewa dengan Rossa"
"Jangan cakap macam tu. Jangan fikir macam tu. Abang tak pernah terlintas di fikiran pun nak tinggalkan sayang. Hari ni, bukan rezeki kita sayang. In Shaa Allah, lain kali masa tu akan tiba"
Rossa mengesat airmata yang jatuh berguguran. Tangannya didepakan, memberi isyarat minta dipeluk. Firdaus menurut. Tubuh Rossa yang sedang terbaring dipeluk erat. Kasihnya pada wanita itu tidak berbelah bagi. Dia tahu, apa yang terjadi pada diri Rossa. Sheila! Akan ada perhitungan antara mereka!
KEADAAN di pejabat mulai riuh sejak kejadian tadi. Kak Esah yang merupakan cleaner di situ ditugaskan untuk membersihkan kesan tumpahan darah itu. Sambil-sambil itu juga, mulutnya sempat bekerja.
"Kak Esah rasa, Rossa tu mengandung! Darah ni lain macam. Bukan macam darah perempuan yang tiap-tiap bulan tu"
Tania, yang berdiri di sebelah Anita mula ambil port. "Takkanlah Rossa mengandung? Dia kan tak kawen lagi? Kak Esah tak boleh cakap sembarangan, jatuh fitnah nanti!"
Kata-kata Tania disambut anggukan oleh Khairi dan Mansur, bersetuju dengan pendapat itu.
"Habis tu, ni darah apa? Cuba kamu bagitau Kak Esah? Takkan darah haid? Banyak ni"
Semua terdiam. Nani yang mendengar sudah melepaskan keluhan. Kasihan dia dengan nasib Rossa. Tiada siapa yang tahu kebenarannya. Hanya dia yang Rossa percayakan. Kalau betul Rossa mengandung, itu bukan fitnah kerana Rossa tidak melakukan apa-apa kesalahan!
"Tapi kalau betul Rossa mengandung, siapa ayah pada baby tu?" Anita meluahkan kemusykilan.
"Betul jugak kan? Takkan bos pulak?" Elias menambah.
"Tapi aku pernah nampak bos dan Rossa satu kereta bersama. Mesra semacam je" Ian mencelah setelah sekian lama berdiam diri.
"Yelah kan? Sebelum ni, ada jugak gosip pasal diorang kan?" Tania memetik jari, teringat pada khabar angin yang pernah disebarkan oleh Sheila suatu masa dulu.
"Gosip pasal bos ada hubungan sulit dengan Rossa tu kan?" Mansur menokok.
"Guys, aku nak pesan satu je. Kalau betul Rossa tu ada hubungan sulit dengan bos, matilanak kita semua ni! Korang tak nampak ke tadi? Wajah bos kita tu merah padam. Seriau wey. Siapa yang buat Rossa macam tu, memang kenalah!" Mikayla menambah perisa.
"Itupun kalau diorang bercinta. Kalau diorang dah kawen? Lagi nazak babeee! Memang kena hukuman mandatorilah tu!" tokok Khairi pula.
"You kan rapat dengan Rossa. Dia ada bagitau you apa-apa?" Anita sudah berdiri di hadapan Nani. Rahsia Rossa cuba dicungkil melalui Nani pula.
Nani hanya menjongket bahu. Dia tidak berani memberikan apa-apa komen. Risau pula jika tersalah kata. Buruk padahnya nanti.
"Apa kata kita tanya pada bos nanti? Bos yang hantar Rossa ke hospital tadi kan?" Elias pula menyampuk.
"Nanti bos mengamuk! Tadi pun dia nampak marah. Seram weyyy" sahut Mikayla pula. Mengulang kata-katanya di awal perbualan tadi.
"Macam mana Rossa boleh jatuh?" Pertanyaan dari Mansur membuatkan semua terdiam. Baru terfikir akan perkara tersebut.
"Ada orang yang tolak dia" Nani mencelah sambil sibuk mengemas meja. Jam sudah pukul 4.30 petang. Dia ingin segera pulang kerana ingin menjenguk Rossa.
Semua mata memandang tepat ke arah Nani. Masing-masing inginkan penjelasan dari gadis itu.
"Apa maksud kau?" Tania menyampuk.
"Siapa pulak yang tolak dia?" Khairi pula meluah pertanyaan.
Nani terus senyap. Ingin rasanya memecah rahsia namun dia ragu-ragu. Ini soal rumah tangga Rossa dan bosnya. Dia tahu apa yang terjadi kepada Rossa sebentar tadi. Dia ada di situ menyaksikan segala-galanya! Dan dia juga tahu, semua ini berpunca daripada Sheila!
WAJAH yang berpeluh dikesat berkali-kali. Bergetar jiwanya kala mendengar perbualan semua staff tadi. Mendengarkan itu, dia tahu dia tidak aman. Semua spekulasi kini hampir menjeratnya sendiri. Jika benar Rossa merupakan isteri Firdaus, maka masaklah dia! Dia tahu nasib yang bakal menimpanya nanti.
Sheila menggigit bibir. Dia mula risaukan keadaannya saat ini. Bermacam perasaan bercampur baur dalam hati. Dahinya ditepuk berkali-kali.
"Kau ni bodohlah Sheila! Tengok apa dah jadi..." Sheila terasa hendak menangis. Terbayangkan nasibnya yang bakal terkontang-kanting selepas ini. Keluarganya orang susah. Selama ini, dialah yang membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga. Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Ibunya pula hanya bekerja mengambil upah menjahit baju, itupun minggu lepas ibunya sempat merungut mengenai mesin jahitnya yang sudah rosak. Secara tidak langsung, mata pencarian keluarganya sedikit terjejas. Dia ada lima orang adik-beradik. Dia anak pertama. Semua adik-beradiknya masih lagi belajar. Dan semuanya memerlukan duit untuk menyambung pelajaran.
Sheila semakin tertekan. Satu-persatu lambakan peristiwa mulai menghantuinya. Dari dulu sampai sekarang, dia tidak pernah sukakan Rossa. Gadis itu dilayan dengan teruk sekali. Namun, Rossa tidak pernah membalas setiap perlakuannya. Itu yang membuatkannya semakin tercabar. Ketenangan yang Rossa tunjukkan, semakin mengapi-apikan bahang hatinya.
Pantulan wajah dari cermin tandas dia pandang. Wajahnya kebingungan.Buntu untuk mengeluarkan diri dari permasalahan tersebut. Apa tindakan yang akan dilakukan Firdaus ke atas dirinya? Jika dia dipecat, di mana lagi dia harus mencari pekerjaan? Kelulusannya juga tidak seberapa. Selama tempoh bekerja di situ, syarikat mula melihat pada disiplin dan hasil kerjanya. Nasibnya baik kerana dua tahun lepas dia dinaikkan gaji lantaran berjaya membawa keuntungan kepada syarikat.
Namun kini, setelah semuanya terjadi, mampukah dia mengekalkan posisinya di takuk yang sama? Sheila tekad! Dia harus melakukan sesuatu. Merayu dan memohon keampunan daripada Rossa! Muktamad!
"BABE, kau okey ke? Pucat betul wajah kau" Nani mula mengutarakan kebimbangan. Wajah pucat lesi Rossa dipandang.
"Aku okeylah. Jangan risau sangat. Buruk betul muka kau" Rossa bergurau.
"Babeeeee!" Nani mula mengongoi. Wajahnya disembamkan ke atas tilam. Buntu Rossa melihatnya. Pandangannya bersabung dengan mata Firdaus.
"Aku yang sakit, kau yang menangis! Kenapa ni?" Rossa mula tidak sedap hati. Ada apa-apa ke yang berlaku?
"Aku sedihlah tengok keadaan kau! Sheila tu memang jahat pada kau!" Nani sudah mendongak wajah memandang Rossa.
Rossa mengerut dahi. Sheila? Iya, dia baru teringat. Sheila yang menolaknya sehingga dia mengalami pendarahan yang banyak sehingga menyebabkan dia keguguran.
Firdaus mengetap bibir. Sudah diagak! Bukan orang lain, tetapi Sheila! Dia memang tidak pernah sukakan Rossa dari dulu lagi. Dan melalui apa yang dia dengar, Sheila memang suka membuli isterinya. Arghh! Sudah saatnya untuk bertindak. Jika tidak, Sheila pasti semakin besar kepala.
"Apa maksud awak Nani?" Firdaus melontarkan pertanyaan.
Nani mengesat saki-baki airmata dengan hujung baju kurungnya. "Bos, saya nampak apa yang berlaku. Saya nampak Sheila tolak Rossa. Dia provoke Rossa macam-macam tapi Rossa tak balas pun. Lepas tu, dia tolak Rossa sampai Rossa jatuh. Dan dia sengaja tumpahkan air kopi atas lantai"
Geraham Firdaus bergerak-gerak. Wajahnya bengis. Tak syak lagi, memang semua ini kerja Sheila!
"Nani, awak jaga Rossa untuk saya kejap. Saya ada hal" Nani mengangguk kepala.
"Abang nak pergi mana?" Tangan Firdaus sudah ditarik. Sebolehnya, dia tidak mahu Firdaus berganjak dari sisi.
"Abang nak jumpa HR kejap. Sayang rehat ye? Nanti abang datang balik" Dahi dan pipi Rossa dikucup. Rossa mengangguk lemah lalu meraih tangan Firdaus dan dibawa ke bibir.
"Sayang betul bos dekat kau. Siap cium-cium lagi!" usik Nani setelah Firdaus berlalu.
Wajah Rosss membahang. Malu diusik begitu oleh Nani. Tidak pernah lagi mereka menunjukkan kemesraan di hadapan sesiapa.
"Keluarga kau tahu ke keadaan kau?"Nani sudah duduk di atas tilam, di samping Rossa.
"Suami aku dah called tadi. Diorang dah tahu" Rossa memberitahu.Teringat dia dengan reaksi Firdaus tadi. Semua ahli keluarganya sudah dihubungi kecuali umi sahaja. Nombor umi tidak dapat dihubungi. Terpaksalah suaminya menelefon Mak Nab. Setelah memberikan penjelasan, habis teruk Firdaus dikerjakan Mak Nab. Itu belum lagi termasuk kemarahan mama dan mama Su. Memang teruk Firdaus kena. Ditambah lagi dengan bebelan Datuk Badrul, masak suaminya itu!
"Diorang lawat kau ke nanti?"
Rossa mengangguk. "Tapi tak sure lagi bila"
"Rossa, ada benda aku nak tanya ni. Tapi aku serba salahlah!" Nani garu kepala. Nak tanya ke tak? Kalau tanya, karang emosi Rossa terganggu. Kalau tak tanya, makin sakit pulak telinga dia mendengar umpatan mereka di pejabat.
"Tanya apa? Tanya jelah! Macam tak biasa"
Nani senyap. Mula berfikir untuk mengatur kata-kata.
"Pasal tadi ke?" Rossa menebak. Perlahan-lahan, kepala Nani terangguk-angguk.
"Apa yang kau nak tahu pasal tadi?"
"Darah kau tu.. err.. betul ke kau mengandung? Satu company bercakap pasal hal ni. Diorang ingat kau.. kau..." Nani bergetar-getar. Malu untuk mengatakan perkataan itu.
"Apa?" Rossa mengerut dahi.
Nani menelan liur. "Diorang cakap kau, mengandung anak tak sah!"
Rossa mengucap panjang di dalam hati. Dia belum lagi sebegitu jahil untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.Dia masih ingat Allah. Anak yang sempat menumpang di rahimnya milik sah dari hubungan halalnya dengan Firdaus.
"Siapa yang buat cerita tu?" Tiba-tiba Firdaus menerpa masuk dengan wajah yang membengis. Berbahang hatinya menahan gelojak jiwa.Semakin menjadi-jadi pula mereka mengata dan mengutuk Rossa.
Nani dan Rossa kaget. Tidak terfikir akan kehadiran Firdaus di situ. Padahal tadi Firdaus sempat pamit untuk ketemu HR.
"Abang! Tadi abang cakap, abang nak jumpa HR"
"Abang called Kak Una je tadi. Esok abang jumpa dia" Kak Una, pekerja di bahagian HR yang dimaksudkan oleh Firdaus. Mereka sempat berbual melalui panggilan telefon saja.
"Nani! Siapa yang buat cerita tu?!" Suara Firdaus sedikit mengeras. Dia menatap wajah Nani yang sudah ketakutan itu.
"Err, pekerja dekat Managing Department! Diorang keliru dengan status Rossa. Dan hubungan Rossa dengan bos" Terpaksa juga Nani membocorkan rahsia. Jika tidak, jenuhlah mulutnya menjawab setiap persoalan dari Firdaus. Sementelah Firdaus memang digeruni kerana sikap psikiknya!
"Tak habis-habis diorang ni! Dah takde kerja lain ke nak dibuat selain menyibuk hal orang?" Geram Firdaus dengan sikap pekerjanya. Bergosip saja tak habis-habis. Tapi kerjanya tak pernah nak jalan! Kasihan Rossa kerana harus menanggung aib yang nyata bukan berpunca dari dia.
"Saya dan Rossa dah lama kawen. Rossa memang mengandung tapi dia keguguran. Anak yang Rossa kandungkan memang dari benih yang halal" Firdaus membuka cerita. Dia tidak mahu Nani salah faham saat mendengar khabar angin itu.
"Dan Rossa tak tahu pun dia mengandung. Hmm" Firdaus sedikit kesal. Kalau Rossa tidak mampu membaca sikapnya kerana ada nyawa yang menumpang di dalam rahim, kenapa tidak dirinya yang memahami Rossa? Perubahan sikap Rossa sungguh berbeza dari sebelumnya. Tapi dia selalu pandang enteng akan perkara tersebut.
"Saya tahu bos. Rossa ada cerita. Dan kalau Rossa tak cerita pun, saya takkan percaya selagi tak dengar dari mulut Rossa sendiri" Wajah Nani sedikit tenang saat melafaz kata-kata itu. Baru hari ini dia berkesempatan berborak dengan Firdaus. Kalau tidak, dia tidak berani hendak mendekat.
"Thanks sebab percayakan Rossa. Awak jangan risau. Saya akan tamatkan semua ni nanti. Saya tak nak ada sesiapa pun yang mengutuk isteri saya. Dia tak bersalah. Kesalahan kami cuma satu, kami sembunyikan perkahwinan kami. Sebab tu banyak yang memanah mata. Saya harap awak akan terus berkawan dengan Rossa" Tampang Firdaus sedikit tenang dan mengendur apabila bercakap dengan Nani. Pantas sajalah Rossa rapat dengan Nani. Gadis itu memang baik dan tak pernah melatah dengan cerita yang tak betul.
"Baik bos. Yang tu bos tak payah risau. Saya ikhlas berkawan dengan Rossa. Dia je yang tahan dengan perangai mereng saya" Sengihan sengaja dipamerkan.
Firdaus tergelak. Terhibur dengan kata-kata Nani. Betapa beruntungnya Rossa mempunyai sahabat sebaik Nani.
"Abang nak keluar beli makanan kejap" Dahi Rossa dikucup. Rossa mengangguk kepala. Kemudian, Firdaus pandang Nani. "Awak nak apa-apa ke? Saya belikan"
"Err takpelah bos"
"Eleh, eksen kau ye? Kau jugak yang cakap, makanan paling sedap adalah makanan yang tak perlu dibayar. Laki aku nak belanja kau. On jelah" Rossa sempat menyindir sekaligus mengusik.
Nani menjegilkan biji matanya ke arah Rossa. Eihhh minah ni! Cakap tak berlapik! Agak-agaklah!!
"Nak tak? Saya belanja" gesa Firdaus.
Lama-lama baru Nani mengangguk. Malu dan segan apabila bos sendiri belanja makan. Kalau dengan Rossa, takpe jugak. Hari-hari dia nak!
"Okey, saya order Arab Rice dengan lamp chop. Sayur kailan dan salad. Okey tak?"
Nani hanya mengangguk. Tak mahu dia berlebih-lebih, itu bos. Kalau bini bos, takpe jugak! He he he...
Share this novel