"APA yang Fahmi buat pada awak?" tanya Rossa sambil duduk memeluk lututnya. Wajah lebam Aina dipandang dengan rasa kasihan. Tubuhnya yang separuh terdedah itu diselimuti dengan comforter.
Aina memicit hujung hidungnya yang berair. Airmata yang jatuh berguguran dia kesat perlahan sebelum sebuah keluhan dilepaskan. Terlalu ngeri nasib yang menimpa dirinya saat ini. Sehinggakan dia hampir berputus asa untuk terus hidup. Takut dan hampir goyah dengan cemuhan dunia luar akan nasib dirinya yang sudah kotor itu.
"Dia... Fahmi... Dia..." Aina menggaru kepalanya. Kemudian, diketuk-ketuk kepalanya sendiri sambil matanya mengeluarkan mutiara jernih.
Rossa terkejut lantas mendekati Aina. Dihalang sekuat habis perlakuan gadis itu.
"Aina, stop it! Awak tak boleh cederakan diri awak sendiri. Awak akan terluka"
Aina menghentikan perlakuannya. Tampang Rossa dijamah. "Terluka? Awak tak tahu maksud terluka sehingga awak menghadapinya sendiri. Di sini! Hidup saya rasa macam dalam neraka! Fahmi layan saya tak ubah macam pelacur! Dia perkosa saya setiap malam" Aina menangis. Kali ini, dengan lebih kuat. Dia sudah tidak suci lagi. Dia malu. Bahkan merasa hina dan terpinggir. Suatu masa dahulu, dia banggakan wajahnya yang cantik dan dirinya yang suci dan bersih. Kini, semua yang dibanggakan sudah lenyap dalam sekelip mata. Tiada lagi perawan untuk dipersembahkan kepada sang suami. Dia sudah kotor!
Rossa kaget. Sungguh dia tidak menyangka dengan nasib yang menimpa Aina. Kenapa Fahmi sebegitu kejam? Setahu dia, Fahmi adalah seorang lelaki yang budiman.Kenapa sejauh itu dia berubah?
"Saya pernah tolak cinta dia selama berkali-kali. Alasan saya, sebab saya masih muda. Lagipun, dengan angkuhnya saya bagitau dia yang saya takkan terima lelaki macam dia. Dia takde wawasan. Dan macam budak-budak. Dia suka desak saya, dan ugut saya macam-macam. Sekarang..." Aina tidak mampu meneruskan ayat-ayatnya. Terbayang di tubir mata saat mahkotanya hilang diragut Fahmi. Betapa peritnya menerima kenyataan itu.
"Saya dah tak suci lagi. Semuanya kena ragut dengan Fahmi. Untuk apa saya teruskan hidup kalau penghujungnya saya akan menderita? Saya akan susahkan Kak Ainida. Dia jaga saya dari kecik. Mesti dia tertekan bila dapat tahu pasal keadaan saya. Mesti dia tak mampu nak terima saya" Aina mula merengek.
Rossa bertindak mendakap tubuh Aina. Dia turut merasai kesedihan yang dialami oleh gadis itu. Ya Allah, lindungilah kami! Sempat dia titipkan doa dalam hati. Dia tidak akan membiarkan Fahmi memperlakukannya seperti Aina. Dia harus melawan dan berjuang sehingga ke akhir.
"Banyak lagi gadis yang dah menjadi mangsa dia selain saya" adu Aina.
Rossa melepaskan pelukan lantas bersabung mata dengan Aina. Dia harus mengorek sebanyak mungkin maklumat sebelum bertindak.
"Maksud awak?"
Aina mengeluh. "Rossa, awak kena selamatkan diri awak. Sebelum awak jadi macam saya dan gadis-gadis yang lain"
Rossa tersentak. Semakin tidak memahami akan kata-kata Aina.
"Kat atas atap ni ada lorong kecil yang menghubungkan laluan keluar. Awak boleh keluar dari situ. Fahmi tak tahu jalan tu. Tapi setiap kali lepas dia 'guna' saya, dia akan keluar dan menghilangkan diri selama seminggu. Dalam masa tulah saya mula selidik tempat ni" kata Aina. Sejak sebulan 'disimpan' oleh Fahmi, dia mulai memahami selok-belok penjara neraka itu. Sehinggalah satu hari itu dia menemui jalan keluar dari tempat tersebut. Tetapi mustahil untuk dia melarikan diri dengan keadaannya seperti itu. Kudratnya sudah tidak tertahankan hari demi hari. Fahmi seakan tidak memberikannya ruang dan ketenangan untuk bernafas walaupun hanya sesaat.
"Dah tu, kenapa awak tak selamatkan diri awak?" Rossa ragu-ragu dengan cerita Aina.
"Saya tak mampu. Lagipun dengan keadaan saya yang lemah dan lebam macam ni, saya tak larat nak teruskan. Dan kalau saya balik sekalipun, nak ke kak Ainida terima saya? Saya tak nak tambahkan beban dia lagi" Aina tersedu-sedan di hujung bicara. Mengenangi nasib diri sendiri.
Rossa mengeluh. Dia mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri dari tempat itu tetapi masakan dia tega meninggalkan Aina terseksa di situ? Tidak! Dia dan Aina sama-sama perempuan. Tidak mungkin dia mementingkan diri dan bersenang-lenang di luar sementara Aina disiksa zahir dan batin. Mampukah dia hidup tenang setelah melihat sendiri keadaan Aina?
"Saya tak mungkin tinggalkan awak kat sini" Rossa membantah dengan cadangan Aina.
"Awak nak jadi macam saya? Awak dah ada suami kan? Takkan nak biarkan lelaki lain sentuh awak? Apa perasaan suami awak nanti?"
Rossa terdiam. Sejujurnya sehingga ke saat ini dia dan Firdaus belum pernah lagi sampai ke tahap itu. Meski Firdaus punya keinginan itu, tetapi dialah yang bertindak menolak dan menafikan hak Firdaus sebagai seorang suami. Jika difikirkan semula, dia sebenarnya yang berdosa. Ya Allah, apa yang aku dah buat?! Sedikit demi sedikit cebisan dosa tersebut tercampak ke atas bahu Rossa. Semakin dikenang, semakin memberat rasanya bahu menanggung rimbunan dosa tersebut.
'Abang, maafkan Rossa!'
"Banyak dah gadis yang menjadi mangsa nafsu serakah Fahmi. Dia culik gadis tersebut. Seksa dan perkosa mereka sepuas hati dia. Apa yang awak tengok pada saya, itulah yang pernah terjadi pada gadis-gadis sebelum ni. Fahmi takkan lepaskan mana-mana perempuan yang dia anggap dah mainkan perasaan dia" terang Aina lagi.
Rossa menelan liur. Dia teringatkan kisah Fahmi suatu ketika dulu. Lelaki itu sering ditolak cintanya oleh 13 orang gadis. Aina adalah gadis yang ke 13. Itu bererti dia adalah gadis yang ke 14. Adakah mangsa lain setelah dirinya? Atau diakah mangsa yang terakhir?
"Apa yang dia buat pada mereka?" Rossa korek rahsia sementelah Aina juga sudah alang-alang membuka cerita.
"Saya tak berapa pasti mangsa yang lain. Tapi sebelum saya, ada seorang gadis yang bernama Balqis. Dia kurung saya dan Balqis dalam bilik yang sama. Tapi bukan kat sini. Kami dikurung di tempat yang lain. Dan dia perkosa Balqis depan mata saya" Aina memejam mata. Terbayang-bayang jeritan dan keseksaan Balqis saat itu. Sungguh dia takut dan kecut perutnya dengan nafsu Fahmi. "Masih terngiang-ngiang di telinga saya jeritan dan rayuan Balqis. Tapi Fahmi tak pernah ambik peduli. Lepas je dia perkosa Balqis, dia..." Aina berjeda lagi. Dia menutup kedua telinga dengan tangannya. Mata terpejam rapat. Terlakar akan kejadian pagi semalam. Fahmi memotong tubuh badan Balqis menggunakan parang. Dia ketakutan, menggigil dan hampir hilang kawalan.
"Dia apa? Apa yang Fahmi buat pada Balqis?" Rossa meronta-ronta ingin tahu.
"Dia kerat badan Balqis menjadi beberapa bahagian. Dia simpan dalam plastik dan bawak entah ke mana" Aina membuka mata. Tekaknya mula berasa loya. Segera diurut dada bagi meredakan rasa mualnya.
Rossa terpempan. Dia jadi teringat pada beberapa bungkusan plastik yang tersembunyi di atas siling tandas bilik tidurnya. Jadi semua itu kerja Fahmi. Arghh! Kejam sungguh kau Fahmi!
Pintu bilik terkuak dengan kuat. Muncul Fahmi dengan matanya yang terjegil merah. Dia menjelirkan lidah sambil mengatur langkah mendekati Rossa.
Rossa semakin berdebar. Dia takut melihat keadaan Fahmi yang seperti kerasukan itu. Jantungnya bagai disiat-siat tatkala Fahmi bertindak menarik tubuhnya ke katil. Rossa sudah bergenang dengan airmata, mulai memikirkan nasib yang menimpa dirinya. Saat itu, wajah lembut Firdaus melayang-layang di awangan. Dia mula memikirkan kesudian Firdaus untuk menyentuh dan membelainya jika dirinya sudah tidak suci lagi. Belum ada mana-mana lelaki yang pernah menyentuhnya sehingga ke saat ini. Mahkota yang dijaga selama 24 tahun bakal musnah di tangan lelaki yang bukan suaminya.
Rossa menjerit tatkala Fahmi mengoyak lengan bajunya sehingga menampakkan sebahagian dadanya yang putih melepak.
"Jangan Fahmi! Saya merayu! Tolongggg, jangan buat saya macam ni! Jangannnn..." rintih Rossa tatkala tangan Fahmi hendak meraba ke bahagian peribadinya.
Fahmi menghentikan perlakuannya lalu memandang wajah Rossa. Tangisan dan wajah sendu Rossa tidak lagi mampu mencuri hati nalurinya. Dia benci pada tangisan seorang wanita. Kerana tangisan itu, dia jadi lemah dan kerana lemah, dia diperbodohkan oleh semua wanita. Dia lelaki, seharusnya dia kuat bukan sebaliknya. Arghh! Itu dahulu. Kini, dia bukan lagi Fahmi yang mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa. Cukup sudah dia dibuli dari zaman sekolah sehingga dewasa.
"Kau takut kenapa? Suami kau tak pernah ke layan kau macam ni haaa??! Ke kau yang tak mampu nak puaskan hati suami?" Fahmi tergelak besar. Berkali-kali dia mengesat hujung hidung. "Tak payah nak rasa takut sangatlah Rossa! Kau bukan pernah pun bagi layanan pada suami kau! Anggap ajelah ni malam pertama kita dan Aina, sebagai saksi"
Sempat dia mengerling ke arah Aina yang sudah menggigil ketakutan. Kemudian pandangannya berkalih ke arah Rossa kembali.
Demi mendengarkan itu, tubuh Rossa bagaikan terkena renjatan elektrik. Tak! Fahmi takkan sewenang-wenangnya menyentuh dan 'menggunakan' dirinya. Hanya seorang lelaki yang berhak melakukan itu. Dan demi lelaki itu, dia kuatkan diri menolak tubuh Fahmi yang semakin galak menindihnya.
Fahmi terdorong ke belakang. Kuatnya tolakan Rossa sehingga dia hampir tidak mampu berdiri. Dia ingin menerkam Rossa kembali namun dengan pantas gadis itu menggapai pisau di tepi meja katil lalu diacukan kepada dirinya. Fahmi kaget. Dia lupa pada pisau itu.
"Kalah kau nak tengok ada antara kita yang mati, kau datanglah dekat. Pisau ni, sama ada tercucuk kau atau aku! Kau tak pernah rasa sakit kena tusuk dengan pisau kan? Atau kau nak rasa sekarang?" Rossa sudah bangkit dari katil. Sebahagian tubuhnya yang terdedah ditutupi dengan selimut.
Fahmi mendengus kasar. Tanpa berkata apa-apa, dia lajukan langkah keluar dari bilik. Daun pintu terhempas kuat, meninggalkan Rossa dan Aina di situ.
"FIZI! Kenapa datang sini?" Firdaus terkejut menerima kedatangan Hafizi di situ. Dia memberi isyarat kepada Erika untuk ke bilik mesyuarat. Sempat dia tinggalkan pesan untuk memberikan masa selama 10 minit kepada dirinya.
Erika berlalu dengan senyuman. Dibiarkan Firdaus menyelesaikan urusannya dahulu.
"Fizi dapat tahu pasal Rossa. And all the girls. Is that true?" Kesibukan di hospital menjadikan dia manusia terakhir untuk mengetahui setiap perkembangan dunia.Itu pun setelah dikhabarkan oleh Sarah, barulah dia membuka laman sesawang untuk memastikan kesahihan berita tersebut. Dia ada menelefon Firdaus secara langsung, malangnya panggilannya tidak berjawab. Didail pula nombor syarikat, di situ dia bertembung suara dengan setiausaha Firdaus, iaitu Anita. Menurut Anita, Firdaus minta cuti selama dua bulan tanpa gaji sejak dua minggu yang lepas.
Dia bertambah pelik. Apabila ditanya mengenai keberadaan Firdaus, Anita hanya mampu memberikan jawapan yang kurang memuaskan. "Bos tak nak diganggu"
Untuk itu, dia ke tempat Umi Za. Dan dari situlah dia mengetahui kisah sebenar mengenai Rossa. Dan lokasi sebenar Firdaus juga berjaya dijejaki melalui Umi Za.
"Fizi, abang tak boleh nak komen apa-apa dulu. This case is still under investigation. Kami sedang usaha untuk kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh untuk kesan Rossa"
"Is that really mean that Rossa is..."
Firdaus pantas mengangguk. Dia tidak mampu tenang sebenarnya. Selagi Rossa masih dalam tahanan Fahmi, selagi itu peratusan isterinya untuk selamat adalah di bawah takuk negatif. Oleh itu, dia tidak berani memberikan apa-apa komen kerana tidak mahu terlampau berharap. Kebarangkalian Rossa untuk kembali ke sisinya adalah mustahil.Tetapi kemungkinan untuk tidak kembali juga mustahil.
Hafizi mengeluh. Agak lama dia dan Rossa tidak bertemu muka. Dia jadi bersalah kerana terlalu sibuk dengan tuntutan kerja sehingga lupa untuk merisik khabar kebajikan Rossa. Walaupun mereka hampir menjadi ipar, tetapi pada Hafizi, Rossa sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarganya.
"What's your plan?" Hafizi ingin tahu. Kot-kot, dia boleh membantu apa-apa yang patut.
"A few plans. Tapi abang kena bincang dengan pihak atasan. Banyak sangat kompelin dari pelbagai pihak. Terbaru ni, kami terima laporan kehilangan seorang gadis bernama Aina. She has gone missing since a month ago!" Baru pagi tadi Firdaus menerima berita tersebut daripada Mazlan. Apabila nama Aina disebut, dia teringat pada kisah Rossa. Fahmi juga pernah mengejar cinta seorang gadis bernama Aina. Dia sempat mengucap panjang. Ini kebetulan atau memang perancangan Fahmi? Aina termasuk dalam senarai gadis yang hilang. Cuma kehilangannya baru disedari pihak keluarga. Itupun setelah kakak mangsa membuat laporan dua hari yang lepas. Menurut kakak mangsa iaitu, Ainida, Aina hilang sejak pulang dari pejabat. Dia juga mendapat perkhabaran itu setelah pihak syarikat tempat Aina bekerja memberitahu akan ketidakhadiran Aina. Ainida bekerja sebagai seorang kerani di sebuah sekolah di Sabah. Aina menetap di Kuala Lumpur bersama kawannya. Mereka hanya berhubung menggunakan Skype.
"What??!" Hafizi terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Firdaus.
"Tuan, our meeting is about to start. They can't wait for the details" Erika memaklumkan kepada Firdaus.
Firdaus mengangguk. "Fizi baliklah dulu. Please keep an eye on umi on my behalf. Abang tak dapat nak balik dulu. Selagi Rossa tak dijumpai, selagi itulah abang kat sini. Bagitau umi, abang akan jumpa dia nanti. But not now"
"Okay then. Be good. Kalau ada apa-apa, keep me updated!" Hafizi memeluk tubuh Firdaus.
"I will" ucap Firdaus seraya merungkaikan pelukan.
SEMUA mata memandang ke arah Firdaus. Keadaan di dalam bilik sungguh senyap. Tetapi suasana tetap dirasakan tegang. Masing-masing sudah buntu untuk menjejak pembunuh. Mereka hanya berharap pada idea dan pertolongan Firdaus sahaja kali ini.
"Kita sedia maklum pada perkara yang sedang berlaku masa ni. Semua pihak sedang mencucuk kita dari pelbagai tempat. Pihak wartawan, ahli keluarga mangsa, bahkan pihak atasan jugak! Dah dekat 3 bulan pembunuh buat hal. Saya tahu, dia sengaja nak cabar kita" Firdaus berjeda. Wajah Rossa mula terbayang di tubir mata.
"Dari mangsa pertama sehingga mangsa sekarang, yang mana isteri saya turut terlibat..." Kata-kata Firdaus terhenti. Sebolehnya dia mencuba mengawal sebak di dada. "Kita masih tak tahu mana keberadaan pembunuh"
Semua mengeluh kehampaan. Mereka hampir berputus asa dengan kes kali ini. Semua sekatan jalan raya telah dipantau. Bahkan semua CCTV turut dijelajah bagi mengesan kemungkinan pembunuh menyembunyikan diri. Rumah pembunuh juga digeledah. Namun mereka tidak menjumpai apa-apa. Nampak gayanya, mereka berdepan dengan pembunuh yang begitu psikik dan licik.
"Saya ada kerahkan beberapa anggota kita untuk siasat beberapa perkara. Dan kali ni, kita dapat sedikit klu" ujar Firdaus sambil tersenyum.
Semua anggota yang mendengar terus mendongak kepala. Mereka menarik nafas lega kerana sudah ada petunjuk yang membolehkan mereka menemui pembunuh.
"Are you sure Azhan?" Tuan Ihsan memandang wajah Firdaus. Bukannya dia tidak percaya, tetapi sebolehnya dia belum mampu untuk berharap. Dalam banyak-banyak anggota yang lain, dialah yang paling tertekan kerana kes ini sudah berlanjutan hampir 4 bulan. Dan selama tempoh itu, tiada jalan keluar yang berjaya ditemui. Dia juga sudah jemu menerima panggilan dari pelbagai pihak setiap hari mengenai kes ini.
Firdaus mengangguk. "100% sure Tuan!"
"Okay then. Please proceed"
"Erika" Firdaus meminta laporan dan beberapa dokumen berkaitan daripada Erika. Seolah memahami kehendak Firdaus, Erika menyerahkan beberapa dokumen dan laporan kepada Firdaus. Hasil siasatan dia dan Mazlan serta anggota yang lain.
Zaid hanya memerhati dari sisi. Dia sudah kehilangan upaya untuk berbicara. Urat saraf dan anggota badannya sudah lenguh. Dalam banyak-banyak kes, kes yang satu inilah yang membebankan jiwa dan mindanya.
"Mayat yang dijumpai di atas siling tandas bilik tidur saya merupakan mayat seorang perempuan yang berumur 21 tahun. Pemilik nama Balqis binti Ameer masih lagi belajar di UUM. Dan yang best nya, dia belajar dalam bidang forensik. Dan..." Wajah setiap dari mereka Firdaus tatap satu persatu. Dan ternyata wajah mereka memancarkan sinaran baru apabila dikhabarkan berita itu.
"Dia ada tinggalkan petunjuk untuk kita. Dan petunjuk tulah yang memudahkan kerja pihak forensik, sekaligus membantu kita untuk menyelesaikan kes ni" Firdaus menyerahkan laporan bedah siasat Balqis kepada Tuan Ihsan.
Tuan Ihsan meneliti setiap perincian maklumat lalu mengukir senyum. Benar kata Firdaus. Petunjuk itulah yang mampu membuat mereka menarik nafas lega.
Firdaus sambung lagi setelah agak lama menyepi. "Darah yang ada pada Balqis ada 3 jenis. Dan ianya darah yang berbeza. Darah yang pertama, of course milik Balqis, darah yang terpercik keluar dari setiap anggota badannya. Dan baru-baru ni, saya ada menerima laporan mengenai kehilangan seorang gadis yang bernama Aina"
"Apa kaitan Aina dengan Balqis?" Tiba-tiba Shahir yang merupakan detektif di bawah seliaan Zaid memotong percakapan Firdaus.
Firdaus melayangkan sebuah senyuman. "Diorang memang takde kaitan tapi darah kedua yang dijumpai dalam badan mangsa adalah milik Aina. Sampel darah tu dijumpai pada tangan kanan milik Balqis" terang Firdaus sekaligus menjawab persoalan Shahir.
"How could that possible? Surely Aina is not the killer, isn't she?" sampuk Dhurgesh pula, anggota polis yang turut sama terlibat di dalam kes ini.
"Yes, she's not the killer. But she is one of the victims" sahut Firdaus.
"Darah ketiga milik siapa pula?" soal Zaid setelah agak lama menjadi pemerhati. Dia mulai memahami rentetan kes dan petunjuk yang ditinggalkan oleh Balqis.
"The killer?" Sahut Dhurgesh bagi pihak Firdaus.
Firdaus mengangguk. "Yes, the third blood sample was belonged to the killer. The guy that we chase after. Kalau ikut pemikiran saya, saya rasa memang Balqis sengaja cederakan pembunuh, semata-mata untuk ambik darah dia. If we look through the footage..." Firdaus membelek dokumen yang mengandungi gambar mangsa. Gambar yang menunjukkan kuku pada tangan kiri mangsa menjelaskan maksud kata-kata Firdaus sebentar tadi.
"This one..." Firdaus serahkan pada Tuan Ihsan. "Kuku pada tangan kiri mangsa ada mengandungi darah yang bukan milik mangsa atau milik Aina. Pihak forensik jumpa darah tu dan ianya milik seorang lelaki yang dikenali dengan nama Umarul Fahmi. Pada pendapat saya, masa tu mereka mungkin sedang bergelut. Dan pada masa tulah Balqis mencakar atau mencubit mana-mana anggota badan Fahmi dengan tangan kiri. Sebab kesan pergelutan kita dapat lihat pada kedua-dua pergelangan tangan mangsa" jelas Firdaus panjang lebar.
"So pembunuh tu nama dia Fahmi?" soal Mazlan pula.
"Yes!" sahut Firdaus sepatah. "Kita akan buru Fahmi but before that, saya nak jelaskan kenapa dia culik 14 wanita dan bunuh mereka dengan kejam"
Zaid semakin tidak sabar untuk mendengar kisah Firdaus. Semalaman dia dibiarkan berteka-teki dan tenggelam dalam persoalan.
"Hasil siasatan yang dibuat oleh Erika dan Mazlan serta anggota yang lain, Fahmi pernah mengekori kesemua mangsa dan mengejar cinta mereka. Malangnya ke 13 wanita tersebut menolak cinta dia dengan berbagai alasan. Dan satu lagi maklumat tambahan, dia jugak merupakan mangsa buli di sekolah. Kenal mangsa pertama yang dia bunuh? Dahlia kan? Masa tu, teruk Dahlia dia kerjakan. Lebam sana sini, dan pihak kami hampir tak kenal wajah mangsa. Menurut sumber yang boleh dipercayai, abang Dahlia iaitu Daniel merupakan kawan sekelas Fahmi. Dan Daniel selalu buli Fahmi sampai memalukan dia di hadapan budak lain. Dan kebetulan pulak, Fahmi jatuh cinta pada Dahlia. So to be short, Fahmi balas dendam pada Dahlia kerana dua sebab. Pertama, cinta dia ditolak mentah-mentah dan yang kedua, sebab Daniel. Sebab tulah dia memperlakukan Dahlia dengan kejam berbanding mangsa kedua dan ketiga"
Erika membulatkan mulut. Teringat pula ketika menyiasat kes Dahlia, dia sering mengutarakan persoalan mengenai keadaan Dahlia yang sangat teruk. Rupa-rupanya kerana dua sebab.
"14 mangsa. Tuan cuma cerita 13 orang. Yang sorang lagi?" sampuk Mariam yang berdiri di sisi Tuan Ihsan. Dia juga merupakan salah seorang pegawai polis yang menyiasat kes Fahmi.
Firdaus terdiam. Tekaknya terasa kering. Nafasnya seakan terhenti. Dia mencuba mengawal diri yang hampir goyah dengan keadaan dan masalah yang ditimbulkan oleh pembunuh.
"Mangsa ke 14 adalah isteri Tuan Firdaus" Erika menjawab bagi pihak Firdaus.
Keadaan mula riuh dengan pelbagai asakan soalan. Masing-masing membuat andaian dan pandangan sendiri.
"Rossa..." Keadaan mulai senyap sebaik sahaja Firdaus bersuara. "Juga merupakan antara gadis yang menolak cinta Fahmi. Dan sejujurnya, Fahmi adalah lelaki yang baik dan telus. Dia pernah bekerja di kedai makan mak mertua saya. Mungkin selalu kena tolak, dia jadi tertekan dan bertindak di luar kawalan"
Firdaus terbayangkan saat-saat terakhir mereka bersama. Masih terasa pelukan dan hangatnya tangan Rossa melingkari pinggangnya. Dia mulai menyesal dengan sikap pandang entengnya. Jika dia tidak lalai dan membiarkan Rossa tetap di sisi, sudah pasti Rossa masih berada dalam pandangannya saat ini.
"That's why we have to act faster. Sebab nota terakhir yang dia tinggalkan pada 7 mangsa yang hilang menunjukkan yang dia akan berhenti pada mangsa terakhir. But I'm not sure who is the last one. It can be my wife or other people"
Mazlan maju ke hadapan sambil membawa sebuah dokumen. Dia meminta izin untuk menjelaskan sesuatu.
"Sorry to interrupt. Tapi ada a few informations yang saya dapat dari PI saya. Kesemua rumah 7 mangsa kami dah geledah. Dan semuanya tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan until we met up with something weird"
Firdaus menoleh ke arah Mazlan. Menanti bicara selanjutnya dari lelaki muda 5 tahun darinya itu.
"Ada sebuah banglo yang kami geledah dan terdapat sebuah bilik bawah tanah. Pada mulanya, kami ingat nak terjah bilik tersebut tapi kami tahu, kami tak boleh bertindak terburu-buru. Fahmi seorang yang bijak dan licik. Kalau dia dapat hidu pergerakan kami, nyawa mangsa pasti dalam bahaya. So we stayed back and waited for an hour. Then, we caught a man figure standing by the kitchen door. Kami syak itu Fahmi berdasarkan lakaran beberapa kenalan beliau. Dan tempat dia sembunyi tu adalah rumah milik Ainul. Sebab berdasarkan maklumat, hanya Ainul yang tinggal seorang" jelas Mazlan satu persatu.
"Kenapa tak bagitau sebelum ni?" Firdaus hampir melampirkan kemarahan.
"Saya baru dapat maklumat ni pagi semalam Tuan. Kami berjaga di situ untuk pastikan kami tak salah caturan. Dan sekarang, perkara ni confirm sah! Kita boleh attack dia bila-bila masa" terang Mazlan lagi.
"In that case, we must have plan. Tak boleh main terjah. Aku yakin, Rossa dan Aina ada bersama" Zaid menyusulkan cadangan.
"What plan?" tanya Firdaus.
"Kali ni, biar aku yang jadi mastermind dia!" Zaid menawarkan diri. Dia akan mengerjakan Fahmi sepuas hati sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa di atas 'permainannya' yang sudah merebut lena Zaid selama beberapa minggu ini!
Share this novel