2

Romance Completed 28168

FIRDAUS menyimpul senyum saat mengingat kembali peristiwa tersebut. Sejak dari hari itu, mereka mulai rapat sehinggakan dia sudah hafal waktu dan masa yang akan dihabiskan oleh Rossa ketika di taman. Seakan sudah faham, apabila melihat Rossa sudah bersedia dengan tikar merah di atas tanah rumput bersama novel dan bakul pikniknya, dia mulai mengambil posisi, duduk bersebelahan gadis itu. Menunggu Rossa menghabiskan bacaannya dengan tenang. Sesudah itu, pasti masa yang berbaki dihabiskan untuk mereka berborak.
Firdaus tersenyum lagi. Baru kini dia faham karakter gadis itu. Hasil pemerhatian dia, Rossa adalah seorang gadis yang sederhana namun pernah terluka dengan masa silam. Menghabiskan masa dengan membaca novel kerana dia ingin menyelami hati penulis di sebalik karya yang dihasilkan. Adakalanya, dia beranggapan yang Rossa sering menyamakan kisahnya dengan kisah penulis di dalam karya. Dengan cara begitu, Rossa tidak akan berasa sunyi dan takut kerana ada yang senasib dengannya meskipun hanya watak di dalam cerita penulis.
Semakin dia mengenali Rossa, semakin dia memahami pandangan gadis tersebut terhadap cinta dan kehidupan. Dan semakin itu juga dia belajar untuk mula menerima Rossa di dalam hidupnya. Seperti seorang penulis yang sering Rossa kenal melalui karya novel, seperti itu juga dia ingin Rossa mengenalinya. Bezanya, penulis itu dikenali melalui penulisan. Tetapi dia ingin dikenali melalui mata dan pandangan Rossa.
Cinta! Setiap kali menyebut perkataan itu, dia dapat melihat betapa malapnya pandangan dan prejudisnya Rossa terhadap perasaan itu. Namun dia tahu Rossa sebenarnya sedang mencari maksud di sebalik lima huruf itu. Jika itu yang Rossa inginkan, akan dia tunjukkan apa dan bagaimana rupa serta bentuknya. Walau dia tidak pernah jatuh cinta, tapi dia mampu untuk merasai kehadirannya meskipun hanya untuk sesaat.
Lamunannya berkecai saat deringan telefon bimbit di atas katil berbunyi. Dengan malas-malas, dia mencapai telefon lantas melihat nama yang terpapar di screen. Bibirnya merekah dengan senyuman saat terpandang nama Khalid. Adalah yang dia nak ni!
"Hmmm" Firdaus acuh tak acuh menjawab. Dia kepenatan sehari-hari ini.
"Jom keluar. Ada parti kat rumah Belle. Dia ajak kau sekali" Khalid mula memancing. Dia tahu, pasti pancingannya mengena. Setiap kali mendengar parti atau kelab malam, Firdaus pasti bersetuju tanpa berfikir panjang. Apatah lagi, parti kali ini diadakan di rumah Belle, gadis kacukan yang seksi, yang mereka kenali beberapa bulan yang lepas. Kata Firdaus, Belle itu tastenya!
Firdaus menimbang-tara, hendak berkata ya atau tidak. Jika ya, dia pasti dapat peluang untuk bertemu dengan Belle. Dan pasti mereka akan menghabiskan masa bersama semalaman. Tetapi jika dia menolak, pasti dia akan diejek oleh Khalid. Kerana seumur hidupnya, dia tidak menolak atau enggan jika berkaitan dengan hal-hal seperti itu. Tercabarlah maruahnya di hadapan Khalid nanti.
"Macam mana? Nak tak?" Khalid masih setia menunggu di hujung panggilan.
"Okey. Tunggu aku dalam setengah jam. Aku mandi, kemas-kemas" Keputusan diambil serentak dengan senyuman memekar di bibir. Penat pun penatlah! Asal umpan mengena malam ni!!
"Okey, jumpa kau kat rumah Belle kejap lagi"

PANDANGANNYA serba tak kena. Memandang ke sebelah, dia tidak mampu untuk menggerakkan kepala. Beralih ke hadapan, wajah Umi Za yang serius sedang memerhatikannya. Alamak!! Dia menelan liur saat bertemu pandangan dengan umi.
"Umi dah aturkan pertemuan kamu dengan Hafizi. Esok keluarga dia nak datang. Nak kenal-kenal katanya"
Salah satu perancangan Umi Za yang dia tidak tahu! Dan dia tidak suka. Dia sempat mengerling ke arah Mak Nab yang berselindung di sebalik langsir dapur. Kelihatan, wanita itu sedang galak mengertawakannya. Eeee Mak Nab ni!! Tunggulah nanti Rossa kenakan Mak Nab pulak!
"Umi dah kenal lama dengan keluarga Hafizi. Mama dia dengan umi memang kawan satu universiti dulu. Baik orangnya Rossa. Kali terakhir umi jumpa Hafizi, masa lima bulan yang lepas. Masa tu, ada kenduri selamat kat rumah dorang. Kenduri untuk Hafizi. Sebab dah berjaya dapat gelaran doktor! Untung betul mama dia. Dan beruntungnya umi kalau Hafizi tu jadi menantu umi"
Erkkk! Rossa sudah tidak tenang duduknya. Jelingan Umi Za begitu meresap ke dalam hati. Menambahkan lagi hangat hati dan duduknya saat ini.
"Tapi haritu kan Rossa dah janji. Rossa nak cari sendiri. Umi pun dah janji kan? Nak biarkan Rossa cari sendiri dulu. Nanti kalau Rossa dah tak mampu nak cari atau tak jumpa, barulah umi tolong cari" Rossa cuba mengingati janji yang pernah mereka lakarkan bersama siang semalam.
Umi Za tersenyum tipis. "Alaaa, umi ingat lagilah. Takpelah. Sementara Rossa nak cari-cari tu, Rossa cuba dulu kenal-kenal dengan Hafizi. Kalau tak berkenan, takpe. Umi tak paksa. At least, kenal-kenal je dulu. Tapi kalau berkenan, bolehlah ke fasa seterusnya" Ada senyuman nakal terukir di hujung bicara.
Rossa mengerti maksud kata-kata umi. Dia mengeluh diam. Permintaan umi jika tidak diturutkan boleh mencetuskan perang dunia ke-3! Sudahnya, Rossa hanya mengangguk lemah dalam keterpaksaan. Takpelah! Setakat kenal-kenal je. Nanti aku cakaplah aku tak suka. Apa susah!
"Tapi, kalau Rossa tak berkenan dengan Hafizi, umi ada calon yang lain lagi. So, jangan fikir yang Rossa boleh escape!" Umi Za menambah, membuatkan ritma irama jantung Rossa berdetak kencang semula. Rossa mengeluh dalam diam. Tak boleh lari! Mahu tidak mahu, dia terpaksa bersetuju dengan kata-kata Umi Za. Kerana terpaksa, dia relakan! Arggghh!!

MAK NAB menapak masuk ke dalam bilik dengan senyuman memekar. Diperhatikan wajah Rossa yang sedang sugul, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Dia tahu apa yang sedang membelenggu fikiran gadis itu. Lantas, didekati tubuh Rossa lalu dipeluk bahunya. Kasihnya pada gadis itu bak anak sendiri. Diasuh dan dididik dari kecil, bahkan Rossa tak pernah menganggap dia sebagai orang gaji atau pembantu rumah. Rossa selalu menganggapnya seperti ibu sendiri. Lantaran itu, dia betah tinggal di situ kerana kasih dan sayangnya sudah terikat di rumah itu.
"Rossa tak nak kawan dengan Mak Nab!" Rossa sudah buat serangan hendap. Wajah Mak Nab tidak dipandang bahkan dia hanya tegak berdiri membelakangi wanita separuh abad itu.
Mak Nab tergelak. Rossa kalau tidak merajuk, bukan Rossalah namanya!
"Yelah, orang tak nak kawan kita! Kejap lagi nak dapat abang sayang.." usik Mak Nab. Pelukan di bahu dieratkan.
"Eee Mak Nab ni kan!" Rossa sudah memeluk tubuh. Serentak itu, punggung dihantar ke birai katil. Fikirannya kusut mengenangkan apa yang bakal terjadi pada keesokan hari. Dia boleh saja menolak Hafizi mentah-mentah dan memberikan alasan dia tidak berkenan. Namun tetap juga dia tidak bisa kabur. Umi masih mempunyai beberapa calon yang langsung tidak diketahuinya. Pening, pening!!
"Mak Nab tahu kenapa Rossa macam ni. Stress kan dengan apa yang umi dah rancang pasal esok" Mak Nab cuba menebak. Dia sudah duduk di sisi Rossa. Sedikit terkesan dengan nasib yang menimpa gadis itu. Bukan dia tidak tahu apa yang pernah terjadi kepada Rossa beberapa tahun yang lalu. Bahkan dialah tempat Rossa meluah rasa dan berkongsi perasaan selama ini.
"Mak Nab dah tahu kan pasal ni?" Rossa cuba serkap jarang. Matanya mengecil menatap wajah tua itu.
"Dengan Rossa, Mak Nab tak boleh nak berahsia. Betullah, Mak Nab dah tahu. Tapi macam mana Mak Nab nak bagitau Rossa? Rossa tu, berkepit je dengan novel 24 jam. Punggung tak pernah nak lekat kat rumah ni"
Rossa terdiam. Menyetujui kata-kata Mak Nab pada akhirnya. Tapi dia tidak bekerja, penganggur tersohor buat masa ini! Jadi untuk memanfaatkan masa yang ada, dia habiskan dengan membaca. Membaca kan alaman mulia!
"Umi buat macam tu sebab dia nak tengok Rossa bahagia sebelum dia tutup mata"
Rossa menyoal dengan pandangan. Walaupun dia memahami maksud itu, namun hatinya enggan untuk memberi kerjasama.
"Umi tu kalau boleh, dia nak sangat tengok Rossa kawen. Ada keluarga sendiri. Ada orang yang jaga. Sebab dia tahu, dia tak boleh selamanya jaga Rossa. Mak Nab pun selamanya takde di sisi Rossa. Jadi sekurang-kurangnya bila Rossa dah kawen, hati dia senang, lapang.
Dia bukan tak percayakan Rossa untuk cari calon, tapi Rossa selalu sangat menunda masa. Dia dah tak sabar nak dapat menantulah tu!" Mak Nab sempat mengusik di hujung bicara. Dia faham akan fikiran dan hati Umi Za. Kerana mereka hampir sebaya. Dan hasrat mereka juga serupa, ingin melihat kebahagiaan Rossa tertayang di hadapan mata sebelum mata tertutup rapat.
Rossa membatukan diri. Apabila Mak Nab menenangkan dia, dia tahu untuk mengelak bukanlah jalan yang terbaik. Dia sayangkan umi. Tetapi dia juga punya hasrat tersendiri. Bukan berarti dia hendak menolak niat murni umi cuma saat ini hati dia masih was-was untuk menerima kehadiran seseorang dalam hidup. Dan sejujurnya dia juga tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk mencari ketetapan hati sendiri dan memahami semula apa itu yang namanya cinta. Jika dia bersetuju dengan perancangan ini, tidakkah dia menipu diri sendiri dan Hafizi pula akan merana? Untuk membina sebuah perkahwinan yang berkekalan, haruslah diterapkan perasaan cinta dan kasih sayang. Jika dia tidak bisa memberi itu, bagaimana mahu mencapai kata sepakat dalam membahagiakan hatinya, juga hati Hafizi?
"Kali ni, Rossa ikut je yang umi aturkan. Dalam banyak-banyak calon umi, mesti ada satu yang Rossa terpikat kan? Kalau takde jugak, nanti kita fikirkan cara lain, okey?" Seolah mengerti dengan kekusutan minda Rossa, Mak Nab bertindak memberi idea. Apabila melihat Rossa mengangguk kepala, dia akhirnya mampu menarik nafas lega. Syukur, dalam kekerasan hati Rossa, ada satu bahagian yang bisa dia lembutkan!

DALAM langkahnya yang terhuyung-hayang itu, dia tetap juga sampai di hadapan pintu bilik. Berkira-kira hendak memusingkan tombol pintu, namun tidak berjaya. Saat mindanya berada di luar kewarasan, semua yang dilakukan seakan-akan tidak menjadi.
"Masuk bilik I okey?" Sempat Belle menitipkan pesanan manja itu ke cuping telinganya. Dia apa lagi, terus mengangguk tanpa berfikir panjang.
Belle tersenyum puas. Dia sudah lama menginginkan Firdaus. Lelaki itu mempunyai ciri-ciri yang diidamkannya selama ini. Selain memiliki kehidupan yang mewah, dia juga dianggap sebagai perempuan paling bertuah kerana berjaya merebut perhatian Firdaus dari sekalian gadis-gadis yang lain. Siapa saja yang tak kenal Firdaus Azhan? Lelaki kasanova yang memiliki hampir kesemua ciri-ciri lelaki idaman! Dan dia, akan memiliki lelaki itu malam itu juga!
Setelah daun pintu terkuak luas, Belle memimpin tubuh Firdaus untuk masuk. Dia hampir terjatuh kerana keseimbangan badan mereka tidak sekata. Firdaus sudah dirasuk nafsu syaitan kerana sedari tadi bibirnya meneguk air mabuk itu. Dia menolak tubuh Firdaus ke dada katil. Duduk di samping Firdaus, serentak itu juga tangannya memainkan peranan. Dibuka satu persatu butang baju lelaki itu sambil tersenyum manja. Dada bidang Firdaus memancing minatnya untuk terus menatap.
Belle sudah mula membuka baju Firdaus namun belum pun sempat berbuat demikian, lelaki itu pantas bangkit lalu berlari menuju ke bilik air. Dia dapat menangkap suara Firdaus yang riuh memuntahkan segala isi dari dalam perut.
Belle mengetap bibir. Dia hampir-hampir berjaya. Argghhhh!! Sulitnya hendak memerangkap lelaki ini! Ada saja penghalangnya.
Langkah mula diatur saat telinganya tidak lagi menangkap bunyi dari dalam bilik mandi. Apabila tiba di hadapan pintu, Belle mendengus geram. Firdaus sudah jatuh pengsan di atas lantai marmar itu. Semakin mendongkol rasa dalam hati. Penyudahnya, dia berlalu dari situ dan membiarkan lelaki itu bermalam di dalam bilik mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience