BAB 46

Romance Series 16994

Dari jauh Ammar Mirza memerhatikan Ara Alana. Gadis itu sedang duduk di kerusi sambil menunggunya.Lokasinya terletak betul-betul di tengah-tengah lobi hotel tersebut.

Mata si gadis tidak lepas dari memandang manusia yang lalu-lalang di hadapannya.Sesekali dia akan tersenyum sendiri.Mungkin terhibur dengan gelagat mereka agaknya.Mulutnya pula tidak henti-henti mengunyah. Entah apalah yang dikunyah gadis itu.Nampak macam lapar sangatlah pula!

Tanpa dipaksa, Ammar Mirza mengukir senyuman.Comel betul telatah Ara Alana, fikirnya.Sebetulnya, dia sengaja membiarkan gadis itu tertunggu-tunggu kehadirannya.Dia hanya ingin melihat reaksi si gadis.Adakah gadis itu sabar menantinya atau sebaliknya?

Dari pemerhatian yang dibuat Ammar Mirza dalam beberapa minit itu, ternyata tiada perubahan yang luar biasa berlaku terhadap gadis itu.Selepas kejadian luahan perasaannya dua hari lepas, Ara Alana masih lagi bersikap terbuka dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sesungguhnya, Ammar Mirza teramat ingin mendengar jawapan daripadanya.Sudikah dia? Terimakah dia? Yang pastinya, Ara Alana nampak betul-betul terkedu dan terkejut di saat itu.

"Don't worry,Ara...I don't want that answer now..You boleh fikir masak-masak.Take time..I will waiting...", masih terngiang-ngiang lagi suaranya.Tetapi jika diikutkan, dia seperti terhegeh-hegeh pula.Apatah lagi Ara Alana sudah berkahwin.Nampak seperti tidak manis.Apa kata orang nanti..Ah! Pedulikan itu semua.Yang penting, hati!!

Betull!!Tentu sahaja Ammar Mirza boleh menunggu, tetapi semestinya dia memerlukan jawapan segera yang akan memihak kepada dirinya.Ah! Dia kena kuatkan semangat.Bukan senang untuk menawan hati milik Ara Alana.

"Ara..!!!", entah dari mana wajah itu muncul.Gadis itu tersentak.Ammar Mirza apatah lagi.Rasanya dia cukup mengenali pemilik bertubuh sasa itu. Walaupun hanya beberapa kali tetapi itu sudah cukup membuktikan betapa kecilnya dunia! Ah! Kerap benar lelaki ini ke hotel rupanya...

Namun, lelaki yang bernama Imran Na'im itu kelihatan semakin kurus dan cengkung.Pakaian serta wajahnya juga seperti tidak terurus.Ah! Masalah apa pula yang bakal melanda nanti..

"Tak sangka.. rupanya kita terserempak di sini, Ara..",riak wajah lelaki itu nampak seperti gembira.Betul ke dia gembira? Tetapi tentu tidak bagi seorang Ammar Mirza.Ara Alana juga seakan tidak menginginkan pertemuan tersebut. Wajahnya yang tadinya ceria kini sudah beransur keruh.

"I miss you, Ara...",lelaki itu membisikkan kalimah itu dekat ke telinga Ara Alana.Namun cukup jelas diperdengaran Ammar Mirza.Eeeii...Geli-geleman Ammar Mirza dibuatnya.
Ara Alana kelihatan seperti tersentak.Nampaknya dia cuba untuk menjauhkan diri.Tentu sahaja dia kurang selesa apabila berhadapan dengan lelaki itu.

"Are you crazy? Kita dah berpisah, okey...".
"Thats why lah I miss you.You still same, Ara.. Malah makin cantik...", Imran Na'im tersengih- sengih macam kerang busuk.Makin meluat Ammar Mirza melihatnya.Ah! Entah macamana lah si Ara Alana ni boleh terpikat dengan makhluk yang seorang ini! Muka pun iras-iras beruang kutub..

"I need to go now..", Ara Alana bergegas mengambil beg sandangnya.Mungkin cuba untuk pergi dari situ.
"Hey! Rilekslah, Ara...Kita perlu berbincang...", Imran Na'im sudah menarik tangan Ara Alana. Digenggamnya tangan itu agak kemas.

Ara Alana nampak seperti bergelut untuk melepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu.Ammar Mirza mendengus.Tergamak Imran Na'im memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.Ah! Sesungguhnya dia tidak mampu untuk menahan sabar lagi.Lelaki itu memang nak kena. Dasar tak tahu malu!

"Hey! Apa yang kau dah buat ni...!?"
Ammar Mirza sudah pun menghampiri mereka. Lagaknya seolah-olah seorang gentleman yang cuba menyelamatkan gadis kesayangannya dari kumpulan budak-budak nakal.Huhuhu..Biar betulll!

Kedua-duanya dilihat berpaling serentak.Tanpa menunggu lebih lama, Ammar Mirza terus sahaja merentap tangan Imran Na'im sehingga terlerainya pegangan tersebut.

Belum pun sampai beberapa saat, Ammar Mirza cepat-cepat menangkap kembali tangan milik Ara Alana.Gadis itu terkebil-kebil.Bulat matanya merenung Ammar Mirza.Mungkin terkejut dengan tindakan spontan tersebut.

"She is already married now.So, please...jangan ganggu dia lagi...", suara Ammar Mirza berbaur amaran.
Imran Na'im seperti tergamam.Dia hanya mampu memandang wajah kedua-duanya silih-berganti. Mengharapkan penjelasan mungkin.Dan Ammar Mirza pula sekadar mengemaskan pegangan tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience