BAB 7

Romance Series 16994

Hati Ammar Mirza berbunga riang.Seolah-olah ada rama-rama yang berterbangan di dalamnya. Kemeja lengan panjang berwarna green mint dikemaskan.Disarungkan pula kot hitam di atasnya.Nampak segak pada pandangan mata. Entah kenapa dia begitu bersemangat untuk ke pejabat pagi ini.Biasanya dia lebih suka bekerja dari rumah.Hanya hal-hal penting sahaja yang akan membawanya ke situ.

"Eh,Mr Ammar... selamat pagi..",Hanis Hyda yang turun untuk membeli sarapan pagi terserempak dengan Ammar Mirza di pintu lif.Dia sedikit terkejut.Mimpi apa agaknya bos yang seorang ini.Jarang sekali dia nampak kehadiran bosnya yang good looking itu di pejabat.

Ammar Mirza merupakan bos bersama tempatnya bekerja.Dia dikelaskan sebagai seorang bos yang peramah dan baik hati.Sifatnya yang bersahaja dan senang didekati membuatkan dia disayangi ramai.Tambahan pula Ammar Mirza mempunyai pakej lengkap sebagai seorang lelaki.Jadi tidak salah sekiranya Hanis Hyda mentafsirkan, Mr Bos Malaysia ini sering menjadi dambaan para gadis.Fuh!

"Selamat pagi,Hanis..Lama tak jumpa..", Ammar Mirza tersenyum mesra.Hampir terpesona Hanis Hyda sekejap.Nasib baik dia cepat sedar diri. Terus teringat En suami yang setia menanti. Alahai..
"Err.. kenapa Mr Ammar datang pagi-pagi ni?"
"Kenapa?Salah ke saya datang?Tak boleh ke..Atau kamu semua sorokkan sesuatu dari saya..", Ammar Mirza tergelak besar.Sengaja dia ingin menyakat staff nya yang seorang itu.

"Err.. bukan.. bukan macam tu maksud saya..", pucat lesi muka Hanis Hyda dibuatnya.
"It's ok, Hanis...Ada sesuatu yang perlu saya buat..",Ammar Mirza masih lagi tergelak besar. Terhibur dia pagi-pagi ini.
Hanis Hyda terangguk-angguk tanda faham.
"Mr Ammar nak...?",pelawa Hanis sambil menyuakan salah satu daripada dua cup berisi kopi ais kepadanya.


Baharu sahaja Ammar Mirza ingin menolak tiba-tiba seseorang yang datang dari dalam lif yang terbuka telah merempuh Hanis Hyda.Habis tertumpah kopi ais tersebut.Gadis itu kelihatan serba salah namun dia cepat-cepat pergi dari situ tanpa sempat mengucapkan maaf.

"Aa..Araa...??", Hanis Hyda seperti mengenali gadis itu.
"Siapa?"Ammar Mirza kelihatan teruja.Dia juga kenal gadis itu.
"Ara...Ara Alana..Dia staff baru.."

Ooo..Jadi namanya Ara Alana..Lebih 30minit perjalanan dia menghantar gadis itu pulang, tetapi dalam tempoh itu Ammar Mirza seperti terpukau.Dia yang boleh tahan ramahnya tiba-tiba sahaja menjadi pendiam.Sampaikan nama gadis itu sendiri pun dia terlupa untuk bertanya.Ammar..Ammar..Sempat dia menepuk dahinya.Opss..! Hanis Hyda nampak ke..?

"Bos naik dululah..saya nak tengok Ara Alana sekejap"
"Eh, takpa Hanis..biar saya tengokkan dia..",Hanis Hyda kelihatan kebingungan.So,dia perlu mereka alasan yang tepat lagi padat supaya Hanis Hyda tidak berprangsangka yang bukan-bukan tentang nya.Jatuhlah reputasinya sebagai seorang bos nanti.

"Err..dia staff baru kann ..maybe dia ada masalah tentang kerja.. rasanya better saya yang tengokkan dia.. sebagai seorang boss.."
"Takpa ke ..?"serba salah pula Hanis dibuatnya.
"It's ok..pergi sambung kerja..", arahnya sambil terus berlari untuk mendapatkan gadis itu.

Hanis Hyda masih lagi kebingungan.Namun begitu,dia bersyukur kerana mempunyai seorang bos yang cukup prihatin terhadap staff nya. Bukan macam bos yang seorang lagi tu. Huhu..Apa-apapun,di harap Ara Alana baik-baik sahaja hendaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience