BAB 35

Romance Series 16994

Ammar Mirza dan beberapa orang staff lelaki berdiri tidak jauh daripada kumpulan itu.Fariz Adha pula baharu sahaja pulang.Mereka kini sedang menunggu kereta masing-masing di perkarangan restoran.Makan malam yang dianjurkan Ammar Mirza telah berakhir dengan jayanya.

Sambil menunggu, mereka berbual kosong dan bercerita.Namun semua itu langsung tidak dipedulikan oleh Ammar Mirza.Sebenarnya dia lebih tertarik dengan perbualan para gadis di sebelah sana.

Matanya tidak lepas untuk memandang ke arah itu atau lebih tepat lagi ke wajah nan manis itu.Gadis itu dari tadi kelihatan gelisah apabila dikelilingi oleh teman-temannya.

"Ara, kau balik camne..? Husband kau datang ambil, ya?", terdengar suara itu bertanya.
"Yalah, Ara..teringin nak jumpa husband kau.Hari kahwin pun, kami semua tak pergi..", suara lain pula menyampuk.
"Err..aku balik sendiri hari ini..",Ara Alana kelihatan serba salah.
"Ish.. malam-malam camni takkan la nak balik sendiri..", Hanis Hyda juga turut berada di situ.
"Balik dengan Hanis jela...",sambungnya lagi.
"Ish, Hanis ni..segan la..", Ara Alana tergelak kecil.

Satu office dah tahu yang Hanis Hyda sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak kembar.Sudah semestinya suami Hanis Hyda akan datang untuk mengambilnya.Tidak manis sekiranya Ara Alana menyusahkan mereka dan kacau daun pula.

"It's okey, Ara..balik je dengan saya..", Ammar Mirza tanpa segan silu sudah menyertai kumpulan itu.
"Eh! Mr Ammar...", kumpulan gadis itu kelihatan tersipu-sipu.Masing-masing tersenyum simpul.

Ammar Mirza sememangnya terkenal sebagai seorang bos yang ramah dan baik hati. Tambahan pula dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan tampan pula orangnya. Pendek kata dia digilai oleh hampir kesemua staff perempuan di pejabatnya.

"Awak boleh je tumpang saya, Ara Alana.. Lagipun rumah awak tak jauh dari rumah saya..",
kata-kata Ammar Mirza membuatkan Hanis Hyda mengerutkan keningnya.Mr Ammar Mirza tahu di mana letaknya rumah Ara Alana? Hairan bin ajaib.. Tetapi dapat Hanis Hyda simpulkan bahawa Mr Ammar Mirza seperti menaruh hati terhadap gadis itu.Ah! Biar betul mamat ni.. Bukankah Ara Alana sudah menjadi milik orang..?

"Err..takpa, Mr Ammar.. saya boleh je naik grab.Don't worry..",
Alamak!Tak kan Ara Alana nak cakap yang dia sebenarnya dah pindah.Dan dia berpindah ke rumah Mr Irhan Hadi! Allahu Akbar.. Ammar Mirza tidak patut tahu.Mereka tidak seharusnya tahu!

Ammar Mirza mendengus malas.Gadis yang bernama Ara Alana itu sememangnya seorang yang degil dan keras kepala.Susah sangatkah untuk Ara Alana memahami tentang segala macam perbuatan yang menunjukkan.. yang menggambarkan..yang membuktikan bahawasanya dia amat-amat menyukai gadis itu.

"It's okey, Ara...jom...", ajakan Ammar Mirza seolah-olah memaksa.Tanpa dia sedari, Ammar Mirza telahpun memaut lengan Ara Alana.Cuba mengajaknya beredar dari situ.Walaupun ianya masih lagi beralas tetapi itu sudah cukup membuatkan gadis itu terpinga-pinga.Begitu juga dengan mereka yang lain.Semestinya mereka tidak mampu berkata apa-apa kerana itu adalah bos mereka sendiri.

"No, Ammar..she is my staff..Let me send her..",
entah dari mana Irhan Hadi muncul.Dia turut memaut lengan Ara Alana di sebelah satu lagi.
Gadis itu kelihatan semakin terpinga-pinga. Terkulat-kulat wajahnya.Matanya memandang dua orang jejaka itu silih-berganti.Hampir terlopong mulutnya kerana terkejut dengan apa yang berlaku.


Ammar Mirza mengetap bibirnya dalam- dalam.Lelaki itu seperti sengaja mengocak api kemarahannya.Terasa dirinya ingin menelan lelaki yang seorang itu hidup-hidup! Kenapa dia harus muncul dalam setiap episod Ammar Mirza bersama Ara Alana?Adakah lelaki itu juga mengetahui tentang kejadian yang menimpa Ara Alana? Mungkinkah juga Irhan Hadi turut menyimpan perasaan istimewa terhadap gadis itu?

Ah! Itu semua tidak boleh terjadi.Kali ini Ammar Mirza akan pastikan gadis itu akan menjadi miliknya dan tiada sesiapa yang mampu merampasnya.

"Ya, Mr Ammar.Rasanya better saya balik dengan Mr Irhan.He is my boss..He always took good care of me..", akhirnya gadis itu bersuara.
"Betul tu, Mr Irhan..", Hanis Hyda turut menyatakan pendapatnya.


Dari tadi dia dan staff yang lain sekadar memerhati adegan tarik tali antara mereka bertiga.Ibarat shooting K-drama yang berlaku di depan mata.Sesungguhnya seperti ada yang tidak kena.Adakah ini yang dinamakan cinta tiga segi? Tetapi Ara Alana sudah berkahwin..Jadi, cinta empat segi? Ah! rumit sungguh kronologi perjalanan hidup mereka...

Apa yang pasti, perlahan-lahan Ammar Mirza melepaskan pegangan tangan Ara Alana. Its your day, Irhan Hadi.Esok, lusa dan seterusnya dia tidak akan melepaskan tangan itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience