Beberapa kali Irhan Hadi menoleh jam di tangan. Entah mengapa dia merasakan waktu bergerak terlalu perlahan.Hampir tiga hari Ara Alana bertugas jauh ke selatan tanahair.Dan selama itulah hidupnya dirundung kesepian mahupun kerinduan yang maha dashyat.
Apabila pulang sahaja dari kerja, Irhan Hadi seperti dapat menangkap kelibat gadis itu di mana-mana.Di dapur..di ruang tamu..di bilik tidur..Wah! Ibarat Ara Alana membela hantu raya!! Aduhai! Parah benar sakit rindu Irhan Hadi rupanya.
Walaupun begitu, dia bermati-matian cuba menahan egonya agar tidak menghubungi gadis itu.Sesungguhnya dia masih merajuk dengan gadis itu.Jadi Irhan Hadi memanfaatkan masanya dengan bekerja tanpa henti.He is a workaholic! Yes, thats true.. Sebelum ini pun, Irhan Hadi sememangnya terkenal dengan gelaran tersebut. So, too easy for him..
Sekali lagi Irhan Hadi menoleh ke arah jam ditangannya.Kali ini dia bertindak dengan pakej mengetuk-ngetuknya pula.Manalah tahu kan... kot-kot jam edisi terhad pemberian Mr Kim itu berada di penghujung sakaratul maut.Bolehlah dia tolong bacakan surah yasin.
Alahai..still jam empat petang.Masih berbaki satu jam lagi untuk dia dan seantero penghuni bangunan tersebut pulang.Dalam fikirannya saat ini sedang berkira-kira sama ada Ara Alana sudah kembali ke rumah atau belum.Adakah gadis itu juga merinduinya sepertimana dirinya?
Ah! Mengikut percaturan, sekiranya gadis itu bertolak pada awal pagi, semestinya kini dia sudah hampir tiba di rumah.Ya! Sudah semestinya! Jadi tanpa membuang masa, Irhan Hadi terus mencapai beg sandangnya.Hajat di hati dia ingin segera pulang.
"Eh! Bos...Nak ke mana ni..?", tanya Fariz Adha apabila melihat Mr Irhan Hadi tergopoh-gapah keluar.Dia yang bekerja di luar bilik bosnya itu tertanya-tanya sendiri.
"I want to go home..", suara Irhan Hadi antara dengar atau tidak.Dia sudah pun bergegas mendapatkan lif.
Berkerut dahi Fariz Adha dibuatnya.Jarang benar bosnya ini pulang awal.Adakah kerana Ara Alana?Dia tahu.Dia juga percaya.Walaupun pada mulanya tiada sebarang hubungan mahupun perasaan antara keduanya, tetapi kini dia sedar.
Mr Irhan Hadi sebenarnya menyimpan perasaan yang cukup istimewa buat gadis itu.Tak salah..inilah pertama kali Mr Irhan berperasaan sebegitu.Ya! Kerana itulah Fariz Adha akan tetap menyokong Bos Koreanya!
Tetapi bagaimana pula dengan Ammar Mirza? Sahabatnya itu juga menyukai gadis yang sama.Malah Ammar Mirza sendiri mengakuinya. Fariz Adha turut merasakan yang Mr Ammar nekad kali ini.Kalau dulu sahabatnya itu sekadar menjalinkan hubungan atas nama suka, tetapi kini tidak lagi.Nampaknya Ammar Mirza betul- betul menyukai dan menyintai Ara Alana.
Ah! Tetiba pula Fariz Adha yang sakit kepala. Memikirkan mereka sahaja sudah cukup melelahkan.Sesungguhnya dia bersyukur.Bukan dia yang akan membuat keputusan.Semuanya bergantung kepada Ara Alana.Harap gadis itu tidak akan apa-apa...
Share this novel