BAB 45

Romance Series 16994

Setibanya di hotel bertaraf tiga bintang tersebut, aku tanpa malu-malu terus menghempaskan tubuhku ke tilam empuk itu.Perjalanan yang ku rasakan teramat panjang itu betul-betul meletihkan.

Nasib baik Mr Ammar Mirza pandai mengawal situasi.Dia sememangnya seorang yang peramah dan kelakar pula orangnya.Ada sahaja cerita yang keluar dari mulutnya.Dan aku seperti tidak henti-henti ketawa.Pendek kata, Ammar Mirza berjaya menceriakan suasana dalam kesesakan yang amat teruk.

Ah! Sekiranya aku diletakkan bersama Mr Irhan Hadi dalam situasi tersebut tentu sahaja suasananya tidak akan sama.Ternyata kedua- duanya mempunyai perwatakan yang berbeza. Dalam keadaan ini sudah pasti ianya akan berpihak kepada Mr Bos Malaysia.Tetapi kenapa hatiku berkata sebaliknya?

Pada mulanya aku sedikit kekok apabila mengetahui hanya kami berdua sahaja yang akan mengetuai program usahasama tersebut.Tetapi penjelasan Ammar Mirza yang panjang lebar telah melegakanku.Yang pastinya kami akan turut dibantu oleh senior akhir fakulti tersebut.

Ketukan di pintu bilik hotel segera mematikan lamunan ku.Sudah pasti aku tahu siapa gerangan si pengetuk pintu tersebut. Ammar Mirza sudah berjanji untuk menjemputku makan lewat malam sebelum pagi-pagi esok kami akan bergerak ke universiti.

"Jomm...", dia melemparkan senyuman apabila wajahku muncul di sebalik pintu.
Aku membalasnya dengan senyuman juga lantas terus mengorak langkah bersamanya.
Beberapa kali aku melihat Mr Ammar Mirza mengerling ku sambil tersenyum-senyum sendiri. Ah! Entah apa yang sedang bermain-main di fikirannya saat ini?

Dia kemudiannya membawa ku ke sebuah restoran mewah yang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap.Dapat aku perhatikan beberapa pasang mata seperti mengekori langkah kami.Ada juga antara mereka yang berbisik-bisik sesama sendiri seolah-olah mempersoalkan tentang kehadiran kami atau lebih tepat lagi kehadiran ku!

Ah! Sudah pasti mereka mempersoalkan tentang itu.Aku dengan selambanya mengenakan sepasang Jeans biru bersama t-shirt lengan panjang berwarna putih.Dipadankan pula dengan shawl bercorak abstrak yang agak terang warnanya.Baju itu adalah yang ku pakai siang tadi.Tidak sempat untuk aku menukarnya.

Berlainan pula dengan Mr Ammar Mirza.Dia nampak tampan lagi bergaya dengan kemeja berwarna hitam dan dipadankan dengan slack warna sedondon.Ah! Sempat lagi dia mandi dan berdandan rupanya.Kelihatan rambutnya sedikit berminyak dan disisir rapi.Nampak lain tetapi masih menyerlahkan dirinya.

Mungkin time aku duk mengelamun tadi Mr Ammar sehabis cepat mempersiapkan dirinya. Mulanya aku tergelak juga dengan penampilan Mr Bos yang seorang ini.Yalah! Malam-malam bersiap macam tu, bukan orang nampak pun.


Tapi sekarang, aku terasa nak gelakkan diriku sendiri.Penampilan pengunjung restoran ini semuanya elegant dan high class.Cukup berbeza denganku.Kenapalah Mr Ammar tidak memberitahuku untuk makan malam di sini. Bolehlah aku bersiap apa yang patut.Tetapi apa yang ada untuk aku siapkan?

"It's okey, Ara..you are really special tonight.Jangan fikirkan pandangan orang.To me, you are the most beautiful girl in the world.."
Hampir terlopong mulutku dengan pujian Ammar Mirza.Biar betul mamat ni..


Dia sudahpun menarik kerusi untukku. Serba-salah aku jadinya.Segan pun ada.Ditambah pula dengan renungan mata-mata nakal yang masih lagi memandang.Nak tak nak terpaksalah aku menurut sahaja.Calm down, Ara Alana ...


Ammar Mirza kemudiannya memesan hidangan yang ku kira boleh tahan juga harganya. Mr Bos lah katakan... Tetapi Mr Irhan Hadi pun bos juga.Kenapa dia tidak pernah membawa ku makan di tempat seperti ini? Alih-alih di ordernya food panda.Sampai muka pun dah macam panda. Opss!!

"Sebenarnya, Ara..ada sesuatu yang ingin saya katakan..."
"Rasanya ini masa terbaik yang ada.And I don’t want to miss another chance.", suara lelaki itu sedikit bergetar.
Aku mengerutkan dahi.Tidak pasti apa yang ingin disampaikan Mr Ammar Mirza sebenarnya.

"I know you're already married...but I also know that you two are married kerana terpaksa... no feelings for each other ..", Ammar Mirza menarik nafas dalam-dalam.Dia sebetulnya sudah bertekad.Setelah mengetahui hubungan halal mereka berdua, semalaman dia tidak boleh tidur.Semalaman juga dia seperti menyalahkan takdir.Adakah sudah tersurat bahawa Ara Alana bukan jodohnya?

Tetapi berita pagi itu yang disampaikan sendiri oleh Ara Alana seolah-olah seperti menyuntik semangat baharu dalam dirinya.Dia akhirnya bertekad untuk menakluk gadis itu sebelum Irhan Hadi merampasnya.Apapun, dia harus berterus- terang dengan pencuri hati itu hari ini juga.

"Kerana itu,I want you to know that ..I really..really..really loves you, Ara Alana...",
Aku terkedu.Hampir terlopong mulutku jadinya. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku baharu dengar tadi.Adakah aku bermimpi? Perlahan-lahan mukaku merona merah.Dan lelaki itu memandangku penuh pengharapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience