Dari tadi lagi aku perhatikan.Lelaki itu nampak betul-betul serius.Jarang sekali aku melihat dia berkeadaan begitu sekiranya sedang bercakap di telefon.Jaraknya denganku agak jauh.Jadi aku tidak tahu dengan siapa dia berbicara dan apakah topik perbualan mereka, aku turut tidak mengetahuinya.
Namun sesekali, dia akan mengerling ke arahku. Sikapnya yang satu itu selalu sahaja membuatkan hatiku berbunga-bunga.Ku perhatikan lagi si dia.Penampilannya cukup biasa.Dia hanya mengenakan sehelai t-shirt putih dan seluar track.Tetapi bagiku dia sudah cukup sempurna.
Eleh..Bila hati dah suka, semuanya nampak elok di mata.Bukankah begitu, Ara Alana?Betullah kot!
Aku pun sudah mula belajar untuk menyanyangi dan menyukai dirinya.
Rasanya tidak susah untuk aku jatuh cinta kepada lelaki yang bernama Irhan Hadi ini.Dia sememangnya nampak dingin di luar tetapi apabila bersendirian denganku, ternyata Irhan Hadi seorang yang menawan.Opss..!!
"Achik, tolong hulurkan pinggan tu..", suara Along segera mengembalikan ku ke alam realiti.
Sepantas kilat aku cepat-cepat bertindak. Pinggan yang berada berhampiran ku hulurkan kepadanya.
Kami adik-beradik sedang berkumpul sambil memasak barbeku di laman abah.Abah seperti biasa berada di dalam rumah.Semenjak ibu tiada, abah lebih senang menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran ataupun berkebun.
Mungkin saat ini juga abah sedang menghabiskan bacaannya.Siang tadi, kami turut bersama-sama mengadakan majlis tahlil untuk allahyarmah ibu.
Kini, Along sibuk pula mengipas dan memanggang ayam serta ikan.Angah yang berada di sebelah turut membantunya.Acu dari tadi lagi asyik meratah ayam barbeku.Entah round yang keberapa aku sendiri tidak tahu.Sedap benar nampaknya.
Maklumlah..air tangan dari chef Aidan Afeef, a.k.a Si Along.Along merupakan seorang chef terkemuka di sebuah hotel terkenal di daerah ini.Angah pula iaitu Aalif Amzar bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat inspektor.Aku pula bertugas sebagai pembantu jurutera perisian di syarikat bersama Irhan Hadi.
Alhamdulillah.Anak-anak Adam Mukhriz dan Allahyarhamah Seri Aida nampaknya semua menjadi.Hanya tinggal si bongsu Aafi Azeem yang masih lagi menuntut di Universiti.
"Achik, tu Acu ada send gambar..."
"Gambar apa?",tanyaku sambil terus mengeluarkan handphone dari dalam poket seluar.
"Tengok sendirilah...",Acu bersuara sambil terus menyambung suapannya yang terhenti.
Aku membelek-belek galeri.Nampaknya Acu sempat mengambil beberapa keping gambar sepanjang majlis yang berlangsung siang hari tadi.Satu-persatu aku perhatikan gambar-gambar tersebut dan akhirnya aku terhenti di situ.
Gambar tersebut betul-betul menarik minat ku. Gambar seorang lelaki berkurta hitam sedang mengangkat dulang.Dia nampaknya cukup lelah dengan manik-manik peluh penuh di dahi. Mungkinkah kerana panas..mungkinkah kerana penat...Ah!Aku sendiri tidak dapat pastikan.
Yang aku tahu dia begitu bersungguh-sungguh dalam kerjanya sehinggakan langsung tidak menyedari ada kamera sedang merakamkan aksinya.Perlahan-lahan pula aku mengukir senyuman.Rasanya inilah pertama kali aku menatap gambar lelaki itu.
Sebelum ini aku tidak pernah mempunyai gambarnya.Apatah lagi gambar kahwin kami. Sememangnya kami tidak pernah merakamkan perkahwinan tersebut dalam bentuk visual.Saat itu berlaku, ianya betul-betul berada di luar kotak pemikiran dan datangnya pula secara mengejut.
Jadi, aku sengaja membesarkan gambar tersebut.Ingin mengamati pemilik wajah yang berjaya mencuri hatiku dengan lebih dekat. Terpampang jelas selok-belok wajah lelaki itu.Ternyata dia seorang yang amat menarik.Raut wajahnya terlihat begitu tampan. Matanya, hidungnya, bibirnya...
Ah! Semuanya begitu sempurna untuk lelaki yang bergelar Irhan Hadi.Tak pasal-pasal tersipu-sipu sendiri aku jadinya.
"Tengok apa tuu..."
Suara itu betul-betul membuatkan aku terkejut beruk.Entah bila pula si dia boleh parking elok kat sebelah aku ni?Handphone yang berada di tangan hampir sahaja terjatuh.Mujur lelaki itu sempat menyambutnya.Alamak!
Irhan Hadi mengukir senyum apabila dia menyedari sesuatu.
"Takkan tengok gambar je..Ni orangnya dah ada...tengoklah puas-puas.."
Dia menghulurkan kembali handphone tersebut. Tetapi dengan sengaja, dia cuba merapatkan wajahnya hampir kepadaku.Mata kami bertembung.
Terpaku terus aku dibuatnya.Dia masih lagi menghadiahkan ku seraut senyuman yang paling manis aku rasakan.Debaran dadaku semakin memuncak.Tak pasal-pasal boleh kena heart attack aku kejap lagi ni..
"Macamana?Puas tak tengok live..",dia dengan berani sudah meraih tanganku.Digenggamnya erat lalu diletakkan di atas ribaannya.
Aku terkebil-kebil.Alahai...roh patung ku sudah muncul kembali.
"So cute..."
Tangannya yang satu lagi tanpa ku duga sudah mencubit pipiku.
Aku terpanar.Merah pipiku jadinya.
Apatah lagi apabila Along,Angah dan Acu yang dari tadi lagi memerhatikan gelagat kami berdehem-dehem.Perli ke apa ni...
Ish!Ini tak boleh jadi.Malu tahap gaban dah rasanya..Lantas tanpa berfikir panjang, ku rentap tanganku dari pegangan lelaki itu.Biarlah si dia nak kata apa.Yang penting, aku terus berlari meninggalkannya tanpa menoleh lagi.
Dan suara-suara itu semacam mentertawakan ku...
Share this novel