Dari jauh Encik Adam Mukhriz memerhatikan anak gadisnya yang seorang itu.Gadis manis yang diberi gelaran Achik itu kini lebih banyak menyendiri dan mengelamun.Entah apa yang sedang bermain di fikirannya.
Namun apa yang dapat Encik Adam Mukhriz tafsirkan, ada sesuatu yang kurang baik berlaku. Adakah ia berkaitan dengan Irhan Hadi? Semenjak Ara Alana ke sini, anak menantunya itu langsung tidak memunculkan diri.Kalau dulu dia kerap juga menelefon bertanya khabar, kini lelaki itu seolah-olah sengaja menyepikan diri.Seperti ada yang tidak kena antara mereka.
Ataupun ia melibatkan Mrs Kim? Nenek Irhan Hadi di sebelah ibunya.Sebut sahaja nama wanita keturunan Korea itu, hatinya bagai ditusuk sembilu.Terasa pedih yang amat sangat.Encik Adam Mukhriz sendiri tidak tahu.Apa masalah yang dia timbulkan sehinggakan wanita itu seperti memusuhinya.Memusuhi keluarganya. Apakah ada dendam yang belum terlerai?
Dari dahulu sehingga kini, Mrs Kim selalu sahaja bertindak yang bukan-bukan.Dengan segala yang dia miliki, Mrs Kim seperti memerintah dunia!
Ah! Sekiranya betul tekaan En Adam Mukhriz, maka anak gadisnya itu pasti terjebak dalam masalah yang besar.Mrs Kim bukan boleh dibuat main-main.Kalau dulu wanita itu cuba memusnahkan hidupnya, kini dia sudah lebih berani dengan bertindak menyentuh dan mencampuri urusan anak gadisnya.
"Achik....", Encik Adam merapati Ara Alana.
Anak gadisnya yang manis itu mengerlingnya sekilas.Kemudian kembali melemparkan pandangannya jauh ke tengah sawah.
"Hadi apa khabar..lama abah tak dengar berita dia.Dia sihat ke?"
Sekali lagi Ara Alana mengerling Encik Adam.Kali ini lebih lama dari yang tadi.
"Entah! Sihat lah kot....", jawapannya seperti acuh tak acuh sahaja.
Sesungguhnya Ara Alana sendiri tidak tahu samada lelaki itu sihat atau tidak.Makan ataupun belum.Yang Ara Alana tahu, sudah hampir dua minggu dia berada di kampung, tetapi Mr Bos Korea itu langsung tidak pernah menelefonnya. Malah mengirimkan teks mesej pun tidak.Ah! Mungkinkah Irhan Hadi sudah melupakannya?
"Bunyi macam bergaduh sahaja.Biasalah tu, Achik... Hidup berumahtangga..ada pasang surutnya.Salah faham tu perkara biasa...", lembut tutur kata Encik Adam buat anak kesayangannya.
Ara Alana diam sahaja.Dia sebenarnya serba- salah.Dia masih lagi tidak pasti samada mahu menceritakan perkara tersebut kepada Encik Adam Mukhriz atau tidak.Menceritakan tentang Mrs Kim...tentang Irhan Hadi... tentang Ara junior di dalam kandungannya..Dia betul-betul bimbang. Bimbang, sekiranya abah jua keluarganya terkesan dengan apa yang berlaku.
"Abah...", suara gadis itu kedengaran sayu sahaja.
Jari-jemarinya sedang bermain-main dengan perutnya sambil matanya pula memerhatikan sahaja tangan itu bekerja.Laparkah dia?Mungkin juga.Akhir-akhir ini gadis itu dilihat seperti kurang selera makan.Mungkin kerana itu dia bertindak sebegitu rupa.
"Achik mengandung...", antara dengar dengan tidak sahaja bunyi suara itu.
Hampir ternganga mulut Encik Adam menerima perkhabaran itu.Terus dia senyum sampai ke telinga.Alhamdulillah...itu satu berita yang gembira.Tetapi kenapa anaknya itu berkeadaan sebaliknya?
"Alhamdulillah...Tahniah Achik! Abah tumpang gembira..Semoga anak ini akan tumbuh membesar dengan baik.Berkat orang tuanya..", Encik Adam menggenggam erat tangan Ara Alana.Betapa gembiranya dia saat itu.Dan jika isterinya juga ada, sudah tentu perkhabaran itu akan dikongsi bersama-sama.
"Terima kasih abah..Abah lah penguat Achik. Abah lah semangat Achik.Sesungguhnya, Achik tak kuat.Achik tak kuat untuk menghadapi hari- hari mendatang..Jadi, Achik sangat-sangat memerlukan itu untuk membesarkan anak ini.. seorang diri....",ada getar dalam nada suara gadis itu.
Encik Adam Mukhriz mengerutkan dahi.Ada perasaan curiga dan khuatir dalam hatinya. Nampaknya tekaan Encik Adam Mukhriz hampir mengena..Tetapi, apakah maksud di sebaliknya? Adakah sesuatu berlaku di antara nya dengan Irhan Hadi? Mungkinkah...?
Share this novel