BAB 33

Romance Series 16994

Hari ini aku mengenakan T-shirt putih bercorak bunga-bunga kecil yang dimasukkan ke dalam skirt labuh berwarna dull pink.Dipadankan dengan tudung dari warna yang sama.Aku melengkapkannya pula dengan mengenakan cardigan pink yang lebih gelap warnanya.
Sesungguhnya inilah kali pertama aku memakai skirt labuh semenjak aku bertugas di syarikat itu.Biasanya aku lebih senang memakai blouse berseluar untuk memudahkan ku bergerak.Di dalam hati, aku juga sudah bertekad untuk menghiburkan diri sendiri.Inilah masa yang sesuai untuk aku melupakan seketika rasa sakit hati ini.

Namun apa yang aku perasan, lelaki itu memandangku atas dan bawah.Kemudiannya dia seperti terpaku tidak bergerak.Perasaanku mula berasa kurang selesa. Apatah lagi apabila dia masih berkeadaan sebegitu dalam masa yang lama.Apakah kerana pakaian ku nampak tidak kena di matanya?Ketat sangatkah ia?Atau terlalu seksi?

Tak pasal-pasal aku terpaksa mencongak- congak sendiri.Ah! Sebetulnya aku tidak dapat meneka apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu saat ini.Dia yang sebelumnya menungguku yang sedang bersiap, turun dahulu ke tempat parking kereta dan kini dia masih lagi berkeadaan sama.


Nak tak nak aku terpaksa berdehem beberapa kali.Dia seperti tersedar daripada mimpi! Terkebil-kebil pula lagaknya.Is that really Mr. Korean Boss Si Irhan Hadi?

"Err..dah siap dah ke..? Okey, jom...", suaranya kedengaran seperti menggelabah.
Aku yang telah memakai tali pinggang keledar dari tadi mengerutkan kening lalu mengerlingnya sekilas.

Dia nampaknya sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan.Aku mendengus kecil. Kalau diikutkan hati, sememangnya aku tidak mahu menumpang keretanya.Bimbang sekiranya ada mata-mata yang memerhati.Hari itupun aku terpaksa menebalkan muka untuk menumpangnya disebabkan faktor kelewatan yang tidak disengajakan.


Tetapi hari ini dia berkeras untuk menghantarkan ku ke Restoran Gemilang sempena Majlis Makan Malam syarikat.Katanya, dia mengambil keputusan itu bagi membuktikan yang dia memegang amanah keluargaku.Katanya lagi dia tidak mahu bertanggungjawab sekiranya apa-apa terjadi ke atas diriku.Yess..itulah Mr Irhan Hadi yang dapat aku simpulkan.


Perjalanan kami seperti biasa diulit rasa kesunyian yang amat sangat.Sehinggalah sampai ke destinasi, lelaki itu masih diam seribu bahasa.Apalah yang difikirkan lelaki ini agaknya.Dia sememangnya susah dijangka.

"Err...are you sure..You don't want to joint us..?",tanyaku sebaik keretanya diberhentikan di seberang jalan, jauh sedikit dari Restoran Gemilang.
"It's ok.I have work to do right away."
Aku sekadar mengangguk.
"Thanks Mr Bos sebab sudi hantarkan saya..Oh! Hari itu juga..Terima kasih..", tanpa menunggu jawapan daripadanya, aku cepat-cepat pergi dari situ.

Segan pula rasanya apabila teringatkan kejadian tempohari.Dan kerana itu aku mengambil masa yang agak lama untuk mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

Ikutkan hati,mahu sahaja aku memarahinya kerana dia melanggar perjanjian dengan memasuki ruangan peribadi ku dan juga beberapa pelanggaran yang lain.Tetapi ku pejamkan mata sahaja.Aku tahu niatnya baik dan dia sekadar mahu membantunya saat itu.


Terima kasih Korean Bos, Mr Irhan Hadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience