BAB 2

Romance Series 16994

Selesai membersihkan diri dan mengenakan sehelai t-shirt putih bersama seluar tidur, Irhan Hadi terus menuju ke dapur.Dia kemudiannya membancuh secawan kopi panas kegemarannya. Terasa segar dan hangat apabila minuman itu dihirupnya.


Irhan Hadi yang kehujanan lewat petang tadi tiba-tiba mengeluh perlahan.Hidup sendiri di negeri orang.Di tengah-tengah kota metropolitan..tanpa keluarga.. tanpa kawan..tanpa sesiapa..Ah! Betul-betul melemaskan.


Andainya ada seseorang yang sudi mendengar keluh-kesahnya saat ini, alangkah indahnya.. dan tetiba sahaja wajah itu segera bermain-main difikirannya.Gelagat dan perilaku comel si gadis betul-betul menarik perhatiannya. Ada sesuatu yang istimewa tentang gadis yang mempunyai senyuman manis berlesung pipit itu.Ah! milik siapakah dia?


Perlahan-lahan Irhan mengukir senyuman.Masih jelas olehnya kejadian petang tadi.Bukan niatnya untuk bertindak melulu tapi kejadian itu berlaku secara spontan.Gadis itu hampir jatuh betul-betul di hadapannya.Dia tanpa sedar memaut erat gadis itu.


Mata mereka saling berpandangan.Jelas kelihatan anak matanya berwarna coklat gelap dengan alis mata yang lentik.Cantik...bisik hati Irhan Hadi.Untuk beberapa ketika, mereka masih dalam keadaan begitu.Sehinggalah suara-suara nakal berdehem telah menyedarkannya.


Gadis itu terkebil-kebil.Mukanya merona merah.Segera Irhan melepaskan pegangannya. Terasa panas wajahnya saat itu.Semacam ada aura pelik yang menyuntik jauh ke lubuk hatinya.

"Maaf..", suara Irhan Hadi sedikit bergetar.


Belum sempat dia menerima jawapan, perempuan berwajah Pan-Asia yang tinggi lampai terlebih dahulu menarik si gadis jauh dari pandangan.Akhirnya mereka hilang ditengah - tengah kelebatan hujan.


Kopi panas itu dihirup untuk yang kedua kalinya dan bagi kali seterusnya,dia tersentak. Hampir tersembur kopi yang diminumnya.Bunyi loceng pintu apartment Irhan betul-betul mengejutkanya.Siapa yang datang malam-malam begini?

"Assalamualaikum bos..",tersembul wajah itu bila Irhan Hadi membuka pintu.Irhan terkebil-kebil bila Fariz Adha meluru masuk dengan beg plastik penuh di tangan.
"Jangan cakap apa-apa bos..saya datang ke sini bersebab,"


Lelaki yang bernama Fariz Adha itu tanpa segan silu terus ke dapur.Tangannya lincah mengeluarkan segala macam benda dari dalam beg plastik itu.Nampak seperti bahan-bahan mentah untuk di masak.Kemudian disusunnya pula di tempat yang sepatutnya.


Irhan Hadi hanya memerhatikan sahaja gelagat setiausaha peribadinya itu.Sebetulnya dia kurang senang dengan tindakan pekerjanya yang satu ini.Dia sememangnya tidak suka sekiranya ada sesiapa yang sengaja mengganggu privasinya. Malam-malam pula tu!

"Sebenarnya, Mrs Kim yang suruh saya datang.Katanya rumah bos ni langsung tiada makanan.Yang ada inilah...", kata Fariz Adha sambil memuncungkan mulutnya ke arah botol-botol air mineral yang bersusun di dalam peti sejuk.
"Peti ais punyalah besar...air mineral je yang ada..", Adha berkira-kira sendiri.Tak berani dia meluahkan kata-kata itu kepada bosnya.


Dia bukannya tidak tahu.Bosnya itu memang terkenal dengan ketegasan dan dingin pula orangnya.Malahan tergolong juga dalam kategori sombong dan ego lagaknya.Walaupun berwajah tampan ala-ala K-pop tetapi dia sangat sukar untuk didekati.Ramai jugalah gadis-gadis yang patah hati dengan Mr CEO yang satu ini.Ahaks!

"Dia risaukan bos...takut bos kelaparan pula dekat sini.So saya datanglah..bawa semua ni.Kalau bos nak saya masak pun boleh..", Fariz Adha tersenyum sambil memandang bosnya penuh makna.
Naik geli-geleman pula Irhan Hadi dibuatnya. Risau pun ada dengan makhluk yang seorang ini.Dah lah lembut semacam.Bukan boleh percaya ni.

"It,s ok Fariz.No need..So it's already now.You can go back",
Pintu kondominium mewah milik Irhan dibuka perlahan lalu mengisyaratkan agar Fariz Adha segera beredar pulang.Fariz Adha mengeluh malas sambil melangkah keluar.
"Opss..lupa pula!Ni kunci kereta bos.Dah siap repair..", Katanya sambil membaling kunci ke arah Irhan Hadi.Irhan menyambutnya tepat dan kemas dengan hanya menggunakan satu tangan.


Pada mulanya ia nampak bergaya pada pandangan Fariz.Tapi bila difikir-fikir balik, apa gunanya bergaya kalau si empunya diri langsung tidak bertimbang rasa.Malahan di pelawa minum pun tiada! Sudahlah dirinya penat berbelanja... bekerja di luar waktu lagi..Huhu..

"Ok..", cepat-cepat Irhan Hadi menutup pintu.
Fariz Adha terkulat-kulat.Apa la punya bos...penat-penat dia datang.Huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience