BAB 36

Romance Series 16994

Grab car itu berhenti betul-betul di hadapan rumah teres dua tingkat bercat green mint. Rumah itu adalah pemberian ibubapa Aina Sofea buat anak tunggalnya yang tersayang.Di situlah aku menumpang teduh semenjak kami sama- sama menuntut di pusat pengajian tinggi.

Dari jauh lagi aku sudah dapat melihat Aina Sofea melambai-lambaikan tangannya. Tersenyum aku dibuatnya.Ternyata gadis itu begitu teruja untuk menyambut kedatangan ku.

"Ara....! Rindunya aku kat kau..", Aina Sofea sudah merangkul lalu memelukku erat.
"Me too...", aku membalas pelukan gadis itu semahu-mahunya.
"Aku ingatkan kau dah lupa jalan nak ke sini..maklumlah..orang dah ada laki..", kata-kata Aina Sofea membuatkan aku tergelak besar.
"Mana ada..aku sibuklah.."

Sebetulnya aku betul-betul sibuk.Urusan di pejabat banyak yang tertangguh semenjak aku bercuti tempohari.Biasanya aku keluar awal pagi dan baliknya sehingga lewat malam.Balik ke rumah sekadar untuk tidur sahaja.Semestinya aku bertindak sedemikian untuk mengelakkan diri dari bertemu lelaki itu.

Bukannya itu bermaksud aku membenci lelaki itu tetapi aku sekadar ingin menjaga jarak antara kami.Dari hari ke hari, terbit perasaan yang luar biasa terhadap lelaki yang bergelar Mr Bos itu.Bagiku, terlalu banyak sisi lain yang mengejutkan terdapat dalam diri Irhan Hadi berbanding menjadi seorang CEO semata-mata.

Dia memang pandai membuatkan hatiku berdegup kencang.Aku takut...aku takut jika tersuka lelaki itu tanpa sengaja.Lagipun, aku masih phobia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki.Ah! Hubungan kami yang pastinya, perlu diakhiri.

"How your husband..?", Aina Sofea tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Okey...dia okey..", malas aku nak layan Aina Sofea berbual.Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan si empunya diri.

Tanganku pula dengan lincah mengemaskan barang-barangku seperti buku dan baju. Sememangnya ia masih belum dipindahkan lagi semenjak aku menetap di rumah Irhan Hadi.
Barangku yang lain sengaja aku tinggalkan buat sahabatku itu.

Menurut Aina Sofea, rakan serumahnya akan mula berpindah masuk pada awal bulan depan.Jadi sesibuk manapun..nak tak nak...aku terpaksa juga mengorbankan hari cutiku untuk berkemas.Ikutkan hati, mahu sahaja aku tinggalkan terus segala macam khazanah tersebut di rumah Aina Sofea.Manalah tahu kan.. kot-kot suatu hari nanti aku boleh berpindah balik ke rumah itu.Opss..!!

Untuk pengetahuan semua, awal-awal lagi Aina Sofea sudah dimaklumkan yang Irhan Hadi merupakan seorang CEO di Syarikat perisian tempat ku bekerja.Begitu juga dengan keluarga ku di kampung.Masing-masing turut mengetahuinya.

Kata Aina Sofea, aku sebenarnya bertuah kerana dijodohkan dengan Irhan Hadi.Walaupun luaran lelaki tersebut nampak dingin dan kurang menyenangkan tetapi hakikatnya, dia seorang
yang baik, menghormati orang tua, malah turut mempunyai pakej lengkap yang diidamkan para gadis di luar sana.Malah keluargaku juga teramat menyanyanginya

"So, what you think about Mr Bos a.k.a your husband..?", Aina Sofea bertanya sambil menjadikan hanger baju sebagai microphone. Kemudian disuanya pula hanger tersebut ke mulutku.Ish..!!! Berangan nak jadi wartawan paparazi la tu..
"Okey..dia okey.."
"Aishh...!! dari tadi duk cakap yang itu aje.Cuba la bagi jawapan yang inovatif sikit..".

Aku hanya tersenyum dengan bebelan Aina Sofea.
"Bila dah duduk serumah ni, takkan tiada apa-apa yang berlaku kot.He's a hot guy, Ara..You also seorang perempuan, right? Mustahil kau duk rumah tu sambil tutup mata, kan? Ceritalah... Beritahulah..Apa perasaan kau kat dia..", bersemangat betul minah seorang ini.
"Nothing special, Aina ... ", aku bersuara malas.
"Ish, macam tu pulak.."
"Perasaan aku still sama.He is my boss".

"Betul lah tu.Tapi bukan ke korang kenal time kecil-kecil dulu ke.Mana tahu kan... kot-kot cinta monyet korang, kini dah melepasi level the first sweet love..!!", terdengar tawa yang besar di penghujung ayat tersebut.


Aku mengerling gadis itu tajam.Geram pula rasanya.Aina Sofea memang nak kena.Rasanya sudah terlalu lama aku tidak menghadiahkan cubitan berbisaku buat gadis yang seorang itu. Hari ini pasti menjadi sejarah!


Lalu cepat-cepat aku bangun.Bersedia untuk menerkam mangsanya.Aina Sofea pula terkekeh-kekeh ketawa.Dia juga turut mahu beraksi.Namun belum sempat aku dan Aina Sofea bertindak, kedengaran bunyi hon yang agak kuat menghentikan kami.Akhirnya kami hanya mampu berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience