BAB 73

Romance Series 16994

Semenjak akhir-akhir ini, Ara Alana terlihat lebih suka menyendiri.Dia seolah-olah cuba mengelak dari bertembung dengan Irhan Hadi.Malah sekiranya Irhan Hadi mengajaknya berbual, dia seperti sengaja mencari alasan.

Pelik! Adakah sesuatu telah terjadi?Apa yang sedang Ara Alana fikirkan? Mungkinkah kerana masalah perkahwinannya dengan Ameera Hanna?

Ah!Dia tidak harus memikirkannya. Masalah itu tentu sahaja akan selesai sekiranya Irhan Hadi terus-terusan menolak.Lama-kelamaan, Ameera Hanna dan keluarganya pasti putus asa jua. Mereka tidak akan mampu berbuat apa-apa.

"Ara lapar?", tanya Irhan Hadi sebaik sahaja gadis itu keluar dari bilik untuk ke ruangan dapur.
Dia nampaknya agak terkejut seperti disapa hantu.Terbulat sekejap matanya.Nasib baik tak tersembul keluar.Ish!Ish!Ish...Apa? Ada ke hantu handsome macam ni?

"Nak abang masakkan nasi goreng kampung?Buat pedas-pedas.Lepas tu abang goreng telur mata..Nakk..??", sesungguhnya dia baharu sahaja belajar memasak hidangan tersebut dengan Fariz Adha.Walaupun hasilnya tidaklah begitu membanggakan tetapi, dia telah cuba yang terbaik untuk mengambil hati dan menggembirakan Ara Alana.

"Takpe...Ara mengantuk....",gadis itu terus berlalu pergi.Masuk ke dalam bilik lantas menutup pintu.Irhan Hadi terkesima.Eh!Dia boleh patah balik macam tu saja.Bukankah dia hendak ke dapur?Ah! Irhan Hadi mendengus berat.Geram pula dia dengan perangai Ara Alana yang satu ini.

Entah mengapa dia semakin tidak memahami Ara Alana.Sifatnya terkadang tidak boleh diramal.Ada masa dia terlalu sensitif.Ada masa pula dia seperti berlagak comel.Terkadang dia boleh menjadi seorang yang perengus.Malah ada masanya dia ala-ala manja dan manis gitu..Tetapi itulah dia.Itulah dia gadis yang bernama Ara Alana.

Bunyi deringan handphone segera mematikan lamunan Irhan Hadi.Nampaknya ada mesej baharu yang masuk.Fariz Adha ke? Wah! Setiausaha peribadinya itu memang kerap menukar nombor telefon! Dia sebetulnya sedang menunggu laporan daripada lelaki tersebut berkaitan mesyuarat dengan ahli pemegang saham pada keesokkan paginya.

Muka Irhan Hadi berkerut seribu apabila jarinya menekan mesej berfoto itu satu-persatu.Salah hantar ke? Tetapi yang pasti, gadis dan lelaki yang terdapat di dalamnya begitu dikenalinya.

Ah! Tetiba sahaja darahnya naik ke muka.Api cemburu dan marah membuak-buak.Jantungnya berombak kencang.Apatah lagi apabila melihat mereka berdua kelihatan begitu mesra bersama. Saling pegang-memegang di sebuah hotel.Ah!Apa yang mereka lakukan?

Ditambah pula dengan adegan lelaki tersebut menggendong si gadis dan nampaknya dia seperti merelakan.Kepalanya kelihatan terlentok manja di dada bidang lelaki itu.

Kemudian Irhan Hadi melihat foto mesra mereka yang seterusnya.Lelaki itu kelihatan sedang memaut bahu manakala tangan yang satu lagi memegang erat tangan si gadis.Hati Irhan Hadi menjerit marah.Perlahan-lahan dia menggigit bibirnya.

Apa yang paling tidak dijangkanya, mereka keluar dari bilik yang semua parents pernah memasukinya.Bilik obstetrik & ginekologi. Walaupun Irhan Hadi bukanlah lepasan pelajar perubatan, tetapi dia tahu itu.Pakar sakit puan dan perbidanan! Wah! Segera darahnya mencanak naik.Tubuhnya menggigil. Terduduk terus Irhan Hadi dibuatnya.

Dia semacam tidak percaya.Ara Alana pregnant?Siapa bapanya? Mr Ammar Mirza?Atau dia sendiri? Jika dirinya, kenapa Ara Alana tidak memberitahunya? Kenapa dia perlu pergi bersama Ammar Mirza?

Jika Mr Ammar Mirza...Ya! Mereka boleh dikatakan rapat.Ammar Mirza sendiri pernah mengakui dia mempunyai perasaan istimewa terhadap gadis itu.Cuma Irhan Hadi kurang pasti, apa perasaan Ara Alana yang sebenarnya.

Tetapi sanggupkah gadis itu menduakannya? Sanggupkah dia mencuranginya?Dan apa yang pasti, Irhan Hadi tidak akan menghakimi Ara Alana tanpa usul periksa.Ya!Dia perlu membuat perhitungan dengan gadis itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience