BAB 44

Romance Series 16994

Entah mengapa Irhan Hadi seperti tidak bersemangat untuk bekerja.Apatah lagi cuaca di luar yang kini berhujan seolah-olah seperti turut menangisi goyahnya semangat juang Irhan Hadi.

Hari ini dia perlu menghadiri mesyuarat. Mesyuarat dia bersama Ammar Mirza.Ah! Mendengar sahaja nama itu disebut-sebut, terus sahaja api cemburu membuak-buak di dadanya.

Sesungguhnya Irhan Hadi berasa dipinggirkan oleh Ara Alana.Malah dia turut terkilan yang amat sangat terhadap gadis itu. Setelah Irhan Hadi bersetuju dengan syarat yang ditetapkan di dalam kontrak, gadis itu pula bertindak memecahkan rahsia antara mereka.

Apatah lagi itu adalah Ammar Mirza.Musuh tradisi nya..Ah! Adakah gadis itu sengaja?Adakah dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu? Atau ada sesuatu yang istimewa antara mereka berdua? Makanya, Ara Alana sendiri membocorkan perjanjian tersebut untuk mengelakkan berlakunya salah faham? Ish! Kejamnya dunia..

Pulang sahaja dari kampung petang semalam, Irhan Hadi mahupun Ara Alana langsung tidak bertegur-sapa.Masing-masing sibuk melakukan aktiviti sendiri.Irhan Hadi dengan egonya manakala Ara Alana masih lagi dengan keras kepalanya.

Nampaknya Irhan Hadi benar-benar merajuk kali ini.Opss!!.. Tetapi hajat di hatinya teringin juga untuk melihat Ara Alana memujuknya. Berkali-kali dia meninjau keadaan gadis itu. Melihat-lihat dari jauh sekiranya terdapat tanda- tanda gadis itu akan memujuknya?

Ah! Tentu sahaja harapan tinggal harapan. Mustahil gadis itu akan memujuknya.Dari kecil lagi dia mengenali Ara Alana.Sikap keras kepala gadis itu sememangnya boleh tahan.Biasanya dia dan orang suruhannya iaitu Si Angah selalu membuli Irhan Hadi.

Kerap juga Irhan Hadi tersentap dengan perangai Achik de brutal ini.Ada sahaja yang dilakukan gadis itu bagi mengenakan dirinya. Tetapi saat itu dia tidak peduli.Bagi Irhan Hadi, kecomelan Ara Alana tersembunyi di sebalik kenakalannya.Opss!! Boleh ke macam tu?

"Bagaimana Mr Irhan?", suara itu memecah keheningan bilik mesyuarat yang dari tadi lagi kelihatan agak suram.Hanya mereka berempat yang berada di situ.Fariz Adha, Hanis Hyda dan juga Ammar Mirza.Irhan Hadi kemudian memandang wajah itu lama.Ah! Dia harus bersikap profesional.Dia tidak boleh mencampurkan urusan peribadi dalam hal ini.
"Tetapi kenapa harus dia..?",wajah Irhan Hadi sedikit keruh.Nampak seperti kurang senang dengan cadangan Ammar Mirza.

Ammar Mirza mendengus perlahan.Jawapan yang dia harapkan tetapi persoalan pula yang dia dapat.Aduhai, Irhan Hadi... susah betul dia untuk memahami lelaki kiriman Tuhan ini.Sempat dia mengerling Fariz Adha yang duduk di samping lelaki itu.Tenang sahaja dia.Bagaimanalah sahabatnya itu boleh bertahan dengan bos yang seorang ini.

"That's a good question.Why I chose Ara Alana?Tentu sahaja dia baguss...She is very talented. Tetapi sebab yang paling utama, she is a graduate of the University.The same faculty I guess.Rasanya dia akan banyak membantu..", panjang lebar penerangan Ammar Mirza.

"I don't think that's a good reason.Ramai lagi staff kita yang berbakat.Actually, they are also graduates of the best universities..After all, I guess ... her experience is still not enough for the program.."

"She is your staff.Why do you think like that, Mr Irhan Hadi..", Ammar Mirza menggeling-gelingkan kepalanya.Susah betul dengan mamat yang seorang ini.Sejak akhir-akhir ini mereka selalu sahaja bertelagah kerana tidak sama pendapat. Mungkinkah Ara Alana salah satu penyebabnya?

Jika Ara Alana bekerja di bawahnya, tentu perkara tersebut tidak akan berlaku.Ammar Mirza boleh sahaja mengarahkan gadis itu sesuka hatinya untuk melakukan sesuatu selagi ianya tidak melanggar kontrak.Sesungguhnya hanya Ara Alana yang berpotensi untuk menjayakan projek usahasama antara Fakulti Teknologi Maklumat Universiti terbabit dengan syarikatnya.

Berat benar untuk Irhan Hadi melepaskan Ara Alana.Universiti tersebut letaknya jauh di selatan tanahair.Projek tersebut mungkin memakan masa lebih kurang dua ke tiga hari lamanya.Dalam tempoh itu tentu sahaja dia tidak dapat bersama-sama gadis itu.Apatah lagi Mr Ammar Mirza bertugas selaku ketua program.Ah!Makin tidak keruan Irhan Hadi dibuatnya.

"Okay, it's up to you, Mr. Ammar Mirza.Whatever is done, make sure it is in the best interest of our company together.", akhirnya Irhan Hadi akur juga.Seharusnya dia tidak boleh mementingkan dirinya sendiri.Syarikat bersama mereka perlu diutamakan.

Ammar Mirza segera berjabat tangan dengan Irhan Hadi.
"Terima kasih Mr Irhan.."
Irhan Hadi hanya mampu tersenyum.
Fariz Adha dan Hanis Hyda masing-masing menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience