Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Aku menjadi serba-salah.Haruskah aku menyambutnya?Atau haruskah aku menolaknya?Tetapi lelaki itu nampaknya ikhlas dan dia adalah suamiku!
Buktinya..baharu tadi dia selesai mengimamkan solatku.Begitu panjang doanya yang dialunkan.Kebanyakkannya berkisar kepada arwah ibu dan tidak lupa juga dititipkan sepotong doa khas buat kebahagiaan kami berdua!
Ah! Sedikit sebanyak ia berjaya membuatkan hatiku tersentuh dan menangis.Apatah lagi apabila suaranya begitu lunak dan adakalanya ia kedengaran seperti menahan sebak. Sesungguhnya, itulah pertama kali kami melakukan solat berjemaah bersama-sama semenjak mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu.
"Ara...", dia masih setia menungguku dengan huluran tangannya.
"Ya, Mr Bos...", akhirnya salaman itu bersambut jua.Lalu ku cium tangan itu tanpa paksaan seperti sebelumnya.
Dia membalasnya dengan menghadiahkan ciuman tepat ke dahiku.Kemudian beralih pula ke keningku lalu terus turun ke pipi.
Dadaku mula berdebar-debar.Perasaan tidak enak mula menerjah fikiran.Hope lelaki itu tidak bertindak seperti apa yang dia fikirkan.Apa yang pasti, lelaki yang bergelar Mr Bos itu perlahan- lahan mendekatkan bibirnya hampir ke bibirku.
Mataku secara automatiknya membulat dengan jayanya.Tidak semena-mena mukaku turut merona merah.Cepat-cepat aku menutup mulutku dengan telapak tangan.
Irhan Hadi sedikit tersentak dengan tindakan tersebut.Dia akhirnya tertawa sendiri.Tidak tahulah apa sebabnya.Adakah kerana aku? Atau kerana dia?Namun, apa yang aku perhatikan, dia sempat menggigit bibirnya sendiri sambil menggeling-gelingkan kepalanya.Ah! Nampak comel dan nakal dalam masa yang sama.
"Sorry, Ara..", entah kenapa suaranya menjadi begitu sedap didengar.Apatah lagi apabila dia tersenyum.Terukir jelas lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.Berdebar-debar aku jadinya.Ah! Perasaan apakah ini?
Sepatutnya dalam keadaan ini, aku tidak harus melayan perasaanku sendiri.Ibu baharu sahaja pergi meninggalkan kami.Perginya yang tidak akan kembali dan semestinya tiada pengganti. Tetapi dengan selesainya solat berjemaah tadi, jiwaku menjadi lebih tenang dan beransur-ansur untuk cuba menerima hakikat tentang kematian ibu. Alhamdulillah...
"I have a request..".Dia mengerling ku tajam. Seram sejuk dibuatnya.
“Start from now,please Ara... jangan panggil saya Mr Bos lagi...just call me, Abang...,"
"Taapii..."
"Tiada tapi tapi lagi, Ara..Abang...?Just simple anda nice, right?,"Irhan Hadi tersenyum lagi.
Ah! Lelaki itu sudah pandai membuatkan hatiku menjadi tidak keruan.Mana perginya Irhan Hadi yang dahulu?Mr Bos Korea yang lokek senyum kononnya.
Dan perbualan kami terhenti di situ apabila pintu bilik diketuk bertalu-talu.
Share this novel