"Hey, kau ni dah kenapa?",tanya Aina Sofea apabila melihat perangai pelik sahabatnya itu.Dari tadi lagi dia perhatikan, gadis itu seperti sedang menyorok dari sesuatu.Gelagat Ara Alana yang bersembunyi di belakang buku menu restoran terbabit betul-betul membuatkannya tertanya-tanya.
Mereka kini sedang menjamu selera di sebuah restoran terkenal di tengah-tengah kotaraya. Rasanya sudah cukup lama mereka berdua tidak berjumpa dan outing bersama.Ah! Tentu sahaja masing-masing sibuk dengan hal dunia yang tidak pernah habis.
Ara Alana yang sedang terbongkok-bongkok, hanya mengisyaratkan supaya Aina Sofea diam dan buat tak tahu sahaja.Dia kemudiannya nekad dengan bersembunyi di bawah meja.
Hampir terlopong mulut Aina Sofea dengan tindakan di luar jangkaan daripada Ara Alana. What's wrong with her?Dia berhutang dengan lintah daratkah?Atau ada crush sehandsome Hu Yitian sedang memerhatikannya? Siapa?Siapakah dia?
Aina turut memandang sekeliling.Mencari- cari gerangan empunya diri yang berjaya membuatkan sahabatnya itu tidak senang duduk. Tetapi akhirnya dia mengeluh sendiri.Matanya yang rabun tentu sahaja tidak dapat mengecam sesiapa.Ish... Sesungguhnya Ara Alana betul- betul membuatkannya pening!
"Aina....",suara itu tiba-tiba menyapanya ramah.
Aina Sofea sedikit tersentak.Dia tidak menyedari lelaki itu sudah mendekatinya bersama seorang lelaki lain.Boleh tahan handsome juga, bisik Aina nakal..Ada iras-iras aktor Thailand Mark Prin Suparat gitu..Wah!!
"Eh!Abang Hadi..."Aina Sofea menyambutnya mesra.Sempat dia mengerling jejaka handsome di sebelah.
Oh! Jadi inilah penyebabnya.Mr Husband a.k.a Mr Bos Si Irhan Hadi rupanya.Patutlah perangai Ara Alana pelik semacam.Malu-malu kucing la tu.Apatah lagi apabila Ara Alana sendiri menceritakan tentang kejadian yang kononnya tidak disengajakan ataupun disengajakan oleh mereka berdua.Ah! Dah kahwin kot..Nak malu apa..
Ara Alana yang berada di bawah meja akhirnya berjaya menarik hujung baju Aina Sofea. Dia cuba memberi isyarat kepada gadis itu untuk segera menghalau lelaki tersebut.Tentu sahaja Aina Sofea memahami sahabatnya itu.Anything is for you, Ara...
"Err...Tak sangka pula jumpa Abang Hadi kat sini..Err..buat apa kat sini?"
"Makanlah... buat apa lagi..",
Hampir tergelak Irhan Hadi dibuatnya.Tetapi nampaknya Aina Sofea seperti menyembunyikan sesuatu.Nalurinya juga kuat mengatakan bahawa terdapat tanda-tanda kewujudan Ara Alana di situ.Buktinya tentu sahaja dengan kehadiran sebuah handbag milik gadis itu di atas meja.
Emm...adakah gadis itu ingin melarikan diri daripadanya?Adakah dia juga masih marah dengan kejadian tersebut?Ah! Sesungguhnya Irhan Hadi masih belum berpeluang untuk meminta maaf.
Ammar Mirza yang berada di sebelahnya hanya tersenyum.Dia tidak mengenali gadis itu.Tetapi nampaknya Irhan Hadi seperti gembira apabila terserempak dengan gadis tersebut.
Sesungguhnya mereka akan menjamu selera di situ sambil membincangkan tentang proses akhir program yang dikendalikan bersama pelajar Teknologi Maklumat.
"Oo...nak makan ke...Ya,Ya... pergilah makan.. banyak lagi tempat kosong.Dipersilakan...",Aina Sofea cuba menghalau lelaki-lelaki itu secara berhemah.Mesti selepas ini Ara Alana akan tabik spring kepadanya.Tetapi..
"Really?Wah! Baiknya, Aina... Kat sini pun kosong juga.Thanks Aina, cos sudi ajak kitorang joined sekali..", Irhan Hadi sudah menarik kerusi. Terkebil-kebil Aina Sofea dibuatnya.
"By the way, this is Mr Ammar...Mr Ammar Mirza.."
Aina Sofea hanya mampu tersengih apabila kata- katanya disalah anggap oleh lelaki itu.Dia ni kurang bijak ke atau sengaja buat-buat kurang bijak.. Apa-apapun sempat juga dia mengucapkan 'hi' buat lelaki yang seorang lagi. Mr Ammar Mirza...Bukankah dia si gentleman?
Alahai.. bertuahnya Ara Alana.Dulu ada Si Yang Yang.Kini ada Mark Prin pula.Kalau dia yang jadi Ara Alana, tentu berpinar biji mata nak pilih yang mana satu.Huhuhu...
"Ara mana?", tanya Irhan Hadi tiba-tiba.
Ammar Mirza yang mulanya kurang berminat untuk menyertai mereka kini semacam tertarik.
"Err... entah..Dia ada di pejabat kot..", nampak sangat Aina Sofea tidak pandai menipu.
"Habis tu, handbag dia buat apa kat sini..?"
Irhan Hadi menjuihkan mulutnya ke arah beg Ara Alana yang terdapat di atas meja.
"Err...itu..itu..Oo..I brought two bag..camni..",Aina Sofea sempat menggayakan kedua-dua handbag tersebut di kiri dan kanan bahunya.Nak tergelak pun ada sebenarnya.Macam tidak kena sahaja perilaku Aina Sofea.
Terburai ketawa Ammar Mirza dibuatnya.Gadis itu memang kelakar dan ceria pula orangnya. Nampaknya Ara Alana berkawan baik dengannya.
"So, yang ni siapa?", serentak dengan itu Irhan Hadi sudah menyelak kain alas meja.Badannya sedikit membongkok untuk melihat ke bawah sana.
Aina Sofea tergamam.Begitu juga Ammar Mirza. Apatah lagi Ara Alana.Hampir gugur jantungnya apabila lelaki itu tiba-tiba muncul dalam keadaan yang tidak diduga.Alamak!Tak pasal-pasal jadi patung lagi Si Ara Alana..
Share this novel