BAB 53

Romance Series 16994

Wajah nan manis itu kelihatan agak terperanjat. Terkebil-kebil lagaknya.Adakah Irhan Hadi terlalu tergesa-gesa?Tidak!Tentu sahaja dia tidak tergesa-gesa.Malah, dia juga sudah berfikir semasak-masaknya.

Sudah terlalu lama Irhan Hadi menyimpan perasaannya terhadap gadis itu.Maka wajarlah sekiranya ia diluahkan ke tempat yang sepatutnya.Namun jawapannya hanya terletak pada si gadis.Dialah penentunya!

"Abang serious, Ara...."
Irhan Hadi sudah berada betul-betul di hadapan Ara Alana.Gadis itu duduk di sofa manakala dia sendiri melutut di atas lantai.
Wajah Ara Alana ditenungnya untuk kesekian kali.

Entah mengapa dirasakan gadis itu menjadi semakin cantik saban hari.Walaupun langsung tidak mengenakan apa-apa solekan, tetapi kecantikan semulajadinya terlihat indah di mata Irhan Hadi.Apatah lagi bila gadis tersebut tersenyum.Senyuman berlesung pipit itu sudah pasti dapat mencairkan hati setiap mata yang memandang.

"I hope kita boleh mulakan hidup baharu selepas ini.. Lupakan semuanya..I can take care of you, Ara..protect you...and always love you",hampir sahaja Irhan Hadi bertindak dengan memegang tangan gadis itu apabila si empunya diri tidak memberikan reaksi.Tetapi cepat-cepat pula dia sedar diri.Yap! Irhan Hadi baharu berjanji.

"Tapi abang ...", akhirnya keluar juga suara lunak itu setelah lama menyepi.Dia kelihatan sedikit menunduk sambil tangannya sendiri bermain dengan jari-jemarinya.Irhan Hadi pula sudah bersedia untuk mendengar.
"Tapi abang... bila kita kemalangan, kaki patah.. tangan patah.. boleh disembuhkan kembali.. boleh dipulihkan lagi.Tetapi kesannya, jalannya, tentu tidak segagah dulu.. pasti tidak sehebat sebelumnya..sakitnya masih tetap ada..".

"Maksud Ara..?"
Ara Alana terlihat mengeluh lemah.Ada air hangat yang mula bertakung di kelopak matanya.Dia menangis? Whats wrong with you,Ara Alana? Terasa sakit hati Irhan Hadi apabila melihat gadis itu sedemikian rupa.

"Ara takut...Ara takut sebenarnya.Ara takut untuk memulakan sebuah hubungan.Hubungan yang mungkin akan dikhianati.. hubungan yang boleh dicurangi.Sesungguhnya Ara terlalu takut untuk berharap, abang.."

"Ara, Abang faham.."
"Hati yang patah bukan senang untuk diubati, Ara.. Tentu sahaja ia mengambil masa yang lama untuk pulih.Tetapi jalan terbaik yang ada..redho! Terima lah hakikat... bukakanlah hati..", Irhan Hadi sudah mencapai tangan gadis itu.Digengamnya dengan erat.Kemudian diusapnya pula tangan itu dengan lembut dan penuh perhatian. Ah! Terlupa terus dia dengan janjinya..

"Masih ada orang yang sudi untuk mencintaimu seikhlas hati, Ara..."
Gadis itu menaikkan wajahnya.Terasa sebak hatinya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Irhan Hadi.Wajah Irhan Hadi direnungnya dengan pandangan yang berkaca.

"Yes, Ara.. I'm that person..."
Serentak dengan itu gadis itu terus meluru lalu memeluk Irhan Hadi.Irhan Hadi tergamam. Otaknya tiba-tiba sahaja tidak berfungsi.Ara Alana pula sudah mula menangis teresak-esak. Alamak! Haruskah dia?Haruskah dia bertindak lebih jauh?Yes! Akhirnya Irhan Hadi mengemaskan pelukannya dan menenangkan gadis itu dengan caranya sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience