Lama Ammar Mirza memerhati ke luar tingkap. Pejabatnya yang terletak di tingkat tiga bangunan itu, betul-betul mengadap jalan utama.Tumpuannya beralih ke arah sepasang teruna dan dara yang sedang asyik berbual mesra.Sesekali mereka juga tertawa bersama seolah-olah dunia ini milik mereka.
Terbit perasaan cemburu dalam hati Ammar Mirza.Apatah lagi dia kini mempunyai perasaan yang istimewa terhadap gadis berlesung pipit itu.Ah! Siapakah gerangan lelaki itu?Apa hubungan nya dengan Ara Alana?Seerat manakah mereka? Terlalu banyak persoalan bermain-main di fikiran Ammar Mirza saat itu.
"Mr Ammar...", suara itu sebenarnya telah mengganggu konsentrasinya.
Ammar Mirza segera menoleh.Kelihatan di balik pintu wajah hitam manis milik Fariz Adha.Fariz Adha merupakan setiausaha peribadi Irhan Hadi iaitu bos bersama Syarikat Perisiannya.Dia juga adalah sahabat baiknya semenjak di sekolah menengah lagi.
"Nah,kopi..."Fariz Adha menghulurkan secawan kopi kepada sahabatnya itu.Dia tahu Ammar Mirza masih belum makan tengahari.Mungkin dengan cara itu ia dapat memberi sedikit kelegaan mahupun kekenyangan buat sahabatnya yang seorang ini.
Semenjak akhir-akhir ini Ammar Mirza memang selalu melewat-lewatkan waktu makan tengaharinya.Mungkin disebabkan ketidakhadiran Mr Irhan Hadi menjadikan dia seorang yang super duper busy atau mungkin juga ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Ah! Entahlah..
Ammar Mirza mengerling kopi ditangan Fariz Adha sekilas lalu kembali meneruskan misinya, memerhati sepasang merpati dua sejoli tersebut.Ara Alana nampaknya begitu gembira dengan kehadiran lelaki bertubuh sasa itu.Ah!Diketap bibirnya dalam-dalam.Dadanya mula berombak kencang.Penumbuknya pula dikepal- kepal penuh emosi.
Fariz Adha yang dari tadi asyik memerhatikan Ammar Mirza mengerutkan keningnya.Dah kenapa dengan mamat seorang ni?Luar biasa sungguh perlakuanya.Jarang benar seorang yang bernama Ammar Mirza menolak kopi kegemarannya.Seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran lelaki itu saat ini.Selalunya Ammar Mirza bersifat lebih terbuka.Malah,boleh juga dikatakan tiada rahsia di antara mereka.
"Kau ni dah kenapa?", tanya Fariz Adha.
"Kau la...dah kenapa..?"Ammar Mirza masih di situ.
"Eh,aku pulak..."
"Yalah... mentang-mentanglah bos kau tiada..24jam asyik kat sini je.Apa kau dah tiada kerja nak buat ke..?",tajam sindiran Ammar Mirza.
Fariz Adha tergelak besar.Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata daripada sahabatnya itu.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Hahaha...
"uii... banyakkkk..penuh offices nii..",Fariz Adha cuba meniru gaya buaya dalam kisah sang kancil.
Ammar Mirza tergelak juga akhirnya.Fariz Adha memang seorang yang happy go lucky. Ceria memanjang.Mungkin kerana itu persahabatan mereka masih bertahan sehingga ke hari ini.
"Dah tuu..."
"Saja je aku datang..nak bagi kau kopi ni..tengok kopi ni terus teringat kat kau..bau kopi ni pun dah macam bau kau,Mr Ammar..",Fariz Adha tersengih-sengih.Macam kerang busuk pun ada.
"Bau aku..?Boring aaa....Apa kata kita cari bau kopi yang lain pulak.Jom..", Ammar Mirza terus mencapai kunci keretanya lalu dicampakkan kepada Fariz Adha.
Terus sahaja dia melangkah.
"Ke mana?",Fariz Adha segera mengekori.Ke manalah Ammar Mirza hendak pergi ni..Takkan pergi cari kopi time-time lunch camni.Perut Fariz Adha pun boleh tahan lapar dah sebenarnya Mr Ammar oii..
Ermm...Nampak gayanya dia jugalah yang kena memandu ni. Ingatkan Mr Bos Korea dah balik ke Korea,aman sikit dunianya.Betullah kata orang, disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.Huhu..
Hajat di hati Ammar Mirza bukanlah mencari aroma kopi yang lain dari yang lain.Dia hanya mereka alasan untuk turun ke bawah sana. Dia sebenarnya ingin melihat dengan lebih dekat suasana yang diciptakan Ara Alana bersama pasangannya.Yang pasti, Ammar Mirza mula mencemburui lelaki itu.
Share this novel