Lagi sekali handphone itu berbunyi minta diangkat.Along yang sejak tadi berbual-bual dengan Irhan Hadi hanya mengerlingnya sekilas. Dia kemudiannya bangun lalu mengisyaratkan untuk masuk ke dalam rumah.Irhan Hadi sekadar mengangguk.
Kini hanya Irhan Hadi sendirian di anjung beranda.Yang lain terlebih dahulu meninggalkannya untuk merehatkan diri.Ya!Malam sudah semakin larut.
Irhan Hadi mendengus malas apabila tertera nama pemanggil di atas screen.Jarang benar si pemanggil menelefonnya jika tiada urusan yang penting.Malam-malam pula tu.Ish!Penting sangat gayanya..
Terdengar sayup-sayup lelaki di sebelah sana memberi salam.Irhan Hadi membalasnya sambil lewa sahaja.Malas betul dia untuk berurusan dengan pemanggil yang telah dicopnya sebagai musuh tradisi ini.
"Ara mana?"
First question dari si pemanggil sudah mencabar kesabaran Irhan Hadi.
"Why?", pertanyaan Irhan Hadi berbau cemburu.
"Don't be so jealous, Mr. Irhan..Aku harap Ara Alana tidak mendengar perbualan kita nanti..",
Terdengar dengan jelas Ammar Mirza ketawa mengekek di hujung talian.
Irhan Hadi mengetap bibir.Rileks beb!
"Why did you call me?Jangan cakap kau call Ara Alana and she rejects your phone...,"kali ini Irhan Hadi pula yang ketawa mengekek.
"Of course not! Aku call kau ni bersebab.."
"Sebabnya aku nak pengesahan dari kau, Mr Irhan Hadi.."
Irhan Hadi mengerutkan keningnya.Pengesahan apa pula mamat seorang ini.Cakap je lah terus- terang.Kan senang...
"Aku nak pengesahan... pengesahan tentang hubungan kau dengan Ara Alana.."
"What do you means?"
Irhan Hadi dapat mendengar dengan jelas keluhan yang diluahkan oleh si pemanggil.
"Maksud aku..aku nak kau beritahu semua orang tentang Ara.Tentang hubungan korang.."
"Kau tak perlu beritahu aku apa yang perlu aku buat, Mr Ammar Mirza.."
Ammar Mirza nampaknya sudah mengetahui tentang kisah Irhan Hadi.Kisah Irhan Hadi yang bakal dijodohkan dengan Ameera Hanna, adik Ammar Mirza sendiri.Sesungguhnya, Irhan Hadi juga baharu sahaja menerima perkhabaran itu sebentar tadi.
Mrs Kim menelefon dan menggesanya untuk menerima Ameera Hanna anak Dato' Tajuddin sebagai suri hidupnya.Irhan Hadi pula seboleh- bolehnya cuba untuk menolak dan membangkang penjodohan tersebut.
Pelbagai alasan dia reka untuk membantahnya tetapi Irhan Hadi masih jua tidak memberitahu Mrs Kim tentang Ara Alana.Baginya, itu bukanlah masa yang tepat untuk memperkenalkan gadis itu.Lagipun Irhan Hadi tahu benar tentang kondisi berisiko Mrs Kim yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan juga darah tinggi.
"Aku bukannya apa, Mr Irhan.Aku tak nak nanti semua ini akan lebih merumitkan keadaan. Bukan juga aku bermaksud untuk mencampuri urusan kau.Tetapi kau kena ingat, urusan kau ini dah melibatkan adik aku... keluarga aku..Malah Ara Alana sendiri..."
"So please, Mr Irhan..jangan sampai keputusan kau nanti akan menyakitkan hati Ara Alana.."
Suara itu ikhlas dan tulus sahaja bunyinya.Tetapi dalam masa yang sama ia juga kedengaran seperti sebuah ancaman.
Irhan Hadi hanya mampu menarik nafas panjang. Dia sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
Share this novel